Ad

Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

OPTOM EYECARE Bangi, Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata


OPTOM EYECARE Bangi , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata 


Assalamualaikum ! Kerja didepan komputer setiap hari memang akan effect ke mata . Lisa pon dah kena pakai cermin mata, tapi tak sampai tahap yang teruk lagi la .. hanya silau yang tak sampai 100 . Bercakap tentang cermin mata, lepas Lisa baca pengalaman Qaseh buat pemeriksaan mata di OPTOM EYECARE , Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata Bangi .. rupanya lebih elok kalau kita pilih kedai cermin mata yang siap buat Optometri . Serius baru tahu, sebab biasanya pergi kedai cermin mata hanya check power je . 




    

Service di OPTOM Eyecare Bangi


OPTOM Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata  . Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain . Lisa ingatkan untuk budak sahaja yang perlu buat klinikal service ni , sebab masa little boy buat cermin mata .. kena buat test bagai dan rujukan dari doc sebab budak dibawah umur memang kena buat check mata menyeluruh dulu. 

4 STEP PEMERIKSAAN DI OPTOM EYECARE BANGI . 

Sebelum buat cermin mata , korang kena lalui 4 langkah berikut :- 



Mesin Autorefcractor
- First step ni untuk check power dan silau mata kita .Sebelum check mata , pemeriksaan basik iaitu check power dan silau mata . Tekap dagu then nampakla balon dalam tu ha.. lebih kurang macam tu la. Lisa power tu takda la truk sangat , hanya silau je .. silau dalam bawah dari 100 lagi . OK la tak perlu pakai cermin mata sebenarnya , tapi kalau berjalan bawah terik matahari or malam mmg kena pakai ..penat mata kalau tengok benda bercahaya ni . 


Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada ada masalah rabun dekat atau jauh, semua step simple je, just duduk di kerusi dan ikut je arahan consultan, ada part lampu dimalapkan then tengok je di skrin, akan dipaparkan beberapa huruf, nombor untuk menguji mata kita ada masalah rabun dekat atau jauh. 


Mesin Diagnostic
- Step ketiga ni biasa takde di kedai cermin mata yang lain, yang ni untuk tengok saraf mata kitadi bahagian hadapan, boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta.


Mesin Slit Lamp - Last step untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak 

    

Jika result  korang di uji dan mengalami masalah teruk, pakar mata disini akan bagi surat untuk korang rujuk ke hospital, jangan main-main dengan pancaindera kita yang sangat bernilai ni ye dan jangan tangguh-tangguh untuk check !

Custome Made Cermin Mata Khas - BeSpoke

Bentuk wajah semua orang berlainan , ada yang oval , bulat , petak .. korang yang mana satu ? Bukan semua frame sesuai untuk wajah kita ye . Lebih lagi macam yang bertudung ni ,, kalau boleh buat custome made lagi bagus . Nahh .. Satu lagi kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri, nak yang perfect di wajah taknak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ? Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya .


Untuk customize ni, staff akan menggunakan alat/satu apps khas untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan wajah korang, dari situ ukuran cermin mata akan mengikut spect yang betul dan tepat. Rasanya setakat ni Lisa pergi tak pernah tahu pula boleh custome made macam ni . Menarik.. hanya dai OPTOM Eyecare Bangi je ni . 

Kaki pun berbeza ada yang plastik separuh, besi penuh, getah dan sebagainya, boleh pilih warna berbeza, nak frame macamana mengikut pilihan korang sendiri. 


Jenis Kanta dari standard hingga ke premium

Bab bujet / harga ni mesti nak tahu kan, kat sini korang boleh bagitahu berapa bujet korang dan boleh pilih kanta macam mana yang korang nak atau perlukan. Lens coating terdiri dari 3, bermula dengan standard clear sahaja, (intermedate / pertengahan) ada dua jenis - blue light protection dan changeable colour, ketiga premium (semua fungsi  ada) diorang akan suggest mengikut keperluan setelah buat pemeriksaan mata dan mengikut budjet pelanggan sendiri  .

Changeable colour atau transitions lens ni bila waktu panas ia akan bertukar warna gelap, transitions lens ada 7 warna, grey, graphite green, brown, amethys, sapphire, emerald green dan amber. Untuk bujet kecik ada lens lain tetap akan jadi gelap cuma lambat sikit dan ada warna grey sahaja, brdasarkan pemeriksaan mata, mereka akan tengok lah sama ada perlu tak guna transition lens ni


Pelbagai pilihan Cermin Mata Berjenama.

 
Bagi yang punya bujet lebih dan nak nampak bergaya juga kat sini ada beberapa jenama yang korang boleh pilih. Ada yang bertatah kan batu Swarovski lagi tau, haaa pilih je hehe yang pasti semua cermin mata disini sangat berkualiti 

PENDAPAT LISA 
Banyak ilmu dan info yang Lisa baru tahu disana , teringin juga nak pergi ke OPTOM EYECARE BANGI ni . Boleh la check mata sekali dan buat cermin mata secara detail . Tak sabar nak pergi sana . Korang yang berdekatan boleh terus pergi kesana tau , jangan main asal je nak buat cermin mata . Sayangi mata anda okayhh.... 


Info selebihnya  :

Optom Eyecare 
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
BUKA SETIAP HARI
9AM-8PM


IG & page Optom Eyecare Bangi:

👁️‍🗨️PM DIRECT
📞01111479093



*FREE 1000 UV420 LENS 👁️‍🗨️JAWAB SURVEY*
http://optom.com.my/survey



Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday

SEMUA ORANG SUKAKAN PEMENANG. PUASKAN MATA ANDA DENGAN BAUSCH + LOMB Biotrue® ONEday, KANTA LEKAP YANG MENETAPKAN STANDARD BARU
DALAM INDUSTRI KANTA LEKAP.



Apakah kanta lekap yang ideal? Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia menjelaskan bahawa ciri kanta lekap yang ideal ialah kanta lekap yang memberi prestasi penglihatan yang memuaskan, selesa serta mengekalkan fisiologi kornea yang baik, dan mudah dikendalikan. Selain itu, faktor lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih kanta lekap yang sesuai adalah keselesaan, kemudahan serta keperluan bergantung kepada gaya hidup pengguna.

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti pemenangnya.



“Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan. Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam. 

Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari”, kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia apabila ditanya mengenai ciri-ciri Hypergel.




Apabila memilih kanta lekap yang sesuai,ramai berpendapat bahawa kandungan air kanta lekap perlu dipertimbangkan. Walaupun kandungan air lebih tinggi memberikan keselesaan awal yang baik, ia tidak menjamin keselesaan sepanjang hari, kerana ini biasanya menyebabkan kekeringan pada akhir hari. Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday adalah berlainan kerana ia meniru lapisan lipid air mata untuk mencegah dehidrasi dan memberi kelembapan sehingga 16 jam, mendahului kebanyakan jenama kanta lekap utama dalam pasaran hari ini.


Tan juga menekankan kepentingan aliran oksigen yang baik untuk mata. “Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu.

 Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi. Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman.

Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain.” Kata Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia. Untuk mengekalkan kesihatan mata, Tan mencadangkan pengguna untuk memilih kanta lekap yang boleh memberi kandungan oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka dan mendapatkan nasihat lanjut daripada optometris anda


Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Walau bagaimanapun, Alice Tan, Professional Service Manager dari  Bausch + Lomb Malaysia menasihatkan agar menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.

*Sila gunakan nombor kerja LOTJ 2017-04-035 sebagai rujukan untuk penerbitan akhir bagi memastikan semua rujukan tersedia untuk sebarang tuntutan justifikasi.

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday

Tidak seperti kanta lekap yang lain, mereka berfungsi seperti mata anda.
Untuk keselesaan penglihatan sepanjang hari
------

Tentang Biotrue®

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan kanta lekap pakai buang harian premium. Diilhamkan oleh mata manusia itu sendiri, kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel™, satu inovasi yang menggabungkan bahan terbaik daripada Hidrogel konvensional dan Hidrogel silikon dan bakal menjadi generasi akan datang untuk bahan pakai buang harian. 

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara.
Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.



Tentang Bausch + Lomb

Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Re-nu® dan banyak lagi.





Lisa dah cuba pakai semalam ,almaklumlah tempat kerja banyak lampu, mata pula silau memang sampai tak nampak orang la . Memang perlukan la kanta lekap ni sebab malas nak pakai spek, nanti tudung senget benget. Haha..  . 

Lisa pilih yang power silau -50 untuk kanan dan -75 untuk yang kiri , hari-hari ngadap komputer mata memang ada problem silau . Contact Lense ini jenis yang pakai buang , sebab tu banyak .


Harga Biotrue BauschLomb daily 



Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara.
Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.

Warna contact lense BioTrue Oneday ni actually aqua , kira bukan putih ,,, dia macam biru tapi cair .


Siap dengan pencuci contact lense Re Nu dari Bausch+lamb . Selepas keluarkan dari kotak lense tu , korang kena basuh dulu tau guna air ini . Tak pedih pun dan tak rasa macam ada something di mata . Ha.. jangan tak cuci pulak .

Review Lisa ; 

Lepas Lisa dah pakai satu hari , memang best la tak kering kat mata dengan keadaan duduk dalam aircond 12jam ni, mata pun tak merah .  Lagi satu BioTrue Oneday BauschLomb ni selesa dipakai . Harga pun tak mahal kan ? Apakata korang boleh cuba pakai contact lense ni

Senang je cara pakai contact lense ni , meh tengok video bawah ini.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd. 
Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care) Jay Mee Chuah, Marketing Director.
Email: 
Vivian.Hoong@bausch.com Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603-7680 8830 Tel: +6012 201 2088


Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata
Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata || Ingat lagi dulu Lisa pernah komen di salah satu blog tutorial makeup , then lisa cakap lah bawah mata tu ada lebam hitam ala-ala mata panda tu . Lisa komen tapi dia delete, errrr.. kasar sangat ke ? Ayat sensitip kot bagi perempuan . Satu lagi kes yang banyak Lisa tengok, Hari bersejarah korang bertukar status cik kepada puan mesti 1001 persediaan dilakukan. Maka  bermula lah hari hari tanpa tidur yang cukup. Apa perasaan korang jika tiba-tiba kawan tegur 

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"

Siapa yang tak terkejut if ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih kan?

Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata 

Nah , kali ini Lisa akan share tips , petua atau cara untuk hilangkan lingkaran gelap , lebam bawah mata dengan mudah dan cepat.

1. Uncang Teh untuk penyejuk mata .

gambar google
Uncang teh yang dah guna tu jangan terus buang ye , sebab boleh gunakan sebagai penyejuk mata . Caranya : Letak uncang teh tersebut kebahagian mata (jangan lupa pejam mata ) , dan biarkan selama 30minit , kemudian bilas dengan air suam . 
Nota; Jangan gunakan uncang teh yang dah campur dengan gula atau susu tau . Nanti lekit dan digigit semut pulak . 

2. Amalkan minum air suam
Yang ini memang korang dah tahu kan , air suam ini memang bagus untuk kesihatan . Amalkan 8 gelas air suam setiap hari untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata .

3. Timun Tomato sebagai Eye Mask
Baik timun atau tomato ini bagus untuk segarkan mata dan hilangkan lebam bawah mata . Caranya : hiris halus timun / tomato dan kemudian letak dimata sampai 30 minit . Terpulang korang nak guna yang mana satu , biasanya Lisa guna timun .

4. Tidur secukupnya 

Yang ini tak perlu dibagitau lagi la kan , memang kalau kurang tidur mata kan jadi lesu , lebam bawah mata, berkedut , dan jadi lingkaran gelap ala-ala mata panda . Semua orang pasti pernah macam ini kan . Jadi sila tidur secukupnya , tak kurang tak berlebihan .



5. Biormist AMEENA KSK III

Memang banyak produk di pasaran , tapi Lisa pilih pakai jenama AMEENA.
AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula Jepun dan Malaysia bertaraf antar bangsa . Kandungan bahan unik dan berkualiti juga semula jadi , bukan hanya perempuan sahaja tau.. lelaki pun boleh pakai. Dengan syarat korang berusia 18tahun keatas.


Biormist Ameena ni jenis aqua waterbase sebab tu sejuk dan cepat meresap. Jangan risau , Ameena KSK III ini takda kesan sampingan . Botol yang kecik dan comel mudahkan korang selit dalam beg untuk bawa kemana sahaja . 


Pam sekali saja dan ratakan kebawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata .

Fungsi Biormist Ameena : 

Garis halus bawah mata atau kedutan ialah tanda awal penuaan , macam mimpi ngeri bagi kaum wanita la . Alhamdulillah Lisa ni takde lagi eyebag dan kedutan bawah mata , bermakna masih dalam zone kanak-kanak remaja gituu.. hehehe.. kan kan kan..! satu lagi masalah, ' Mata sembap'  yang ni biasanya orang yang selalu makeup dan tak bersihkan dengan betul , tak percaya...pi tengok youtuber yang selalu makeup tu . Takpun sebab tak cukup tidur ,nampak lesu dan tak bermaya. Korang jangan risau kalau ada gejala macam diatas tu , garis halus , eyebag , mata sembap.. semua akan settle dengan Ameena. Fungsi Biormist  Ameena :

 -menghilangkan lebam bawah mata , lingkaran hitam bawah mata , garis-garis halus bawah mata , sel kulit mati bawah mata,
 -melancarkan peredaran darah bawah mata , 
-memberikan kulit bawah mata lebih sihat , juga.. memperbaiki sel bawah mata . 



Lisa jenis yang tak ada eyebag , tapi sometimes ada kalau penat atau mengantuk . Tengok la gambar diatas tu .. ni penat dan cuaca panas ketika perjalanan jauh kenduri kahwin kawan kesayangan sorang ni.  


Wajah putih gebu gebas tanpa sebarang eyebag and garisan halus .





Mana tempat untuk beli ? Korang boleh contact je puan Haida : 019-508 1433

Info AMEENA selengkapnya sila layari www.ameenacare.com 





Mata Lebih Selesa Dengan Lacelle Diamond Daily


Alhamdulillah dapat juga merasa mata besar (konon) walaupun sehari je , ahaks ! Dah nama blog pun ciksepet.com .. tak lain tak bukan sebab mata Lisa yang sepet ni ha . Sebenarnya dah lama tinggalkan contact lens ni , sebab contact lenses yang Lisa pakai rasa berat kat mata . Kemarin try la  contact lenses  LACELLE Diamond Daily keluaran paling baru dari Bausch + Lomb .  Lisa pilih code ; PINK ROSE . Lacelle mula launch ujung bulan lepas , sebab tu teringin nak try dan nak combinekan dengan contact lenses sebelum ini. 

LACELLE DIAMOND DAILY
code : PINK ROSE


LACELLE DIAMOND Jadi Best Friend Baru ! 

Design contact Lenses Lacelle Diamond , lebih nampak elegant. Well ,, actually diamond dan gadis memang dah jadi best friend., sebab tu la LACELLE di design untuk jadikan diamond best friend baru yang akan sentiasa ada bersama korang  dimana-mana juga .  Dengan saiz diameter 13mm , mata korang akan nampak lebih besar dan lebih gojes .  Bring shine like diamond.. ehh nyanyi pula.



Mula-mula dalam fikiran , ala.. contact lense mesti lebih kurang sama je macam sebelumini. Dari banyak-banyak beli ,, takda beza pun , kalau beza tu sebab kaler dan design lain. TAPI.. Lisa teruja sangat lepas pakai je contact lenses LACELLE Diamond ni , rasa lembut kat mata  sebab nipis so korang tak rasa macam sedang pakai contact lenses. Mata pun jadi cerah , almaklumlah ada silau yang tak silap dekat 50-75 macam tu lah . Memang akan terasa beza kalau korang pakai contact lenses ni . Jangan lupa beli ikut keadaan kesihatan mata korang . Jangan risau , contact lense dari Bausch + Lomb aman untuk digunakan .   


Tiga ( 3 )  Warna dari Lacelle Diamond Daily

Bukan hanya kaler pink rose saja , tapi ada 2 warna yang berlainan lagi dari Lacelle Diamond daily ni.

Aqua Glacier : Kilauan Aqua Glacier  yang mencerminkan keperibadian yang menyeronokkan, mudah didekati dan menyegarkan.

Champagne Brown : Yang ni kaler cokelat.. ala-ala mat salleh gitu . Dengan contact lenses kaler champagne Brown , serta-merta akan  menerangi muka dengan coklat cantik yang mempesonakan. Nampak  malu-malu kucing bergaya semula jadi. Meoww...

Pink Rose : Yang ni Lisa pakai tu ha ... ! nampak lawa kan ! pink rose macam biasa la.. ala-ala feminim gitu . Kalau korang pakai ni akan nampak macam lemah lembut . 




Harga Lacelle Diamond Daily Bausch + Lomb 

Lacelle Diamond Daily boleh didapati di semua kedai Optik di seluruh negara . Untuk harga di Malaysia , dijual dengan RM42.00 per box untuk 10pcs dan RM 110.00 per kotak untuk 30pcs . 






PR for Bausch + Lomb is EverQuest. www.everquest.com.my

Info selebihnya korang boleh  layari

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/lacellemy/



" See Better , Live Better "
© all rights reserved
made with by templateszoo