Ad

Showing posts with label Eskayvie. Show all posts
Showing posts with label Eskayvie. Show all posts

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Assalamualaikum, pernah tak korang alami situasi tak cukup tidur dan sepanjang hari tu rasa moody je? Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena dan jadi terganggu. Badan pun rasa tak bertenaga dan muka pun tak bermaya. Stres je sepanjang hari. Pernah tak jadi macam tu?


Macam Lisa ni lagi la, kerja setiap waktu berhadapan dan berurusan dengan orang, lagi la amat terkesan kalau tak cukup tidur. Lagi-lagi kalau mengadap customer yang macam-macam perangai. Mood boleh swing wehh!


Berapa Jam Pula Sebenarnya Diperlukan Untuk Mendapat Tidur Yang Mencukupi?

 

Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggung jawab seharian. Dari apa yang Lisa tahu, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam.


 

Dulu, Lisa ada kerja hakiki. Malam balik rumah dari kerja kena siapkan job lain pula, buat artikel blog, buat video dan editing sepanjang malam. Memang tak cukup tidur! Kadang tu dapat tidur sejam je sebelum subuh.

 

Sekarang Lisa dah tak kerja dengan orang, kerja sendiri je. Jadi sekarang ni Lisa dah boleh atur jadual harian dengan lebih baik. Antara menjadi keutamaan Lisa adalah waktu tidur. Lisa akan pastikan waktu tidur Lisa adalah mencukupi kerana dengan tidur yang cukup Lisa boleh kawal emosi, mood dan lebih bertenaga serta ceria untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Takkan suami bangun pagi nak mengadap muka stres Lisa disebabkan tak cukup tidur kan? Nanti kalau ada anak lagi la. Lagi bertambah-tambah tanggungjawab Lisa.

 

Kurang tidur ni sebenarnya banyak keburukannya. Kurang tidur boleh menyebabkan moody, tak relaks dan mudah stres. Selain dari itu juga, jika kurang tidur secara berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kenaikan berat badan. Arwah mak dulu meninggal disebabkan pembuluh darah pecah akibat darah tinggi. Dulu masa arwah mak muda, mak kuat kerja dan selalu tak cukup tidur. Lisa pun bukannya muda selama-lamanya. Ni dah kahwin memang kena pandai bahagikan masa antara waktu kerja dan waktu rehat.

 

Punca Kurang Tidur


Stres di tempat kerja dan tambahan kerja-kerja sambilan lain, dengan nak kejar dateline dan nak capai target bulanan merupakan antara salah satu punca Lisa kurang tidur dan kadang-kadang tu tak dapat tidur dengan lena. Bila memikirkan nak kejar dateline tu membuatkan Lisa kurang dapat tidur yang cukup.

 

Kurang tidur umumnya sering disebabkan oleh beberapa hal berikut ini:

 

●     Stres

●     Konsumsi minuman berkafein terlalu banyak atau dekat waktu tidur

●     Tidur dalam kelaparan

●     Tidur dengan lampu bercahaya

●     Tuntutan kerja malam

●     Insomnia

 

Dulu Lisa tak begitu ambil kisah tentang kesihatan, lebih-lebih bab tidur. Fikir diri ni masih muda dan masih sihat lagi. Lagi-lagi waktu belajar dulu. Memang selalu tidur lewat sebab siapkan assignment. Kadang tu tak tidur pun semata-mata nak siapkan. Tapi, sejak arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi, Lisa mula ambil serius bab kesihatan. Dulu sendiri je tapi sekarang ni dah berdua. Mana tahu ada rezeki, jadi bertiga pula. Perjalanan hidup Lisa masih Panjang lagi. Bila umur semakin meningkat ni, Lisa perlu utamakan kesihatan.

 

Tidur Lebih Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

 


 

Sebelum ni, Lisa banyak buat review produk dari Eskayvie antaranya Eskayvie Diffenz, Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie Phytax. Baru-baru ni Eskayvie telah keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic.

 

Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Produk ini dapat membantu untuk atasi masalah sukar tidur seterusnya mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu, ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.

 

Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil.

 

Di bawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

 

Phosphatidylserine





  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 
  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

Ashwagandha KSM-66

 



●Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

●Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

●   Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

●   Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

Bacopa Monnieri

 





●  Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

●      Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

●Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

● Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

 

Magnesium

 



 

●         Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

● Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

●   Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

Selenium




●  Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

●   Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

 


 

●      100% Bahan Semula Jadi

●      Rasa Tropika Yang Enak

●      Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

●      Tanpa Gula Tambahan

●      Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Manfaat Eskayvie Mindtropic

1.    Mengatasi gejala Brain Fog

2.    Merangsang perkembangan sel otak

3.    Menguatkan memori

4.    Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5.    Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6.    Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7.    Menjadikan lebih ceria & gembira

8.    Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan

 


 

1.    Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

 

2.  Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

 

3.  Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

 

*Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 

Feedback Pengguna






Kalau korang tengok feedback-feedback pengguna diatas ni, ramai diantara mereka yang memberikan respon yang baik selepas amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Daripada yang susah tidur dan tidur tak lena, kini lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena. Selain itu, dapat deep sleep, bangun pagi pun rasa badan lebih bertenaga, cergas dan ceria.


 

Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif Covid-19 dan kesannya, beliau cepat lupa dan ada masalah brain fog.

 

Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.

 

Tidur Cukup Untuk Emosi Yang Stabil

 

Tidur dan emosi seseorang tu sangat berkait rapat. Seseorang yang tak cukup tidur memang emosinya akan terganggu. Ini adalah kerana otak tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila emosi tak stabil, itu yang terjadinya moody, cepat marah, stres dan sebagainya.

 

Lisa dah lalui semua perkara di atas sebelum ni. Bila dah kerja sendiri ni, Lisa bebas untuk atur masa sendiri. Sibuk tu memang sibuk, tapi Lisa dapat bahagikan masa tidur dengan lebih teratur. Lisa juga akan pastikan agar dapat tidur yang mencukupi setiap hari

 

Mungkin adakalanya juga Lisa akan lalui waktu susah nak tidur atau tak dapat tidur yang lena. Siapa tahu kan? Bila umur semakin meningkat ni, nak dapat tidur yang betul-betul berkualiti memang susah. Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan sukar nak tidur dan tidur tak lena. Alhamdulillah, dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu Lisa untuk mudah tidur dan tidur dengan lebih lena.

 

So, kalau korang berminat nak try Eskayvie Mindtropic ni, korang boleh layari website dan social media Eskayvie pada link dibawah.

WEBSITE

www.eskayvie.com

 

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Ekzema Penyakit Nampak Biasa, Tapi Cukup Derita Kepada Pengidapnya

Ekzema Penyakit Nampak Biasa, Tapi Cukup Derita Kepada Pengidapnya 

Assalamualaikum, Jom bicara bersama Lisa berkaitan penyakit Ekzema.

Apa itu Ekzema ye.. Pernah dengar tak? Ada kalangan pembaca blog Lisa ni yang ada penyakit Ekzema?


Nak tahu apa itu Ekzema? Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya walaupun ia bukanlah penyakit yang boleh menjangkiti orang lain. Penyakit ini hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika keadaan pesakit bertambah teruk.

Orang yang alami Ekzema ni juga kulitnya sangat sensitif ya. Tak boleh kena habuk, tak boleh terlalu panas yang boleh menyebabkan peluh dan pengudaraan juga perlu selesa dan bersih, kalau tak habis kulit merah-merah kegatalan. Pada yang mengidapnya memang rasa terseksa lagi-lagi kalau terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Memang kesian.

Siapa Yang Mudah Terkena Ekzema? 



Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak, tetapi orang dewasa juga boleh mengalaminya. Ia kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.


Jom kenali jenis-jenis ekzema.

1.Atopic Eczema

Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.

2.Seborrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.

3.Allergic Contact Dermatitis

Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.

4.Dyshidrotic Eczema

Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.

5.Discoid eczema

Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.

6.Stasis Eczema

Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.

7.Juvenile Plantar Dermatosis

Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.


Bagaimana Cara Merawat Ekzema?

Ekzema merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan. Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema. 

Ooh.. patutlah Lisa tengok Adam (anak Kak Fit) tu, kulitnya tak baik-baik. Still lagi kemerahan dan bila berpeluh mulalah gatal-gatal. Kesiannya…


Ekzema Boleh Dikawal Dengan Pengambilan Eskayvie Diffenz



Eskayvie Diffenz merupakan suplemen tambahan keluaran Eskayvie Malaysia yang diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan, mengatasi masalah asma, resdung dan ekzema, melindungi serta menguatkan paru-paru. Ia mengandungi 4 bahan utama yang digelar “SUPERFOOD”.

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh doktor perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin bahawa pengambilan makanan tambahan atau suplemen memainkan peranan yang penting untuk membekalkan sumber nutrisi mencukupi kepada badan. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya pada musim wabak yang melanda dunia sekarang ni. Lebih-lebih lagi jika seseorang tu adalah gologan yang berisiko tinggi dan menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau ada masalah jantung.  


Enot Bertahun Derita Kerana Asma & Ekzema


Siapa yang tak kenal Enot, seorang pelakon dan pelawak wanita terkenal tanah air. Sepanjang menghidap penyakit asma dan ekzema, Enot dah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mencari penawarnya. 

Enot mula mengetahui tentang Eskayvie Diffenz melalui Instagram Pak Nil dan terus ingin mencuba selepas dapat tahu ia ada bahan berkhasiat yang bagus untuk merawat asma dan ekzema.

Banyak perubahan baik yang berlaku pada dirinya. Ekzema di kakinya sudah mulai kering dan tidak lagi berair. Perubahan yang positif ini amat menggembirakan Enot. 

Asmanya pun dah semakin berkurangan. Kalau dulu bercakap 2 – 3 minit pun dah mula  semput dan tercungap-cungap, tapi sekarang tidak lagi. Beliau amat berpuas hati dengan Diffenz dan mengesyorkan agar mereka yang ada masalah yang sama sepertinya untuk mencuba sebagai jalan ikhtiar.


Kandungan Utama Eskayvie Diffenz

Kalau korang nak tahu, Diffenz sekarang ni dah jadi satu fenomena dan viral di Malaysia kerana khasiatnya yang sangat hebat. Lebih-lebih lagi ketika negara kita  dilanda Pandemik Covid-19. 

Ramai yang gunakan Diffenz sebagai ikhtiar untuk melawan virus Covid-19 serta tingkatkan sistem imun badan agar dapat elak daripada dijangkiti. 

Nak tahu apakah kandungan utama Eskayvie Diffenz ni sehingga diberikan jolokan Super Food?


Cendawan Susu Harimau


Pernah dengar Cendawan Susu Harimau? Kalau belum, ni Lisa nak kongsikan kepada korang.

Cendawan ini dikenali sebagai “Harta Karun Negara” dan telah digunakan sejak turun temurun untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan termasuklah menguatkan paru-paru, melegakan batuk, asma, ekzema dan resdung serta menguatkan ketahanan badan.

Harga cendawan ini sangat mahal harganya ya kerana ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Nak cari pun susah kerana ia hanya tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram! 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi yang kita ada sekarang, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan orang ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Jadi, untuk memudahkan orang ramai mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan,  Eskayvie Diffenz telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang diperlukan.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau:

● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

● Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

● Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


Buah Camu-Camu



Merupakan buah di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain dan ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Buah Camu-Camu ni telah digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu.


Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan Super Food.

Buah ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.


Kebaikan buah camu-camu ialah:

● Menguatkan sistem imun

● Antioksidan dan anti-radang

● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

● Menstabilkan tekanan darah tinggi

● Merangsang penghasilan kolagen

● Mengawal gula darah


Vitamin C



Vitamin C merupakan nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan pada setiap hari untuk memastikan sistem imun badan bekerja secara efisien. Pengambilan harian sangat disyorkan kerana ia tidak dapat dihasilkan dan disimpan oleh badan. 

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.


Vitamin D



Vitamin D ni sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu mengawal gula, darah dan kekuatan tulang. Walau bagaimana pun hampir 64.7% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ini. 

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.


Kesimpulan

Ekzema merupakan penyakit yang tiada ubatnya. Ia hanya dapat dirawat untuk mencegah daripada semakin teruk. Pengambilan suplemen tambahan yang sesuai boleh membantu mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema. 



Eskayvie Diffenz antara suplemen tambahan yang amat sesuai diamalkan bagi mencegah ekzema daripada menjadi lebih teruk. Banyak dah testimoni dari pengguna Diffenz yang memberikan maklum balas yang positif selepas mengamalkannya.

Bagi memastikan imun badan dalam keadaan baik, pengambilan suplemen adalah penting dan terbukti berkesan. Kita perlu persiapkan diri dengan meningkatkan sistem imun bagi melawan serangan virus dan penyakit. Memang kita tidak dapat lari dari penyakit, namun kita tidak boleh berhenti ikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.



Untuk pengetahuan korang, Eskayvie juga ada perlindungan untuk anak-anak di bawah 5 tahun yang masih belum menerima vaksin iaitu Diffenz Junior. Dapatkan set keluarga Diffenz bersama Diffenz Junior untuk lindungi paru-paru serta tingkatkan sistem imunisasi badan anda dan yang tersayang.

Dapatkan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda sekeluarga. Hanya serendah RM 60.00 sahaja sebotol. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Korang boleh dapatkan Diffenz dan Diffenz Junior ni pada laman web dan media sosial dibawah.


Website: www.eskayvie.com 

Facebook: Eskayvie Malaysia 

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq 

Instagram: Eskayvie Malaysia  

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 


 

 


© all rights reserved
made with by templateszoo