Ad

Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019

Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019

Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019


Ramai penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus 2019 atau Gerhana Matahari Cincin pada Khamis, 26 Disember 2019, . Gerhana matahari yang hanya dapat dilihat setiap 21 tahun sekali .  Annular solar eclipse,  “Anulus” bermaksud “cincin” di dalam bahasa Latin hanya dapat disaksikan dari Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja . Gambar Gerhana Matahari Anulus / Cincin 2019 seperti dibawah ini . 

Gambar Gerhana Matahari Anulus 2019


Diceritakan dalam hadith nabi kita takut bila terjadinya gerhana ni. Solat sunat gerhana baginda amat lama qiyamnya, rukuknya dan sujudnya. Adalah sunat muakkad kita melakukan solat sunat gerhana matahari. Pintalah perlindungan dan keampunan darinya. Berdoalah..








Gambar perkongsian dari kawan Photographer Lisa Andi Ahmad yang turun ke Tanjung Piai , Pontian Johor , Malaysia . 


Ia bukan petanda akan terjadinya sesuatu yang buruk atau sebagainya. Ia sebenarnya adalah petunjuk untuk kita menyedari kekuasaan Allah. Supaya kita takut kepadaNya..
.
"Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid. Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat Baginda lakukan di dalam solat. Kemudian Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang. Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya. Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya."

Lisa sendiri hanya dapat tengok separa sahaja , berkesempatan tengok sebab ada event outdoor . Bagaimana dengan korang ? 



1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo