"Patah tumbuh hilang berganti "
Oh my Note 3 Kesayanganku.. meskipun aku telah mendapat penggantimu yang Sama, Serupa, Sepadan , *eh .. ? tapi ianya tetap tak kan mampu menggantikan HP Note3 ku yang telah dicuri oleh
orang yang bertangan panjang
Isnin, 26May2014 Telephone Bimbit kesayangan ku yang menemaniku buat kerja, berjalan , makan, minum ,
mandi selama 3 bulan ni telahpun dicuri oleh orang yang bertangan panjang . CUAI kah aku? ianya tidak ! sebab dah masuk dalam Laci meja keje , Tapi disebabkan meja counter yang rendah dan tangan panjang customer ,sebab tu ade je 1001 cara untuk ambek enpon saya . Nak nangis .. ! banyak FILE keje dalam enset tu, Data customer , pastu gambar-gambar Lisa . Takut orang salah gunakan je . huk huk. Meski gambar sopan je dan bukan yang tak senonoh tapi zaman serba canggih macam sekarang kang semua boleh jadi. Hurm .. CCTV ? ade macam takde. Lepas lisa sedar yang enset tu dah takde, then Lisa call .. memula ade dering . call kali kedua dah OFF pulak! Lisa trus masuk office dan nak tengok CCTV , pergghh pecah hati berderai burai .. screen CCTV memaparkan " NO RECORD FOUND " . aduiii Wayar CCTV shoott sebab aritu hujan lebat bersamaan guruh dan Kilat . Hurm,.. tak de rezeki.
28 May dah dapat pengganti baru,, Yeay ! Tapi tetap tak sama seperti yang ilang tu. Feell nak pakai pon dah tak sama. Hurm.. Lepas ni nak wat sync pic, cont. no. dan sebagainya sebab tak nak benda sama terulang kembali. hua.. sayang ooo gambar2 tu and contak number orang-orang keje .
Ade hikmah disebalik semua ini, takpe.. ihklas je la =(
Takpela liza..bnda dh nk jadi..lepas ni berjaga2
ReplyDeletekena beli tali..pastu gantung kat leher .. heww
Deletesetiap yang berlaku ada hikmahnya.
ReplyDeletehehe ade hikmahnya.. dan 1mnggu lepas enset tu dah dptblik smula
Deletedone
ReplyDeleteaha..maybe ada hikmah di sebaliknya. siapa tau
ReplyDelete