Ad

PELAKON RAHSIA HATI PEREMPUAN

PELAKON RAHSIA HATI PEREMPUAN

PELAKON RAHSIA HATI PEREMPUAN  

Wah tengok teaser video Rahsia Hati Perempuan aritu pun dah macam menarik je , Drama RAHSIA HATI PEREMPUAN disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Pelakon Rahsia Hati Perempuan boleh tahan best juga la , antaranya gandingan Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini disiarkan menjelang Ramadan . Waktu Siaran setiap hari , Isnin-Khamis, 10:00 malam di  Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)

WATAK PELAKON 


PELAKON
WATAK
Zayn 
Ilaina 
Fikry Ibrahim
Mikael
Uqasha Senrose
Arissa
Mak Wan
Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud
Suraya
Lydiawati
Laila
Eina Azman
Ayra
Amir Nafis
Adzim
Ziha Salleh
Saerah
Duerra Mitilda
Ilaina
Redzwan Adha
Zyan
Shah Faris
Mikael

LAGU TEMA / OST

Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia. Mereka saling membalas surat namun malang menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar menyebabkan mereka terputus hubungan

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra. Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim.

Hubungan Ilaina dan Mikael kian rapat. Ilaina masih ada hati dengan Mikael walaupun sudah lama terpisah. Pada masa sama, Arissa juga menaruh hati terhadap Mikael walaupun mengetahui Ilaina sukakan Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Mikael dan Zayn mengajak Ilaina pulang bersama mereka ke Malaysia namun dihalang oleh ibunya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn berhenti kerja dan ingin memulakan kerjaya sebagai penulis novel. Zayn berpura pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina. Mikael pula mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kanser namun dia tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya.

Ilaina dan Arissa pulang ke Malaysia walaupun dihalang Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina.

Mika mengecewakan Ilaina bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Adzim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Mika masih merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ilaina dapat tahu yang selama ini Zayn yang membalas surat dan kiriman mesejnya dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju untuk menikahkan Ilaina dengan Mikail.

GAMBAR PELAKON 









2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo