Ad

Showing posts with label Tenaga Nasional. Show all posts
Showing posts with label Tenaga Nasional. Show all posts

Lirik Terangi Hidupku Faizal Tahir #bersatuTENAGA


SELAMAT HARI MALAYSIA !! Seperti yang korang tahu , 16 September rakyat Malaysia akan memperingati "Hari Malaysia " . OK .. ingat lagi tak entri sebelum ni   kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir (klik untuk baca ) , nah.. lirik dan video lagu tu dah siap  . Lagu ini memang dicipta sampena memperingati Hari Malaysia .  

Faizal Tahir, Elizabeth Tan , Jaclyn Victor menyanyi bersama dengan semua rakyat malaysia dalam video tu . Meriah bukan ?.. sebab dia gabungkan semua kempen #bersatuTenaga dalam Instagram dan buat 1 lagu . Rugi la siapa yang terlepas..hehe takpa.. insyaallah kalau next time ada kempen lagi . Terselit jugak la muka Lisa walaupun kecik ja.. hahaha,, 


Lirik dan Video Terangi Hidupku kempen #bersatuTenaga .

by : Faizal Tahir , Elizabeth Tan , Jaclyn Victor dan Rakyat Malaysia

Terangi Hidupku

Memandang jauh menyusur cahya
Terpikat ku memandang indah semua
Terasa hati mula gembira
Membuatku melangkah terus saja

Ku kejar mimpi
Dan percaya sepenuh hati
Takkan sempurna hidupku tanpamu

Senyumanmu
Buat aku
Merasa Bah’gia
Senyumanmu
Buat aku
Ceria sentiasa
Senyumanmu
Buat aku
Bertenaga s’lalu
Takkan terpisah kau dan aku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Oh~oh~oh~
Kau terangi hidupku

Kau bagai matahari di jiwa
Menyinari hidup bagai permata
Bersyukur aku atas s’galanya
Kau tetap di hati setiap masa

Kau terangi hidupku

Jom Sertai Faizal Tahir Kempen #bersatuTENAGA



Hai ... Assalamualaikum.. Faizal Tahir , sapa yang tak kenal dia. pemes woo.. Penyanyi , Penulis Lagu , dan banyak lagi talent yang dia ada . Lisa dengar Faizal Tahir sedang kempen buat lagu .. tapi dia ada chorus je , lagu ni sebagai kempen #bersatuTENAGA dengan Tenaga Nasional sampena sambutan Hari Malaysia . Macam mana tu , lagu tapi ada chorus je  ? . Nah.. dia nak korang komplete kan lagu dia tu .  Kempen ini dibuat dan ajak korang menyumbang idea korang  #bersatuTENAGA kerja sama antara Artis seperti Faizal Tahir , Jacklyn Victor , dan Elizabeth Tan . 


Bagaimana Cara Sertai Kempen #bersatuTenaga ?

Caranya senang je , semudah a b c .. dan ikut la bagaimana korang cipta video yang menarik untuk kempen tu .

Pertama : Buat video sama ada korang nyanyi lagu Faizal Tahir , atau nak sambung bagi lirik dekat lagu tu . Kalau malu nyanyi.. korang boleh dance , lips sync , bermain alat music , atau video yang kreatif dan rancak untuk meriahkan lagu tu  dalam durasi 1 minit sahaja . ( sebab Instagram had durasi hanya 1 minit je )

Kedua : Upload video korang tadi dalam Instagram korang dan  tag instagram @tenaga_nasional dan hastag #bersatuTENAGA . wajib tau sebab nanti senang nak trace video korang . Jangan lupa set PUBLIC dekat instagram korang.

Mudah saja bukan ? Jom la join.. Opss.. hari ini hari last penyertaan  , 9 September 2016 pukul 11 malam . Masih ada masa lagi .

Elizabeth Tan dan Jacklyn Victor dah join dan  tolong bagi idea lirik. So... apakata korang join juga kempen #bersatuTENAGA. Mana tau korang bertuah dan video korang akan masuk dalam video lagu Faizal Tahir .. wahh terpercik pemes gitu..

                              



Untuk detail info selebihnya , kroang boleh tengok dekat 

Facebook Page :

https://www.facebook.com/TNBCareline/ 

Butiran Lengkap Kempen di



Ini pula video Lisa yang Lisa dah Upload dalam Instagram .
         


GOOD LUCK KORANG  !! 


© all rights reserved
made with by templateszoo