Ad

Showing posts with label cinta paling agung. Show all posts
Showing posts with label cinta paling agung. Show all posts

LIRIK INGATKAN DIA [OST CINTA PALING AGUNG]

LIRIK INGATKAN DIA [OST CINTA PALING AGUNG]  | Tertanya-tanya apa tajuk soundtrack /OST dalam telemovie Cinta Paling Agung ? Pastinya dah tak asing algi bukan dalam telinga . Ya.. Ingatkan Dia - dinyanyikan oleh Wings. Jom baca .



Lirik Lagu Ingatkan Dia - Wings

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Senarai Pelakon Cinta Paling Agung

                         
Senarai Pelakon Cinta Paling Agung | Telemovie yang meletop ketika 1 Syawal ini mendapat sambutan hangat dari para penonton. Kisah cinta alam perkahwinan dimana seorang isteri mencuba menyelamatkan rumah tangganya dari pintu perceraian . Baca selebihnya di : SINOPSIS CINTA PALING AGUNG 

Gandingan pelakon hebat yang pastinya tidak asing dimata kalian. Ya.. Aaron Aziz dengan Siti Saleha . Digandingkan dengan artis kecil Mia Sara Nasuha. Dan berikut ialah
Senarai Pelakon Cinta Paling Agung :
Aaron Aziz    sebagai  Khairi
Siti Saleha   sebagai  Amyza
Zaskia Adya Mecca  sebagai  Dewi 
Nino Fernandes   Sebagai  Ressa
Mia Sara Nasuha  sebagai   Hana
Syaeful Alamsyah  sebagai   Ayah Dewi
Tuti Kembang  sebagai   Ibu Dewi
Tya Maria  sebagai  Mona
Shahronizam  sebagai Ben
Selvy Kahnesya  sebagai  Kartini
Teuku Rifnu Wikana  sebagai  Penghulu





TONTON CINTA PALING AGUNG

TONTON CINTA PALING AGUNG  | Sembilan tahun menikah , akhirnya rumah tangga yang telah dibina Khairi ( Aaron Aziz )  dengan Amyza ( Siti Saleha ) kini dilanda masalah . Hadirnya orang ketiga yang telah mencuri hati Khairi membuat Khairi memutuskan untuk menikahi perempuan itu ,Dewi (zaskia Adya MECCA ) . Amyza yang masih mencintai Khairi akhirnya memberikan syarat sebelum Khairi menceraikannya. Apakah syarat tersebut ?

Jom saksikan dan tonton CINTA PALING AGUNG di pautan :



BIODATA ZASKIA ADYA MECCA

BIODATA ZASKIA ADYA MECCA | Pelakon atau artis dari negara jiran iaitu Indonesia akan muncul dalam lakonan sebagai Dewi dalam telemovie raya Cinta Paling Agung yang akan ditayangkan 1 Syawal ini ,17 July 2015. Mempunyai wajah yang cantik dan juga menjiwai dalam lakonan membuat hati penonton terjatuh cinta. Termasuk la saya , Zaskia berparas cantik dan nampak anggun . 

Artis kelahiran 1987 ini telahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Zaskia Isteri kepada  Hanung Bramantyo . Waw, walaupun dah berkahwin pun tetap nampak masih remaja. Jom ketahui Lebih lanjut mengenai biodata artis wanita yang satu ini.

Biodata Zaskia Adya Mecca [ Dewi-Cinta Paling Agung ]
Nama Penuh : Zaskia Adya Mecca
Nama : Zaskia
Kelahiran : Jakarta , Indonesia 
Tarikh lahir : 8 September 1987 
Twitter : @zaskiamecca 
Zaskia juga merupakan darah campuran Aceh-Sunda-Jerman. 

Pernah belakon juga dalam Movie Ayat-Ayat Cinta. Seperti apa lakonan dalam Telemovie yang akan ditayangkan raya pertama nanti ? Jangan lupa saksikan di Astro Ria.







SINOPSIS CINTA PALING AGUNG


SINOPSIS CINTA PALING AGUNG | Sekali lagi Astro First  akan menyajikan sebuah movie yang menggandingkan pasangan serasi dalam lakonan iaitu Aaron Aziz dengan Siti Saleha . Mereka akan menjadi pasangan suamiisteri dalam drama 'Cinta Paling Agung' sampena menyambut AidilFitri pada minggu depan .

Selain Aaron Aziz dan Siti Saleha, pelakon Cinta Paling Agung  juga dimeriahkan oleh artis dari seberang iaitu Zaskya Ada Mecca dan pelakon cilik Mia Sara turut membintangi telefilem ini.Telefilem hasil karya pengarah dan pemenang untuk anugerah filem Ayat-Ayat Cinta, Hanung Bramantyo ini mampu menyentuh hati dan membuai perasaan penonton seolah-olah berada dalam jalan cerita telefilem tersebut. Cerita yang mengisahkan poligamy seorang lelaki , dan si isteri akur dengan keputusan suami dengan syarat. Apakah syarat tersebut


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.
Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?


Macam pernah dengar story yang lebih kurang dalam movie ini, namun agak-agak sama ke tidak ? Jangan lupa untuk menonton telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480. 


Terlepas saksikan Cinta Paling Agung ?
Tonton di :

 TONTON CINTA PALING AGUNG 
(klik untuk tonton ) 
atau

 TONTON ONLINE TELEMOVIE CINTA PALING AGUNG





© all rights reserved
made with by templateszoo