Monday, December 31, 2012

Selamat datang 2013

Selamat datang 2013...selamat tinggal 2012. 2012 tahun yang penuh dengan liku liku kehidupan yang mencabar. Begitu banyak kenangan dan memory yang tercipta dan terpaut dihati. 2012.... Slamat tinggal tahun penuh kenangan... 14.12. 2012.... Yahoo chat room rasmi ditutup! haishh... Hal yang membuat aku terasa sedih. Sedih!? Ya... Sebab sekarang dah tiada tempat untuk meluah and menghibur hati yang sedih. 2012... Ada kenangan sendiri. Sebab dipenghujung tahun... Saya dapat kenal dan bertegur sapa dengan otai blogger idola saya abang "Ben" . Hohoho..happy lah kan? ofcozz! kenal org pemes gituu... Banyak lagi story esok je lah tulis..mata dah mamai.. Hati dab sebak.. Sebab kena marah abah. Hurmm... Salah lisa jugak. Be positif... Abah inginkan yg terbaik untuk lisa. Hey...1.1.2013. 00.00. ...selamat tahun baru! !!! Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelum. .. Hehehehe
Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, December 21, 2012

Penat...

Now 9.26pm..sepatutnya lisa dah balik kerja. Tapi...sebab hari ini counting years so kena settle semuanya. Kena membebel my big boss bla bla bla sebab sales target tak cukup. Hurmm...macam lah yang kije kat sini lisa seorang. Penat.. Semua masalah ditimpakan ke lisa.

Okayh... Ade 44 pcs simcard postpaid xbalance.memang kena cari.satu keping rm10...kalau 44 keping..?? 440.00 lah yea... Huarghh... Tahun depan kena guna banyak wet pulak.. Next week lah cari semula. ..

Balik umah...mandi..tido...zzzzz

Gudnyte..

Tuesday, December 18, 2012

Akhir cerita Nana





Hidup itu indah sebab hidup adalah anugerah dari Yang Maha Pencipta. Manusia diciptakan berpasang -pasang . Dimana ada malam, disitu ada siang. Jika ada hujan, disitu ada terik matahari . JIka ada kesedihan, tersembunyi kebahagiaan dibelakangnya . Kita harus bersabar ,Walaupon terkadang kita harus menempuh liku-liku badai kehidupan yang tak kita inginkan.



 Aku rebahkan badan diatas katil setibanya sampai dirumah . Terpandang foto kenangan dengan family dikampung , mak,abah,kak, anak buah . Rindu bertandang dalam hati. Lambat lagi cuti lama untuk balik kampung . Hurm.. menitis air mata , tanganku pon bergerak untuk mengambil Album kenangan masa dulu aku dikampung.

**
"Kak Nana..kak Nana... ade orang bagi bunga ini untuk kak Nana " cakap rizky
"Bunga? sape yang bagi rizky? "
"Dia cakap kawan kak Nana dari jauh ,Dia ada diluar rumah.Dia cakap suruh kak Nana buka Card dalam bunga tu,nanti kak Nana tahu siapa dia "
"Bagi Kak Nana bunga tu, silap orang lah kot .hurm.."

--"Hey sayang ..Bie rindu sayang . Maaflah selama ini Bie buzy dengan kerja outstation bie sampai abaikan sayang . Bie ada kat luar tunggu sayang .

Love you and i'm waiting you.
--ilham--

Hati melompat gembira selepas membaca card dalam rangkaian bunga itu,cepat-cepat aku bersiap jumpa dia . Bagai anak kecil yang mendapat teddy bear..rasa bahagia tak terucap.

"Bie, i miss u so much . hampir satu tahun kita tak jumpa "
"Maafkan bie sayang, Bie buzy sangat-sangat dengan kerja bie. Sekarang bie kan datang , mak dan ayah mana? Bie ada bawa oleh-oleh untuk mereka. "
"Mak and ayah sedang tidur, nak Nana kejutkan ke bie? "
"Eh...tak pe lah macam tu biarkan mereka berehat. okay lah sayang ..Bie nak balik dulu ya. Esok kita keluar jalan .okayh. bie ambil sayang pukul 2petang . Miss u sayang "
"Okayh bie .. "

"amboi amboi..kakak Nana esok nak berdating. hehehehe"
" ish..rizky..mana ada! kak Nana esok nak temankan abg Ilham makan je lah sayang "
"eleh... malu lah tu kan ,tengok muka tu dah merah .hehehehhe..."

Aku gembira,akhirnya jumpa dengan orang yang aku sayang selepas satu tahun kami tidak bersua muka disebabkan kerja yang memaksa kami untuk duduk berjauhan . Esok kami akan berjalan-jalan dan dia akan bawa aku kerumah parent's dia..untuk .... argh... aku tak mahu nak berangan tinggi-tinggi,takut terjatuh nanti .

Suasana taman yang riuh dengan budak-budak bermain di Playground dengan pengawasan orang tua mereka. Seronok memandang mereka bermain-main, tertawa,tanpa beban.Kicauan burung yang hinggap didahan pokok tepi taman . Indahnya petang ini ,menenangkan hatiku yang sedang berdebar-debar sebelum menuju di rumah orang tua Ilham .Kakiku mengigil ,debaran jantungku pon semakin berdetak laju. Kenapalah dengan aku ini, jumpa orang je pon bukan nak bawa  masuk penjara. Bibirku sedikit berceloteh sekali sekala. sedangkan kulihat Ilham hanya tersenyum memandang perangai ku . Aish...  boleh pulak dia buat macam tu .huh, tak tahu ke apa yang sedang aku rasakan sekarang ini.Pintu rumah itu dibuka dan aku macam cinderella yang masuk dalam sebuah istana. Cewah,,, berangan lagi kan, ok... sahaja nak kurangkan nervous. Dengan senyum ikhlas aku bagi salam kepada Orang tua Ilham ,

"Assalamualaikum ,makcik..pakcik.. "
"waalaikumussalam Nana,.. masuk lah . " (senyuman manis terukir dibibir mereka ,ku raih tangan cik Fatimah dan ku cium tangan sebagai tanda hormat kepada dia )
"Nana,.. Lama tak datang sini. Sekarang dah semakin berseri je makcik tengok . atau..berseri sebab Ilham dah kembali kesini semula ya. "
"Sama sahaja lah makcik, Nana biasa-biasa sahaja, terima kasih ." (senyum menutup malu )
"Umi... janganlah cakap macam tu. kesian tengok pipi Nana dah merah " kata Pakcik yussof ayah ilham .
"Dia dah semakin Cantik kan Umi.. tak salah Ilham cari calon menantu untuk Umi and Ayah "
aduhai..malunya,,tapi hati berbunga-bunga. apakah ?..
"Nana..sebenarnya kami merancang akan merisik Nana dalam masa terdekat ini, hujung minggu ini makcik dan pakcik akan datang rumah Nana membawa rombongan untuk masuk meminang . Nana setuju atau tidak ?"
"Nanti Nana bagitahu mak and ayah yang makcik and pakcik minggu depan akan datang rumah " aku menjawap sambil tersenyum ,menganggukkan kepala sebagai tanda aku setuju dengan apa yang mereka katakan.  dan aku pon  tertunduk malu .



**
Tudung merah jambu selaras dengan baju kurung yang aku kenakan dihari pertunangan ini . merah bibirku semerah buah delima . Bulu mata yang melentik, pipi yang memerah jambu .cantik.. satu kata yang aku dengar dari mak ketika masuk dalam bilik ku .
suasana riuh ramai memenuhi ruang tamu  rumah . Gurau senda tawa terdengar dari bibir beberapa tetamu yang datang . Orang tua Ilham dan rombongan telah pon tiba 30 minute tadi. Dan tibalah masa untuk menyarungkan cincin sebagai tanda aku telah dirisik oleh orang  yang bernama Ilham. Cincin itu telah tersarung dijari manis . Alhamdulillah , setelah 3tahun menjalin hubungan .Hari ini kami bertunang dan satu langkah lagi kami akan dipersatukan dengan jalan yang Allah halalkan untuk kami bersatu .Terdengar lagu tajuk penghujung cintaku by pasha ungu ..tanda Ilham menghantar satu message.,
"Sayang ,,awak sungguh cantik hari ini. bertuah Bie dapatkan hati sayang. Satu langkah lagi kita untuk bersatu. Harap masa boleh cepat berlalu. i love u sayang "
aku tersenyum dan membalas " sabar bie..pasti akan tiba masa itu. "
  pukul 5 petang para tetamu pon beredar dan kembali pulang kerumah masing-masing  .


**
Malam tu hujan turun begitu derasnya , Ilham memandu kereta secara perlahan dari Kedah menuju Shah Alam untuk kembali kerumahnya.
"Sayang, esok Bie jumpa sayang ya . Kita cari barang-barang untuk hantaran. "
"okayh  bie,  Bie kat jalan lagi ke ? cuaca ok tak ? kat sini hujan dari petang tadi. "
"Hujan lebat sayang , Bie dekat jalan lagi. 30minute lagi sampai rumah . "
"Hati-hati bie, pandu perlahan lahan. k "
" Okay sayang... i love you so much .  bye-bye.. see u tomorow"
"love you too bie.. "
selepas meletak telephone, tiba-tiba lori dari hadapan hilang kawalan dan melanggar kereta Ilham. Kereta Ilham melanggar pokok disebelah jalan . Darah keluar dari luka di kepala Ilham , dan kemudian Ilham pengsan ditempat kejadian .Orang-orang di sekeliling memanggil ambulance untuk membawa ilham ke Hospital.

**
"Assalamualaikum Nana, " panggilan dari telephone makcik Fatimah,Umi Ilham .
"Waalaikumussalam Umi. kenapa call Nana tengah malam macam ini umi ? ada apa-apa yang umi nak sampaikan ke ? "
" Nana.. Ilham ... Ilham excident ,sekarang ada di Hospital Sultan Ibrahim. "
"astaqfirullahaladzimi... Nana sekarang gerak kesana Umi "

Ternampak umi sedang menangis didepan Bilik ICU ,
"Umi.. macam mana dengan keadaan Ilham umi.. ? "
"Ilham kehilangan banyak darah , Dia perlukan orang yang mempunyai golongan darah sama dengan Ilham,dokter cakap dalam 24jam kalau Ilham tak dapat derma darah..maka Ilham akan meninggalkan kita untuk selamanya .. "
"Umi... umi bersabar ya.. nanti kita pasti akan dapatkan orang yang satu jenis darah dengan dia. berdoa ye umi.. "
"Kami telah berusaha sekuat tenaga kami, Hanya keajaiban Allah sahaja yang dapat menyelamatkan saudara Ilham . kita sama-sama berdoa ya "

"ilhammm............. jangan tinggalkan umi Ilham. Umi sayang Ilham " esakan tangisan dari Umi..


**
"sayang... kenapa merenung saja dari tadi " bisik Ilham yang sedang baring disebelahku.
"eh,,, Abang .. tak ada apa-apa. Sayang teringat time dulu -dulu je " jawapku
"Sayang, sekarang abang milik sayang yang sah . Abang tau sayang masih teringat kenangan ketika abg excident kan, Dah.. jangan dikenang lagi ya. sekarang abang dah sehatkan . Jangan terlalu fikir yang bukan -bukan.. tak bagus untuk baby dalam kandungan sayang "
" terima kasih abang , akhirnya kita telah disatukan dengan ikatan suami istri . Alhamdulillah ,insyaallah sayang akan menjadi suri yang baik untuk abang dan anak-anak kita nanti  atas bimbingan abang kepada sayang "
 "jom tidur sayang ... dah lewat .kesian baby tu dah penat "

 Alhamdulillah 3bulan lepas aku dan Ilham telah selamat di ijabkabulkan dan sah menjadi sepasang suami istri seperti yang kami inginkan . Selepas Ilham sembuh dari kemalangan itu, Kami selamat bernikah dimasjid  Sultan Salahudin Abdul aziz shah .










Friday, December 14, 2012

Celcom menyapu anugerah terbaik di Pc.com 12 Anugerah Pilihan Pembaca 2011


Celcom Axiata Berhad, memenangi anugerah paling berprestij dengan memenangi The Best Telco of the Year, CEO of the Year dan Best Wireless Internet pada 12th PC.com Readers Choice Awards Night yang diadakan di Hotel Furama, Bukit Bintang . Dato 'Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad menerima anugerah atas malam' 'The Best Telco of the Year dan Ketua Pegawai Eksekutif kemudian award Tahun dari anugerah Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof .

Ketua Pegawai Eksekutif anugerah Tahun adalah anugerah terbaru yang diperkenalkan oleh PC.com dan ia diberikan kepada pemimpin ikonik yang telah meninggalkan kesan yang mendalam dengan langkah berani mereka dalam industri masing-masing oleh orang-orang kuasa inspirasi dan rali dalam organisasi. Seperti untuk Anugerah  Best Wireless Internet Award, kita menang ini untuk kali ketiga berturut-turut.

Latar belakang PC.Com

PC.com terbaru pembaca pilihan anugerah malam adalah bab ke-12 dan kesinambungan anugerah PC.com berjaya yang telah diadakan setiap tahun untuk 11 tahun lepas. Ia kepujian syarikat terbaik-dalam-kelas untuk perkakasan, perisian dan teknologi di negara ini yang telah dikemukakan produk mereka untuk dikaji semula pada tahun 2011.

Anugerah yang dianjurkan oleh PC.com, majalah terkemuka tempatan ICT di negara ini dengan edaran sebanyak 25,000 dan jumlah pembaca 100,000 individu. Ia dikendalikan oleh Reach Publishing Sdn. Bhd. Sebuah syarikat sendirian berhad yang berdiri sebagai salah rumah penerbitan penting Malaysia.
Wednesday, December 12, 2012

baby 4 bulan tak boleh makan telur!


Jangan bagi baby umo 4bulan makan telur setengah masak.  Bahaya tau tak.. Sebab ahad tu anak buah Lisa kulit berubah ruam ruam merah sebab atok bagi makan telur setengah masak. Kesian Anak buah Lisa.. Badan ruam merah and suhu badan dia panas. Huhu.. Memang kalang kabut lah. Lebih lebih mak dia xde.. Nak bawa pergi klinik tapi klinik untuk budak ari ahad memang xde yang buka. Malam tu bergilir jaga beby. .sebab beby asik mennngis and tak tahu nak duk diam.  Nasib baik pagi tu baby tu dah ok.dah sehat.. Dan tak merah merah lagi.alhamdulillah..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Baju kelab blogger Ben Ashaari BA




Yeaaaah.... Finally i got it!  Baju kelab blogger Ben Ashaari BA.  Sampai je baju ini.. Lisa terus ambil gambar dan upload di facebook.  Sebab excited sangat-sangat. Lawa! Seyes.. ^_^
Nak dapat baju kelab blogger jugak ke?  meh singgah blog abang Ben  cari entri pasal baju kelab blogger Ben Ashaari.


Dan Lisa kira beruntung sebab Lisa ade masuk dalam entry abg Ben.  Jadi model dalam blog dia.  ( wat muka perasan sikit ) hehehehe... Gurau je lah.. Dia nak tengok  design baju tu cantik ke tak..dan secara kebetulan lisa balas twitter dia yang lisa dah dapat baju blogger tu. So... Dia masukkan pic baju lisa di blog dia. Nak tunjuk baju je okayh! Bukan nak tunjuk lisa yang perasan comel. Ahhhahahaha...
By the way.. Thanks so much untuk abg Ben.



mesin creditcard dan simcard celcom





Ha... Nampak tu! 
Sudah dua hari mesin creditcard kat office saya tak boleh berfungsi macam biasanya.Dua hari lepas  ketika saya ingin membuat transaction untuk pembayaran bill customer.. Tetiba sahaja credit card customer tu sangkut separuh je,tak boleh masuk penuh. Dalam erti memang tak boleh untuk membuat sejenis bayaran lah. 2jam cari apa punca masalah mesin tu.. Tapi still tak jumpa. Akhirnya call lah customer service MAYBANK.
Dan semalam call  customer service maybank tu, dia jawap akan buat report dan akan hantar mekanik untuk betulkan mesin tu.  Tunggu punya tunggu sampai malam... Tapi mekanik tu tak datang jugak!  errrr geram tau tak...
Hari ini pagi2 dah call semula customer service Maybank tu. Jawapan yang sama. Dan saya pon cakap ok  je lah. Aish.. Nak komplain sikit, customer service tu kurang sopan dalam berbahasa. Tak sepatutnya dia menggunakan ayat 'You' ketika berbicara dengan customer.
Tepat pukul 5.00pm mekanik tu pon datang. Dia tanya problem mesin tu apa.  lepastu buat surat and cakap dia akan tukar baru.Sebelum dia bawa mesin tu...dia suluh dalam mesin yang untuk masukkan creditcard tu. Hey!  ade something kat dalam tu. Cucuk cucuk. .. benda yang sangkut dalam mesin tu dan akhirnya selepas 30 minute.. Berjaya jugak akhirnya keluarkan bendala tu. Nak tau ape tak yang ada dalam mesin tu? "Simcard celcom " boleh berada dalam mesin tu. Huarghhh!  Semalam Lisa cakap dengan boss..mybe cucu-cucu dia masukkan something kat dalam tu sebab semalam baby2 tu bermain main di counter payment.  Boss xpercaya.,dia cakap budak tak akan sedegil itu. Dan dia cakap Lisa suka berprasangka buruk dengan cucu dia umo 4 tahun tu haa. Agak kecik hati gak. .tapi Lisa bertenang jea. Today ketika mekanik tu tunjukkan simcard tu kepada boss.. Haaaa dia baru percaya apa yang Lisa cakap.  Muka Dia agak paise.. Hihihi
Okayh... Now mesin tu dah boleh berrfungsi macam biasanya. Terimakasih untuk mekanik mesin credit card tu.
P/s : Jauhkan budak dari barang elektronik anda terutama jauhkan budak budak dari meja kerja anda.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Wednesday, December 5, 2012

Hutang dan janji

Ramai orang sekarang berhutang kemudian tak tau nak bayar semula . Time guna duit orang sedap je kan.. Tapi time kita minta semula?? Aik.. Tak reti nak bayar ke buat-buat lupa. Berhutang berbulan bulan tapi still tak reti nak bayar. Handphone mahal cangih and sampai 2 3 gadget ditangan,tapi hutang tak tahu nak bayar. Time masa bayar hutang , minta tempoh 1minggu lagi. Tapi ketika sampai tarikh tu,beribu alasan untuk mengelak. Dan hutang tu sampai berbulan-bulan pon tak reti nak bayar.  
Firman rasulillah"jika seseorang itu meninggal dunia,  sedangkan dia masih berhutang maka tidak akan diampunkan dosanya walaupon dia mati syahid dalam peperangan "
Jadi.. Jika anda berhutang.. Maka cepat cepatkanlah bayar hutang. Elakkan hidup dari pada berhutang. Seperti pepatah " lebih baik tidur dengan perut kosong dari pada bangun menanggung hutang. :)
Jika tidak mampu menepati janji... Jangan membuat janji. :)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search