Wednesday, March 29, 2023

Khasiat Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN

Khasiat Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN
Khasiat Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN 

Assalamulaikum , Seperti yang kita tahu, buah kurma merupakan makanan sunnah yang baik untuk diamalkan untuk kesihatan tubuh. Terlebih lagi di bulan ramadan ini kurma banyak kita ambil dalam boost tenaga selama berpuasa. Jika korang memilih untuk hidup lebih semula jadi , mungkin memilih jenis cuka yang terbuat dari bahan alami seperti tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan bisa menjadi alternatif yang lebih baik dan salah satunya adalah cuka kurma. Untuk persediaan masa puasa ni Lisa try amalkan cuka kurma pati OXYMEL Khal Sakan Jabin . Tanpa gula , tanpa pewarna. Oh ya, cuka kurma Pati Oxymel Khal Sakan Jabin sesuai dan bagus diamalkan untuk korang yang mempunyai masalah GERD, gastrik dan juga anxiety


Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN

PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN. 

Sebelum ni Lisa selalu dengar tentang cuka epal sahaja . untuk cuka kurma baru-baru ni je Lisa dengarnya itupon kawan yang kenalkan kepada Cuka kurma ini. Meh ketahui asal usul dari OXYMEL Khal Sakan Jabin ini. 

Oxymel adalah sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu lagi. Khal pula merupakan perahan buah-buahan terpilih yang diperap untuk menghasilan cuka. Manakala Sakan Jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan. 

Ketiga tiga bahan utama ini telah digabungkan dan bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina juga kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni maka terhasillah "Pati Oxymel Khal Sakan Jabin" ini. Ianya juga selamat dikonsume oleh seisi keluarga . 

100% Tiada Bahan Kimia
100% Tanpa Bahan Pengawet
100% Tanpa Sebarang Gula
100% Tanpa Sebarang Perisa
100% Tanpa Sebarang Pewarna

Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN
Khasiat / Kebaikan Pati Oxymel Khal Sakan Jabin. 

Selain daripada itu banyak juga khasiat dan kebaikan yang kita boleh dapat apabila mengamalkan produk ini, antaranya;

  • Membantu dalam masalah gastrik, gastritis dan gerd.
  • Membantu dalam melancarkan penghadaman makanan
  • Membantu dalam melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  • Membantu dalam menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh
  • Membantu dalam mengurangkan ketagihan gula 
  • Membantu dalam menurunkan berat badan
  • Membantu dalam masalah sakit ulu hati
  • Membuang angin dari badan
  • Membantu menormalkan pH dalam perut anda & menguatkan pH zat asam dalam perut 
  • Membantu menghilangkan muntah muntah ,sakit dada, belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
  • Membantu dalam mengurangkan sakit saraf tengkuk akibat gerd
  • Membantu dalam mengurangkan rasa tidak selesa perut dan badan
  • Membantu dalam mengurangkan masalah insomnia susah tidur malam

BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN:
BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN:

  • Cuka kurma ajwa
  • Madu hutan
  • Perahan bawang putih
  • Perahan lemon
  • Perahan Halia

💯 HALAL, suci lagi bersih

💯 Buatan tangan

💯 Perapan sendiri




Dimana Nak Dapatkan Cuka Kurma Pati Oxymel Khal Sakan Jabin

Kalau korang berminat nak dapatkan Pati Oxymel Khal Sakan Jabin, korang boleh dapatkan secara online di Shopee


CARA-CARA PENGGUNAAN:


1. Bagi masalah gastrik / gerd. 

Sila ambil 5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air. Tambahkan satu sudu madu asli. Kemudian campurkan air suam dan minum 2x sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam. Amalkan setiap hari sehingga masalah gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada 2 sudu besar sehari. Sila amalkan pantang, jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan khal bersama pantang sehingga gastrik anda sembuh.


Khasiat Cuka Kurma OXYMEL KHAL SAKAN JABIN

2. Untuk menurunkan kolestrol. 

Sila minum dua sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. Minum terus 3 sudu besar khal setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.


3. Untuk penjagaan kesihatan. 

Sila ambil 2 sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan). Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi.


3. Untuk penjagaan kesihatan ibu mengandung. 

Ambil setengah sudu khal dicampur air suam dan madu, minum sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.


4. Untuk kanak-kanak. Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. 

Ambil setengah sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.



CARA PENYIMPANAN:

Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.

*Sesuai untuk prepping. Tiada tempoh luput.

KESIMPULAN


MENGAPA LISA PILIH PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN. 

Selain jadi surirumah , Lisa juga handle homestay sendiri jadi kadang banyak tenaga yang digunakan. Badan penat jadi tak bermaya. Pati OXYMEL Khal Sakan Jabin ni membantu Lisa boost tenaga , biasa bangun tu badan rasa letih je .. sekarang dah rasa cergas dan bersemangat. Memang ketara perbezaannya . 

Ia bertindak sebagai ‘energy booster’ bagi korang yang amalkan cara hidup yang aktif dan memerlukan kesegaran dan tenaga yang optimum. Cuka kurma Pati OXYMEL Khal Sakan Jabin dapat mengekalkan ‘Mind, Body and Soul’ setiap hari. ia juga membantu kesihatan kulit dan sistem pertahanan badan Lisa.

cara penggunaan Cuka Kurma PATI OXYMEL KHAL SAKAN JABIN
NOTA !

Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan cuka kurma untuk pelbagai jenis penyakit, namun adalah diingatkan bahawa cuka kurma tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan atau pakar pemakanan.


Kalau korang berminat nak dapatkan Pati Oxymel Khal Sakan Jabin, korang boleh dapatkan secara online di Shopee



Tuesday, March 28, 2023

Produk GKB Probiotik yang Bagus Untuk Usus dan Kulit.


Assalamualaikum ! semakin hari semakin bertambah usia. Pejam celik tahun ni dah nak masuk 34 . Pola makan dan hidup kalau tak diubah , lama-lama sakit ini sakit itu.  Ada terbaca haritu yang pengambilan prebiotik bagus untuk kesihatan. Kawan sugest GKB Probiotik sesuai sangat dengan Lisa yang memang ada masalah dengan usus dan kulit . GKB (GK Bio International Sdn. Bhd) Probiotik Suplemen untuk meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh.

Produk GKB Probiotik yang Bagus Untuk Usus dan Kulit.


GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) mula ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan. Sejak penubuhannya, GKB telah membantu lebih dari satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. 


Setiap produk GKB diyakini selamat, berkualiti, diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, Halal dan sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA dan pebagai lagi. Produk GKB mengikut standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi, selain itu juga memastikan produk tersebut 100% semulajadi , bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan. esuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan. 


5 Produk GKB Suplemen Probiotik yang Bagus Untuk Usus dan Kulit.


Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Sebenarnya banyak produk GKB yang diakui untuk kesihatan . Kali ni Lisa nak kongsikan 5 produk GKB suplemen probiotik yang bagus untuk usus dan kulit . 


1. GKB Probio+ : Untuk Memperbaiki Usus

Kebanyakan masalah cirit-birit ini disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit. Gangguan sistem pencernaan juga boleh menjadi punca cirit-birit kronik. Jika korang ada alami masalah  usus dan masalah penghadaman, boleh cuba ambil GKB Probio+ kerana ia mempunyai kandungan 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik.

Selain dari itu GKB Probio+ berkhasiat
  • membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.
  • mengurangkan sembelit dan cirit birit.
  • memberi perlindungan kepada saluran usus

Kemasan sachet mudahkan untuk jadikan simpan dalam poket atau beg, dan mudah nak konsume. Tinggal koyak dan makan . Lagi satu kita tak perlu pening nak sukat2 dah untuk dapat hasil yang maksimum . Setiap sachet mengandungi 20 billion jumlah bakteria probiotik hidup sesuai untuk penjagaan harian usus. 


Haa... memang sesuai untuk Lisa , bukan apa.. sebab kalau salah makan sikit je mesti jadi cirit-birit. Lepas cuba aritu memang selesa diperut dah tak perlu risau lagi senak perut sebab tersalah makan makanan. 

2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis


Walaupun Lisa perut sensitif, tapi tak sampai tahap gastrik lagi . Memang minta dijauhkanlah, seram dengar cerita kawan yang terkena gastrik ni . Jika korang mempunyai masalah gastrik boleh cuba ambil GKB Probizymes ini.  Ia diformulasikan dengan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus dalam :
  • Menangani masalah kembung perut berpanjangan 
  • Masalah sakit perut akibat gastrik 
  • Mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan 

Cara penggunaan :  Ambil satu sachet dan campur dengan segelas air. 

3.GKB LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS : Untuk memperbaiki Kulit. 


Sejak berpindah ke Perlis ni, Lisa alami problem dengan kulit . Cuaca disini memang panas yang ada satu hari tu cecah sampai 40Celcius. Kulit kering dan pernah terjadi kerengsaan pada kulit, kulit jadi melepuh berair seperti ezema. Macam-macam petua, dan ubat sapu dah cuba tapi tak menjadi juga. Lepas Lisa cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni alhamdulillah kulit pon dah semakin pulih. Happy sangat-sangat ! 

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus digunakan meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering , mengurangkan sensitiviti kulit dan mempromosikan kesihatan kulit. 


Selain itu juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Memang sesuai sangat untuk kaum wanita.


4. GKB G-PRO GOLD : Untuk mengurangkan Sembelit . 


Siapa diantara korang yang ada masalah sembelit ? memang menyiksaan. Selain perut jadi tak selesa ia boleh jadikan kentut kita berbau sangat busuk . Kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi masalah yang lagi akut . Biasanya sembelit ni berpunca dari gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi. Semakin berusia pon boleh kacau juga metabolisme . 

GKB G_PRO GOLD mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik , produk ini direka khas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk orang ramai termasuk yang mengalami masalah sindrom iritasi urus, ciri-birit teruk dan sembelit. Setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus. 


Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen. Dengan itu meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus. 


5. GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3 : untuk mengawal minyak dan mengkurangkan kalori . 


Zaman sekarang ni bermacam-macam makanan yang dijual diluar dan kebanyakan makanan itu dimasak menggunakan banyak minyak. Makanan fast food Produk salah satu kegemaran ramai orang sebab cepat disajikan . Lama-lama minyak tu pon berkumpul dalam badan dan mengganggu kesihatan . Untuk Info , GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni memang bagus untuk korang yang mengamalkan makanan yang berminyak dan tak berkhasiat kerana GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak 
  • Mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol,trigliseda)
  • Membantu mengurangkan penyerapan kalori 
  • Membantu mengurangkan berat badan ddan menjadikan badan lebih langsing
  • Meningkatkan tenaga 
  • Membantu sistem penghadaman 
  • Meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV


Produk ni telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara  termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan


Sangat sesuai untuk korang yang nak turunkan berat badan tapi dalam masa yang sama, korang masih boleh menikmati makanan yang sedap, dan sesuai untuk orang yang ingin mengekalkan bentuk badan. Selain itu, ia juga boleh merawat masalah kulit kering ,mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit. 

GKB Probiotik Suplemen HALAL dan Selamat 


GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2018, sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio- Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan produk kesihatan yang berkualiti tinggi 



REVIEW LISA 

Alhamdulillah, masalah perut dah tak menjadi-jadi lepas pengambilan produk GKB Probiotik ini . Lisa pon dah tak risau nak takut makan-makanan yang dijual diluar. Lisa bab makanan sangat-sangat cerewet sebab dulu pernah terjadi keracunan makanan , padahal orang lain makan elok sahaja cuma Lisa yang jadi cirit-birit dan muntah . Lepas check di Klinik , doctor bagitau yang usus Lisa jenis sensitif jadi perlu memilih makanan.  
Paling Lisa suka yang GKB untuk kulit, tu memang mengubah hidup Lisa. Dah tak perlu pening lagi nak cari ubat dan tak terseksa dengan masalah kulit kering lagi . 

Di Mana Nak Dapatkan Produk GKB Probiotik

Produk GKB Probiotik boleh diperolehi di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy

GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including ;

  • Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
  • Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
  • Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy.
  • East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan     
  • Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
  • Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
  • Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy.
For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
Untuk maklumat lebih detail berkenaan produk GKB Probiotik, sila layari laman website dan platform media sosial GKB seperti berikut ;

Website: www.mygkb.com


#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search