Ad

Showing posts with label Andainya Takdir. Show all posts
Showing posts with label Andainya Takdir. Show all posts

SENARAI PELAKON ANDAINYA TAKDIR 2

PELAKON ANDAINYA TAKDIR 2 

Akhirnya ... drama yang ditunggu-tunggu ANDAINYA TAKDIR 2 akan ditayangkan bermula hari ini 13 Jun 2018 , setiap Rabu- Jumaat, jam 9.00 malam . Sesiapa yang pernah tengok sebelum ini drama ANDAINYA TAKDIR , memang best la drama ni . Memainkan emosi  tak kira mak-mak ataupun yang bujang ni ha.. Gandingan pelakonShukri Yahaya dan Nina Iskandar. PELAKON ANDAINYA TAKDIR 2 diantaranya : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Neera Azizi . Agaknya sama macam novel tak ye jalan cerita drama  ni ... ? 

WATAK PELAKON 



WATAK PELAKON
Shukri Yahaya Airil
Nina Iskandar Fatihah
Puteri Balqis Aleya
Mas Khan Nizam
Sheila Mambo Normah
Idris Md Diah Jalal
Erry Putra Mushin
Adiba Yunus Liza

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Fatihah pula mula merasakan kepayahan hidup tanpa seorang suami. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

GAMBAR PELAKON


SENARAI PELAKON ANDAINYA TAKDIR 2

Senarai Pelakon Andainya Takdir


Awalnya tak nak terjebak la dengan drama yang satu ini , tapi kawan semua asyik cerita pasal  drama bersiri Andainya Takdir di slot Samarinda TV3.  . Punyalah emo masing-masing di group geram tengok si shukri yahaya pukul bini dia dalam cerita tu , nak tak nak jadi terasa nak layan gak . Hahahah... Drama sangat nih. Selain Shukri Yahaya sebagai Airil (heroin ) dan Nina Iskandar sebagai fatihah (heroin ) juga ada Puteri Balqis sebagai anak diorang . Senarai pelakon yang lainnya : Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad,  dan banyak lagi. Drama Andainya Takdir dah lama ditayangkan start 29 Mei , setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3

Senarai Pelakon Andainya Takdir 



PELAKON
WATAK
Shukri Yahaya
Airil
Nina Iskandar
Fatihah
Putri Balqis
Aleya
Sheila Mambo
Normah
Idris Md Diah
Jalal
Rosnah Mat Haris
Lemah
Erry Putra
Mushin
Adiba Yunus
Liza
Sabhi Saddi
Rahmat
Dian P.Ramlee
Salmah
Dilla Ahmad
Saidah
Putra Amaris
Rozali
Annie Ariffin
Norlin
Talha Harith
Zaki

LAGU TEMA / OST ANDAINYA TAKDIR

Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Mungkin - Potret
Permata Cinta - Aiman Tino
Tuhan Jagakan Dia - Ippo Hafiz
Dimanakan Ku Cari Ganti - Liza Hanim

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


Gambar Pelakon




Dengar cerita penuh emosi kalau tengok drama ini , perghh mesti mak-mak geram tengok bini kena pukull.. mesti menyumpah2 haahaha.. kita tengok la malam ini ... yang takde TV boleh tengok juga di tonton.com.my
© all rights reserved
made with by templateszoo