8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


Berlambak dah jenis smartphone di pasaran sekarang ni . Semua ada kelebihan dan kekurangan . Lisa sendiri guna 2 HandPhone (HP) , agak leceh la juga.. beg pun jadi berat. Dah lama idamkan Hp yang cantik kamera , suport 4G , RAM besar , senang la Lisa update blog . Rasa tertarik pula dengan Honor 8 dari Huawei ni, dengar cerita HP ni best . Kaler pink pun cantik juga ., arghh teringin pula dah , mana tahu tahun ni dapat hadiah Honor 8 sebagai present birthday hihi berangan je .


8 Sebab untuk dapatkan Honor 8 

Sebenarnya banyak la reason kenapa Lisa nak sangat dapatkan Honor 8 ni , tapi nanti panjang pula entri nya , Hahaha.. pendekkan je jadi 8 , 8 kan angka ONG maa,, OK la.. jom baca !


1. Kamera Cantik
Tipu la kalau part kamera ni tak penting untuk perempuan , hehehe. Lisa minat betul dengan Honor 8 ni , unik.,..sebab kamera belakang Honor 8 ni , ada 2 biji kamera dengan 12 MP  ok dah tu ..senang kalau snap gambar . Tak lain tak bukan untuk gambar blog la , senang sikit kalau ada review atau spare DSLR takde batery ke . Kamera depan pula 8MP. mesti lawa kan kalau selfie atau buat Video . Wuuu bestnyaa !! bolehla muka nampak flawes and gambar tak pecah .


2. Mudah Update Blog

Sebagai blogger ni memang kalau boleh Lisa nak update sekerap mungkin . Contoh tengah ada event , time tu kita boleh la snap dan terus live update entri . Zaman sekarang ni orang guna smartphone je untuk update entri , tempat awam mana nampak lagi orang bawa laptop.Semua guna Handphone je . Dah namapun smartphone . Kalau Lisa ada Honor 8 , mudahla untuk update blog anytime , anywhere, guna gambar yang dah snap lepas tu tulis entri . Skrin pun besar , senang la nanti nak check semula entri yang dah buat tadi .


3. Dual Sim

Lisa ada bagitau awal tadi , yang sekarang ni sedang guna 2 HP . No wonder la beg jadi berat , kekadang nak cari kunci pun susah . Almaklumlah beg wanita kan banyak harta karun. Selama ni tak pernah ada HP yang boleh letak dua simcard . Ya... sekarang ni kebanyakan HP memang dah suport untuk 2 sim ,Lisa je la yang masih tk guna dual sim . Mesti best kan , kawan pun ada bagitau gak .. on 2 simcard ni ada bagusnya , contoh la kawasan tu sim 1 tak berapa elok coveragenya .. HP akan auto tukar ke sim satu lagi . Teringin sangat nak ada Huawei Honor 8 ni  , dual sim dan lawa.

4. Batery Tahan Lama dan Fingerprint Scanner. 
Fingerprint , scan jari je untuk keswlamatan . Memang berguna tuk lisa yang kadang malas nak tekan pin.. haha ye kalau ingat.. selalunya lupa password walaupun guna sehari-hari.

5. RAM 3/4 GB , internal memory suport 32/64GB 
Ni pun penting juga , HP mahal mana pun .. tapi RAM kecik dan internal memory kecik pun tak guna juga . Korang kalau nak pilih HP , pilih yang RAM besar dan Memory besar, senang nak update apps atau simpan data . Dan.. Hp tak kan senang jem atau hang nanti .



6. Bentuk yang TIPIS 

Mana ada dah handphone yang besar sekarang ni . Semua dah touch and slim . Senang masuk purse and bawa kemana-mana je .. so HONOR 8 ni sesuai la untuk Lisa yang malas bawa Beg.



7. Internet Laju 

Dengan suport 4G LTE , Lisa leh layari internet dengan pantas . Berdesup ...Update blog , video , youtube dan Instagram ..haa penting ni .. tanpa ganguan kelajuan internet.

8. Harga yang Memuaskan . 
Harga Honor 8 ni masih boleh kira murah lagi la dari jenama HP yang lain.  Untuk semua kelebihan yang ada , why not kan ? kalau beli 2 HP belum tentu dapat .

Cerita pasal harga yang mampu milik ni , haa sekarang LAZADA sedang buat MYCYBERSALE ! murah la juga dibanding harga luar. Usah risau ..ada warranty. Banyak beza ke harga tu ? nah korang boleh tengok di HARGA HONOR 8  untuk shopping . 

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!





9 ulasan

suami pernah pakai honor, bab camera memang cantik..tak dapat dinafikan.

Suka pulak tgk hset honor 8 ni.. spec nya pun menarik..

Alaaaaa pasaipa lambat sgt bgtau ni lisa? kalau tak boleh rembat sebiji..dah la dual sim, i likeeeee hehe

tau tak pa. menarik pula hp ni . rasa tersuka tanpa sengaja

suka hp dual sim jugak.. mudah tak perlu bwk byk hp.. eh mcm ada byk sgt kan.. hehe..


EmoticonEmoticon