Ad

Sebab Pakej Harga Photographer Mahal

Sebab mengapa Harga pakej Photographer Mahal
Sebab Harga Photographer Mahal
Assalamualaikum,  bukan hal yang baru untuk didengar... mesti orang terfikir, kenapa harga untuk pakej seorang photographer mahal?  termasuklah Lisa..sebelum ni tertanya-tanya soalan yang sama "elee.. ambik gambar je pon.. tak kan harga beribu-ribu ,mahalnya !


Akhirnya Lisa dapat jawapan dah.. bukan mudah untuk jadi seorang photographer . Ini beberapa sebab mengapa Harga Pakej Photographer Mahal ;

1. Kamera
Harga untuk sebiji kamera memang mahal. Untuk body saja , paling kurang pun dua ribu keatas ( untuk guna shoot la,bukan saja-ja ada ) . Sebab kalian pun taknak kan dapat gambar yang kualiti kurang cantik. Nah itu baru body kamera je , Beli lense lagi...lense pun ada banyak jenis, dari prime ,kit , wide, dan banyak lagi. Sila google untuk detail. Dan harga Lense ini lebih mahal dari body.. boleh cecah berpuluh ribu tau.

2.Bukan mudah jadi seorang Photographer.
Jadi photographer atau juru gambar tak semudah yang kalian bayangkan. Kena ambik kelas, nak belajar cara ambik gambar yang betul, seimbangkan warna , sudut mana yang cantik kalau dalam ruangan atau luar ruangan, cuaca cerah ke mendung..semua itu bukan senang tau. Masuk kelas belajar semua tu ,semua kena keluarkan duit .

3. Ongkos untuk softcopy gambar dan photobook.
Snap gambar , edit,cuci gambar dan kemudian bagi softcopy dan cuci gambar tu .Mesti pengantin nak album untuk kenangan ke anak cucu nanti . Semua tu perlukan duit juga.

Sebenarnya banyak lagi reason yang kalian perlu tahu untuk seorang photographer , Jadi ubahlah fikiran tu ye... kalau snap cincai-cincai je kang marah and viralkan di media sosial pula.Padahal bayar pun paras-paras itu je.


Ambil pakej ikut kemampuan poket, tapi dapat hasil gambar ikut apa yang dibayar lah kan.. jangan demand pula. Hehehe..

Gambar credit ; Andi Ahmad Peektures

Masih tercari-cari photographer untuk majlis Anda ? Tengok pakej perkahwinan DISINI


4
( Hide )
  1. ms majlis saya dlu, utk photog mmg dah listed awal2 as priority. bnda lain tu klu bleh jimat2kan. kenangan tu..

    ReplyDelete
  2. masa kita dulu pun kita amik yang biasa-biasa ja.mampu milik.janji ada kenangan sudah, hihi;)

    ReplyDelete
  3. Nak yang terbaik bayaran ponkenala terbaik kan Lisa...

    ReplyDelete
  4. nk gambar cntik kena la mahal kan.. lgipun brgn nya mmg mahal.. mcm makeup juga

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo