Saturday, August 30, 2014

My Air Asia Free Seats !


http://www.airasia.com/my/en/home.page

Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia , saya akan pergi ke SABAH  . Dan saya akan bawa bersama keluarga saya dan beberapa orang rakan bloggers yang rapat. Kenapa? Saya bawa keluarga saya sebab saya ingin bercuti dengan mereka, ingin  meluangkan masa untuk mereka. Kami jarang dapat luangkan masa yang berkualiti bersama, banyak masa saya habis dengan kerja dan kerja. Saya juga memilih beberapa rakan bloggers saya kerana mereka adalah blogger sepenuh masa, mereka juga merupakan travel bloggers di Malaysia.

Saya memilih sabah sebab memang dah lama teringinkan berjalan-jalan meluangkan masa dengan orang-orang tersayang . Diantara tempat yang menarik di Sabah yang ingin saya kunjungi ialah:

1. KUNDASANG 
Celyn Resort, Kundasang
Kawan-kawan selalu bercerita yang di Kundasang ni tempat dia best. Itu lah yang membuat saya teringin pergi sana . Mesti best !sebab dari bilik resort tu kita boleh nampak Gunung Kinabalu. Dengan suhu yang rendah, tak payah guna aircond dah .








2- Jesselton Point




 Jesselton Point merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.





                                       3.Pulau Manukan, Sabah


Ha,,, nampak tak ikan-ikan yang comel-comel tu . Bagi yang suka snorkeling , pulau manukan memang tempat yang tepat sebab air yang jernih dan kita boleh melihat ikan-ikan dan semua yang ada dalam laut .

                                                                            
                                                                       5. KAKI GUNUNG KINABALU


Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi,dan semoga hasrat untuk sampai puncak sana akan tercapa juga satu hari nanti. 











Dengan promosi  'My Air Asia Free Seats " semua orang boleh terbang kemana-mana destinasi yang orang inginkan dengan harga yang murah . Tempah tiket penerbangan anda sekarang ! bermula dari 25-31Aug 2014 . 

Untuk keterangan lebih lanjut , semak Air Asia
|| www.airasia.com || 

Atau tekan gambar berikut  
http://www.airasia.com/my/en/home.page


















Wednesday, August 27, 2014

Aku Sebahagian dari #KelabBloggerBenAshaari

#KelabBloggerBenAshaari ?
First time dengar ? atau.. kalian dah selalu dengar tapi tak tau ape tu #kelabbloggerbenashaari ?
Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) ni satu komuniti dimana dalam tu terdapat blogger-blogger yang baru atau blogger lama dalamdunia blogging . 
Founder KBBA ialah Ben Ashaari , haaa..kenal kan ?
Dia wujudkan group ni sebab :

        "Untuk apa ? Dari awal lagi aku mula blogging , aku dapati amatlah payah untuk promote blog dan juga menaikkan trafik. Blogger blogger senior pulak, mmg tak pandang la blogger blogger baru"
"Tujuan penubuhan #kelabbloggerbenashaari ni , adalah untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang. Pencapaian #kelabbloggerbenashaari tahun ini sangatlah bagus. Ada blogger yang terlibat dengan badan kebajikan dan macam macam lagi."
petikan dari SINI
Dan kenapa saya join KBBA ?
Nak tumpang pemes ka? hey..
tak pun la .Meski ade beberapa orang yang berfikir seperti itu. Hurm, seronok weyh join KBBA , banyak ilmu yang saya dapat kat sana. Ilmu Blogging , yelah..Saya ni bukan Blogger pemes pon dan masih banyak kena belajar dari mereka-mereka yang dah tau seluk beluk berblogging ni. Kalau ade apa yang tak paham, diorang boleh tolong ajar macam mana nak solve problem. 

Jadi.. dah tau kan ,, bukan sebab nak pemes, tapi saling membantu dan untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang.Mane lah tau ade rezeki travel kat  Paris macam dia tempoh hari tu . hehehehe :P
"Tuah Ayam Pada Kaki, Tuah Manusia Tak Da siapa Tau "
(Betul ke ayat ni ?hehe )
Tuesday, August 26, 2014

syair tentang wanita




لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung, nescaya jadilah wanita itu burung merak.

ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,nescaya jadilah wanita itu rusa.

ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga,nescaya jadilah wanita itu rama-rama.

ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia.

فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة،
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih, isteri, dan ibu yang hebat.

وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik bagi (semua) lelaki di atas muka bumi.

فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan sesuatu yang sangat agung.

لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن
Nescaya ALLAH tidak akan menjadikannya sebagai bidadari yang dihadiahkan kepada
seorang mukmin di syurga nanti).


sumber


 

cinta dari hati




Dan pabila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Kerana bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.. Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam..
Saturday, August 23, 2014

Rahsia wajah nampak lebih muda


Rahsia wajah nampak lebih muda |
 Coba terka berapa umur saya ? 19tahun ? betul lah tu.. hahaha ase nak tampo pulak kan dengan budak perasan ni.
Ramai orang-orang  dan termasuk kawan-kawan, customer kat tempat kerja  cakap wajah saya nampak  lebih muda dari usia yang sebenar . Sampai ada orang panggil adik kat saya padahal usia dia lagi muda dari saya. Di Laman sosial pon ramai ingat saya 3@4thun lebih muda . wahh.. tips ? guna camera 360? tidak sama sekali .
Setelah lama saya berahsia ,  tiba  masanya untuk berkongsi pada kalian mengenai kulit wajah nampak muda dan berseri tanpa jerawat. 



Rahsia wajah nampak lebih muda dari usia yang sebenar :
saya tengah menggunakan produk ni, dan ramai orang cakap muka saya lebih muda dari usia sebenar ialah saya menggunakan Krim Herba Kemboja (KHK) ,

 

Krim ini menggunakan ramuan herba yang memang bebas dari bahan kimia, untuk kulit sensitif mesti kalian takut dan was-was nanti cuba produk ni, wajah akan tumbuh jerawat tak? jawapannya "TIDAK" kerana  KHK menggunakan bahan herba seperti
ramuan ekstrak pati soya, pegaga, manjakani, aloevera, vitamin A dan E, kolagen .Anda boleh merasakan kesan KRIM HERBA KEMBOJA ini seawal 3hari , jerawat akan mengecut , dan yang paling ketara kulit wajah lebih berseri.. Untuk lebih lengkapnya.. boleh baca DISINI 




#Cara Penggunaan :
Sapu di wajah sehari sekali sahaja, sapu sebelum tidur ya .


Ini testimoni dari beberapa orang  yang menggunakan KHK








Mahal tak?tak mahal lah..
   RM 65 untuk Semenanjung dan  RM 69 untuk area Sabah Serawak. (include postage)

 

PSttt : krim ni bukan hanya untuk perempuan sahaja , untuk lelaki pon boleh ! 

Jika berminat , Boleh hubungi :

WhatsApp :

019-9009213
Thursday, August 14, 2014

Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com



Happy anniversary ke-4 kak Shida Radzuan
Semoga succes dalam kerjaya .
Bukan senang nak  jadi part time designer edit blog, printing dan lain-lain .
Tahniah sebab pandai membagi masa , heee...
Good Luck ! !!
Wednesday, August 13, 2014

Tips mengatasi tumit retak

Tumit retak? kering? Kulit tak stabil?  pasti tak selesa sebab gatal-gatal dan rupa pon jadi hodoh .
Kalian mesti pernah ternampak orang bertumit retak , tak pon kalian sekarang sedang mengalaminya . Nak tau tak kenapa tumit tu retak? Haa.. tumit retak tu biasanya penggunaan sandal yang kerap , kebersihan yang rendah , kekurangan vitamin /mineral dan juga faktor cuaca .

Kalau kalian mempunyai masalah tumit rendah , mesti tak selesa kan ? sebab akan rasa gatal-gatal. Nak pakai high heels pon rasa malu.. 
Dah mencuba berbagai ubat tapi masih tak berkesan sehingga membuat anda putus asa?
Hari ini Lisa nak bagi Tips2 untuk kalian bagaimana cara penyelesaian mengurangkan gejala tumit retak dan insyaallah terbukti berkesan .

1.MINYAK MASAK
Menggosok minyak masak padakaki anda. Mungkin terdengar pelik tapi ianya berkesan . Boleh menggunakan minyak bijan, kelapa,sayur-sayuran dan minyak zaitun .
Pertama : bersihkan kawasan yang terjejas tu sebanyak mungkin. Buang mana-mana kulit yang berlebihan  / Emping  dengan batu pumis . Selepas tumit bagus dan bersih , gunakan bola kapas basahkan dengan minyak dan letak pada kulit yang kering. Untuk hasil yang terbaik, lakukan dengan kerap sebelum tidur.

2. PISANG DAN ALPUKAT

Selain boleh dimakan macam tu sahaja, pisang juga berguna untuk mengatasi kulit retak. Mesti kalian tk pernah terfikir kan selama ini.Caranya : Potong pisang kedalam pengisar dan kemudian masukkan alpukat (avokado) tersebut. Kisar sehingga menjadi rata dan halus. bercampur sekata. Boleh masukkan sedikit air untuk membantu pisang dan alpukat menjadi campuan yang baik. Sapu perlahan-lahan dan pes pada tumit kalian. Biarkan selama 15minute . lepas tu basuh dengan air suam.

3.HONEY
Madu ? sangat popularuntuk tumit retak. selain itu mampu merawat kulit yang halus pada muka . fungsi madu boleh membelikan kaki anda dengan manfaat pelembab dan juga ciri2 antibakteria.
Caranya : Campurkan kira-kira satu cawan dengan baldi kecik air suam .Selepas tu kacau air untuk memastikan madu yang benar-benar cair. dan tiada ketulan . Rendam kaki anda kedaam baldi . Biarkan kaki kalian , rendam selama kira-kira 20minute kemudian perlahan-lahan tepuk2 hingga kering.

4.JUS LEMON
Jus lemon mempunyai tahap asid yang tinggi yang bermanfaat untuk melembutkan kulit dan membantu tumit retak . Terdapat 2 cara macam mana menggunakan jus lemon untuk merawat tumit retak.
Pertama : potong lemon dan sapukan keatas rekahan tumit retak tu .
cara kedua : campurkan jus lemon dengan air suam  , lepas tu rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minute . Perlahan-lahan tepuk tumit retak atau kaki kering anda. ianya lebih baik dari pada menggosok-gosok dengan tuala  kerana akan menjejaskan rawatan

Lakukan rawatan diatas dengan rajin , insyaallah akan berkesan untuk sembuhkan tumit yang retak tu dan kalian akan melihat hasilnya sendiri. . Anda boleh memakai kasut tumit tinggi sesuka pilihan hati kalian dan tak perlu malu memakai slipar.
Ubat semula jadi, sila praktikkan  dan ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada tumit kering .
Monday, August 11, 2014

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim). Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan. Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah: Bahan: 1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus) 3 batang serai makan 7 biji halba Caranya: Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari. Agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama. Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.
Sunday, August 10, 2014

Tips Penjagaan Powerbank



Tips Penjagaan PowerBank | Kalian ada guna POWER BANK tak?

Lisa ada guna . Namun, baru-baru ini Lisa dapat satu perkongsian dari kawan macam mane jaga POWER BANK untuk tahan lama.

Lepas baca tips-tips tu baru Lisa sedar yang selama ini Lisa tersilap langkah pakai power bank. Patutlah charge 2 atau 3 kali je dah abes kuasa bateri Power Bank tu.
Ha... meh lisa kongsikan tips-tips macam mana jaga Power Bank agar tahan lama ;


1. JANGAN SIMPAN POWERBANK DALAM KERETA.
Kerana suhu dalam kereta akan cecah 40 Celcius , atau lebih tinggi bila berjemur dibawah matahari. Suhu tinggi ini lah yang akan mengurangkan lifespan powerbank tu .

2. JANGAN CHARGE POWERBANK DENGAN MENGGUNAKAN USB PORT DARI LAPTOP ATAU PC ATAUPON DVD PLAYER .
Kerana output dari USB port alat2 semua tu terlalu rendah , dan kalian akan ambil masa lama and lebih panjang untuk mengecas powerbank tu . Bazir masa and bazir bill lektrik sayang oii ..

3.JANGAN CHARGE PHONE DGN POWER BANK DAN SIMPAN DALAM BEG .
Bila kalian buat macam tu , udara panas yang kuar dari powerbank and phone tak dpt disingkirkan sebab udara dalam beg dalam keadaan tertutup. Selain tu , charge dalam beg akan menyebabkan cable2 terhimpit then cable tu akan cepat rosak. Kalau rosak? tak ke kena beli baru.. duit lagi.. huhu. jadi try lah charge dalam keadaan terbuka lah ye

4. JIKA NAK CHARGE POWERBANK DENGAN CAR CHARGER , PASTIKAN CAR CHARGER YANG BERKUALITI.
Car charger yang rendah kualiti biasanya output karen tak stable and senang rosakkan circuit powerbank . Selalu menggunakan car charger kualiti rendah jugak salah , Batrey cepat kembung .

HAa... Ini je tips yang Lisa nak kongsikan dengan U all's hari ini.

Simple kan ? Hope bermanfaat untuk kalian ya..

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search