Ad

Showing posts with label Shea Rasol. Show all posts
Showing posts with label Shea Rasol. Show all posts

Al-Fatihah Untuk Shea Rasol





Agak terkejut juga dengan pemergian Shea ( www.myamethyst-shea.com/ ). Sekali lagi kehilangan seorang kawan blogger , Shea Rasol yang pulang ke rahmatullah hari ini , dihari Jumaat 09 June 2017 , hari ke 14 bulan ramadhan , diusia yang muda lagi baru 29tahun  . Siapa yang tak kenal shea, dia ialah seorang blogger , pengacara SIS di TV9 , juga fashionista yang digemari ramai orang . Tipu la kalau tak sedih , tapi...sebaik-baik perancangan ialah dari ALLAH . 

Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuknya disana . Semoga tenang dan di tempatkan digolongan orang yang beriman . Untuk family yang ditinggalkan , semoga diberikan kesabaran dan keikhlasan hati . 

Kita bacakan Al-fatihah sekejap untuk Shea Rasol





Damailah disana Shea , dah beberapa bulan bertarung melawan cancer Urachal ... kini awak berada ditempat yang lebih tenang . 


Beruntungnya kerana pemergiannya pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia. Awak insan terpilih Shea.. #SheaCancerFighter

Sebak ... tak leh nak tahan air mata ni ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ 
© all rights reserved
made with by templateszoo