Ad

Showing posts with label Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Meninggal. Show all posts

Al-Fatihah Untuk Shea Rasol





Agak terkejut juga dengan pemergian Shea ( www.myamethyst-shea.com/ ). Sekali lagi kehilangan seorang kawan blogger , Shea Rasol yang pulang ke rahmatullah hari ini , dihari Jumaat 09 June 2017 , hari ke 14 bulan ramadhan , diusia yang muda lagi baru 29tahun  . Siapa yang tak kenal shea, dia ialah seorang blogger , pengacara SIS di TV9 , juga fashionista yang digemari ramai orang . Tipu la kalau tak sedih , tapi...sebaik-baik perancangan ialah dari ALLAH . 

Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuknya disana . Semoga tenang dan di tempatkan digolongan orang yang beriman . Untuk family yang ditinggalkan , semoga diberikan kesabaran dan keikhlasan hati . 

Kita bacakan Al-fatihah sekejap untuk Shea Rasol





Damailah disana Shea , dah beberapa bulan bertarung melawan cancer Urachal ... kini awak berada ditempat yang lebih tenang . 


Beruntungnya kerana pemergiannya pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia. Awak insan terpilih Shea.. #SheaCancerFighter

Sebak ... tak leh nak tahan air mata ni ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ 

Meninggal Ditikam Bekas Tunang


Meninggal Ditikam Bekas Tunang |Cemburu punya pasal, seorang lelaki nekad membunuh bekas tunang. Seorang gadis pekerja pasaraya Econsave di Kluang telah meninggal kemarin di tempat parking kendaraan ketika baru masuk kerja. Kejadian ini berlaku  ,10 April 2015. Lisa pon tak tau kalau bukan akak yang bagitau. Almaklumlah Lisa ni wanita bekerjaya yang sebahagian masa Lisa habis dengan bekerja. 

Dipetik dari My Metro melaporkan yang gadis tu dipukul dan dihantam oleh lelaki yang merupakan bekas tunang gadis tersebut. Cemburu punya pasal lah jadi nekad macam tu  . Aish, macam-macam orang sekarang. Jadi takut dengan keselamatan diri kalau berada diluar. 

Kabarnya ex tunang gadis yang Ditikam di Econsave Kluang tersebut, dia tidak boleh menerima kenyataan yang NURSYAFIKA BINTI ISMAIL tu telah bertunang dengan orang lain. Apapun motif pembunuhan tersebut,semoga orang tu dapat balasan yang setimpal. Dan untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan dan ketabahan.

Marilah sedekahkan Al-fatihah untuk NURSYAFIKA BINTI ISMAIL. 

Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz

Biography allahyarham TGNA, Datuk Nik Aziz |Semalam , 12 Februari 2015 , telah berpulang kerahmatullah seorang tokoh ulamak yang berasal dari Kelantan , Datuk Nik Aziz  Nik Mat. Allahyarham  Tuan GUru Nik Aziz (TGNA) 84 tahun meninggal dunia dalam pukul 9.40 malam tadi dirumahnya kampung Pulau Melaka, Kelantan . Jenazah telah dimakamkan pagitadi di perkuburan Islam Pulau Melaka . Ribuan ziarah jenazah allaharyam Tuan Guru Nik Aziz dan membuat Pulau Melaka dibanjiri oleh penziarah.  Atas permintaan keluarga,orang ramai dilarang mengambil gambar jenazah.

Takziah diucapkan untuk keluarga tgna dan semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.  
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. 

Berikut adalah sedikit banyak biography mengenai Tuan Guru Nik Aziz. 


Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia

Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia | Pengulas sukan, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sebentar tadi. . Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman… Amin ya robalalamin…
-bh-


Gadis cantik memilih Bunuh Diri

Gadis cantik memilih Bunuh Diri | Dari banyak jalan, bunuh dirilah yang jadi pilihan Aima. Seorang gadis cantik yang cuba mengadu nasib untuk mencari sesuap nasi di Bandaraya ini . Aima mencuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan tingkat tiga di tempat dia bekerja.

Nekat bunuh diri menyebabkan kedua tangan patah dan luka dibagian muka. Beberapa bulan lepas dia pernah datang untuk bekerja ditempat boss Lisa. Dia dijanjikan kerja di kedai bukan sebagai pembantu rumah oleh agensi pekerjaan dikampungnya, Medan, Indonesia. Dia memberontak dan terus memberontak nak balik ke tempat asal. Masuk kali ke 3 dah ketika dia datang kerumah boss Lisa  . Tahan 1hari je , lepas tu dia  cakap nak balik ! Bukan salah boss, tapi dia memang tak nak kerja dah kat Malaysia ini. Mungkin terfikir family si kampung kot. Nak balik tapi tak leh sebab dia ada sign agreement dengan agensi dia.

Kemarin terjumpa lah dengan akak agensi yg kat sini tu, dia sembang-sembang ... pasal Aima tu. Bagitau yang sia try bunuh diri. Aish.. nak salahkan siapa? Hurm kenapa  bunuh dirilah jalan yang dia pilih..

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia | SENIMAN filem melayu klasik yang lahir pada 1 Januari 1935, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi Isnin, 15 Disember 2014. Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof,meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Jenazah Datuk Mustapha Maarof
akan dikebumikan  di tanah Perkuburan Islam Ampang selepas zuhur sebelumnya jenazah  di sempurnakan dihospital dan disembahyangkan di masjid sentul.


Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan .Dan marilah sedekahkan Al Fatihah untuk beliau ,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang beriman. 



sumber : Berita Harian

Pelajar Hilang Dari Maraton di Sekayu Ditemui Meninggal Dunia

Pelajar Hilang dari Maraton di Sekayu Ditemui Meninggal Dunia | Ahmad Rafikin Azman , Pelajar dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai perlumbaan Maraton  Cabaran Antarbangsa Gunung Terom,Sekayu ditemui meninggal dunia ,sekitar pukul 6.35 petang tadi.

Jenazah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat ,tersepit dicelah batu tak jauh dari trek perlumbaan. Ahmad Rafikin Azman dibawa turun ke kaki gunung kira-kira 6.50 petang dan kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Alfatihah untuk arwah dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan hati.



© all rights reserved
made with by templateszoo