Sunday, January 22, 2012

8 Alasan Terbaik Untuk Tolak Cinta ‘Bestfriend’




1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkanny
a. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.




Friday, January 20, 2012

Doa pelembut hati & pendinding diri



maksudnya:

1 Taa. Haa.
2 Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4 Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5 Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.


Today buat entry pasal "DOA PELEMBUT HATI "
Nak lembutkan hati seseorang ke ?
Kekasih ?
Or Suka pada some one tapi orang tu susah nak dapatkan ?
or sebab ari nie JUmat, so nak Entri pasal agama ?
Tak da kena mengena pon lah...

Memang nak lembutkan hati seseorang yang telah HOT... 
macam Bara api.
ya...Lembutkan hati madam yang akhir2 ini selalu jek marah2 kat Opiz..
Orang len yang wat salah... nak tak nak kita juga pon akan terpecik api kemarahan dia.
Hurm,,sabar jek lah.. 
nanti time raya cina nanti i nak buat hal pulak.
Nape nak tunggu Chinese New Year eah ?
Sebab time tu orang2 cina pantang ,,tak leh marah-marah..
hihihihi....

Dan ku bacakan doa pelembut hati sebelum langkahkan kaki ku   di tempat keja.
Alhamdulillah,,,
Boss tengking suara kejap jek..
Fuuhh...
Nasib baik!

Er,,, tengah cari agak-agak ada tak ye Doa untuk membuat parents kita 
supaya tak sibuk2 tanya pasal kawin ?
Kalau ada..meh share dengan CIk Lisa yer... 
^_^
Wednesday, January 18, 2012

Tengah hari dengan White Prince

now 1;32 pm...

Aku terduduk lemah dalam office ini. Kepala yang tak henti2 berdenyut2 seperti gunung berapi yang akan memuntahkan isinya,,,
pagi tadi pukul 10: 05am ..
tak sempat lagi nak duduk  Fhone ofice pon berdering
"may i speak to Lisa ? "
" yes i speak. " dan aku pon telah mengenal pasti suara siapa disebalik telphone tu. Along.. Staff Celcom di Cawangan Taman Intan .
"I/C customer yang semalam i hantar kat u terang tak ,u accept ke reject ?  "
"I/C ? I/C sape eah... (blurr kejap ) Oh,,, I/C Change Ownership tu ? EH,,,i lum tengok lagi. huhuhu "

"Customer yang replacement simcard 16hb dah siap ke belum  tadi customer dah datang kat sini tanya pasal simcard dia " ,
" ALAMAK!.... Lupa lak nak Scaan and EMail hantar  Batu Pahat .hihihi,,, petang nti lah ye. Semalam bz ar,,Lupa lak ade Form Not Done . Nti tengah ari i antar email lah k "
"Orait "
Aku pon letak phone tu. Semalam aku BZ ke ? tak jugak lah kot... maybe yes maybe NOt.
 Aku just tak bape sehat jek. Kepala nie selalu sakit secara tetibe. Ubat habis.. nti2 lah g beli. I hate take Medichine tau tak +__+ .Paling malas kalau suruh makan ubat. Kalau sakit teruk sangat2 baru lah menggelabah nak cari ubat. hurmmm... apa lah.
Kalau WHITE PRINCE tau i tak makan ubat, konfom dia marah. huhu..tak pe lah.TEkanan kerja kot, tu yang selalu pening ... Kot lah kan , biar diri ini sendiri yang tahu.

oh lupa..semalam WHIte Prince jumpa i.. bg i Choklat. hehehe,,,
teringin sangat makan Choki2..pastu dia pergi cari lak, adei,,, macam lah Lisa nie tak leh beli sendiri. MEnyempatkan datang jumpa pastu bagi lisa choki2... ngeeee....
seronok lah.. hehehe .tak leh jumpa lelame.. Office bnyak customer, bos xda... :(
Lisa cakap lah kat dia yang Lisa gurau2 jek pasal choki2 tu.. dan dia menjawap
",,, lisa fikir gurau2 tapi abang leh cari tuk lisa.  "
sampai macam tu sekali eah,,,,, ^_^"
time dia dah balek,, dia antar message " COmey hari ini... Nampak laen jek.:) "
adeh,,, dia cakap i comey. hati berbunga2,... hihihi....
dah mula kembang dah hati cik Lisa :P

Petang semalam ade perasaan kecewa sikit About  some one berCapital " A" . tapi just forget it lah... Ade hikmah di sebalik apa yang berlaku kan ? ^_^

And Now sekarang Cik Lisa nak wat keje .. dah kul 2:49 pm..tak sempat nak makan ag :'(
Hurm,,suka menunda2 Luch ke ? eh bukan lah ! RIni koje sensorang lagi,,tu yang lambat Luch :'(
k lah2,,, nak gerak Lunch dah nie... Kang tak pasal2 kena marah pulak.


Tuesday, January 17, 2012

Janji ALlah Untuk Diriku

Tak tahu sampai bila aku boleh bernafas. Yang hidup semuanya akan mati, mati adalah janji ALLAH untuk umatnya.
Siap kah aku ? tak,,, aku tak siap lagi.
Kenapa ? aku tak cukup bekal untuk sampai ke syurga. AKu belum membahagiakan kedua orang tuaku.

Panggillah aku setelah aku mencium rumah_MU.
3@5 tahun lagi, Ijin kan aku mencium Umi untuk yang terakhir kali.
Kebahagiaan orang tuaku adalah segalanya untukku,
Menikah ? jujur,, aku dah tak memikirkan lagi pasal menikah.
Merahsiakan semua ini dari siapa pon .. termasuk kedua orng tuaku.
Satu minggu telah berlalu,, Batuk DArah,, Sakit kepala.. semua bercampur . Nasiblah aku tak pengsan time berjalan.
Ya ALlah,,, AKu berserah kepadamu ya Allah,..
Panggillah aku dalam pangkuan ibuku..



Sunday, January 15, 2012

REPOST : kerna terlalu sayang

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.




Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.
Wednesday, January 11, 2012

Cinta Untuk Aleisyaah

Dush..... jatuh terburai telephone bimbit yang ku genggam.Badanku pon tersungkur ke tanah.
leya : "ouch..sakit .Lain kali jalan guna mata,,tengok jalan,jangan suka-suka ati je you langgar-langgar orang.Sakit tau tak ,huuh" mulut ku tak berhenti membebel tak tentu pasal sambil memungut bagian2 telephone bimbit ku yang jatuh tadi..
zaky : " i'm so sorry. saya tak ada niat nak langgar awak .sorry sangat2. "
leya : " its okay,,next time be carefully je.k "
Zaky : " handphone awak dah rosak,maaf..saya akan ganti,tapi saya sekarang ade metting.just give u'r phone number and i will call u latter. "
Leya : " NOt need.thanks.Tak pe,masih boleh berfungsi lagi. "
Leya dengan Zaky pon beredar ke tempat tujuan masing-masing.

****

ALeisyaah Zulkifli gadis yang ceria,bekerja disebuah pejabat swasta .Dia tinggal sensorang ditempat ini.Leya anak bongsu dari  5 bersaudara.Dia suka sebuah cabaran,oleh sebab itu lah dia memilih untuk berdikari dari pada menggantungkan kedua orang tua dia.
Mohammad Zaky Mohammad,Pemuda yang tampan.Bekerja di sebuah pejabat Goverment.Berhati baik,suka merendah diri,dan tidak sombong.Semua gadis yang berjumpa dengannya,pasti akan cepat mesra dengan Zaky.Anak number 6 dari 9 bersaudara.
  Zaky telah bertunang dengan Amira.Akan tetapi  dia pon telah jatuh cinta dengan Leya.Gadis manis yang Zaky langgar.

****
" Leya ,
sorry sebab hari tu saya tlah merosakkan telephone awak secara tidak sengaja. Harap awak leh terima h/p ini untuk menggantikna h/p awak yang rosak.
zaky "
Zaky memberi sebuah telephone bimbit untuk leya sebab Zaky langgar leya..H/p leya rusak.

****

Leya : " awak, terimakasih ya atas pemberian awak tapi maaf saya tak leh terima. H/p saya masih okay,.. kalau rosak pon saya masih leh beli yang baru dengan duit saya sendiri. Maaf,saya tak biasa menerima pemberian orang laen.
Zaky : " tapi saya ikhlas memberikan H/p kat awak "
Leya : " tak apa, saya memang tak leh menerimanya :) "
Leya pon pergi dari Zaky .

****satu bulan kemudian
Leya : " awak.saya nak tanya sesuatu boleh ? "
Zaky : " apa dia ? tanya lah .. "
Leya : awak dah bertunang ke ? "
Zaky : " kenapa leya tanya macam tu ? "
Leya : " saya just nak tahu je . tak salah kan :) "
Dalam hati ku hanya allah je yang tau. Memang tak salah kan kalau kita menanyakan status seseorang tu sebelum kita berkawan dengan dia. Bukan itu sahaja,, Sebenarnya aku ingin menilai sebatas mana kejujuran dia kepadaku .Dan dia pon menjawap
Zaky " ye leya.. saya dah tunang.. 3 bulan lepas sebelum jumpa awak "
"owh,,, tak  perlah macam tu . Thanks dah jujur dengan saya " (sambil mengukirkan senyuman dibibir mungil ku )
"Sama2.Awak tak kesah ke ? "
"saya tak kesah, janji awak dah jujur dengan saya . =) jadi saya tahu batas2 macam mana nak berkawan dengan awak nanti .hehehe. K lah,,saya harus kerja,papay.. "
aku meninggalkan dia keseorangan di taman itu.

*****

"abang nak bawa saya pergi mana ?" tertanya-tanya dalam hati.
 "Nanti leya akan tahu "
"Leya,,,abang sayang Leya lebih dari seorang adik "
"Abang..er..er.. Leya pon sayang dengan abang.. Tapi tak pe .saya tahu abg dah akan menikah "
"Leya.. Abang juga sayang Leya .erm, tutup mata leya kejap"
"eh,,nape nak tutupmata nie abang..? "
"cepatlah,,tutup je lah "
"erm..okay2.. "
Dan Dia memakaikan rantai pada leher ku. Rantai yang aku selama ini idamkan..
"terimakasih abang ...:) "
"Leya suka tak ?"
"suka !" macam budak kecil yang mendapat gula-gula
"Leya... walau apapon yang akan terjadi.Leya jangan tanggalkan Rantai ini dari leher ya. Mesti Leya akan menjadi milik orang laen satu hari nanti. Tapi Leya kena ingat,,Abang akan sayang leya sampai bila-bila. "
"abang,, saya akan ingat pesan abg " Sambil menitiskan airmata
" JOm balik, dah malam ar.. Esok kena kerja kan.. :) "
"Baiklah abang... "
****

Hari berganti bulan, .. Hubungan Zaky dan Leya pon semakin dekat.
"Abang.. bila majelis pernikahan abang dengan akak amira akan berlangsung ? "
" Leya,,,nape tanya macam tu ? Abg pon tak tahu lagi. Maybe tahun depan bulan 5 "
"Abang,,Leya tak nak kehilangan abang, Leya takut jauh dari abang. If abang nikah nanti.. Abang akan duduk jauh dari Leya. Tak ada orang yang jaga Leya lagi,Tak ada orang yang hantar Leya pergi Klinik kalau Leya sakit " (sambil menitiskan air mata)
"Leya ,, Mesti Leya tak dapat memiliki abang.. Leya kena tahu nama Leya tak kan pernah terhapus dari hati abang, Abang sayang Leya sampai bila-bila. Jangan sedih k. Abang berdoa Leya mendapat orang yang lebih baek dari abang, Orang yang pandai jaga hati Leya . "
"Abang..Leya tak tahu apa yang akan Leya rasakan nanti ketika abang menikah dengan kak Mira. Leya tak sanggup Abang,,, " Air mataku tak berhenti mengalir...
"Leya.... jangan menangis macam ni. Abang sedih tengok Leya macam ni... Semua salah abang,, "
"Tak pe lah abang,, Leya terima jek lah. Lagipon leya Orang ketiga.. Leya yang salah ,,Hadir antara abang dengan kak Amira "
"Leya,,,abang tak suka Leya cakap macam tu.. Jangan cakap macam tu lagi ye .. "
"Baik Abang... "


****

"Abang,Next month Leya balik Brunei.. :) "
"Secepat itu ke Leya nak tinggalkan abang ? "
"Abang.. Leya tak nak rosak majlis pernikahan abang,.. Leya tak sanggup tengok abang sanding . Biar Leya yang undur dari kehidupan abang. Walaupon kita jauh, Leya tetap sayang abang sampai bila-bila. Abang selalu dalam hati Leya"
"Leya.. jangan pergi dari abang... Tinggallah disini untuk setahun ke dua tahun lagi "
"bagi Leya masa untuk berfikir abang... Boleh ? "
" Baiklah... Abang tunggu keputusan Leya "

Aku pon tak tahu sama ada aku nak bertahan disini atau meninggalkan dia. Aku sayang dengan dia tapi ak lama lagi dia kan menjadi milik orang lain yang sah. Apakah aku harus disini? atau harus pulang ke Brunei ?
Ku ambil air wudhu . kemudian aku sembahyang istiqarah meminta Petunjuk-Nya.Dan aku tertidur diatas sajadah dengan masih mengenakan telekung .


***

"Abang,,, Leya dah fikir,, Lisa akan tinggal selama setahun lagi disini. "
" Betul ke ? :) "
" yup " (sambil tersenyum)
"Leya putuskan untuk menetap disini satu tahun lagi abang,, "
Aku dan Zaky beranjak pergi meninggalkan tasik itu. Adakah keputusan yang aku ambil itu benar atau salah,aku pon tak tahu. Apa pun yang akan berlaku dimasa yang akan datang ,Aku akan menghadapi dengan tabah . Ketika dia bersanding di pelamin dengan kak Mira..AKu... Aku,,, AKu,,, tak tahu apa yang akan aku buat nanti. Ya ALLAh,Berikan jalan yang terbaik untuk aku dan dirinya . Aku tahu aku orang ketiga dalam hidup Zaky dan tunang dia. Tapi aku terlalu sayang dengan dia. Aku berpisah dengan calon tunang aku hanya demi dia.
***
3bulan sebelum majlis pernikahan Zaky dan Amira,Amira acident. Dalam perjalan pulang kerumah Amira,kereta Amira melanggar sebuah lory . Dan akhirnya Amira meninggal dalam perjalanan ke Hospital.
"Abang yang tabah ye.. "
" Abang akan cuba Leya. Bagi abang masa untuk seorang seorang dulu, boleh ? "
"Baik abang,, Leya balik dulu.Assalamualaikum"

***
Dalam opiz aku pon tak leh buat kerja aku,asik memikirkan bagaimana keadaan ZAky .
"Leya ..aku dengar tunang Zaky meninggal ye. Takziah ye "
"ya Ana, Kereta Mira acident ketika dia pulang kerja. Aku pon tak tahu apa yang dirasakan Zaky sekarang.Aku kasihan tengok dia.Dah banyak hari dia tak makan "
"Leya.. ini kesempatan kau boleh memiliki Zaky . Kau boleh kawin dengan dia. Kau kan cintakan dia. "
"Ana.. dulu aku pon  pernah berharap dapat bersama dengan dia. Jadi bini number 2 pon tak apa. Tapi ketika dah terjadi macam nie, aku kasihan tengok dia. Aku tak sanggup tengok dia bersedih.Kasihan dia Ana,,, dah satu minggu dia tak makan . Raut wajah dia layu ."
"Leya,,apa yang terjadi semua ini bukan kerna salah Leya, ini semua kehendak _NYA . Dah,,, dah,, Leya wat kerja Leya. k. Zaky pasti kuat "
" Leya harap macam tu gak Ana,, "
***
Sabtu itu, Kepala Leya terasa pening . Perlahan -lahan dia turun dari dari tangga melangkahkan kaki nya.Dan ketika itu juga, Leya tak boleh membawa badannya ,dan..... Leya terjatuh dari tangga. Ana membawa Leya pergi ke Hospital. Darah keluar dari hidung dan mulut Leya.
"Bertahan Leya,, Bertahan. kamu harus bertahan Leya... "
Leya hanya terbaring lemas diatas katil pesakit. Dokter pon memasukkan Leya di Unit Kecemasan.

"Dokter,,,apa yang berlaku dengan Leya dokter ? "
"Leya.. Leya terkena Kanser otak. sebenarnya Cik Leya dah terkena penyakit ini,dia meminta saya untuk merahsiakan dari siapa pon . Tapi melihat keadaan dia yang teruk sampai sekarang ini. saya terpaksa memberitahukan kepada saudari Ana. "
"Astaqfirullahaladzimi.... kanser Otak doc? ,, Kenapa Leya tak pernah beritahu kat saya doc? kenapa ??!"
"Sabar cik Ana.. mungkin dia tak ingin membuat cik Ana Risau .Cik Ana sabar dan berdoa sahaja lah ,minta sik Leya segera sadar dari koma .saya minta izin dulu. Saya ingin melihat pesakit yang lain. "
"Baik doc, terimakasih "

***
"Ana,,, tolong rahsiakan dari Zaky ya. Leya tak ingin zaky risau. Pleeasee..."
"tapi Leya,,, Zaky kena tau "
"Tak apa ANa.. Leya tak ingin menambah beban fikiran dia " (sambil menitiskan air mata)
"Leya ,,,kita harus beritahu pada Zaky .Sekarang atau nanti..Dia pon akan tau. "
"Ana.. tolong paham Leya. Jangan bagitahu dia. ok "
"Baiklah Leya,, saya tk kan bgtahu Zaky"
***
Sebulan kemudian Ana harus menjalani operate sebab ketumbuhan dikepalanya. Ana menemaninya. Ana pon tak sampai hati untuk menyembunyikan semua ini dari Zaky.Zaky pon datang ,menemani Leya. Dia menyuruh Ana pulang kerumah ana .Ana pon membiarkan mereka berdua di Hospital .
Operate pon dah siap. Hanya menunggu Leya sedar dari koma Siang malam Zaky menemani Leya.
"Leya sayang.... bangun. Abang ada kat sini Leya. Bangun sayang.. Sayang tak kesian kat Abang dan kedua orang tua Leya ke ? Sayang.. Bangun.. Jangan wat hati kedua  orang tua Leya sedih sayang. Bangun.. Family abang dengan parents sayang dah berbincang . Kalau Leya sedar nanti.. abang ingin sarungkan Cincin ini di tangan Leya. Bangun sayang ... " Zaky menangis sambil memegang tangan Leya.
"Sabar nak,,, Mak dan Abah pon berdoa semoga Leya cepat sedar"
"Terimakasih makcik... Makcik rehat lah.. biar saya yang jaga Leya. Kesian makcik dan Pakcik jauh2 datang dari Brunei mesti penat "
"Tak apa nak Zaky... Makcik tak leh tenang sebelum Leya sedar"
"Ibu...Ibu,,, "
"Leya..ibu ada disini nak.. "
"Ibu... " Leya mencuba bangun ingin mencium tangan ibu dan mengucup dahi ibu tapi tiada daya Leya untuk bangun .
"LEya jangan bergerak dulu nak,,, Kamu belum sehat lagi. Ibu dah cukup bersyukur Leya dah sedar. :)
"Ibu,, Leya rindu ibu,, " sambil menitiskan airmata.
"Leya .. Makcik,,Pakcik.. Leya dah sedar.. Zaky ingin meminta izin untuk meminang Leya . Leya.. Maukah LEya menerima abang sebagai pendampibg hidup Leya? "
"Abang,,, Abang jangan bergurau .. pandai abang wat Leya Sport Jantung eah " jawap Leya seakan tak percaya.
"Leya,,abang serius Leya... Sudikah Leya menerima pinangan abang ? "
"Abang,,, erm,,, Leya terima pinangan abang "
"Alhamdulillah..... "
*****
Leya dan Zaky pon akhirnya menikah . Dan mereka di karuniakan seorang cahaya hati . Mereka hidup bahagia.
Abang,,terimakasih telah memilih Leya sebagai pendamping hidup abang. Insyaallah Leya akan menjadi seorang istri yang mampu membahagiakan abang dan menjaga abang serta cahaya hati kita. Andai Allah telah menakdirkan Abang sebagai tuan pemilik tulang rusuk ini... Sekuat mana Leya lari dari abang.. Leya akan kembali kepada abang .






Sunday, January 1, 2012

nukilan hati

kasih mu membuat aku bahagia,
sayang mu membuat aku ceria,
namun ucapan mu membuat aku menangis.
antara kesetiaan dan keraguaan.

aku coba bertahan,
kini dirimu jauh disana.
biarkan hati ini terhempas,
tanpa daya...

bagi mu semua itu biasa saja..
bagiku...',
tindakan mu biada luar biasa.,
jangan kan kau tanyakan isi hati ku,,;
luka ini belum tentu sembuh seribu tahun lagi..'

setiap detik aku berdoa untuk mu,,
berharap mendapatkan kesempaatan darimu..;
jangan kan kau sadari semua upayaku..'
namun justru sebuah hinaan yang aku terima..';

satu masa telah aku lewati ..
biarlah masa selanjutnya berlalu dengan SENYUMAN...
tanpa harus terpaku dengan kelam nya masa lalu...'

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search