Ad

Showing posts with label Berita terkini.. Show all posts
Showing posts with label Berita terkini.. Show all posts

Harga Terkini RON95, RON97, Diesel 1 Februari 2015

Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel 1 Februari 2015 | Berikut ialah senarai harga terkini untuk minyak RON95 , RON97 dan juga Diesel yang akan bermula pada esok 1 FEBRUARI 2015. Harga minyak mengalami penurunan dibanding dari harga minyak sebelumnya . Pengumuman Rasmi Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun pada 1.2.2015 Esok. 

Harga Terkini RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Februari 2015 (Rasmi)

-RON95: RM1.70 Sen Seliter
-RON97: RM2.00  Seliter
-Diesel: RM1.70 Sen Seliter


Harga Terdahulu RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2015

RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter

Sidang Media DAC MH370 BATAL


Sidang Media DCA MH370 BATAL | Setelah para petugas media menunggu selama 40 minit di dalam Bangunan Jabatan Penerbangan Awam  (DCA )untuk mendapat maklumat mengenai Insiden MH370 akhirnya mereka diberitahu bahwa persidangan itu dibatalkan. 
Dipetik dari Berita Harian

" PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.

Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri waris penumpang MH370." 

Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370

Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370  | Berita Terkini mengenai Insiden MH370 akan Diumumkan Khas oleh DCA di ibu pejabat DCA di Putrajaya dan disiarkan petang ini pukul 3.30 di TV3 .
Jom saksikan MH370 : Tonton Pengumuman Khas DCA Insiden MH370 di TV3. Seperti yang semua ketahui sehingga sekarang memang masih tiada bangkai pesawat atau mangsa yang dijumpai.

Sidang akhbar akan dijalankan "live" di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jadi pengumuman oleh DCA ini memang ditunggu oleh seluruh dunia.

Official Press Conference of MH370 today.
Time: 3.30pm.
Location: DCA, Presint 2 Putrajaya.
LIVE: TV3 Malaysia.





Bagi yang berada ditempat kerja boleh saksikan :
Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370

Atau
 Live Streaming Pengumuman Khas DCA Insiden MH370 
(klik link untuk tonton) 




Keputusan Pengumuman KHAS DAC INSIDEN MH370 ; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DAC )Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 di RTM sebentar tadi. Dalam sidang akhbar itu memutuskan bahwa Malaysia hari ini mengisytihar semua penumpang 239 dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa. Perisytiharaan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya Pampasan.
Meskipun begitu pencarian pesawat MH3707 tetap dikekalkan sebagai keutamaan.Carian oleh empat kapal didasar laut untuk menemukan MH370 masih diteruskan. 

Tok Guru Nik Abdul Aziz Dirawat Di ICU HUSM

Tok Guru Nik Abdul Aziz  Dirawat Di ICU HUSM |Semalam kawan di whatsapp bagi tau yang  , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikejarkan ke ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana kesihatan yang menurun semenjak banjir dari bulan lepas  . Terus cari kesahihan berita tersebut,yelah.. zaman sekarang ni keyboard warrior pastu share berantai kat whatsapp banyak tanpa tahu kesahihan berita tersebut.  Marilah doakan kesembuhan Tok guru Nik Abdul Aziz, semoga cepat diberikan kesehatan dan kesembuhan.

Sultan Kelantan ,Sultan Muhammad V datang melawat  ditemani Nik Abduh yang juga merupakan anak Datuk Nik Abdul Aziz.

Dipetik dari KOSMO "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah dimasukkan ke hospital malam tadi berikutan tahap kesihatannya yang menurun berikutan banjir besar yang melanda Kelantan pada bulan lepas.
"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau akan memuat naik perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan Nik Abdul Aziz dari semasa ke semasa.
" Insya-Allah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang," katanya. - Bernama "

© all rights reserved
made with by templateszoo