Ad

Showing posts with label ootd. Show all posts
Showing posts with label ootd. Show all posts

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Assalamualaikum ! Tanya soal baju seorang perempuan... mestinya dah berlambak dalam almari mungkin juga sampai dah tak muat . Baju kerja , blouse , kasual ,tshirt sukan , familyday , beriadah dan banyak lagi la .. nak cerita sampai esok takkan habis . Lisa pula jenis yang kurang rajin nak iron , dan lebih selesa kalau satu baju tu boleh dibawa ke perbagai tempat dan yang pasti nak labuh tutup pinggul . Sampai akhirnya jumpa dengan tshirt muslimah labuh HanaTajuddin iaitu Teelicious .  Tshirt merah yang Lisa gayakan haa..salah satu koleksi basic tee 2.0 HanaTajuddin . Cantik-cantik warna dia weih ! 




Teelecious , Tshirt Labuh Basic Tee HanaTajuddin


HanaTajuddin.. nama ni memang dah tak asing lagi bagi kaum hawa yang inginkan pakaian muslimah . Baru ini pula keluar Tshirt Labuh Basic Tee HanaTajuddin . Apa yang Lisa nampak selepas pakai , banyak kelebihan baju ini berbanding dengan tshirt labuh yang lainnya . Untuk korang yang nak cari baju yang tak perlu di Iron dan labuh ? Lisa sugest kat korang , TeeLicious

Awalnya Lisa ingat Tshirt ini tebal , mungkin akan panas kalau memakainya diluar dalam beberapa jam . Bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta.. dah kenal rasa jatuh cinta pula... nah.. tshirt basic Tee ini sejuk je dipakainya , mesra wudhu pula tu . Best best! Sedang beriadah tempat OOTD ni pun  rasa sejuk je baju ini , bukan apa.. Lisa ni kalau berada diluar outdoor macam ni cepat panas dan nanti muka merah-merah ..jadi tak selesa . Best baju ni ,   boleh bawa untuk berjalan , beriadah, bahkan bersukan . Susah tau jumpa baju yang melekap dibadan . Tshirt ini juga sesuai untuk dijadikan Tshirt family day 


Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini labuh menutup pinggul


Nak pilih baju atau tshirt mesti la kena yang labuh menutup pinggul , jangan le beli baju cantik dah.. tapi singkat. Elak diperhatikan oleh mata-mata buaya darat (ehh.. ! )  . Basic Tee 2.0 HanaTajuddin ini tshirt labuh menutup pinggul . Kain yang tebal dan tak nipis lagi senang la nak pakai sebab tak perlu pakai iner baju dalam lagi ,biasanya baju sekarang ni banyak yang nipis . Satu je nak cakap.. memang best pakai baju ini. Boleh dipakai di semua event , bahkan boleh pakai juga untuk joging. Aum.. Boleh bersukan dengan selesa .  Rasa nak beli warna yang lain pula untuk bersukan , banyak warna cantik-cantik .. tergoda pula. 

Untuk korang yang tertanya dimana nak beli baju muslimah labuh ni, detail ada dibawah ini : 

HANATAJUDDIN
C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
Tel : +603-55240841
Open : Everyday / Time : 9.00am-6.00pm

Instagram: @HanaTajuddin





HARGA BASIC TEE  HANATAJUDDIN


Basic Tee Hanatajuddin diperbuat dari Ironless material ,  ruang di kawasan pinggul akan memberikan lebih banyak kelebihan  untuk bergerak bebas dan selesa pada waktu yang sama. Harga untuk sehelai baju Basic Tee HanaTajuddin ini korang boleh dapatkan hanya RM79.00 sahaja .



Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

10 pilihan warna yang berbeza ..korang boleh tengok di : KOLEKSI PILIHAN WARNA TEELICIOUS BASIC TEE HANATAJUDDIN 

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin


Berdiri , berlari , duduk , berkejaran dengan baby boy pun baju ini tak nampak kesan kedut . Selesa bukan .. bebas bergerak tanpa risau baju ada kedutan. Ye la.. kang spoil OOTD pula. 



Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Basic Tee HanaTajuddin ini memang sesuai sangat sangat sangat untuk travel juga , dah tak perlu fikir nak cari iron nantinya . Sumbat je dalam beg.. masih boleh dipakai dengan elok .

Dari apa yang Lisa cuba...yang menarik dari baju Basic Tee HanaTajuddin diantaranya : 

  • Tak perlu digosok
  • Baju labuh menutup pinggul
  • Material baju serap peluh
  • Baju tak melekap di badan
  • Sesuai untuk aktiviti riadah dan santai
  • Sesuai dipakai ke majlis semi formal atau kasual
  • Sesuai dipakai untuk aktiviti sukaneka atau acara santai macam Family Day
  • Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan seperti jogging , zumba





Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Perasan tak.. bahagian kanan dan kiri bawah baju ini berbelah ? yang ini memudahkan  pergerakkan juga elak menampakkan pinggul kita.  Bahagian tangan mengecil jadi tak ternampak tangan jika kita bergerak . Satu lagi.. baju ini mesra wudhu .. walaupun kecil tangan tu tapi senang untuk dinaikkan ke siku untuk ambil air wudhu. First time rasa selesa dengan Tshirt labuh , Basic Tee 2.0 HanaTajuddin .

 SO ... macam mana tengok gaya Lisa ni ? ada chance boleh jadi model tak ? Hahaha... 

Instagram: @HanaTajuddin


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H


Assalamualaikum , masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438 H tahun 2017 ini. Mohon maaf zahir dan batin jika ada tertulis kata yang mungkin mengguris hati kalian . 

Macam mana dengan raya korang tahun ini ? mesti seronok bukan .  Lisa tak pergi mana , pusing kluang je , rasanya tahun ni hambar sikit la .. entah semakin dewasa ini makin rasa tak teruja macam dulu . Mungkin sebab banyak fikirkan masalah lain kot . Heww... kalau dapat soalan cepu emas tu jawap lah dengan elok-elok . Mereka hanya nak bermesra tu , jangan sentap sangat kayh. Wat lek wat peace . Macam Lisa ni ha , setiap tahun dapat soalan sama ,

 "Bila nak kawin ? "

 Jawapan lisa :
 " Insyaallah tahun depan " .
 hahaha.. dan tiap tahun soalan sama je , takde pun diorang ckp ..aik tahun lepas ckp tahun depan.. ni tahun depan lagi . Nampak tak disitu , yang diorang ni hanya nak bermesra je , tanya soalan pun bukan  ingt jawapan ... hehehe. Tak mo sentap-sentap ok!

Nah Lisa belanja gambar yang sempat snap raya pertama dan raya ketiga.  



Gambar Raya Ketiga 



Raya ketiga dah naik kerja . Hahaha.. lagi suka la sebab duduk rumah dah naik bosan . 



Banyak jenis blink blik je rasanya untuk tahun ni . pergi banyak tempat pun sama je , Lisa suka pula  kaler nude  ... Hek hek... lama rasanya tak beli kasut tumit tinggi ni . Jangan risau , tak pernah tergolek lagi . 




Itu jela cerita tentang hari raya ... Oh ya... finally dapat makan rendang ketupat cik yati . Aum... sedap weih.. walaupun makan sesudu je .. ilang la rasa teringin tu . Dan ye.. malam tu terus sakit kepala.. hahaha dah padan muka sapa suruh makan makanan bersantan. 

Still ok lagi dari orang lain yang terkena cirit birit sebab makan banyak maknan serentak .. hikhikhikk..

Tak sempat nak hantar kad raya .. nah ada e-card raya dari lisa : https://ecard-raya.blogspot.my/


Bye... see u next entri... selamat hari raya ... !! 

© all rights reserved
made with by templateszoo