Ad

Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Cara Pasang Google Analytics Di Blog

Cara pasang google analytics

Assalamualaikum , walaupun nama Google Analytics dah tak asing lagi di telinga.. namun ternyata ramai je blogger yang tak tahu atau tak pasang lagi G.A (Google Analytics ) di blog mereka . Yang belum pasang tu harap cepat pasang ye , G.A ni penting tau! Untuk apply google adsense , Innity ,juga penentu harga market  pengiklanan blog kita kepada company pengiklanan . Return of Investment (ROI) bagi setiap kempen itu adalah sangat penting. Total PageView di Dashboard blog tu tak valid tau kalau bagi kat P.R sebab dah bercampur dengan robot.  Cara pasang google analytics ni senang je , entri kali ini semoga boleh jadikan pedoman kayh .


Apa Itu Google Analytics ?

Google Analytics adalah salah satu perisian yang memboleh pemilik laman web dan blog melihat dan mengetahui data yang lebih lengkap berkaitan pelawat-pelawat laman web dan blog mereka dan bagaimana setiap pelawat ini bertindak balas terhadap setiap kempen pemasaran yang sedang dijalankan.

Cara Pasang Google Analytics Di Blogspot .

1. Langkah pertama korang kena daftar dulu akaun google analytics . Masuk google analytics , di website  https://analytics.google.com/analytics/web/provision/?authuser=0#provision/SignUp/

2. Isi kan detail yang ada. website URL tu letak nama blog korang ye :) 




3. Dah isi semua sampai habis , Klik GET TRACKING ID 


4. Lepas tu akan keluar pop-up seperti dibawah ini . Klik i Accept . 


5. Akan keluar result Tracking ID dan Website Tracking . Pasang dalam dashboard blog korang di www.blogger.com , jangan lupa masukkan coding tu di html template blog ye .


6. Dah dapat tracking code Google Analytics , korang kena pasang dalam blog . Step ini untuk blogpost ye . Masuk dalam www.blogger.com , kemudian pergi ke Setting -Other - Google Analytics .

Masukkan tracking ID tadi dalam kotak tanda panah bawah ini :  UA-971***-1  .
Tekan Save. 





7. Haip.. belum setell lagi . Masukkan script code google analytics dalam template blog kalian . 
Masuk Theme - pilih edit html - dan paste coding script dalam google analytics tadi. Pastekan bawah head dan sebelum footer ya . Nak senang korang boleh cari tekan  ctrl + f  , search isi : head /body . kemudian paste dimana-mana tempat. 


Dan SIAP ! try masuk dalam akaun google analytics dan tengok la , ada bergerak ke tidak . Kena tunggu sekepa ye .. dan tadaa..... dah gerak . Senang je kan nak pasang ni . Better pasang sekarang dari nanti-nanti , mana tahu dah beribu-ribu viewer dalam blog korang . 




Selamat mencuba !




Sebab Blogspot Menjadi Error 502

error 502
 Sebab Blogspot Menjadi Error 502 || Petang tadi kecoh dalam media sosial  tak boleh nak buka blog . Tentunya blogger blogspot je la yang alami dilema ini . Katanya Google tak bayar bill.. opss.. hahaa ... tu la jawapan lawak dari kawan Lisa. Sebenarnya google mengalami tehnical error ,, ada la tu crack dibagian server ke setting google tu sendiri ..jadinya error 502 . 

Sekejap ok sekejap tak ok .  Hmm.. rugi trafik macam ni ., Lisa dari pagi memang dah login dashboard blogger , tu Lisa tak perasan yang ada error 503 dan 502 . Lisa tahu pun lepas di group ada yang tanya blog tak boleh buka .

Bukan main risau mereka, ada yang ingat kena block oleh MAMPU , kena banned google dan lain-lain . Lisa pula asyik dismis je time nak preview dan publish entri . Mood menulis entri sedang baik , tapi google pula bergurau manja . hahahaha...

Step by step juga la tadi , sampai 100 % dah boleh buka smula blog , buleh buka semula dashboard , boleh search dalam blog , dan yang terakhir boleh komen dalam entri blog tu . Baru beberapa jam dah menggeliat panik , macam mana kalau sehari ? oh no.. tak boleh dibayangkan .. sebab sekarang semuanya dihujung jari . Berita atau info semua orang rujuk di internet je . .. kalau internet pun error.. alamatnya kena buka newspaper la .. itupun kalau rajin beli.





error 503 


Hari ini Facebook pun ada gangguan , loading tak kesudah ... patutlah reach dalam facebook sikit je. Hehehe.. apa-apapun semuanya dah ok dan kembali seperti semula . Yang tak ok lagi tu boleh check setting internet ya ,,, 

Blog Saya Teratas Di Page 1 Dalam Carian Google ?

Blog Saya Teratas di Page 1 Dalam Carian Google ? | wah.... blog saya yang tak seberapa ini masuk dalam carian google , page 1 ,tempat teratas. Teruja ? tentunya teruja sangat woo. Dulu memang nak masuk dalam carian Google , page 1 pon jadilah. Apalagi kali ini masuk ditempat teratas. Giler sapa yang tak happy.

Selangkah demi selangkah dalam dunia blogging yang susah tak susah,senang tak senang. Keywords apakah yang menjadi tempat teratas tu ?Biarlah rahsia tapi memang tengah ramai orang cari sekarang ini .hehe Kalau tak ditempat teratas, duduk dalam page 1 pon dah kira ok. Terima kasih untuk blogger-blogger yang telah mengajariku ilmu blogging , iaitu abg Kiz , abang Ben , Feroz , Abang Phat yang selalu membakar semangat untuk bersaing dengan dia dalam carian google dan banyak lagi orang-orang disebalik tabir.

Terimakasih untuk Google , juga untuk Che Mat Gebu , blogger masakan yang pemes pemilik tiffinbiru.com  kerna telah menumbangkan trafik ke blog saya .


Dan sekarang mula stabil untuk UV (Unique Visitor ) dan Online User dari 18-30 Online Visitor setiap masa. Pernah cecah 204 Online User tapi beberapa kali sahaja. .. hahaha Step by step. Dulu sehari PV (page View ) 60-200 , lepas tu naik.. 500-800 PV , sekarang 1,500 -2ribu plus PV sehari . Kalau Pv lebih dari 1k sehari je pon UV baru berapa sahaja.
Alhamdulillah sekarang dah mula stabil Unique Visitor / New visitor dah cecah paling kurang 1k sehari. Meskipun jauh dari succes tapi dah kira permulaan yang bagus . Lepas ini nak tambahkan ilmu lagi dan berusaha cecah UV 3K sehari sama dengan 7ribu page preview seperti kata Feroz. hehe.. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Insyaallah. wish me luck .


© all rights reserved
made with by templateszoo