Thursday, February 23, 2023

Drama ''Kau Sundaeku'' McDonald's Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan untuk Belia

Assalamualaikum! Sebut pasal Sundae terus Lisa teringat dengan aiskrim McDonald's salah satu desert yang wajid dibeli kalau singgah McD.  Aritu ternampak drama siri di Instagram Reels McDonald's bertajuk "Kau Sundaeku" , lebih kurang ada 9 episod yang menceritakan tentang pengalaman golongan muda selama bekerja di Mekdi.  Menarik juga cerita ni , Lisa tengok sampai habis !


Drama ''Kau Sundaeku'' McDonald's Kukuhkan Kedudukan Sebagai  Majikan Pilihan untuk Belia

Zaman sekarang semua dihujung jari, orang pun dah banyak luangkan masa di media sosial salah satunya instagram. Media sosial sebagai platform utama untuk berhubung dan menarik minat generasi muda. Oleh kerana itu , McDonald’s Malaysia ingin dekati golongan belia  melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Dengan menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, restoran khidmat segera terkemuka ini keluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. 

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di Mekdi. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.  Mini drama ini yang mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod berdurasi masa satu minit.


Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.

Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. 

Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s:

  • Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. 
  • Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
  • Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.
  • Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.


McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. 

Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.

Visi McDonald’s 2026

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Jangan lupa saksikan drama siri Kau Sundaeku di Instagram Reels McDonald's Malaysia . Bagi korang yang berminat nak sertai pengalaman kerjaya bidang makanan dan minuman, boleh la cuba join sertai Mekdi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search