Ketam Blackpaper Di hari Ibu

KETAM BLACKPAPER DI HARI IBU | Seperti kalian tahu yang Semalam ialah hari Ibu,namun bagi Lisa Hari-hari ialah hari Ibu. Tak perlu 
Tunggu Sampena hari Ibu untuk memanjakan wanita yang bergelar Ibu /mama/ummi/mummy.

Dan kami bawalah ibu ke tempat makan special. Lunchenon di Ritch cafe.Tempat makan wetern yang halal.. Dengan harga yang boleh tahan. Takpa.. Sekali sekala. 
Dan kami bersepuluh orderlah menu makanan yang kami nak makan. Dari beef, tuna dan chicken Blackpaper kegemaran Lisa. 

Bunga ini menjadi tarikan mata ku. Kulihat , kupegang dan kemudian kucium. Wangi !. You know What , bunga ini selain untuk hiasan , air yang ada didalam gelas tu pun mengeluarkan aroma wangi . Kenapa ? Dalam air tu dicampuri dengan bunga lawang . Kalian must try la. wangi .

Kami pun order dengan menu pilihan kami . Kenyang dan puas hati . Rasa pun sedap.
Malam pulak turn kami tuk masak . Nak manjakan wanita yang bergelar mami . Ada yang masak spaghety , Ketam blackpaper , kek oreo chezze . Hahaha rupa failed tapi rasa sedap . Bukan nak sedapkan hati tapi memang macam tu la kenyataannya .

 .



Ketam Blakcpaper Hongkong , takpernah lagi kan nampak ketam masak dengan daun kari sekali. Rasa bukan rasa daun kari , tapi lebih ke blackpaper . Daun tu untuk wangi dan keluarkan aroma . Tak pernah masak ketam , tahu makan je . Tengok youtube dan kemudian praktikkan . Dan inilah hasilnya . Mahal gilos ualls ketam disini. RM95/kg . 3 Ekor seharga rm136 . FUHH .. Jarang dah meluangkan masa bersama , masak sama-sama ,, makan sama-sama . . dan part basuh pinggan.. Lisa lee... -_- diorang ni tau masak campak-campak je tapi part nak bersihkan tu memang failed. Haha.

Selamat hari ibu untuk semua wanita bergelar ibu . Kasih sayang mu tiada pengganti .



4 ulasan

fuuhhh.. terkezutt dengan harga ketam tuu.. tapi takpelahh sekali sekala kan belanja ibu makan..apa salahnya

ketammmm. lamanya tak makan ketam. sedappp. :( :(

wahh mcm best jee.. black papper tuu

wahh mcm best jee.. black papper tuu


EmoticonEmoticon