Sunday, April 13, 2014

Rumah Tangga Tanpa kematangan adalah satu kerugian




Perkahwinan,bukan  melibatkan semata-mata dua orang sahaja. Lelaki dan perempuan yang mahu berkahwin . Perkahwinan itu, melibatkan saya dan orang yang saya cintai, keluarga saya dan keluarga mereka.
Saya akan berkahwin dengan tunang saya , dan seluruh keluarganya . Buat tunang saya , dia kan berkahwin dengan saya dan seluruh keluarga saya. Bukan satu hati yang mahu dijaga , jumlahnya banyak .

Kematangan adalah perkara yang membuatkan kita mampu memimpin orang lain . Maka rumah tangga tanpa kematangan mengakibatkan suami tidak mampu memimpin isteri, dan isteri tidak mampu memimpin suami kearah kebenaran dan kebaikan . Ini menyebabkan ibu dan bapa tidak mampu berhadapan dengan sikap anak-anak dan tidak mampu memimpin mereka kearah kebenaran.

Kematangan adalah perkara yang membuahkan rasa lapang dada ,rasa bertolak ansur dan rasa tenang ketika berhadapan masalah. Maka rumah tangga tanpa kematangan , hanya menanti perbalahan , ujian ,serta cabaran ,bagi memecahkan dan merobohkannya.

Kematangan , perkara yang membuat kita belajar mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh ,rasa kurang ,rasa merendah diri,dan rasa mahu memperbaiki kesilapan . Rumah tangga yang didirikan orang yang tidak matang ibarat kapal yang dinakhodai oleh mereka yang tidak punya ilmu berkenaan . sekadar menanti karam di tengah lautan .

 #HilalAsraf


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search