Ad

CASIO EXILIM EX-TR70 Selfie Camera

Review CASIO EXILIM EX-TR70


Selfie dengan Camera CASIO EXILIM EX-TR70 || Kebanyakan semua Handphone sekarang dah ada kamera depan untuk mudahkan selfie . Tapi.. tak semua kamera depan pada HP ni nampak clear atau nampak cantik . Alaa gunalah apps beauty plus ,,camera 360 atau etc.. tapi gambar yang dihasilkan pun tak cantik..sebab akan pecah atau keluar petak-petak . Sebelum ni lisa dah cuba kamera Casio TR-35 , gambar cantik woo.. lagi satu sebab ringan dan gambar tu wide . Casio kini keluarkan model terbaru  iaitu EXILIM EX-TR70 . Agak-agak apa yang menarik dikamera ini ? 


Casio EXILIM EX-TR70 keluar dengan 3 warna , putih , pink dan Gold. Dibuat di Japan dengan design yang cantik shape wedge dari lens kearah screen dan pastinya Elegant .Body yang lebih slim dan ringan , mudah digengam,, apalagi dengan tangan Lisa yang bersaiz comel je ni haaa... Ok .. kelebihan Casio EX-TR70 , lebih kepada untuk selfie . Sebab dengan kamera ini kalian boleh pilih 6 mode makeup antaranya : Elegant , Foggy , Fairy ,Nostalgic ,Vivid ,Square . So... kalau kalian berselfie dengan kamera ni ..kalian boleh pilih , nak nampak kulit licin , gebus, cerah .. terutama ditempat yang kurang cahaya . 



Dilengkapi dengan stand dibagian tepi , memudahkan kalian untuk bergambar tanpa perlu memegang kamera ni . Letak je selftimer and kemudian sandarkan pada kerangka dibagaian tepi tu . Mudah .. takda orang tolong snapkan gambar pun takpa . Screen ni kalian boleh tukar-tukar .. baik didepan atau di belakang . Kamera yang sama dalam Casio Ex-TR70 . 

Spesifikasi Casio Exilim EX-TR70 

21mm Wide-Angel Lens memudahkan kalian untuk bergambar beramai-ramai dengan kawan. 

* Single Focus Lens 11.1MegaPixels 
* 220 Jam , Battery life 
* Full HD Movie 
*Wifi*5 , memudahkan kalian untuk transfer gambar ke smartphone dan upload media sosial .
 *Shooting Interval 0.24s 

*Makeup function
*EXILIM Engine HS Ver.3 
*Wi-Fi*5 
*High sensitivity 1/1.7-inch CMOS sensor 
*Bluetooth® low energy technology (Bluetooth®*4 Smart) 
* high brightness LED 


TR70 Menggabungkan EXILIM Engine HS Ver.3 dengan sensitiviti yang tinggi 1 / 1.7-inci CMOS sensor dan lensa yang baru dibangunkan dengan outstanding optic qualities  . Juga dilengkapi dengan kecerahan tinggi LED untuk tangkap gambar yang lebih cantik dalam keadaan belakang gelap atau terang , macam Lisa cakap tadi ... walaupun tempat tu kurang cahaya .. gambar yang dihasilakan Casio EX-TR70 tetap cantik . 

Harga Casio Exilim EX-TR70 .

Harga untuk kamera Casio EXILIM EX-TR70 ini ialah RM 4,650.00 . Warranty 1tahun . 







Cantik bukan ?Kalian boleh kumpul duit dari sekarang untuk beli kamera casio yang cantik dan elegant ini . 
12
( Hide )
  1. tudiaaaa harga dia hehe ...tapi kalau berbaloi dengan kualiti dan ketahanannya tak salah nak memiliki sebuah kan :)

    ReplyDelete
  2. singgah

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. mak aiii..harga bokeh tahan.beli emas ke beli ini? tanya hati tanya poket..

    ReplyDelete
  4. wahh..ade warna pink..cantiknyaaa..dapat ni memang selfi sokmo laa..hihi

    ReplyDelete
  5. Comelnya color pink tu. Orang pompuan confirn pilih pink.. Hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comelnya handphone dia..siap ada penyandang tu..senang la nak selfie tanpa suruh org

      Delete
  6. Wahhh, bestnya.. Tp bila tengok harga tu, ermmm, takpelah :P

    ReplyDelete
  7. tengok spek dia gempak jugak tapi bila tgk harga baru tau kenapa...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo