Ad

DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3

DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA
 DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3 | Setelah slot akasia sebelum ini Hati Perempuan Berakhir minggu lepas , kini TV3 Slot akasia menyajikan drama baru yang juga merupakan diadaptasi dari novel Umie Nadzimah yang bertajuk DIA ISTERI LUAR BIASA ditayangkan setiap Isnin- Kamis pukul 6.55 Petang . . Dilakokan dengan barisan pelakon yang memang tak asing lagi diantaranya Nur Fathia , Shukri Yahaya ( Hero dalam Asam pedas untuk dia ) , Elizad Sharifudin dan ramai lagi barisan artis yang memeriahkan drama ini. Yay dapat tengok semula Elizad Sharifudin dan jufa Shukri Yahaya .

WATAK PELAKON DIA ISTERI LUAR BIASA 
Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah Sebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA :

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?
Tak sabarnya tengok petang ini . Jom sama-sama tengok :D .Agak-agak sama tak ye  seperti dalam Novel , atau drama ini lebih nampak menarik dengan lakonan artis-artis yang kalian minat ? 
1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo