Mega Menu
Selamat datang 2013
Penat...
Now 9.26pm..sepatutnya lisa dah balik kerja. Tapi...sebab hari ini counting years so kena settle semuanya. Kena membebel my big boss bla bla bla sebab sales target tak cukup. Hurmm...macam lah yang kije kat sini lisa seorang. Penat.. Semua masalah ditimpakan ke lisa.
Okayh... Ade 44 pcs simcard postpaid xbalance.memang kena cari.satu keping rm10...kalau 44 keping..?? 440.00 lah yea... Huarghh... Tahun depan kena guna banyak wet pulak.. Next week lah cari semula. ..
Balik umah...mandi..tido...zzzzz
Gudnyte..
Akhir cerita Nana
Hidup itu indah sebab hidup adalah anugerah dari Yang Maha Pencipta. Manusia diciptakan berpasang -pasang . Dimana ada malam, disitu ada siang. Jika ada hujan, disitu ada terik matahari . JIka ada kesedihan, tersembunyi kebahagiaan dibelakangnya . Kita harus bersabar ,Walaupon terkadang kita harus menempuh liku-liku badai kehidupan yang tak kita inginkan.
Aku rebahkan badan diatas katil setibanya sampai dirumah . Terpandang foto kenangan dengan family dikampung , mak,abah,kak, anak buah . Rindu bertandang dalam hati. Lambat lagi cuti lama untuk balik kampung . Hurm.. menitis air mata , tanganku pon bergerak untuk mengambil Album kenangan masa dulu aku dikampung.
**
"Kak Nana..kak Nana... ade orang bagi bunga ini untuk kak Nana " cakap rizky
"Bunga? sape yang bagi rizky? "
"Dia cakap kawan kak Nana dari jauh ,Dia ada diluar rumah.Dia cakap suruh kak Nana buka Card dalam bunga tu,nanti kak Nana tahu siapa dia "
"Bagi Kak Nana bunga tu, silap orang lah kot .hurm.."
--"Hey sayang ..Bie rindu sayang . Maaflah selama ini Bie buzy dengan kerja outstation bie sampai abaikan sayang . Bie ada kat luar tunggu sayang .
Love you and i'm waiting you.
--ilham--
Hati melompat gembira selepas membaca card dalam rangkaian bunga itu,cepat-cepat aku bersiap jumpa dia . Bagai anak kecil yang mendapat teddy bear..rasa bahagia tak terucap.
"Bie, i miss u so much . hampir satu tahun kita tak jumpa "
"Maafkan bie sayang, Bie buzy sangat-sangat dengan kerja bie. Sekarang bie kan datang , mak dan ayah mana? Bie ada bawa oleh-oleh untuk mereka. "
"Mak and ayah sedang tidur, nak Nana kejutkan ke bie? "
"Eh...tak pe lah macam tu biarkan mereka berehat. okay lah sayang ..Bie nak balik dulu ya. Esok kita keluar jalan .okayh. bie ambil sayang pukul 2petang . Miss u sayang "
"Okayh bie .. "
"amboi amboi..kakak Nana esok nak berdating. hehehehe"
" ish..rizky..mana ada! kak Nana esok nak temankan abg Ilham makan je lah sayang "
"eleh... malu lah tu kan ,tengok muka tu dah merah .hehehehhe..."
Aku gembira,akhirnya jumpa dengan orang yang aku sayang selepas satu tahun kami tidak bersua muka disebabkan kerja yang memaksa kami untuk duduk berjauhan . Esok kami akan berjalan-jalan dan dia akan bawa aku kerumah parent's dia..untuk .... argh... aku tak mahu nak berangan tinggi-tinggi,takut terjatuh nanti .
Suasana taman yang riuh dengan budak-budak bermain di Playground dengan pengawasan orang tua mereka. Seronok memandang mereka bermain-main, tertawa,tanpa beban.Kicauan burung yang hinggap didahan pokok tepi taman . Indahnya petang ini ,menenangkan hatiku yang sedang berdebar-debar sebelum menuju di rumah orang tua Ilham .Kakiku mengigil ,debaran jantungku pon semakin berdetak laju. Kenapalah dengan aku ini, jumpa orang je pon bukan nak bawa masuk penjara. Bibirku sedikit berceloteh sekali sekala. sedangkan kulihat Ilham hanya tersenyum memandang perangai ku . Aish... boleh pulak dia buat macam tu .huh, tak tahu ke apa yang sedang aku rasakan sekarang ini.Pintu rumah itu dibuka dan aku macam cinderella yang masuk dalam sebuah istana. Cewah,,, berangan lagi kan, ok... sahaja nak kurangkan nervous. Dengan senyum ikhlas aku bagi salam kepada Orang tua Ilham ,
"Assalamualaikum ,makcik..pakcik.. "
"waalaikumussalam Nana,.. masuk lah . " (senyuman manis terukir dibibir mereka ,ku raih tangan cik Fatimah dan ku cium tangan sebagai tanda hormat kepada dia )
"Nana,.. Lama tak datang sini. Sekarang dah semakin berseri je makcik tengok . atau..berseri sebab Ilham dah kembali kesini semula ya. "
"Sama sahaja lah makcik, Nana biasa-biasa sahaja, terima kasih ." (senyum menutup malu )
"Umi... janganlah cakap macam tu. kesian tengok pipi Nana dah merah " kata Pakcik yussof ayah ilham .
"Dia dah semakin Cantik kan Umi.. tak salah Ilham cari calon menantu untuk Umi and Ayah "
aduhai..malunya,,tapi hati berbunga-bunga. apakah ?..
"Nana..sebenarnya kami merancang akan merisik Nana dalam masa terdekat ini, hujung minggu ini makcik dan pakcik akan datang rumah Nana membawa rombongan untuk masuk meminang . Nana setuju atau tidak ?"
"Nanti Nana bagitahu mak and ayah yang makcik and pakcik minggu depan akan datang rumah " aku menjawap sambil tersenyum ,menganggukkan kepala sebagai tanda aku setuju dengan apa yang mereka katakan. dan aku pon tertunduk malu .
**
Tudung merah jambu selaras dengan baju kurung yang aku kenakan dihari pertunangan ini . merah bibirku semerah buah delima . Bulu mata yang melentik, pipi yang memerah jambu .cantik.. satu kata yang aku dengar dari mak ketika masuk dalam bilik ku .
suasana riuh ramai memenuhi ruang tamu rumah . Gurau senda tawa terdengar dari bibir beberapa tetamu yang datang . Orang tua Ilham dan rombongan telah pon tiba 30 minute tadi. Dan tibalah masa untuk menyarungkan cincin sebagai tanda aku telah dirisik oleh orang yang bernama Ilham. Cincin itu telah tersarung dijari manis . Alhamdulillah , setelah 3tahun menjalin hubungan .Hari ini kami bertunang dan satu langkah lagi kami akan dipersatukan dengan jalan yang Allah halalkan untuk kami bersatu .Terdengar lagu tajuk penghujung cintaku by pasha ungu ..tanda Ilham menghantar satu message.,
"Sayang ,,awak sungguh cantik hari ini. bertuah Bie dapatkan hati sayang. Satu langkah lagi kita untuk bersatu. Harap masa boleh cepat berlalu. i love u sayang "
aku tersenyum dan membalas " sabar bie..pasti akan tiba masa itu. "
pukul 5 petang para tetamu pon beredar dan kembali pulang kerumah masing-masing .
**
Malam tu hujan turun begitu derasnya , Ilham memandu kereta secara perlahan dari Kedah menuju Shah Alam untuk kembali kerumahnya.
"Sayang, esok Bie jumpa sayang ya . Kita cari barang-barang untuk hantaran. "
"okayh bie, Bie kat jalan lagi ke ? cuaca ok tak ? kat sini hujan dari petang tadi. "
"Hujan lebat sayang , Bie dekat jalan lagi. 30minute lagi sampai rumah . "
"Hati-hati bie, pandu perlahan lahan. k "
" Okay sayang... i love you so much . bye-bye.. see u tomorow"
"love you too bie.. "
selepas meletak telephone, tiba-tiba lori dari hadapan hilang kawalan dan melanggar kereta Ilham. Kereta Ilham melanggar pokok disebelah jalan . Darah keluar dari luka di kepala Ilham , dan kemudian Ilham pengsan ditempat kejadian .Orang-orang di sekeliling memanggil ambulance untuk membawa ilham ke Hospital.
**
"Assalamualaikum Nana, " panggilan dari telephone makcik Fatimah,Umi Ilham .
"Waalaikumussalam Umi. kenapa call Nana tengah malam macam ini umi ? ada apa-apa yang umi nak sampaikan ke ? "
" Nana.. Ilham ... Ilham excident ,sekarang ada di Hospital Sultan Ibrahim. "
"astaqfirullahaladzimi... Nana sekarang gerak kesana Umi "
Ternampak umi sedang menangis didepan Bilik ICU ,
"Umi.. macam mana dengan keadaan Ilham umi.. ? "
"Ilham kehilangan banyak darah , Dia perlukan orang yang mempunyai golongan darah sama dengan Ilham,dokter cakap dalam 24jam kalau Ilham tak dapat derma darah..maka Ilham akan meninggalkan kita untuk selamanya .. "
"Umi... umi bersabar ya.. nanti kita pasti akan dapatkan orang yang satu jenis darah dengan dia. berdoa ye umi.. "
"Kami telah berusaha sekuat tenaga kami, Hanya keajaiban Allah sahaja yang dapat menyelamatkan saudara Ilham . kita sama-sama berdoa ya "
"ilhammm............. jangan tinggalkan umi Ilham. Umi sayang Ilham " esakan tangisan dari Umi..
**
"sayang... kenapa merenung saja dari tadi " bisik Ilham yang sedang baring disebelahku.
"eh,,, Abang .. tak ada apa-apa. Sayang teringat time dulu -dulu je " jawapku
"Sayang, sekarang abang milik sayang yang sah . Abang tau sayang masih teringat kenangan ketika abg excident kan, Dah.. jangan dikenang lagi ya. sekarang abang dah sehatkan . Jangan terlalu fikir yang bukan -bukan.. tak bagus untuk baby dalam kandungan sayang "
" terima kasih abang , akhirnya kita telah disatukan dengan ikatan suami istri . Alhamdulillah ,insyaallah sayang akan menjadi suri yang baik untuk abang dan anak-anak kita nanti atas bimbingan abang kepada sayang "
"jom tidur sayang ... dah lewat .kesian baby tu dah penat "
Alhamdulillah 3bulan lepas aku dan Ilham telah selamat di ijabkabulkan dan sah menjadi sepasang suami istri seperti yang kami inginkan . Selepas Ilham sembuh dari kemalangan itu, Kami selamat bernikah dimasjid Sultan Salahudin Abdul aziz shah .
Celcom menyapu anugerah terbaik di Pc.com 12 Anugerah Pilihan Pembaca 2011
Celcom Axiata Berhad, memenangi anugerah paling
berprestij dengan memenangi The Best Telco of the Year, CEO of the Year dan Best
Wireless Internet pada 12th PC.com Readers Choice Awards Night yang
diadakan di Hotel Furama, Bukit Bintang . Dato 'Sri Shazalli
Ramly, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad menerima anugerah atas
malam' 'The Best Telco of the Year dan Ketua Pegawai Eksekutif kemudian award Tahun
dari anugerah Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk Haji
Fadillah Haji Yusof .baby 4 bulan tak boleh makan telur!
Jangan bagi baby umo 4bulan makan telur setengah masak. Bahaya tau tak.. Sebab ahad tu anak buah Lisa kulit berubah ruam ruam merah sebab atok bagi makan telur setengah masak. Kesian Anak buah Lisa.. Badan ruam merah and suhu badan dia panas. Huhu.. Memang kalang kabut lah. Lebih lebih mak dia xde.. Nak bawa pergi klinik tapi klinik untuk budak ari ahad memang xde yang buka. Malam tu bergilir jaga beby. .sebab beby asik mennngis and tak tahu nak duk diam. Nasib baik pagi tu baby tu dah ok.dah sehat.. Dan tak merah merah lagi.alhamdulillah..
Baju kelab blogger Ben Ashaari BA
mesin creditcard dan simcard celcom
Ha... Nampak tu!
Sudah dua hari mesin creditcard kat office saya tak boleh berfungsi macam biasanya.Dua hari lepas ketika saya ingin membuat transaction untuk pembayaran bill customer.. Tetiba sahaja credit card customer tu sangkut separuh je,tak boleh masuk penuh. Dalam erti memang tak boleh untuk membuat sejenis bayaran lah. 2jam cari apa punca masalah mesin tu.. Tapi still tak jumpa. Akhirnya call lah customer service MAYBANK.
Dan semalam call customer service maybank tu, dia jawap akan buat report dan akan hantar mekanik untuk betulkan mesin tu. Tunggu punya tunggu sampai malam... Tapi mekanik tu tak datang jugak! errrr geram tau tak...
Hari ini pagi2 dah call semula customer service Maybank tu. Jawapan yang sama. Dan saya pon cakap ok je lah. Aish.. Nak komplain sikit, customer service tu kurang sopan dalam berbahasa. Tak sepatutnya dia menggunakan ayat 'You' ketika berbicara dengan customer.
Tepat pukul 5.00pm mekanik tu pon datang. Dia tanya problem mesin tu apa. lepastu buat surat and cakap dia akan tukar baru.Sebelum dia bawa mesin tu...dia suluh dalam mesin yang untuk masukkan creditcard tu. Hey! ade something kat dalam tu. Cucuk cucuk. .. benda yang sangkut dalam mesin tu dan akhirnya selepas 30 minute.. Berjaya jugak akhirnya keluarkan bendala tu. Nak tau ape tak yang ada dalam mesin tu? "Simcard celcom " boleh berada dalam mesin tu. Huarghhh! Semalam Lisa cakap dengan boss..mybe cucu-cucu dia masukkan something kat dalam tu sebab semalam baby2 tu bermain main di counter payment. Boss xpercaya.,dia cakap budak tak akan sedegil itu. Dan dia cakap Lisa suka berprasangka buruk dengan cucu dia umo 4 tahun tu haa. Agak kecik hati gak. .tapi Lisa bertenang jea. Today ketika mekanik tu tunjukkan simcard tu kepada boss.. Haaaa dia baru percaya apa yang Lisa cakap. Muka Dia agak paise.. Hihihi
Okayh... Now mesin tu dah boleh berrfungsi macam biasanya. Terimakasih untuk mekanik mesin credit card tu.
P/s : Jauhkan budak dari barang elektronik anda terutama jauhkan budak budak dari meja kerja anda.
Hutang dan janji
Firman rasulillah"jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang maka tidak akan diampunkan dosanya walaupon dia mati syahid dalam peperangan "
Jadi.. Jika anda berhutang.. Maka cepat cepatkanlah bayar hutang. Elakkan hidup dari pada berhutang. Seperti pepatah " lebih baik tidur dengan perut kosong dari pada bangun menanggung hutang. :)
Jika tidak mampu menepati janji... Jangan membuat janji. :)
Membuat negara dengan merebut kekuasaan,itu bukan ajaran Rasul saw.
HUTANG
| Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. 3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang. |
Idul adha 2012
Selamat hari raya idul adha....
Selamat2.. Hehehe mesti kalian happy kan ari ni
Ofcoz.. Dapat mkan daging lembu Lisa hari ini tak boleh makan daging lembu. Sebab migrain. Huhu.... Tak pe..esok2 boleh makan lagi.
Hari ini cuti..tapi xtau nk g mana. Sidia flight go to Port Dickson with his family.. Ingatkan hari ini nak kuar beraya dengan mr.Luqman al-hakim.. Tapi dia bz. Dah plan awal2 tp pagi tadi dia cakap dia bz lak.... Akak pulak...dia kije :'( huk huk..
no best story... Huhu.. Jap g tengok wayang. .. Sambil tunggu akak balik kije
Kerja yang penuh tekanan
22:50 hey...just nak bagitau sekarang lisa berada di office lagi. Kenapa? sebab duit counter payment short rm165.00 dan saya lah jd mangsa. Tanya staff memang diorang ckap xtau.rite? Hurm...sedih lah. .. Yea. .penat nak jaga hati orang. Semua saya yang dipersalahkan. Counter tu bukan saya seorang pegang tp boss selalu blame saya. Huhu. Yah adil kan? ? Saya nak berhenti kerja. Ya... Saya nak berhenti kerja. Xda benefit pape pon. ... Dah fikir masak masak saya memang xnAk kerja lagi...
pada sekeping hati yang dingin
selamat hari raya 1433H
Bila kata merangkai dusta..
Bila langkah membekas lara…
Bila hati penuh prasangka…
Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.
Mohon bukakan pintu maaf…
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Zahir Batin
Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah..
Dan Syariat-Nya di alam jiwa..
Di dunia nyata, dalam segala gerak..
Di sepanjang nafas Dan langkah..
Semoga seperti itulah diri Kita di Hari kemenangan ini..
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Zahir Batin
Tak jarang salah dalam bersikap,khilaf dalam terucap, keliru dalam bertindak. walau wajah tak bertatap,langkah tak bertemu,tangan tak berjabat. dari lubuk hati yang paling dalam kami mohon maaf Zahir dan bathin seraya doa terpanjatnkan taqobal allahu minna wanminkum shiyamana wa shia bakum. minal aidin wal faizin.
TAKBIR bergema menggetarkan jiwa…
walau tangan tak sempat berjabat , namun hati kita slalu menyatu….
itu lah indah nya silatuhrahmi….
dihari kmenangan ini mari kita padukan keikhlasan untuk sling memaafkan
smoga kita mendapatkan ampunan dan Ridhoi illahi..
minal aidin wal faijidzin mohoon maaf zahir dan batin….
satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf zahir Batin
fajar ramadhan segera menghampiri dunia, slembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat hari raya 1433 H semoga amal kita diterima disisi Allah SWT..Amiiin…
Harta paling berharga adalah sabar. Teman paling setia adalah amal. Ibadah paling indah adalah ikhlas. Identitas paling tinggi adalah adalah iman. Pekerjaan paling berat adalah memaafkan. Mohon maaf atas segala khilaf
Mungkin hari-hari yang lewat telah menyisakan sebersit kenangan yang tak terlupa…..,ada salah, ada khilaf, ada dosa yang mengikuti perjalanan hari – hari itu. agar tak ada sesal, tak ada dendam, tak ada penyesalan ….mari kita sama-sama sucikan hati,diri,dan jiwa kita. Marhaban Yaa Ramadhan……………
Beningkan hati dengan dzikir
Cerahkan jiwa dengan cinta
Lalui hari dengan senyum
Tetapkan langkah dengan syukur
Sucikan hati dengan permohonan maaf
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Taqobbalallahu minna wa Min’kum
Minal Aidzin Wal Faidzin
“Mohon Maaf Lahir dan Batin”
Popular Posts
Total Pageviews
Blog Archive
-
►
2024
(4)
- ► April 2024 (1)
- ► March 2024 (2)
-
►
2023
(7)
- ► September 2023 (1)
- ► August 2023 (1)
- ► March 2023 (2)
- ► February 2023 (1)
- ► January 2023 (2)
-
►
2022
(15)
- ► December 2022 (4)
- ► November 2022 (1)
- ► October 2022 (2)
- ► August 2022 (3)
- ► March 2022 (1)
- ► February 2022 (1)
-
►
2021
(16)
- ► November 2021 (1)
- ► October 2021 (1)
- ► September 2021 (3)
- ► April 2021 (3)
- ► March 2021 (1)
- ► February 2021 (1)
- ► January 2021 (2)
-
►
2020
(16)
- ► December 2020 (2)
- ► November 2020 (1)
- ► September 2020 (1)
- ► August 2020 (1)
- ► April 2020 (2)
- ► March 2020 (1)
- ► February 2020 (2)
- ► January 2020 (5)
-
►
2019
(57)
- ► December 2019 (7)
- ► November 2019 (4)
- ► October 2019 (1)
- ► September 2019 (3)
- ► August 2019 (8)
- ► April 2019 (8)
- ► March 2019 (4)
- ► February 2019 (1)
- ► January 2019 (13)
-
►
2018
(110)
- ► December 2018 (10)
- ► November 2018 (9)
- ► October 2018 (8)
- ► September 2018 (7)
- ► August 2018 (8)
- ► April 2018 (15)
- ► March 2018 (15)
- ► February 2018 (7)
- ► January 2018 (14)
-
►
2017
(164)
- ► December 2017 (13)
- ► November 2017 (20)
- ► October 2017 (9)
- ► September 2017 (15)
- ► August 2017 (15)
- ► April 2017 (15)
- ► March 2017 (13)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (17)
-
►
2016
(219)
- ► December 2016 (14)
- ► November 2016 (9)
- ► October 2016 (19)
- ► September 2016 (20)
- ► August 2016 (19)
- ► April 2016 (23)
- ► March 2016 (16)
- ► February 2016 (13)
- ► January 2016 (30)
-
►
2015
(426)
- ► December 2015 (21)
- ► November 2015 (31)
- ► October 2015 (52)
- ► September 2015 (38)
- ► August 2015 (20)
- ► April 2015 (35)
- ► March 2015 (50)
- ► February 2015 (38)
- ► January 2015 (78)
-
►
2014
(318)
- ► December 2014 (79)
- ► November 2014 (88)
- ► October 2014 (82)
- ► September 2014 (47)
- ► August 2014 (9)
- ► April 2014 (1)
- ► March 2014 (5)
-
►
2013
(24)
- ► November 2013 (1)
- ► September 2013 (1)
- ► August 2013 (5)
- ► April 2013 (3)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(26)
- ► December 2012 (8)
- ► November 2012 (2)
- ► October 2012 (3)
- ► August 2012 (1)
- ► March 2012 (1)
- ► February 2012 (2)
- ► January 2012 (7)
-
►
2011
(61)
- ► December 2011 (4)
- ► November 2011 (1)
- ► October 2011 (19)
- ► September 2011 (21)
- ► August 2011 (8)



