Ad

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik


MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik 

Pernah dengar golongan Al Riqab ? Baru ni Lisa baru dapat tahu lebih yang ternyata Fatwa Zakat Al-Riqab bukanlah sesuatu yang baharu dan termasuk salah satu dari golongan yang layak mendapatkan zakat .  Jawatan kuasa MAIS  Bantu Asnaf Al Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik. Bertujuan membangunkan asnaf Al-Riqab kearah mendapatkan keredhaan Allah. Seperti membantu memulihkan golongan songsang daripada dibelenggu gaya hidup bertentangan syariat Islam dan  membantu asnaf al-riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah . 

APA ITU  AL-RIQAB ?

Al Riqab menurut Fatwa Negeri Selangor adalah seorang yang terbelenggu dibawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Maksudnya orang yang dibelenggu gaya hidup sonsang sama ada terpesong akidah, gaya hidup atau amalan harian.  
Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009.


JENIS PENERIMA ASNAF AL-RIQAB

(1)    MASALAH SOSIAL 

(a) Terbelenggu dengan dadah: 

-Penagih dadah. ,

-Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:

Minum arak.

Zina.

Judi.

Khalwat

Buang anak

Mengandung luar nikah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

Sumbang mahram.

Persetubuhan haram.

Muncikari (ibu ayam).

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:

Tidak solat.

Tidak puasa.

Buang anak.

Usaha ingin bunuh diri.

Hidup bersama pelacur.


(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:

Pelacur.

Lesbian.

Mak Nyah (Transexual).

Gay.

Homoseksual.

Gigolo.

Biseksual.

Pengkid.

Tomboy.

Bersedudukan dengan orang bukan Islam.


(e) Terbelenggu dengan kes juvana:

Gangster.

Jenayah melibatkan harta benda.

Pergaduhan yang melibatkan kecederaan.

Kes rompak.

Pecah rumah.

Kes rogol.

Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya

 Ugutan yang melibatkan keganasan.


(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :

Penyakit HIV/AIDS.

Kanser/barah.

Tibi.

Hepatitis.

Dan lan-lain.


(2)    MASALAH AKIDAH:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:

Doktrin palsu.

Mengaku menjadi nabi.

Menghina Islam.

Pemujaan salah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.


(b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong

Orang yang ingin/berhasrat murtad.

Orang yang dalam proses Istitabah.


PROSES PENASIHATAN AQIDAH SEPERTI CARTA BERIKUT :- 



Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al - Riqab

Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;

1. Beragama Islam.

2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.

4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.


Jenis Jenis Bantuan Yang Diberikan Kepada Asnaf Al - Riqab


Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;

1. Bantuan sewa rumah

2. Bantuan bulanan

3. Bantuan perubatan

4. Bantuan modal

5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti

6. Bantuan guru pembimbing

7. Bantuan firma guaman

8. Bantuan individu terkesan

9. Bantuan pengurusan jenazah

10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR

11. Bantuan sumbangan hari raya



MAIS telah memperkasakan Bahagian Pemulihan Al-Riqab bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

Program Program Yang Di Jalankan Oleh Pihak MAIS Untuk Asnaf Al - Riqab

Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, 

Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;

1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.

2.Program temuseru asnaf riqab (mak nyah).

3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).

4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.

5. Kelas bimbingan agama.

6. Rawatan spiritual islam.

7.Program tautan mahabbah.

8. Ziarah ke rumah.

9. Program penghayatan islam.

10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal.

11. Kelas bimbingan fardu ain.



Pelaksanaan Asnaf Al - Riqab Di Negeri Selangor
 
Pelaksanan asnaf Al - Riqab di negeri Selangor telah di tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian pemulihan Al - Riqab. 

Bahagian Pemulihan Al - Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;

Membangunkan asnaf Al - Riqab ke arah mendapatkan keredhaan Allah

Dan Misi;

Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

Bahagian pemulihan Al - Riqab berfungsi dalam;


• Memperkasa dan menguatkuasa undang undang Riqab melalui fatwa, peraturan, SOP dan yang berkaitan. 

• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan berkesan.

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi membebaskan asnaf Riqab.

• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial dan akidah agar kembali bertaubat.

• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras Rumah Pemulihan Riqab. 

• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam. 

Pelan Strategi Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Pelan strategi bahagian pemulihan Al - Riqab terdiri daripada; 

Pendaftaran :  Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 

Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal. 

Bantuan :  Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal. 

Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad.

Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani.

Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat.

Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;

1. Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf  atau lokasi pilihan asnaf.

2. Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam.

3. Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan.

4. Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai pendakwah (ikon).

Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al - Riqab 


1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan 
• Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 
2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab.
3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat
4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab.
6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf.


Bagi mungkin dari rakan atau sahabat pembaca yang ingin kembali ke pangkal jalan tetapi tidak tahu dengan siapa hendak dirujuk jangan ragu-ragu menghubungi pihak  MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) untuk membantu . 

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan asnaf Al - Riqab tuan puan boleh berhubung melalui;


Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Sektor Pembangunan Sosial

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Kompleks MAIS Klang

Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS

Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar

41050 Klang, Selangor.

No Tel : 03-33614000 / 03-33614080

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH

AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH

Assalamualaikum ,  pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah ? baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah ,, terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),  mengenai ajaran sesat di pautan ini  https://www.mais.gov.my/artikel-khas-2/ . Kadang info yang lalu di sosial media ni bukan pasti betul ke tidak , kena cari sumber yang sahih dan betul . Harap apa yang Lisa akan kongsikan ini dapat beri kesedaran kepada semua untuk lebih berhati hati di masa masa akan datang dan tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. 

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah 

Ajaran Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Gerakan Qadiani Dikenali Juga Sebagai Ahmadiyah, Ahmadi Atau Ahmadiyyat Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.

Pelbagai Penyelewengan Dalam Ajaran Qadiani


Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Beliau berkata: “Demi ALLAH yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti."

Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”. Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

Mirza Ghulam Ahmad turut menakan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut:

“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya.

Keputusan Fatwa Selangor

Berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa :

1.Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia

2.Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor.

Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.


3.Antara Ciri-Ciri Ajaran Qadiani Menurut Mirza Ghulam Ahmad:

• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:

• Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II).
• Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
• Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
• The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:

• Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
• Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
• Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya; dan
• Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Kesimpulan Mengenai Ajaran Qadiani Di Malaysia

Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.



DOA Mencari Barang Yang Hilang

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula

Doa Untuk Mencari Barang Yang Hilang Agar Dapat Jumpa Semula 

Bila badan penat ni , kepala pun boleh jadi pelupa dan ting tong . Macam Lisa la yang keje hard sangat demi sesuap ketam . Ehh...  Beberapa hari lepas terlupa letak kat mana cincin yang selalu pakai di jari ni , bukan satu je ,. dua dua sekaligus. Adeh ... nak bagitau dekat ehem ehem mesti kena marah nanti , mana tidaknya .. sebab kecuaian Lisa sendiri kan . Nak beli takleh la gantikan nilai sentimental yang ada pada cincin tu . Usaha dah cari mana letak cincin tu ,pastu try google doa untuk mencari barang yang hilang agar dapat jumpa semula . 



Seperti yang korang tahu , bahwa dalam segala upaya kita tidak hanya melulu dengan berusaha, melainkan harus disertakan doa. Begitu juga ketika sedang mencari barang kesayangan yang hilang, maka sertakan doa mohon diketemukan barang yang hilang seperti yang sudah diuraikan diatas. Lisa doa dan tawakal la . Dah 2 hari Lisa cari tak jumpa juga , bawah katil takde , baju-baju almari tak ada , katil tu dah kibas-kibas kan selimut pun takda . Dicuri ke ? Hantu raya curi ke ?... mula dah fikiran merepek merapu ... 

Doa Mencari Barang Yang Hilang 

اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ 


 Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang


Dan Malam tu Lisa dah nak tidur, dalam pukul 1 pagi gitu , baca doa atas tadi sebanyak 3 kali . Takde tulis suruh baca 3 kali pun , depends korang sendiri la . Lisa tutup lampu bilik , dan buka flashlight dekat phone , halakan ke tilam tempat tidur Lisa tu .. suluh merata, dan alhamdulillah jumpa !! padahal dah kibas dan raba merata tempat tak jumpa sebelum itu . Then Lisa doa lagi la.. konferm dah yakin memang ada dekat situ je . Lisa suluh .... jmpa lagi bawah katil penjuru tepi. 

Alhamdulillah ... Besar sungguh kuasa allah . Jumpa weih dua cincin tu . Lisa ingat tercicir ke , terbuang ke ,,, benda halus kan .. 

Korang boleh la amalkan Doa atas tu , Insyaallah jumpa. Apepun usaha korang ,,, jangan lupa doa sekali ye . 

Oh ya.. atas tu nickname twitte lisa .Korang kalau ada twitter jangan lupa follow ye www.twitter.com/therylisa

Insaf baca Semusim Di Barzakh !

Semusim di Barzakh 

pernah tak korang berfikir dan ingin tahu bagaimana kehidupan selepas mati didunia . kehidupan sebelum menunggu hari kiamat ? Lisa ni masih cetek ilmu bab agama , tahu sikit-sikit je . Buku ini wat aku sentap ! Semusim di Barzakh , diangkat dari kisah benar. Bukan aku percaya dengan buku ini , tapi kata-kata dalam buku ini menyadarkan Lisa yang dalam dunia ni masih perlu mencari ilmu untuk bekalan akhirat nanti . Mati bukan noktah akhir sebagai makhluk-NYA . 


Bagaimana tergamak untuk engkau kufur kepada Allah padahal engkau dahulunya mati (tiada) , kemudian Allah menghidupkan engkau,setelah itu Allah akan mematikan engkau,kemudian Allah akan menghidupkan pula engkau di hari akhirat, akhirnya engkau akan dikembalikan kepadaNYA( untuk memberi balasan terhadap apa yang telah engkau kerjakan ) . 

Selagi masih ada ruang dan waktu , kejarlah ilmu bekalan akhirat nanti  . Dunia ni semakin jauh meninggalkan kita dan akhirat pula semakin depan . 

Novel : Semusim Di Barzakh
Penulis ; Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90 (SM) & RM31.90 ( SS) 



Sinopsis Semusim Di Barzakh : 

Malam itu fadh dikejar oleh sesosok wanita yang tanpa wajah dengan rambut panjang kebawah , sampai akhirnya jatuh dari tangga resort dan kemudian accident di jambatan . Kereta yang dinaiki jatuh ke gaung sungai dan akhirnya meninggal . Fadh yang merasakan kehidupan selepas mati , merasa ketakutan oleh azab disiksa dari satu masa ke masa . Di gigit ular berbisa , makan dan minum nanah juga muntahan sebab dulu didunia leka dengan kehidupan seperti minum arak , main perempuan , tinggal solat , dan tinggalkan puasa . Namun jika di kampung , alim ulama ... kehidupan yang jauh berbeza jika pulang ke bandaraya Kuala Lumpur .

Amalan yang sedikit tak mampu menyelamatkan Fadh , antara diperosongkan akidah dan hampir masuk ke agama kristian . Bagaimana pengakhiran semua penderitaan Fadh di alam Barzakh ? Betulkah apa yang dia alami semua itu hanya mainan syaitan atau betul-betul gambaran dari alam Barzakh ?

Korang kena baca sendiri .... :')



Ini bukan artikel berbayar , tidak sama sekali . Terimakasih untuk Hadi Fayyadh , penulis novel Islamik Semusim di Barzakh yang buat Lisa tersentap sedar semua ini. Cuba perbaiki diri , buka dan pelajari  Al-Quran dan terjemahan sekali sebab Allah dah tuliskan semuanya dalam Al-Quran .


Niat Puasa Sunat Arafah


Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah || Alhamdulillah masih ditemukan dengan Hari Raya Aidil Adha atau raya Haji atau orang panggil raya Qurban . Dua hari lagi tepatnya 12 September 2016 jatuhnya hari raya Idul Adha di Malaysia . Puasa sunat Arafah biasa dilakukan pada 9 Zulhijjah , dan bertepatan dengan 11 September 2016 iaitu esok .




NIAT PUASA SUNAT ARAFAH 

 " Na-wai-tu shou-ma gha-din min yau-mil 'ar-fa-ta sun-na-tan Lil-Laa-hi ta-'aa-la " 
( " Daku berniat puasa hari arafah , sunat kerana Allah Ta'ala " )



APA ITU PUASA ARAFAH ? 

Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tak mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah  malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada.

Semoga bermanfaat. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :) 

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2016

Tak terasa dah 29 hari kita berpuasa di bula  ramadan ini. Dan yang pasti kalian tunggu-tunggu.. nak tahu tarikh bila hari raya puasa nanti. Penyimpan mohor besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Tarikh hari raya aidil fitri 2016M jatuh pada Rabu, 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H . 

Selamat hari raya Aidil Fitri untuk sahabat pembaca ciksepet.com , ampun dan maaf jika ada terguris hati dengan penulisan selama ini. 

Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437

 Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437 || Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah ,bertepatan (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun 


Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Doa awal tahun dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1437 bersamaan 14 Oktober 2015  selepas menyempurnakan fardhu Maghrib


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Akan tetapi semua larangan itu telah berakhir setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa penting yang berlaku di bulan MUHARAM
1 Muharam  berlakunya Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam  Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

NIAT PUASA RAMADHAN

NIAT PUASA RAMADHAN  | Pejam celik pejam mata esok dah puasa. Cepatnya masa berlalu. Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini karena Allah Taala" . Puasa hukumnya wajib untuk yang mampu melaksanakannya . Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (bukan musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Sebulan dalam setahun, bukan tiap-tiap bulan.. tak kan tak mampu ? takkan masih mencari-cari alasan untuk ponteng . Hehehe... Beribadah dibulan Ramadhan banyak ganjaran pahala seperti yang telah dijelaskan dalam hadist dan juga dalam alQuran . Jom baca Niat untuk berpuasa dibulan ramadhan . 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala  

(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.

Baca niat sebelum tidur atau malam sebelum puasa . Mana tau esok terlajak tidur tak sedar nak bangun sahur kan :)
Selamat menjalankan ibadah puasa untuk semua muslim didunia dan semua pembaca www.ciksepet.com ;) 

PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat

 PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat  | Menunaikan solat Jumaat ialah wajib hukumnya untuk lelaki yang sudah baligh dan juga diberi kemampuan untuk mendirikan solat Jumaat. Kecuali sakit, musafir , takut dizalimi, dan hujan . Sekarang ada negeri yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti seperti Johor, Kelantan , Kedah dan Teregganu.. Ianya bukan halangan bagi kaum llaki untuk mendirikan solat Jumaat. Tapi kan.. seperti yang kita nampak.. time untuk solat Jumaat tapi masih ada sahaja orang lelaki yang berada diluar atau melepak kedai makan dan pusat hiburan atau di Shoping kompleks .

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)
dipetik dari Sinar harian  , Bermula 1 June 2015, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 Semoga selepas ini negeri-negeri lain pun akan mengikut juga. Sila jangan ponteng-ponteng ya .


Niat puasa bulan Rejab

 
 Niat puasa bulan Rejab | Bulan Rejab adalah bulan Allah .Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.



Niat puasa bulan Rejab :
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”

MUST WATCH: One LAST chance to catch Paul Walker in his latest and final movie.
Tiada hadis yang mewajibkan untuk berpuasa direct sebulan melainkan hari haram dalam bulan Rejab ini. cuma Nabi banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Dan beberapa kelebihan  menjalankan puasa dibulan Rejab ialah :

-Mendapat Pahala
-Terlepas daripada dahaga di akhirat.

Lakukanlah amalan baik di bulan Rejab seperti ; Bersedekahlah , berpuasalah dan bacalah Al Quran . Boleh berpuasa tidak lebih dari 15 hari  , selang sehari seperti Nabi Daud. Jika puasa lebih juga,, tidak haram  dapat pahala . Yang makruh ialah berpuasa direct sebulan.


Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz

Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz |Semalam , 12 Februari 2015 , telah berpulang kerahmatullah seorang tokoh ulamak yang berasal dari Kelantan , Datuk Nik Aziz  Nik Mat. Allahyarham  Tuan GUru Nik Aziz (TGNA) 84 tahun meninggal dunia dalam pukul 9.40 malam tadi dirumahnya kampung Pulau Melaka, Kelantan . Jenazah telah dimakamkan pagitadi di perkuburan Islam Pulau Melaka . Ribuan ziarah jenazah allaharyam Tuan Guru Nik Aziz dan membuat Pulau Melaka dibanjiri oleh penziarah.  Atas permintaan keluarga,orang ramai dilarang mengambil gambar jenazah.

Takziah diucapkan untuk keluarga tgna dan semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.  
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. 

Berikut adalah sedikit banyak biography mengenai Tuan Guru Nik Aziz. 


Kisah Disebalik Keindahan Europe

Kisah Disebalik Keindahan Europe | Dulu Europe dan Islam,Mereka pernah menjadi pasangan serasi. Kini hubungan keduanya penuh pasang surut prasangka dengan berbagai gejolaknya. Ada manusia-manusia dari kedua pihak yang terus bekerja untuk memperburuk hubungan keduanya.

Matahari tenggelam di Katedral Mezquita Cordoba, Istana Al Hambra Granada, atau Hagia Sophia Istanbul, . Matahari tenggelam yang aku lihat adalah jelas matahari yang sama, yang juga dilihat oleh orang-orang di benua ini 1000 tahun lalu. Matahari itu menjadi saksi bisu bahwa Islam pernah menjamah Eropa, menyuburkannya dengan menyebar benih-benih ilmu pengetahuan, dan menyianginya dengan kasih sayang dan toleransi antar umat beragama.

" 99 Cahaya di Langit Eropa " adalah kisah sebenar yang terjadi  iaitu perjalanan hanum  selama 3 tahun di Europe justru mengantarkan pada titik awal pencarian makna dan tujuan hidup. Makin mendekatkan pada sumber kebenaran abadi yang Maha Sempurna.bagaimana Islam mengajarkan cara untuk menghadapi orang-orang atau bangsa lain yang memandang islam sebagai terorist , bukan dengan kekerasan tapi dengan kelembutan . Movie ini mengambil tempat disebagian besar dari negara-negara Europe dan juga tempat-tempat terkenal disana . Dari Austria, Paris, Menara Eiffel ,dan banyak tempat lain .Kemudian berakhir perjalanan itu di Istanbul .


Best cerita ini dan tak rugi kalau kalian meluangkan masa untuk menonton Movie ini. Selain pengetahuan mengenai agama , kalian juga akan mampu menikmati keindahan Bangunan-bangunan bersejarah yang berada di Europe. Pastinya kalian akan teringin pergi kesana ,selepas tengok movie ini. Kalian akan merasa seperti keliling Europe dan menikmati keindahan bangunan disana. 

Tonton Online 99Cahaya Di Langit Eropa Part 1




Tonton Online 99Cahaya Di Langit Eropa Part 2

Aku teringat kata sahabat Ali RA:
'' Wahai anakku! Dunia ini bagaikan samudra di mana banyak ciptaan ciptaan Nya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah. Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nahkoda perjalananmu; dan kesabaran sebagai jangkar dalam setiap badai cobaan.
(Ali bin Abi Thalib RA)

Panduan Wanita Islam Menikahi Non Muslim

Panduan Wanita Islam Menikahi Non Muslim |Bagi wanita islam yang ingin berkahwin dengan saudara baru ,pastikan dengan niat sebenar bakal suami yang ingin berkahwin itu bukan semata-mata sebab cinta  atas dasar keinginan untuk berkahwin sahaja. Jika cinta dijadikan faktor sandaran untuk teruskan  usaha perkahwinan, satu hari nanti pasti akan menimbulkan masalah. Kalau ingin meneruskan perkahwinan dengan saudara baru atau psangan non muslim , ia perlu memasuki kelas pengukuhan dan pemahanan Islam terlebih dahulu . Nak tahu kenapa ? sebab tanggung jawap serta peranan yang perlu dijalankan oleh ketua keluarga ia amat besar dan berat , tak boleh dipanjang ringan .

Ambil peluang mempelajari selok belok agama dulu dan apabila asas keislaman dah kukuh ,barulah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan. Kaum hawa islam berkenaan perlu memastikan motif itama bakal suaminya. Ingatlah , ikatan perkahwinan yang suci bukan sedekar mainan yang hanya dilakukan untuk jangka pendek ketika cinta masih membara. Namun perkahwinan ialah tanggung jawap seumur hidup ,perkara ini perlu dipahami betul-betul oleh pasangan. 

Perkara yang perku difikirkan bila berkahwin dengan lelaki yang berbeza agama :
-Pertentangan dari keluarga ,perbezaan adat dan budaya .
-Persediaan dari segi emosi dan fizikaljuga perlu tau , untuk elakan berlakunya perceraian yang akhirnya akan merugikan pasangan terbabit.

Panduan dan TIPS  Kepada Wanita Islam Yang Ingin mengahwini Saudara Baru
( Non-Muslin / Lelaki berlainan Agama ):
1.Perlu menerima keluarga individu dikahwini kerana wanita berkenaan bukan saha berkahwin dengan suaminya malah keseluruhan keluarga.
2.Memahmi adat budaya individu yang dikahwini. 
3.Membimbing suami terlebih dahulu dalam memahami ajaran Islam.
4.Betulkan niat sebelum memeluk Islam ,Jangan sekedar untukBerkahwin. 
5.Ubah diri terlebih dulu sebelum memikul tanggung jawap MENDIDIK suami.
6.Bersedia dari segi emosi , kerna berbagai cabaran kan diharungi selepas berkahwin.
7.Bertolak ansur dan ambil hati keluarga mentua sebaik mungkin . Jangan sisihkan mereka sebab berlainan agama, adat dan Budaya.

Wanita itu juga perlu tahu , tanggung jawap apa yang perlu dijalankan sebagai seorang suami , ayah dan keperluan nafkah sekeluarga. Bertindak sebagai pembantu yang mendorong dan mendidik suami membentuk haluan diri dan keluarga yang diredhai ALLAH. Kedua pasangan memiliki pernanan masing-masing dan melengkapi antara satu sama lain.

Semoga bermanfaat

Allah mengajar saya sesuatu

ALLAH mengajar saya sesuatu| "Dik,kaki mak sakit..susah berjalan. Tapi lepas adik urut kaki mak dah tak sakit. Mak dah sehat ".  Subhanallah,ampunkanlah kami ya Allah,sesungguhnya kami tidak terfikir dan mengetahui betapa sentuhan seorang anak boleh menghilangkan kesakitan yang diderita oleh Mak. Patutlah mak tidak lagi ke masjid. Maafkan adik mak kerana menyangka mak dah tewas dengan ujian Allah.

Hadis Nabi ;" Apabila seorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya,Allah taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: " Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan,"Kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu,Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan Baharu -bersih suci daripada dosanya;dan jika Tuhan mengambil nyawanya,diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya (Riwayat Anas)

Semoga kita dapat menjaga mereka yang sakit terutama ibu bapa kita dengan cara yang terbaik.Ianya sukar tetapi perlu dilakukan..

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia

Penjaga Kunci Kabah Meninggal Dunia | Alfatihah diucapkan kepada Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi , Penjaga Kaabah traditional yang selama ini memegang kunci Kabaah telah pun meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Raja Khaled.

Memetik laporan Arab News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Dan pemegang kunci Kaabah seterusnya akan diserahkan kepada  Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi , berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijriyah

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijriyah | Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Kunci Kunci Meraih Kebahagiaan

Kunci Kunci Meraih Kebahagiaan | Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
Maka keesokan harinya
Akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini

 
Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya .
Kunci Rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan.
Kunci syurga ialah mengEsakan Allah swt.
Kunci Iman ialah Merenungkah Ayat-ayat Allah swt dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk -makhlukNya.
Kunci kebaikan adalah Kejujuran.
Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran ,Berdoa dimalam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

Kunci ilmu pengetahuan ialah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik .
Kunci kemenagan dan kejayaan adalah Sabar, kunci kebahagiaan adalah takwa.
Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah ialah Berdoa. 

Ya Tuhan Kami , kurniakanlah kepada kami rahmat disisiMU.
Bersabarlah kamu terhadap musibah yang menimpamu .

Calon JENAZAH

Photo: AsSalam Keluarga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH.
Pengisian untuk kita kongsi bersama: SILA SHARE!
Mari sama-sama kita Bermuhasabah diri & Renungkan:

Ingatlah….kita semua ada lah calon JENAZAH….Walau diBungkus tetapi ia bukanlah Kiriman…..Meski diTanam tetapi ia bukan Tanaman. MATI itu pasti.

Saya bangga dengan Keluarga FB saya….Page ini diada kan untuk kita semua menjaga silaturrahim – Saya suka Memaklum kan berita suka dan duka yang berlaku…Page ini bukan untuk disalah guna kan untuk GOSSIP – FITNAH & MENGHINA….

Saya tidak REDHO sama sekali jika anda mengguna kan page ini untuk tujuan tersebut – saya tidak mahu Bersubahat dan Membiar kan diri anda terlibat dalam hal-hal begini…Mari lah kita semua menjadi Hamba yang Baik dan kita sama2 Berdakwah dan sentiasa Bermuhasabah diri…Jangan jadi orang yang selalu Berburuk Sangka. 

Malu lah kepada ALLAH & Sayang kan diri anda kerana setiap kali anda MEMFITNAH – MENGUMPAT & MEMBUKA KEAIBAN Orang….Janji ALLAH – ALLAH tidak akan TUTUP AIB anda diPadang Mahsyar nanti….Alang kah sayang nya Kesemua Pahala Amalan anda diHADIAH KAN kan PERCUMA kepada Hamba ALLAH yang telah anda AIB KAN & FITNAH KAN.....Sedang kan setiap hari Kehidupan kita sudah diPotong sehari untuk Kembali kepada ALLAH – MATI ITU KEPASTIAN….Bila? Itu Rahsia ALLAH…..Kita semua Musafir diDunia yang sementara ini……

Kita akan kembali KeRahmatullah pada bila-bila masa sahaja dan berada diAlam Barzah dan diBangun kan semula untuk diHisab pada hari Kiamat. Baik yang kita buat - Baik lah yang kita dapat diDalam Kubur dan diAkhirat kelak. Takut lah AZAB KUBUR wahai saudara2 ku. 

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA:
 
Firman ALLAH SWT yang menggambarkan tentang Kecelaka’an dan Penghinaan bagi Pengadu Domba : 
(Iblis yang suka Melaga - Melaga kan orang untuk tujuan Pergaduhan)

Tafsirnya:

 "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap Pencaci dan Pengeji.” (Surah Humazah)  Penghinaan…..AZAB serta Kebinasaan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala bagi golongan Pencaci dan Pengeji…..

Pencaci dan Pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhu: orang yang suka Mengadu Domba…Mengajak orang bersama anda melaku kan DOSA yang Besar hanya akan Merosakkan Kasih Sayang (Sesama Manusia) dan Penzalim yang membuka Keaiban (orang lain)"

MARI LAH KITA SEMUA MENCARI KEREDHAAN ALLAH! 

Wassalam dari Kak Pah & Ummie Sharifah. 
Calon JENAZAH | Walau dibungkus tetapi ia bukanlah kiriman , meski diTanam tetapi ia bukan Tanaman. Kita semua calon Jenazah . Mati itu pasti.
Janganlah menjadi orang yang selalu berburuk sangka. Malulah kepada ALLAH & sayangkan diri anda kerana setiap kali anda MEMFITNAH -MENGUMPAT &MEMBUKA KEAIBAN Orang ..Janji ALLAH. ALLAH tidak akan TUTUP AIB anda di padang mahsyar nanti .ALangkah sayangnya kesemua pahala , amalan anda diHADIAHKAN percuma kepada hamba Allah yang telah anda AIBKAN dan FITNAHKAN . Sedangkan setiap hari kehidupan kita sudah dipotong sehari untuk kembali kepada ALLAH .
MATI ITU KEPASTIAN , Bila ?itu rahsia ALLAH . Kita semua musafir didunia yang sementara ini.
Kita akan kembali ke Rahmatullah pada bila-bila masa sahaja dan berada di Alam Barzah dan dibangunkan semula untuk dihisab pada hari Kiamat. Baik yang ita buat, baiklah yang kita dapat dialam kubur dan di akhirat kelak. Takutlah AZAB KUBUR wahai saudaraku .
PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA :
Firman ALLAH SWT yang menggambarkan tentang kecelaka'an dan penghinaan bagi PENGADU DOMBA atau BATU API  . (Iblis yang suka MELAGA-MELAGA kan orang untuk tujuan pergaduhan )

 بسم الله الرحمن الرحيم
104:1 
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, ." 104:1
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji " (surah Humazah ) Penghinaan..
Azab serta kebinasaan dari ALLAH SWT bagi golongan pencaci dan pengeji .

Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas R.A ialah orang yang suka menjadi batu api, mengajak orang bersama kalian melakukan dosa yang besar hanya akan merosakkan kasih sayang ( sesama manusia )dan penzalim yang membuka keaiban ( orang lain )
Dosa atau pahala itu urusan manusia dengan ALLAH , siapalah kita nak mengukur dan hitung dosa pahala orang lain ? Lain la kalau kalau  sudah ada pahala yang cukup banyak dan konfem masuk surga.
Bersilaturahim kan lagi bagus , betul tak ?
Carilah keredhaan ALLAH



© all rights reserved
made with by templateszoo