Ad

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Adakah anda terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41? Tahniah diucapkan kepada anda! Anda kini berpeluang untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang mana pada tahun 2017 ini akan diadakan pada 3 November 2017.


ptd2017.jpg
Tahukah anda, berapa ramai diluar sana nak menduduki peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik tetapi mereka tidak layak. Saya betul-betul mengucapkan syabas kerana anda berjaya. Dan biasanya jika dipanggil menduduki peperiksaan online ini maka sebelah kaki anda sudah berjaya menjawat jawatan tersebut.

Pastikan Anda Terpilih Untuk Menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Kebiasaannya  sebelum anda layak menjawat jawatan PTD. Anda haruslah menduduki peperiksaaan  Pegawai  Tadbir  Diplomatik dan jika lulus akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain. Jika anda dijemput menduduki peperiksaan online. Biasanya anda akan menerima SMS seperti dibawah ;


Sekiranya anda tidak pasti atau tidak mendapat maklumbalas mengenai  Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini, anda boleh membuat semakan dengan melayari ke laman web berikut:

http://e-semakanntt.spa.gov.my “

Anda diminta untuk masukkan kad pengenalan di dalam ruang yang disediakan (tidak perlu meletakkan tanda sempang atau -, hanya masukkan nombor sahaja, contoh: 750101101234). Klik pada butang Hantar dan sekiranya anda mendapat maklumbalas seperti gambar di bawah, maka tahniah! Anda kini terpilih untuk menduduki Peperiksaan.


Sebelum   seseorang   calon   dipanggil   untuk   menghadiri   temuduga   atau   menjawat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 calon tersebut perlulah lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan pegawai tadbir diplomatik m41 nanti, calon  perlulah  bersiap  sedia  sama  ada  dari  segi  fizikal  dan  mental. Mempunyai  ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa yang akan membantu anda menjawab peperiksaan pegawai PTD dengan baik.

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?


Peperiksaan online bagi pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 sudah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA). Calon-calon  yang sudah mengisi borang SPA dan dikategorikan sebagai layak sudah mula membuat persiapan kerana tarikh peperiksaan sudah pun diumumkan pada 3 november 2017.





Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 akan diadakan oleh pihak SPA pada 3 November 2017 ini nanti. SPA sebelum ini telah mengumumkan mengenai pengambilan PTD gred M41. Pihak SPA juga telah menawarkan jawatan ini kepada bakal graduan di semester akhir. Bersediakah calon-calon yang terpilih dalam Pegawai Tadbir Diplomatik M41? fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

PTD Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.


PAC bakal dilangsungkan dalam masa terdekat. Tahniah untuk yang mendapat panggilan. Ertinya anda sudah masuk ke tahap ke-2 selepas berjaya tapisan peperiksaan online sebelum ini. Syabas! Semak panggilan anda. Pastikan jika anda telah lulus ujian online tempoh hari, sepatutnya anda suah menerima email dan sms panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkaitan PAC ini.

Untuk sesi 2016/2017 berlaku perubahan format penilaian dengan kemasukan ujian fizikal di bawah skim Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Secara ringkasnya, ini yang akan anda lalui untuk penilaian 2 hari 1 malam ini;

Hari Pertama
  1. Pendaftaran dan taklimat
  2. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
  3. Esei Bahasa Melayu dan Inggeris
  4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Hari Kedua
  1. Pengucapan Awam Bahasa Melayu
  2. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris
  3. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris







Ambil Kesempatan Dengan Teknologi Untuk Berjaya Dalam Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Anda boleh berpakat dengan rakan-rakan yang lain! Penilaian ini akan dilangsungkan di tempat yang berbeza iaitu;

  • INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)
  • INTIM (Kampus Wilayah Timur)
  • INTURA (Kampus Wilayah Utara)
  • IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)
  • INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)
  • Kampus INTAN Sarawak
  • Kampus INTAN Sabah


Boleh cari calon di tempat yang sama untuk manfaat;

  • Berkongsi kenderaan ke sana
  • Persediaan bersama
  • Kenal terlebih dahulu. Penting kerana ianya akan mengurangkan rasa gemuruh anda di hari penilaian. Perlu ingat ada beberapa aktiviti berkumpulan di sana dan aktiviti pengucapan awam
  • Dapat sedikit maklumat dari calon yang menghadapinya lebih awal dari anda. Sesi pada tarikh berbeza

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD



Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang tugas-tugas Pegawai Tadbir & Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:


1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri.

Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.


Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

  1. Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
  2. Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain
  3. Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat

Semoga berjaya dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 kepada calon-calon yang terpilih!

Contoh Soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Mengenai format Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41, ada perubahan berbanding dengan peperiksaan bagi tahun sebelum ini. Bagi tahun sebelumnya, format contoh soalan peperiksaan PTD dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu, pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan Ujian Psikometrik. Manakala format terkini 2017 bagi peperiksaan online format soalan terbahagi kepada dua bahagian.



Berikut merupakan format peperiksaan terbaru Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 yang perlu anda tahu:

Bahagian A: (Pengetahuan AM) - 40 minit
Bahagian B: (Daya menyelesaikan Masalah) - 45 minit

Calon peperiksaan hendaklah mengulangkaji terutamanya soalan seksyen daya menyelesaikan masalah. Latih tubi perlu dibuat bagi membiasakan diri anda dengan contoh soalan pada bahagian ini. Manakala untuk seksyen pengetahuan am, anda perlu peka dan prihatin dengan isu-isu semasa dalam negara juga luar negara.
Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.


Contoh soalan :

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.


i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


Contoh soalan :

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


Contoh soalan :

iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).


Contoh Soalan :





Tips Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dikelaskan sebagai skim jawatan M41 di dalam Sistem Perkhidmatan Awam . Walaupun jawatan ini boleh dikelaskan sebagai jawatan elit dan mudah untuk mendapat kenaikan pangkat, tetapi untuk mengecapi “kesenangan” ini bukanlah suatu yang mudah.



  1. Tenang dalam situasi tertekan

Ketenangan itu penting bagi calon menjawab soalan-soalan yang banyak dalam masa yang singkat. Tanpa ketenangan, calon akan berasa panik dan tertekan. Lalu, akhirnya calon tidak dapat fokus kepada soalan yang terpapar di depan mata mereka.

Tips yang saya boleh kongsikan di sini adalah calon haruslah membuat persiapan rapi sebelum menjawab soalan. Sediakan pen, kalkulator dan beberapa helai kertas kosong di sisi mereka bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian B yang memerlukan calon mengira dan menyelesaikan masalah.

Buku nota kecil serta peta minda calon juga perlu disediakan di sisi bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian A apabila calon terlupa tentang isu-isu yang sudah dibaca.

Jangan habiskan masa untuk tumpu pada satu soalan sahaja, tinggalkan dahulu soalan tersebut. Ini kerana masa akan terus bergerak jika calon tidak beralih ke soalan-soalan lain. Perkara yang paling penting dilakukan adalah doa dan tawakal. Setelah berusaha, kita harus doa dan tawakal kepada tuhan untuk mendapatkan ketenangan ketika menjawab soalan.
Menjadi PTD itu bukan perkara senang, tetapi memerlukan persiapan rapi daripada setiap calon. Calon-calon juga ditapis dan dipilih mengikut kelayakan akademik mereka sebelum diberi peluang menduduki peperiksaan PTD ini.

Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan gambaran jelas mengenai Peperiksaan pegawai  tadbir diplomatik, calon boleh dapatkan panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang dikeluarkan dalam masa terdekat

Panduan ini lengkap dengan contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan sekma jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut.


Walaupun banyak maklumat yang berkaitan dengan contoh peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 di carian google, di dalam EBOOK ini terkumpulnya semua maklumat yang akan membantu calon membuat persediaan awal lebih tersusun dan terperinci.

Apa Yang Terkandung Dalam Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Segala  ilmu  serta  info  yang  terkandung  di  dalamnya  merupakan  ilmu  serta informasi yang  real  yang  datang  dari  pengetahuan  serta  pengalaman  mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.



Jika anda mencari-cari buku rujukan untuk dibaca di kedai-kedai buku, anda tidak akan menjumpai sebarang buku khas untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Ini adalah kerana, skop soalan peperiksaan yang sangat luas dan melibatkan isu semasa. Isu semasa pula berubah-ubah. Jadi, tiada satu pun buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.


Testimoni Calon Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA :




5
( Hide )
  1. banyak kali terlepas exam online ni..

    ReplyDelete
  2. Mmg bukan calang2 org boleh jadi ptd ni. Bagus Ada buku tu

    ReplyDelete
  3. entry yang sangat bagus... ramai yang nak menjawat jawatan PTD ni tapi tak ramai yang lepas exam ni... at least, entry ni dpt bagi gambaran kat bakal calon untuk prepare

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo