Ad

Showing posts with label Abang Bomba I Love You. Show all posts
Showing posts with label Abang Bomba I Love You. Show all posts

Biodata Hisyam Hamid


Hisyam Hamid , pelakon hero watak  Rayqal dalam Abang Bomba I Love You . Skodeng punya skodeng biodata abang bomba , pelakon sekaligus model ni berasal dari Singapura . Biasanya yang handsome ni laki orang , nah kan betul.. Ingatkan dia ni masih bujang , rupanya berkahwin. Agak ketinggalan info disitu . Ala.. Lisa ni bukan selalu tengok drama-drama sebab tu tak kenal sangat la. Ok la... ada lesung pipi , macam doktor handsome tu , si Mike. Hewhew.. Lisa suka tengok lelaki atau perempuan ada lesung pipi , nampak handsome dan manis disitu .



Biodata Hisyam Hamid 

Nama Penuh: Hisyam Bin Hamid
Nama Komersial : Hisyam Hamid
Asal: Singapura
Umur: 31 tahun (2016)
Status : Berkahwin
Kerjaya: Model dan pelakon
Drama: Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya, Abang Bomba I Love You
Nama isteri: Rosmawati Hanafi
Instgram : Hisyamhamid7




LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN

Ingatkan siapa la yang nyanyi untuk OST Abang Bomba I Love You ni , rupanya si heroin tu sendiri , Amira Othman . Tapi suara dengar dewasa je . Lagu ni riang dan happy je dengar. Lagu bertajuk Jaga-Jaga ni korang boleh dengar di video bawah ini .

LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN  [OST : Abang Bomba I Love You ]

Pabila Mengungkap Kata Cinta
Manis Bicara Oh Semanis Gula
Lidah Lelaki Harus Waspada
Lihat Baik Buruknya

Aku Bukan Si Dara Biasa
Dambakan Kasih Nak Dimanja-manja
Lidah Ku Tajam Bila Berkata
Niat Di Hati Cuma Untuk Berjaga-jaga

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Ku Bagaikan Mawar Yang Berduri
Cantik Dipandang, Takut Didekati
Andai Hanya Nak Bertarik Tali
Baik Kau Undur Diri

Namun Harusnya Ku Mengakui
Sebenarnya Hati Telah Kau Curi
Siang Dan Malam Silih Berganti
Walau Tujuh Purnama, Ku Tetap Setia

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Usik Mengusik, Bergurau Senda
Batasnya Jangan Dilupa
Sucinya Cinta, Elok Dijaga Hingga Terbina Istana

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Engkaulah Lagu, Engkaulah Lagu
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku







Biodata Amira Othman


Amira Othman , mula-mula tengok dia berlakon ni .. Lisa confuse sebenarnya berapa umur Amira ni . Tertanya-tanya juga biodata sebenar Amira Othman, sebab lagu Jaga-jaga OST dalam drama yang dimainkan tu pun dia  yang nyanyi , suara nampak macam dewasa .. tapi muka macam budak SPM pula . Amira Othman ,  Penyanyi sekaligus pelakon yang mainkan peranan lily atau lebih dipanggil adik dalam drama Abang Bomba I Love You ternyata Juara ke 3 Akademi Fantasia 2013 , oo patutla tak berapa kenal.. time tu Lisa duduk dalam gua lagi . Hahaha .. 




Biodata Amira Othman 

Nama Penuh: Nadia Amira Othman
Nama Popular: Amira Othman
Umur: 26 October 1993  (23 Tahun pada 2016) 
Asal: Skudai, Johor Bahru, Johor
Warganegara: Malaysia 
Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon 
Lagu Popular: Hati-Hati, Sesaat Untukku , Jaga-Jaga
Drama: Abang Bomba I Love You (12 September 2016)
Pencapaian: Tempat Ke-3 Akademi Fantasia 2013 
Twitter Amira Othman: https://twitter.com/amiraaothman_ 




Walaupun lakonan awak kaku dan kekok , and muka agak poyo sikit dalam drama tu ..  ( pendapat Lisa la.. ) Lisa doakan semoga Amira lepas ni dapat tingkatkan lagi lakonan awak ya . Good Luck 


Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You

Abang Bomba I Love You , macam-macam la tajuk drama sekarang ni Pilot la, Bomba la.. lepas ni apa lagi ntah .   Drama ni gantikan Si Kolot Suamiku sebelum ini  , Abang Bomba I Love You ini  gandingkan Amira Othman  sebagai Lily dan Hisyam Hamid sebagai Rayqal . Err... agaknya pelakon baru kot..atau memang Lisa yang kurang gemar tengok drama kecuali ada pelakon yang dah kenal di mata., bersiaran mulai 12 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. 


Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You 

Yang Lisa kenal , Abah , Mawar . Syahwal , Atok dan Umi.. yang lain tak kenal. Hehe.. nah barisan pelakon Abang Bomba I Love You . 



PelakonWatak
Hisyam Hamid Rayqal
Amira Othman Lily
Nadya Syahera Mawar
Jaslin Puasa Haziq
Najua Pramlee Wani
Kazarudin SaisiAtok
Fikhree BakarSyahwal
Roy AzmanAbah
Rosnah JohariUmi
Kuna MuzaniIbu Rayqal
Manthi RazakDarwis
Nazirul Afzal

Dah tengok dari Episod awal sampai la dah sampai ke Episod 4 Drama ni , Ermm.. jalan cerita si kakak yang dengki dengan adik dia sebab adik dia dianggap ambik kebahagiaan si kakak. Hmm budak sekolah syok dengan abang bomba yang pernah tolong dia masa kebakaran tempoh hari . Kesian si Lily ,, ayah pun garang gilo weih , salah sikit je kena tampar . Ayah , Umi tentukan masa depan Lily , harus jadi doktor . Huh..tak leh bayangkan kalau  Lisa yang ada di tempat Lily . Tapi kan..agak kaku dan muka poyo sikit lakonan si Amira Othman (Lily ) tu .. mybe sebab mula-mula berlakon kot. Macam Lisa la..gagap gak kalau buat VLog. hhaaha. 


LAGU TEMA / OST ABANG BOMBA I LOVE YOU

Tajuk : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman
pautan : Video dan Lirik Jaga-Jaga 

SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?


GAMBAR PELAKON ABANG BOMBA I LOVE YOU  
credit : myinfotaip.com 



© all rights reserved
made with by templateszoo