Ad

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A



Klik banner untuk join .

HADIAH;


Top Referal : Novel [Karya Sendiri] x 1 by Alia Ali Ahmad
Perfume x 4 by Alia Ali Ahmad
Topup RM 5 x 2 by Nadya Shafiqa
Bloglist x 5 by Nadya Shafiqa
Review Blog x 2 by Nadya Shafiqa


" Seseorang yang benar-benar mengasihi anda, adalah seseorang yang melihat kesakitan di mata anda, sementara orang lain percaya senyuman pada muka anda."

" " Being in a relationship is not about kissing, dates or showing off. It's about being with the person who makes you happy.

CINTA itu perasaan yang tidak dapat kita tolak dari eprasaan kita sendiri..Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk kita menikmati kebhaagiaan dalam kehidupan . Tetapi kadang kala ada insan yang menyalah gunakan  "cinta"untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya . Perasaan cinta itu indah , dan lebih indah jika  cinta kepada ALLAH itu kekal selamanya " 

Love Is ...


LOVE IS .. " Love is About Finding One's Real Self ,When You're Spending Your Precious Time With Your Lover,You Discover The Undiscovered Part's Of Your Life "
Kalau sedang bercinta , macam gambar diatas tu ha ..
Tiap malam bergayut dalam telephone sampai tertidur . Orang sedang hangat bercinta lah katakan .
Tapi kalau dah menikah ,takda lah sembang dalam HP sampai tertidur , kecuali yang duduk berjauhan tu . Manalah tau kan ,sebab saya pon belum menikah. Hehehe

Pabila isteri tidak lagi dipandang....




Pabila Istri Tidak Lagi Dipandang | Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renungkan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplain tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak-anak, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan layaknya seorang suami istri.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Harihari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya  tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. "

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."



Cabaran 30 Hari ,Hari 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas KEKASIH ?

Tik tok tiktok..  dah pukul 5.30 pm. Jemari ni tak tergerak lagi untuk up entri #cabaran 30 Hari , task #3perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih anda ? sibuk sangat sampai tak sempat nak update ke ? tak juga sebenarnya ..
Kak Sue tanya  " 3 perkara je " tapi yang nak diluah lebih dari 10 perkara.Hahaha.. macam mana tu ? Boleh tak ?sebab ex's pon lebeh dari 3 .(Izzue Islam, Asyraf Muslim, Fahrin Ahmad, Adi putra ..) .. opss krik-krik.. gurau je la .  hahaha
Ex's tak semestinya akan bermusuh . Dan begitulah saya , tak suka bermusuh dengan orang . Dunia ni kecik je. Kita bermusuh , nanti dah tua.. ada anak. pastu anak kita suka dengan anak ex's kita.. Errr.. macam mana? Nak larang ? Then kalau budak tu kahwin lari macam mane? tak ke kita jugak yang susah. Eh.. Jauh bebenar Lisa merepek ni . Hahaha



3 PERKARA YANG SAYA INGIN KATAKAN KEPADABEKAS KEKASIH : 
1. YOU BROKE IT STUPID !
Hahahah.. paham kan maksud tersirat dan tersurat dalam pic diatas. Tipu lah kalau tak sakit ati time putus . Nah tu ayat yang nk cakap kat ex's . Hahaha. Tapi kena fikir positive juga, yang bernikah pon boleh cerai , apalagi yang baru bercintan cintun ni haa . Rileks-rileks.. biarkan cerita itu berlalu bak angin sepoi sepoi yang berhembus ditepi pantai .



2. Selamat Pengantin Baru ,
semoga kekal ke jannah ( Wish awal ..tinggal bape minggu je. ala..sama je pon ) .Hope dapat anak comel-comel macam saya *ehhh .
3. Saya nak awak tau yang saya bahagia dengan kehidupan sekarang 
Nanti kalau giliran  Lisa yang  kawen, jangan lupa datang tau . .(yang ni tak tau bila tarikh tu krik-krik )
Macam jejak kasih . hahaha . Jangan ungkit pulak benda-benda dah lepas tu . hehe
PS : *sorry ..
Putus tak semestinya sebab orang ketiga. Kalau saya yang memutuskan bukan sebab saya ada orang ketiga. Tapi ada sebab yang tak perlulah saya tulis kat sini. hehe . 
*Kalau takut ilang fans atau kurang popularity tu.. Baik tak payah nk bercinta. Jadi macam lagu Irwansyah " aku memang pencinta wanita.. " ha syair yang lebeh kurang macam tu .






cinta dari hati




Dan pabila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Kerana bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.. Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam..
© all rights reserved
made with by templateszoo