Ad

Showing posts with label tarikh. Show all posts
Showing posts with label tarikh. Show all posts

TARIKH UNDI PRU-14

TARIKH  PENGUNDIAN PRU-14 , 9 MEI 2018



Tarikh yang ditunggu-tunggu untuk mengundi PRU-14 pun dah dikeluar. Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ( SPR ) menetapkan 9 Mei sebagai tarikh pengundian bagi PRU-14 manakala 28 April hari penamaan calon. Kenapa hari Rabu ? ramai yang tertanya-tanya dan persoalkan ... iyelah.. pertengahan hari bekerja , bagi yang kerja jauh dari negeri tempat asal untuk pengundian , rasanya cuti 1 hari pun tak sempat nak ulang-alik. Apalagi untuk suami isteri yang berasal dari negeri yang berbeda. Apapun mungkin ada alasan tersendiri kenapa pilih hari rabu . 




Tarikh-Tarikh Penting PRU-14


Berikut adalah tarikh-tarikh penting pilihan raya umum ke-14 yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR):

  • Tarikh Keluar Writ: 11 April 2018
  • Tarikh Penamaan Calon: 28 April 2018
  • Tarikh Undi Awal: 5 Mei 2018
  • Tarikh Pengundian: 9 Mei 2018

Semakan Daftar Pemilih 

Semak tempat mengundi korang di pautan bawah ini :
Semakan Daftar Pemilih – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: https://pengundi.spr.gov.my/

Korang mengundi kat mana ? Jangan buat-buat lupa pula nanti  time TARIKH UNDI PRU-14 , rabu 9 MEI 2018. Undilah dengan pilihan yang bijak.. Undi Rahsia tau... 

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2016

Tak terasa dah 29 hari kita berpuasa di bula  ramadan ini. Dan yang pasti kalian tunggu-tunggu.. nak tahu tarikh bila hari raya puasa nanti. Penyimpan mohor besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Tarikh hari raya aidil fitri 2016M jatuh pada Rabu, 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H . 

Selamat hari raya Aidil Fitri untuk sahabat pembaca ciksepet.com , ampun dan maaf jika ada terguris hati dengan penulisan selama ini. 

Tiada Wang Kertas Baru Tahun ni

Tarikh penukaran duit raya di bank jatuh pada .. 28 June 2016. Macam biasa.. musim raya ni orang akan tukar duit untuk isi sampul raya. Dari seringgit,lima ringgit ,sepuluh ringgit ,sampailah ke seratus ringgit. Fefeling masih budak.. masih berharap ada orang bagi duit raya kat Lisa ..hahaa.

Sayangnya tahun ni tak sama macam tahun sebelum sebelum ni. Tiada wang kertas baru. Huhu..jadi kalau tukar ke bank pun sama ja.. guna duit yang recycle tu. Nak jada alam sekitar katanya. Pesanan dari Bank Negara Malaysia. Hehehe... baru ke lama tak penting..yang penting nilai duit tu. Mungkin dah tukar Gurbernur punya pasal..tu pon ye juga kot.

Tapikan ..Lisa lebih suka wang kertas baru.. sebab sayang nak guna nanti..jadi boleh simpan dan tahan lama. Kalau wang kertas lama ni ...masuk mana-mana la nti jawabnya ,takleh menyimpan... hehehe

Dah beli baju raya belum ? Kalau belum.. meh baca senarai tempat shopping yang murah untik baju raya

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 | Menurut kenyataan media oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin  tarikh buka sekolah sesi persekolahan 2015 kesemua negeri akan bermula pada Ahad ,11 Januari 2015 untuk wilayah negeri kumpulan A , Sekolah di negeri Kedah , Johor , Kelantan, dan Terengganu . Manakala negeri lain sekolah akan bermula Isnin ,12 Januari 2015 iaitu sekolah di negeri kumpulan B ,  Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesi persekolahan ini terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Semak di portal rasmi Kementerian Pendidikan di http://www.moe.gov.my/

  KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


" Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.



Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 "

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

-Kumpulan A (Negeri Cuti am hari Jumaat dan Sabtu): 
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 11 Januari 2015.
-Kumpulan B ( Negeri cuti am hari Sabtu dan Ahad):
 Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan memulakan persekolahan pada 12 Januari 2015.


Tarikh dan Jadual Gaji tahun 2015 Kaki Tangan Awam

Tarikh dan Jadual Gaji tahun 2015 Kaki Tangan Awam | Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji tahun 2015 untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia
BulanTarikh GajiHariCatatan
Januari22.01.2015Khamis
Februari12.02.2015KhamisTahun Baru Cina 19 dan 20 Februari
Mac23.03.2015Isnin
April23.04.2015Khamis
Mei25.05.2015IsninPesta Keamatan 30 dan 31 Mei
Jun25.06.2015KhamisHari Gawai 1 dan 2 Jun
Julai09.07.2015KhamisHari Raya Aidilfitri 17 Dan 18 Julai
Ogos24.08.2015Isnin
September17.09.2015KhamisHari Raya Aidiladha 24 September
Oktober22.10.2015Khamis
November23.11.2015IsninHari Deepavali 10 November
Disember17.12.2015Khamis25 Disember
Nota
  1. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali
  2. Lampiran jadual pembayaran diatas merangkumi satu tarikh gaji untuk semua negeri
  3. Surat pekeliling dan peraturan pembayaran gaji tahun 2015 akan disertakan dalam ruangan ini kemudian
  4. Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
  5. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera

© all rights reserved
made with by templateszoo