Ad

Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You

Abang Bomba I Love You , macam-macam la tajuk drama sekarang ni Pilot la, Bomba la.. lepas ni apa lagi ntah .   Drama ni gantikan Si Kolot Suamiku sebelum ini  , Abang Bomba I Love You ini  gandingkan Amira Othman  sebagai Lily dan Hisyam Hamid sebagai Rayqal . Err... agaknya pelakon baru kot..atau memang Lisa yang kurang gemar tengok drama kecuali ada pelakon yang dah kenal di mata., bersiaran mulai 12 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. 


Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You 

Yang Lisa kenal , Abah , Mawar . Syahwal , Atok dan Umi.. yang lain tak kenal. Hehe.. nah barisan pelakon Abang Bomba I Love You . 



PelakonWatak
Hisyam Hamid Rayqal
Amira Othman Lily
Nadya Syahera Mawar
Jaslin Puasa Haziq
Najua Pramlee Wani
Kazarudin SaisiAtok
Fikhree BakarSyahwal
Roy AzmanAbah
Rosnah JohariUmi
Kuna MuzaniIbu Rayqal
Manthi RazakDarwis
Nazirul Afzal

Dah tengok dari Episod awal sampai la dah sampai ke Episod 4 Drama ni , Ermm.. jalan cerita si kakak yang dengki dengan adik dia sebab adik dia dianggap ambik kebahagiaan si kakak. Hmm budak sekolah syok dengan abang bomba yang pernah tolong dia masa kebakaran tempoh hari . Kesian si Lily ,, ayah pun garang gilo weih , salah sikit je kena tampar . Ayah , Umi tentukan masa depan Lily , harus jadi doktor . Huh..tak leh bayangkan kalau  Lisa yang ada di tempat Lily . Tapi kan..agak kaku dan muka poyo sikit lakonan si Amira Othman (Lily ) tu .. mybe sebab mula-mula berlakon kot. Macam Lisa la..gagap gak kalau buat VLog. hhaaha. 


LAGU TEMA / OST ABANG BOMBA I LOVE YOU

Tajuk : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman
pautan : Video dan Lirik Jaga-Jaga 

SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?


GAMBAR PELAKON ABANG BOMBA I LOVE YOU  
credit : myinfotaip.com 



Lirik Terangi Hidupku Faizal Tahir #bersatuTENAGA


SELAMAT HARI MALAYSIA !! Seperti yang korang tahu , 16 September rakyat Malaysia akan memperingati "Hari Malaysia " . OK .. ingat lagi tak entri sebelum ni   kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir (klik untuk baca ) , nah.. lirik dan video lagu tu dah siap  . Lagu ini memang dicipta sampena memperingati Hari Malaysia .  

Faizal Tahir, Elizabeth Tan , Jaclyn Victor menyanyi bersama dengan semua rakyat malaysia dalam video tu . Meriah bukan ?.. sebab dia gabungkan semua kempen #bersatuTenaga dalam Instagram dan buat 1 lagu . Rugi la siapa yang terlepas..hehe takpa.. insyaallah kalau next time ada kempen lagi . Terselit jugak la muka Lisa walaupun kecik ja.. hahaha,, 


Lirik dan Video Terangi Hidupku kempen #bersatuTenaga .

by : Faizal Tahir , Elizabeth Tan , Jaclyn Victor dan Rakyat Malaysia

Terangi Hidupku

Memandang jauh menyusur cahya
Terpikat ku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi
Dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu
Buat aku
Merasa Bah’gia
Senyumanmu
Buat aku
Ceria sentiasa
Senyumanmu
Buat aku
Bertenaga s’lalu
Takkan terpisah kau dan aku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas s’galanya
Kau tetap di hati setiap masa

Kau terangi hidupku

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan - Deena Emir



Alhamdulillah , dengan sekali Lafaz.. Saharul Ridzwan dah selamat bergelar suami dari Qabella Deena Emir pagi tadi . Satu lagi artis lelaki kacak idaman  gadis-gadis diluar sana 9(termasukla Lisa hehe) .. kini dah jadi suami orang . Pernikahan Saharul dan Deena berlangsung di Masjid Sultan Zainal Abidin, 16 September 2016awal pagi tadi jam 8.30 . Aloolohh.. mesti ramai yang patah hati , lepas Shukri Yahaya  , Shaheizy Sam kini Saharul Ridzwan pula.. rileks la..ramai lagi artis lelaki yang lain hehehe... doakan untuk kebahagiaan pasangan suami isteri ini ya . 

Gambar Pernikahan Saharul Ridzwan dan Deena Amir

Gambar pernikahan mereka di ambil oleh +amirnaufal photo  













Apapun ,, Lisa ucapkan Tahniah kepada Saharul dan Deena  ( lap hingus , nagis bucu katil )  , Semoga pernikahan kalian dirahmati oleh-Nya sampai bila-bila .  Untuk gambar sepenuhnya boleh tengok di Instagram 
@deenaemir




Internet Percuma untuk Pelanggan Celcom Sampena Hari Malaysia


Berita baik untuk korang pengguna celcom baik prepaid atau postpaid ! Sampena Hari Malaysia.. Celcom bagi  1GB data internet secara percuma.

Cara DAPATKAN 1GB DATA INTERNET PERCUMA HARI MALAYSIA

Caranya : Taip sms CHAMPION dan hantar ke 28882

Free internet ni diberikan sampena RIO PARADELIMPIK atas kemenangan Malaysia baru-baru ni. Dan ini message yg lisa terima semalam

.Hi All Partners , 
Celcom is celebrating our first gold medal in Rio Paralimpic Games , we are giving away 1GB free internet to all our prepaid and postpaid tomorrrow 16th Sept 2016 only.

How to get the free 1GB internet
👇🏽
Just sent CHAMPION to 28882.


Redeem 1GB internet percuma bermula 12.00 AM sampai 11.59PM. Selamat Hari Malaysia !!

Nota : mohon tunggu ye untuk dapatkan balasan sms tu memang lambat . 

Cara Tukar Ke Plan XPAX TURBO


Free Internet , Free Youtube , Free Facebook .. woww banyaknya free !! Entri lepas ,.. Lisa ada bagitau pasal prepaid celcom yang baru iaitu XPAX TURBO . Kelebihannya , korang akan dapat internet lebih banyak . contohnya rm30 dulu hanya 1.5GB tapi sekarang celcom bagi 4GB . Baca entri ini " Celcom XPAX TURBO pelan prepaid terbaru "  , , lepas daftar je sim tu .. korang boleh dapat free Burung Hantu sebanyak 10GB  yang dibagi sehari 333MB . Untuk yang dah sedia ada pengguna celcom prepaid  celcom , boleh je tukar ke pelan ni . Atau bahkan pengguna telco lain pun boleh bertukar ke pelan XPAX TURBO ini dengan kekal number yang ada. 



CARA TUKAR KE PELAN XPAX TURBO 

Untuk bertukar dari sim celcom prepaid ke xpax turbo , caranya mudah saja ;
Taip atau hantar sms :
 " MIG XPAX "   dan hantar ke 28882 
Penukaran pelan XPAX TURBO ini akan dikenakan caj sebanyak RM 2.00 ,  tolak pada kredit balance.

Manakala untuk yang bukan pengguna celcom , seperti pengguna Maxis , Digi ,UMobile , XOX .. korang kena walk in ke cawangan celcom terdekat . Proses dalam masa 24jam paling cepat dan 7 hari paling lambat. Depends telco korang senang lepaskan ke tidak customer diorang. Yala..mana ada telco yang nak customer dia lepas macam tu je kan .


NOTA PENTING !! : 

* Simcard prepaid celcom yang dah bertukar pelan ke XPAX TURBO , tak boleh tukar semula ke pelan asal . 

* Pelan celcom POSTPAID / Pascabayar tidak boleh ditukar ke prepaid celcom XPAX TURBO. 


Menu card Pelan XPAX TURBO


Kelemahan XPAX TURBO :

* Internet Burung Hantu hanya boleh digunakan 333MB untuk satu hari.
* Balance dari 333 MB yang tak habis guna , tak boleh dibawa ke hari seterusnya .

* Tiada panggilan percuma sesama celcom seperti pakej magic sim  sebelum ini. RUJUK ENTRI : Magic Sim Baru

Kelebihan XPAX TURBO : 

*Lebih banyak data internet 
* Free Youtube 
* Free Facebook 
* Free Unlimited YONDER MUSIC 


* Free Internet burung hantu tanpa perlu melanggan internet . 

So... terpulang kalian la sama ada nak bertukar ke tidak . Kalau ragu-ragu ..beli je simpack baru , korang  try guna kalau ok .. korang tukar number sedia ada.Kalau tak ok ..jangan tukar . Hehehe.. 





Niat Puasa Sunat Arafah


Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah || Alhamdulillah masih ditemukan dengan Hari Raya Aidil Adha atau raya Haji atau orang panggil raya Qurban . Dua hari lagi tepatnya 12 September 2016 jatuhnya hari raya Idul Adha di Malaysia . Puasa sunat Arafah biasa dilakukan pada 9 Zulhijjah , dan bertepatan dengan 11 September 2016 iaitu esok .




NIAT PUASA SUNAT ARAFAH 

 " Na-wai-tu shou-ma gha-din min yau-mil 'ar-fa-ta sun-na-tan Lil-Laa-hi ta-'aa-la " 
( " Daku berniat puasa hari arafah , sunat kerana Allah Ta'ala " )



APA ITU PUASA ARAFAH ? 

Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tak mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah  malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada.

Semoga bermanfaat. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :) 

Jom Sertai Faizal Tahir Kempen #bersatuTENAGA



Hai ... Assalamualaikum.. Faizal Tahir , sapa yang tak kenal dia. pemes woo.. Penyanyi , Penulis Lagu , dan banyak lagi talent yang dia ada . Lisa dengar Faizal Tahir sedang kempen buat lagu .. tapi dia ada chorus je , lagu ni sebagai kempen #bersatuTENAGA dengan Tenaga Nasional sampena sambutan Hari Malaysia . Macam mana tu , lagu tapi ada chorus je  ? . Nah.. dia nak korang komplete kan lagu dia tu .  Kempen ini dibuat dan ajak korang menyumbang idea korang  #bersatuTENAGA kerja sama antara Artis seperti Faizal Tahir , Jacklyn Victor , dan Elizabeth Tan . 


Bagaimana Cara Sertai Kempen #bersatuTenaga ?

Caranya senang je , semudah a b c .. dan ikut la bagaimana korang cipta video yang menarik untuk kempen tu .

Pertama : Buat video sama ada korang nyanyi lagu Faizal Tahir , atau nak sambung bagi lirik dekat lagu tu . Kalau malu nyanyi.. korang boleh dance , lips sync , bermain alat music , atau video yang kreatif dan rancak untuk meriahkan lagu tu  dalam durasi 1 minit sahaja . ( sebab Instagram had durasi hanya 1 minit je )

Kedua : Upload video korang tadi dalam Instagram korang dan  tag instagram @tenaga_nasional dan hastag #bersatuTENAGA . wajib tau sebab nanti senang nak trace video korang . Jangan lupa set PUBLIC dekat instagram korang.

Mudah saja bukan ? Jom la join.. Opss.. hari ini hari last penyertaan  , 9 September 2016 pukul 11 malam . Masih ada masa lagi .

Elizabeth Tan dan Jacklyn Victor dah join dan  tolong bagi idea lirik. So... apakata korang join juga kempen #bersatuTENAGA. Mana tau korang bertuah dan video korang akan masuk dalam video lagu Faizal Tahir .. wahh terpercik pemes gitu..

                              



Untuk detail info selebihnya , kroang boleh tengok dekat 

Facebook Page :

https://www.facebook.com/TNBCareline/ 

Butiran Lengkap Kempen di



Ini pula video Lisa yang Lisa dah Upload dalam Instagram .
         


GOOD LUCK KORANG  !! 


Mata Lebih Selesa Dengan Lacelle Diamond Daily


Alhamdulillah dapat juga merasa mata besar (konon) walaupun sehari je , ahaks ! Dah nama blog pun ciksepet.com .. tak lain tak bukan sebab mata Lisa yang sepet ni ha . Sebenarnya dah lama tinggalkan contact lens ni , sebab contact lenses yang Lisa pakai rasa berat kat mata . Kemarin try la  contact lenses  LACELLE Diamond Daily keluaran paling baru dari Bausch + Lomb .  Lisa pilih code ; PINK ROSE . Lacelle mula launch ujung bulan lepas , sebab tu teringin nak try dan nak combinekan dengan contact lenses sebelum ini. 

LACELLE DIAMOND DAILY
code : PINK ROSE


LACELLE DIAMOND Jadi Best Friend Baru ! 

Design contact Lenses Lacelle Diamond , lebih nampak elegant. Well ,, actually diamond dan gadis memang dah jadi best friend., sebab tu la LACELLE di design untuk jadikan diamond best friend baru yang akan sentiasa ada bersama korang  dimana-mana juga .  Dengan saiz diameter 13mm , mata korang akan nampak lebih besar dan lebih gojes .  Bring shine like diamond.. ehh nyanyi pula.



Mula-mula dalam fikiran , ala.. contact lense mesti lebih kurang sama je macam sebelumini. Dari banyak-banyak beli ,, takda beza pun , kalau beza tu sebab kaler dan design lain. TAPI.. Lisa teruja sangat lepas pakai je contact lenses LACELLE Diamond ni , rasa lembut kat mata  sebab nipis so korang tak rasa macam sedang pakai contact lenses. Mata pun jadi cerah , almaklumlah ada silau yang tak silap dekat 50-75 macam tu lah . Memang akan terasa beza kalau korang pakai contact lenses ni . Jangan lupa beli ikut keadaan kesihatan mata korang . Jangan risau , contact lense dari Bausch + Lomb aman untuk digunakan .   


Tiga ( 3 )  Warna dari Lacelle Diamond Daily

Bukan hanya kaler pink rose saja , tapi ada 2 warna yang berlainan lagi dari Lacelle Diamond daily ni.

Aqua Glacier : Kilauan Aqua Glacier  yang mencerminkan keperibadian yang menyeronokkan, mudah didekati dan menyegarkan.

Champagne Brown : Yang ni kaler cokelat.. ala-ala mat salleh gitu . Dengan contact lenses kaler champagne Brown , serta-merta akan  menerangi muka dengan coklat cantik yang mempesonakan. Nampak  malu-malu kucing bergaya semula jadi. Meoww...

Pink Rose : Yang ni Lisa pakai tu ha ... ! nampak lawa kan ! pink rose macam biasa la.. ala-ala feminim gitu . Kalau korang pakai ni akan nampak macam lemah lembut . 




Harga Lacelle Diamond Daily Bausch + Lomb 

Lacelle Diamond Daily boleh didapati di semua kedai Optik di seluruh negara . Untuk harga di Malaysia , dijual dengan RM42.00 per box untuk 10pcs dan RM 110.00 per kotak untuk 30pcs . 






PR for Bausch + Lomb is EverQuest. www.everquest.com.my

Info selebihnya korang boleh  layari

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/lacellemy/



" See Better , Live Better "

Wangian dan Wajah Baru Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan


Cuaca sekarang ni manjang panas je kan . Peluh-peluh.. nasib baik kerja didalam bangunan yang ada aircond , kurang la juga berpeluh yang senang terdedah kuman . Selain muka , bagian intim wanita juga perlu dijaga apalagi dengan cuaca yang macam ni memang senang kuman berternak ditempat lembab . Dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang Lisa memang pengguna setia pembersih kewanitaan daun sirih , Sumber Ayu. Baru-baru ni Sumber Ayu dah berwajah baru dengan berbagai variasi. Waahh.. mesti best dengan wangian yang berbeda . 




Tahukah Anda , bersihkan kawasan intim dengan sabun dan air akan ganggu keseimbangan pH  , ..ha.. senang la terdedah dengan risiko jangkitan kuman .Pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ni dibuat dari ekstrak daun sirih  untuk menjaga miss V sentiasa sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat . Tetap stabil paras 3.5 pH .  Terlalu rendah atau terlalu tinggi pun tak bagus sebab nanti mudah kena jangkitan bakteria yang buat miss V korang jadi bau , keputihan , berlendir atau gatal . Kena jaga tau , kalau tak nanti suami lari ! amboi..gaya macam dah bersuami je . Bersuami atau belum bersuami , memang korang kena jaga kebersihan keintiman tau . Aset wanita tu ...  

Enam Wangian Baru Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu 

Sumber ayu boleh digunakan untuk semua wanita tanpa mengenal usia dan kini hadir dalam rangkaian 6 wangian yang menarik. PSstt... botol pun dah berwajah baru tau .

SUMBER AYU ORKID
Dibuat dari ekstrak haruman segar dari kuntum orkid akan berikan wangian ringan dan rasa bersih dan kekal sepanjang hari . Sesuai untuk wanita ayu yang sentiasa nak kekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara . Dari dulu lagi Lisa memang guna yang Orkid  sebab tu Lisa ayu dan anggun.. (ehh betul apa ..jangan muntah pula ..hehe )


SUMBER AYU MAWAR ;
Wangian mawar mekar yang manis akanberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari . Untuk korang yang ala-ala jiwang romantis tu sesuai sangat dengan sumber ayu mawar ni .

SUMBER AYU FLORAL :
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga akan berikan rasa segar sepanjang wanktu . Ciptaan ideal bagi kowang yang sentiasa ceria dan bersahaja.

SUMBER AYU MUSK :
Aroma semula jadi kasturi yang ringan berikan kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk korang yang sentiasa kehadapan dan meminati harumanpatchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

SUMBER AYU GAMBIR :
Bauan herba yang harum juga berikan kesegaran semula jadi . Pilihan terbaik buat wanita klasik yang soft dan hargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

SUMBER AYU FRUITY : 
Aroma manis buah-buahan tropika mampu berikan korang rasa bersih dan segar. Pilihan untuk gadis yang ceria , lincah  dan sentiasa bersedia yakin dalam apa jua keadaan .




Cara Penggunaan pembersih miss V Sumber Ayu pun senang saja 
Tuang sedikit pembersih sumber ayu ke tapak tangan ,Bersihkan bagian intim atau Miss V korang .
Bilas dengan air hingga bersih.



Mudah je bukan . Usah risau .. pembersih daun sirih sumber ayu ini diperakui Halal oleh JAKIM . 



Pembersih kewanitaan daun sirih SUMBER AYU ni boleh korang dapati dengan harga serendah RM3.60 ( 90ml) dan RM 5.80 (200ml) . Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU dibawakan oleh WIPRO UNZA , dan produk-produk sumber ayu kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi .

Senarai Pelakon Lara Terindah


Lama juga tak nampak Nelydia Senrose bermain dalam drama . Kali ini digandingkan dengan Nazrief Nazri sebagai Razlan dan Nelydia Sensore sebagai Elena dalam drama LARA TERINDAH . Drama TV3 slot Akasia , pengganti Sayangku Kapten Mukhriz . Best ke tak jalan ceritanya kena tonton sendiri la.  Pelakon lain yang juga hadir dalam drama Lara Terindah seperti : Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, Bil Azali dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Azmi Hata dan skrip oleh Mohd Azmy Ariff. Bersiaran bermula 31 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di TV3. Time ni time maghrib , biasa Lisa akan tonton online je di  tonton.com.my

Senarai Pelakon Lara Terindah 



PELAKONWATAK
Nelydia Senrose Elena
Nazrief Nazri Razlan
Nonny Nadirah Nisa
Bil Azali Ali
Hafeez Mikail Faiz
Jasmin Hamid Datin Liza
Rahhim Omar Dato Kamal
Roy Azman Rosli
Laila Nasir Puan Mimi
Mustaqim Bahadon Azim
Ika Nabella Lela
Zulkifli Mohd Salleh Hj Ramli
Nor Amisah Hajah Gayah
Aidil AzizAndi

LARA TERINDAH TV3
EPISOD : 14 episod 
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mohd Azmy Ariff
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Bil Azali, Mustaqim Bahadon, Jasmin Hamid, Rahhim Omar, Ika Nabella, Laila Nasir, Roy Azman, Zulkifli Mohd Salleh, Nor Amisah, Kamal Ibrahim, Syafiq Ibrahim, Danial Fiq, Kim Fukazawa,


LAGU TEMA / OST LARA TERINDAH  :
Untuk OST LARA TERINDAH , bertajuk Seindah Mimpi yang dibawakan oleh Jaclyn Victor. 



SINOPSIS LARA TERINDAH

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

GAMBAR PELAKON 

CELCOM XPAX TURBO Plan Prepaid Terbaru


CEO Celcom yang dulu dipegang Dato' Seri Shazzali Ramly kini beliau dah berpindah tugas menjadi CEO Axiata untuk ASIA ... dan sekarang CEO Celcom telah bertukar kepada MR. Michael Kuehner bermula 1 Sept 2016  . CEO baru .. celcom pun keluarkan plan untuk prepaid terbaru . XPAX TURBO , Rm30 untuk 4Gb internet , rm50 untuk 9Gb internet , dan last rm80.00 untuk 15GB internet., selain itu korang boleh dapat internet burung hantu ( 1am-7am ) 10GB secara percuma , basic data.. dan banyak lagi kelebihannya . Agak-agak menarik tak ? 


Plan internet XPAX TURBO 

Nah Lisa bagi pelan untuk prepaid terbaru  XPAX TURBO untuk rujukkan korang . 


*INTERNET DAILY ( HARIAN ) 

Data sebanyak 200MB + 100MB Facebook ,  harga untuk internet harian : RM5

*INTERNET Weekly ( Mingguan ) 

600MB Data Internet  + 600MB Facebook + 300MB untuk Youtube ,  harga untuk internet mingguan RM10 , 
*INTERNET MONTHLY ( Bulanan )
RM30 ( 
harga RM30 ) : 
-Data internet  2GB + 1GB Facebook + 1GB untuk Youtube 

*RM50  ( harga RM50 ) 
Data Internet 5GB + 2GB Facebook + 2GB untuk Youtube

*RM80 ( harga RM80 )
Data internet 9GB + 3GB Facebook + 3GB untuk Youtube 



Harga Simcard XPAX TURBO 


Harga untuk pack baru XPAX TURBO ini rm 10.00 , dengan kredit didalamnya sebanyak rm6 . Simkad ni valid untuk 7 hari ., korang akan dapat : internet basic 200MB untuk pek permulaan , 500 MB basic itnernet tiap bulan dan internet burung hantu 10GB yang dibagi 333MB setiap hari . Rate untuk call 24 sen / minit , SMS 12 sen , dan MMS 50 sen . 

Tiada lagi unlimited panggilan percuma dari celcom ke celcom , tiada lagi burung hantu yang boleh digunakan serentak . Burung hantu 10GB dibagi menjari 333MB untuk setiap hari , dan jika kalian tak habis guna internet tu .. tak boleh carry forward atau dibawa ke hari berikutnya . Tak best yang ni . Dari banyak-banyak plan.. Lisa rasa yang plan lama magic sim tu lagi bagus . Tiada cap kuota internet . Apapun.. Lisa akan kemaskini entri selepas dapat info lebih detail. 

Resepi Jeruk Rambutan Asam Boi



Musim durian dah nak habis dah , sekarang tiba masa musim rambutan pula. Teringat dulu time kecik , ayah selalu belikan rambutan sampai berguni-guni banyaknya . Lisa seorang yang makan... haha nasib baik tak cirit birit. Pernah dengar mangga jeruk yang letak cili potong tu kan ? Kali ini Lisa buat jeruk rambutan pulak . Mmmm...agaknya macam mana lah rasanya ? Jom try buat. 

Resipi jeruk rambutan sama saja dengan resipi jeruk mangga. Hanya gantikan mangga tu dengan buah rambutan . 






Bahan-bahan Jeruk Rambutan Asam Boi : 


- 200gram Asam Boi
- Buah Rambutan (terpulang kalian nak berapa banyak )
- 10 biji cili padi (cincang)
- 5 biji Limau kasturi (potong dua )
- 3 sudu gula
- Garam secukupnya.

Mudah dan senang dicari bukan bahan-bahan ni. Dan yan pasti tak mahal. 


Cara buat jeruk rambutan ni senang je . Kupas rambutan , buang kulit kemudian cuci . Masukkan dalam bekas , masukkan asam boi , cili padi , gula secukupnya dan gaulkan . Letak garam secukupnya .. kemudian perah limau kasturi dan masukkan limau tu kemudian gaul sekali lagi . Tak perlu tambah air sebab gula dan limau tu nanti akan mencair sendirinya . Tadaaa.. dah siap , kemudian letak dalam peti sejuk dan tunggu beberapa jam sebelum dimakan . 

Boleh tahan sedap rasanya , manis , masin , masam , pedas ... semua ada . Rasa rambutan tu kekal tak hilang . Musim rambutan belum habis lagi kan ? selamat mencoba! . Lepas ni nak buat jeruk durian pula lah.. EHH...hahaah jangan.. nanti sakit perut Lisa tak tanggung . 


Episod Akhir Sayangku Kapten Mukhriz


Tak terasa dah masuk ke penghujung episod akhir untuk drama Akasia Sayangku Kapten Mukhriz . Macam mana ..mesti kalian akan rindu dengan pelakon-pelakon ini kan .Jangan lupa tonton episode akhir hari ini 30 Ogos 2016  pukul 6.58 di TV3 . Tinggal beberapa minit sahaja .


Untuk korang yang tak berada di depan TV , boleh tonton secara online di Tonton.com.my atau di Link berikut :
EPISOD AKHIR SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ONLINE TV3  -LIVE STREAMING 


Tonton episod penuh sayangku kapten mukhriz di www.gengtube.pw

Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya.



Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya. || Tak di nafikan lagi Kuala Lumpur ( KL ) tempat yang best dan menjadi tarikan oleh ramai orang , termasuk la Lisa  . Ibarat Kuala Kumpur ni dah macam Syurga Dunia . Kedengaran macam overrated , tapi mesti ramai yang akan cakap ya dan setuju dengan Lisa . Kenapa Lisa panggil Kl seperti syurga ? sebab di KL tu macam-macam ada. Banyak kemudahan dari segi transport , jalan-jalan ,shopping , makanan , atau tempat-tempat menarik lainnya .Untuk korang yang dah pernah datang atau bahkan duduk di KL, mungkin korang dah tau kenapa kan?  Dan untuk korang yang belum pernah sampai KL , jom Lisa story dan gambarkan tentang apa yang best di Kuala Lumpur . 

KL, seperti kita semua sedia maklum merupakan ibu negara kepada Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di negara ini. Kuala Lumpur Malaysia menerima kedatangan pelancong yang tinggi jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di negara kita. Now this fact alone has given you some insight of what KL has to offer. Kebanyakan pelancong datang ke sini kerana keunikan yang ada di bandar ini. Taman tema, bangunan bersejarah, pusat membeli-belah besar serta hebat , hotel in Kuala Lumpur adalah antara tarikan di bandar besar ini . Kalian boleh mencari lebih banyak lagi tempat yang best , jika browse melalui Traveloka.com . 

Bukan tu saja, KL juga merupakan bandar yang paling selesa untuk dilawati sebab dah dilengkapi dengan banyak kemudahan asas seperti tandas awam (yang bersih), surau/masjid (for muslim) serta kemudahan pengangkutan awam yang effisyen. Jadi, senang la korang nak bergerak kan?! Jika korang dah memang tinggal di KL , apakata kalian try untuk jadi ala-ala pelancong ? Tak.. bukan gurau tau . Lisa serious . Kemas beg kalian , gunakan public transport , dan  book a hotel in Kuala Lumpur at https://www.traveloka.com/en-my/ and kalian dah sedia untuk adventure !!




Korang boleh mulakan hari dengan sarapan yang best dan ke terus KLCC untuk membeli-belah atau mengembara ke dunia lautan di Aquaria. Ataupun korang nak bakar lemak di taman tema air di Sunway Lagoon dan terus berseronok sampai malam ni kelab-kelab hiburan yang ada di sekitar Sunway Pyramid.  Kalau korang jenis yang sukakan alam semulajadi, Jangan risau ada juga ,tadi Lisa ada bagitau di KL ni semuanya ada, kan !? Hihi. Korang boleh melawat ke Taman Burung KL yang terletak berdekatan dengan the famous Lake Garden. Suasana kat sana yang sangat tenang boleh bantu korang untuk hilangkan stress dan redakan jiwa yang lara hahah. Not only that, berdekatan dengan kawasan tu juga terdapatnya Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Majestic Hotel (korang boleh dapat harga lebih murah di Traveloka.com). Bagi korang yang nak tengok keunikan seni bina dan sejarah ketamadunan Islam , bolehlah melawat ke tempat-tempat ni. 



Nah.. untuk korang yang jenis kaki makan , Lisa akan katakan inilah syurga untuk korang! Makanan ala-ala Utara, Pantai Timur atau bahkan  international cuisine, semua ada. Pilih je nak fine dine atau makan kat kedai biasa. Kalau nasib korang baik, korang berpeluang untuk experience food festival event yang dianjurkan di sekitar KL. Festival ini biasanya akan melibatkan famous food vendors dari seluruh negara . Untuk korang yang kaki shopping pulak, korang bolehlah shopping sampai pengsan. Antara tempat-tempat shopping yang famous kat sini ialah Bukit Bintang, Petaling Street dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Shopping mall's yang dekat dengan area sana seperti Pavillion, Fahrenheit dan Sogo. Macam-macam barang dan brand yang korang boleh jumpa, local or original, semua ada! 


Untuk korang yang nak datang dari luar (atau dalam) Kuala Lumpur Malaysia, kalau nak cepat korang boleh check flight kat Traveloka.com. Cara ni paling mudah. Bukan tu saja, kalau korang consider untuk tinggal beberapa hari , korang pun boleh check dan book hotel in Kuala Lumpur untuk dapatkan hargahttps://www.traveloka.com/en-my/hotel yang paling rendah, also at Traveloka.com. Ni ada lagi satu good news, bermula dari 29  August sampai 4 Sept 2016, Traveloka.com ada buat promotion untuk selected flight and hotel. So Jangan buang masa korang , Jom terjah sekarang ! 









© all rights reserved
made with by templateszoo