Ad

Showing posts with label Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS). Show all posts
Showing posts with label Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS). Show all posts

MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik


MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik 

Pernah dengar golongan Al Riqab ? Baru ni Lisa baru dapat tahu lebih yang ternyata Fatwa Zakat Al-Riqab bukanlah sesuatu yang baharu dan termasuk salah satu dari golongan yang layak mendapatkan zakat .  Jawatan kuasa MAIS  Bantu Asnaf Al Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik. Bertujuan membangunkan asnaf Al-Riqab kearah mendapatkan keredhaan Allah. Seperti membantu memulihkan golongan songsang daripada dibelenggu gaya hidup bertentangan syariat Islam dan  membantu asnaf al-riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah . 

APA ITU  AL-RIQAB ?

Al Riqab menurut Fatwa Negeri Selangor adalah seorang yang terbelenggu dibawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Maksudnya orang yang dibelenggu gaya hidup sonsang sama ada terpesong akidah, gaya hidup atau amalan harian.  
Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009.


JENIS PENERIMA ASNAF AL-RIQAB

(1)    MASALAH SOSIAL 

(a) Terbelenggu dengan dadah: 

-Penagih dadah. ,

-Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:

Minum arak.

Zina.

Judi.

Khalwat

Buang anak

Mengandung luar nikah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

Sumbang mahram.

Persetubuhan haram.

Muncikari (ibu ayam).

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:

Tidak solat.

Tidak puasa.

Buang anak.

Usaha ingin bunuh diri.

Hidup bersama pelacur.


(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:

Pelacur.

Lesbian.

Mak Nyah (Transexual).

Gay.

Homoseksual.

Gigolo.

Biseksual.

Pengkid.

Tomboy.

Bersedudukan dengan orang bukan Islam.


(e) Terbelenggu dengan kes juvana:

Gangster.

Jenayah melibatkan harta benda.

Pergaduhan yang melibatkan kecederaan.

Kes rompak.

Pecah rumah.

Kes rogol.

Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya

 Ugutan yang melibatkan keganasan.


(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :

Penyakit HIV/AIDS.

Kanser/barah.

Tibi.

Hepatitis.

Dan lan-lain.


(2)    MASALAH AKIDAH:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:

Doktrin palsu.

Mengaku menjadi nabi.

Menghina Islam.

Pemujaan salah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.


(b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong

Orang yang ingin/berhasrat murtad.

Orang yang dalam proses Istitabah.


PROSES PENASIHATAN AQIDAH SEPERTI CARTA BERIKUT :- 



Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al - Riqab

Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;

1. Beragama Islam.

2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.

4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.


Jenis Jenis Bantuan Yang Diberikan Kepada Asnaf Al - Riqab


Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;

1. Bantuan sewa rumah

2. Bantuan bulanan

3. Bantuan perubatan

4. Bantuan modal

5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti

6. Bantuan guru pembimbing

7. Bantuan firma guaman

8. Bantuan individu terkesan

9. Bantuan pengurusan jenazah

10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR

11. Bantuan sumbangan hari raya



MAIS telah memperkasakan Bahagian Pemulihan Al-Riqab bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

Program Program Yang Di Jalankan Oleh Pihak MAIS Untuk Asnaf Al - Riqab

Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, 

Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;

1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.

2.Program temuseru asnaf riqab (mak nyah).

3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).

4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.

5. Kelas bimbingan agama.

6. Rawatan spiritual islam.

7.Program tautan mahabbah.

8. Ziarah ke rumah.

9. Program penghayatan islam.

10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal.

11. Kelas bimbingan fardu ain.



Pelaksanaan Asnaf Al - Riqab Di Negeri Selangor
 
Pelaksanan asnaf Al - Riqab di negeri Selangor telah di tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian pemulihan Al - Riqab. 

Bahagian Pemulihan Al - Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;

Membangunkan asnaf Al - Riqab ke arah mendapatkan keredhaan Allah

Dan Misi;

Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

Bahagian pemulihan Al - Riqab berfungsi dalam;


• Memperkasa dan menguatkuasa undang undang Riqab melalui fatwa, peraturan, SOP dan yang berkaitan. 

• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan berkesan.

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi membebaskan asnaf Riqab.

• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial dan akidah agar kembali bertaubat.

• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras Rumah Pemulihan Riqab. 

• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam. 

Pelan Strategi Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Pelan strategi bahagian pemulihan Al - Riqab terdiri daripada; 

Pendaftaran :  Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 

Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal. 

Bantuan :  Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal. 

Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad.

Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani.

Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat.

Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;

1. Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf  atau lokasi pilihan asnaf.

2. Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam.

3. Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan.

4. Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai pendakwah (ikon).

Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al - Riqab 


1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan 
• Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 
2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab.
3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat
4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab.
6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf.


Bagi mungkin dari rakan atau sahabat pembaca yang ingin kembali ke pangkal jalan tetapi tidak tahu dengan siapa hendak dirujuk jangan ragu-ragu menghubungi pihak  MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) untuk membantu . 

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan asnaf Al - Riqab tuan puan boleh berhubung melalui;


Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Sektor Pembangunan Sosial

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Kompleks MAIS Klang

Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS

Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar

41050 Klang, Selangor.

No Tel : 03-33614000 / 03-33614080

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH

AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH

Assalamualaikum ,  pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah ? baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah ,, terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),  mengenai ajaran sesat di pautan ini  https://www.mais.gov.my/artikel-khas-2/ . Kadang info yang lalu di sosial media ni bukan pasti betul ke tidak , kena cari sumber yang sahih dan betul . Harap apa yang Lisa akan kongsikan ini dapat beri kesedaran kepada semua untuk lebih berhati hati di masa masa akan datang dan tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. 

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah 

Ajaran Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Gerakan Qadiani Dikenali Juga Sebagai Ahmadiyah, Ahmadi Atau Ahmadiyyat Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.

Pelbagai Penyelewengan Dalam Ajaran Qadiani


Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Beliau berkata: “Demi ALLAH yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti."

Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”. Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

Mirza Ghulam Ahmad turut menakan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut:

“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya.

Keputusan Fatwa Selangor

Berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa :

1.Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia

2.Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor.

Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.


3.Antara Ciri-Ciri Ajaran Qadiani Menurut Mirza Ghulam Ahmad:

• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:

• Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II).
• Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
• Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
• The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:

• Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
• Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
• Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya; dan
• Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Kesimpulan Mengenai Ajaran Qadiani Di Malaysia

Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.



© all rights reserved
made with by templateszoo