Ad

T-Shirt AirAsia MAKNA Kempen Kesedaran Kanser

T-Shirt AirAsia MAKNA Kempen Kesedaran Kanser

T-Shirt AirAsia MAKNA Kempen Kesedaran Kanser

Assalamualaikum ! Kanser , salah satu penyakit yang sampai sekarang masih belum dapat diketahui tanda-tanda awal . Pesakit biasanya akan tahu jika kanser tu dah merebak sampai stage 3 atau stage 4 . Dan wanita paling banyak terkena kanser terutamanya kanser payudara . Kakak Ipar Lisa pun salah seorang dari Cancer Survivor , tahun lepas baru je buat pembedahan untuk buang payudara . Terkejut juga sebab dia sendiri pun tak pernah tahu yang dia ada kanser . TAHUKAH ANDA ? AirAsia mengadakan kempen kesedaran terhadap kanser sejak beberapa tahun lepas. Dengan setiap pembelian T-Shirt AirAsia Makna , dana itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional ( MAKNA) untuk membantu pesakit kanser yang memerlukan . 

T-Shirt AirAsia MAKNA 2018 #AirAsiaMakna

AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai. T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan. 

Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

Lawati laman www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kesemua hasil dari jualan t-shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA. Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.”
Baca juga : Limited Edition AirAsia MAKNA T-Shirt 


Bagaimana Untuk Membeli T-Shirt AirAsia Makna ?


T-Shirt ini edisi terhad , jika korang nak buat pembelian , kalian boleh layari di website ini : https://makna.org.my/airasiamakna/ . Size dan ukuran semua ada dilaman itu . 

Jom bantu mereka yang memerlukan . #FIGHTFORCANCER 


0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo