PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA || Pernah satu ketika dulu Lisa ingin jadi pengasas produk sendiri .Tengok Dato' Seri Vida  pengasas Qu Puteh , Dato' Alif terlajak laris , dan Jutawan muda Salehuddin Ilias atau dikenal safie Ilias. ..teringin juga jadi seperti mereka.  Tapi tak tahu dimana dan cari siapa untuk mula belajar semua itu . Biasanya memang kalau masuk agent atau dropship..diorang tak kan bagi atau tunjuk ajar , mungkin takut jadi pesaing kot  .

Pengasas Produk ,, dalam minda mesti dah fikir ..mana nak cari duit untuk jadi pengasas? Ye kalau menjadi .. kalau ditipu orang .. hmmm... ok ok .. usah risau .. Lisa nak bagitahu yang kini Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)  bekerja sama dengan MOHA GROUP SDN BHD , membuka peluang untuk join dan belajar bagaimana menjadi pengasas produk secara percuma dalam program  MVMAPPRENTICE .Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
 Ini peluang buat Lisa dan juga anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini.

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.


MAKLUMAT PROGRAM

» Tempat: EZAZ Wealth Management dan Consultancy
» Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR?

» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

 BERSAMA 3 PANEL MVM APPRENTICE


YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Jom daftar SEKARANG ! Caranya mudah je .. whatsapp nama penuh anda ke no 019  387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event di FB

Maklumat lanjut di:



Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

4 ulasan

Budak2 lepasan U yang minat business & bercita2 nak ikut jejak usahawan kosmetik yang berjaya macam dato aliff, dato vida..ptt amik peluang ni..bukan senang nak dapat tajaan..

kan best kalau xda syarat umur tu hihi

Bagus niii. Nanti ena sarankan kawan2 ena nak berbisnes ni. Kebanyakkan mereka suka berbisnes

bagus program ni..bagi galakan untuk golongan muda cam kita ni bergiat aktif dengan perniagaan..


EmoticonEmoticon