FLUFFY,Si Kucing Riders

FLUFFY  , Korang pernah baca kucing yang bonceng di bahu seorang penunggang motosikal ni ? Fluffy nama kucing tu . Viral juga video kucing ni yang selamba naik atas bahu tuannya , meoww.. finally update juga entri mengenai fluffy ini lepas bertemuramah , eh perbualan dalam phone dengan Afiq Azwan (23tahun) , Tuan si Fluffy the cat riders ini.

Mula-mula Lisa ingat Fluffy ni kucing betina , tapi.. ternyata kucing jantan . Putih , bolat, gebuss.. comel.. memang nampak macam kucing betina . Sebenarnya Fluffy ada 4 beradik , tapi yang 3 tu dah dijual sebab tiada masa nak jaga ke-empat ekor anak kucing ni . Nama Fluffy diberikan sebab bulat macam snow ,alaaa snow bell tu ... Sekarang ni usia Fluffy dah lebih kurang dalam 1 tahun  , baka dari Maine coon yang boleh membesar sampailah sama size M anak harimau .Ingatkan dalam dunia maya je kucing besar-besar ni.. ternyata betul -betul wujud .

Nah .. Lisa story sikit macam mana si Fluffy ni boleh pandai naik atas bahu tuannya ketika naik motosikal. Awalnya Afiq keluar beli barang dengan si Fluffy , (memang tak pernah berenggang ) , lepastu banyak pula barang-barang yang dibeli sampai tak cukup tangan nak bawa si Fluffy . Dan datang idea letak Fluffy atas bahu. Korang tahu tak , si Fluffy duduk diam-diam atas bahu tu . Tak seperti kucing lain yang kebanyakan akan memberontak nak turun atau cakar-cakar sebagai tanda takut kot . Sejak tu la ,, mula ajar training Fluffy naik atas bahu dalam umur 1 bulan macam tu  , time bawa motosikal . Dan selama itu juga Fluffy tak pernah jatuh dari moto. Pheww.. kalaulah Lisa ada kucing macam tu juga.. heehee mesti best..! dah la comel, pandai pula tu . Kucing  bonceng motosikal ? tak pernah terlintas dalam fikiran .

Tak bahaya ke kalau bawa kucing naik atas motor tanpa Helmet ?


Mesti itu yang terbayang dalam fikiran kalian , tahu dah..Lisa pun sama memang fikir macam tu juga ketika first time nampak video di Fluffy naik motor tu . Seram kan kalau kot-kot nanti terjatuh ke tiba-tiba melompat huhuhu. Usah risau .. Fluffy dah dilatih dan sebenarnya dia ada Helmet sendiri . Helmet yang lama dah tak muat sebab size kepala Fluffy dah semakin besar. Beli helmet bukannya di Malaysia ada orang jual pun , kena tempah dan beli dari luar negara.. tunggu sebulan juga la . DONT JUDGE bila tak tahu jalan cerita sebenar ye,, pemilik kucing tu tahulah nak jaga kucing tu macam mana. Ofcourse fikir keselamatan Fluffy . Sweather dan jaket pon ada tau .  Nah bawah ni kalian boleh tengok video Fluffy naik motor


Kita payung video anak rider malaya. Fluffy the Rider. Antara spesis dahi berbulu yang paling setia abad ini. Hehee. Cc : Dak Kocai .
Posted by Afiq Shazwan on Thursday, 4 February 2016






Seperti kucing lain , sebulan sekali Fluffy akan dibawa ke PET Clinic  untuk check up. Dan takda penjagaan spesial , sama je makan makanan kucing dan tambah vitamin untuk kucing . 

Kalian geram dengan FLUFFY ? follow je si kucing gebus ni di 

 Fanpage : 

 Instagram :










5 ulasan


EmoticonEmoticon