Ad

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Allah mengajar saya sesuatu

ALLAH mengajar saya sesuatu| "Dik,kaki mak sakit..susah berjalan. Tapi lepas adik urut kaki mak dah tak sakit. Mak dah sehat ".  Subhanallah,ampunkanlah kami ya Allah,sesungguhnya kami tidak terfikir dan mengetahui betapa sentuhan seorang anak boleh menghilangkan kesakitan yang diderita oleh Mak. Patutlah mak tidak lagi ke masjid. Maafkan adik mak kerana menyangka mak dah tewas dengan ujian Allah.

Hadis Nabi ;" Apabila seorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya,Allah taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: " Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan,"Kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu,Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan Baharu -bersih suci daripada dosanya;dan jika Tuhan mengambil nyawanya,diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya (Riwayat Anas)

Semoga kita dapat menjaga mereka yang sakit terutama ibu bapa kita dengan cara yang terbaik.Ianya sukar tetapi perlu dilakukan..

Antara Biadab Dan Nasihat

Antara Biadab Dan Nasihat | Biadab atau menurut kamus dewan bahasa edisi keempat muka surat 178 ,biadab membawa maksud tidak berbudi bahasa ,tidak beradab.Sekarang ini masih ada lagi orang yang berperilaku biadab, tak kira orang muda atau orang tua . Kemana pergi pendidikan dan tata budibahasa yang pernah diajarkan disekolah?

Ust Azhar Idrus #UAI
"Dalam adab-adab menuntut ilmu, Biadab bila orang nasihat kita minta hadis "
Kalau sedang menuntut ilmu , kemudian orang bagi nasihat.. kurang sopan jika meminta hadis . Tak salah meminta hadis tapi Bergantung pada keadaan juga. Kalau kita salah , kenalah harus terima yang kita salah . Dan kalau ada orang nasihatkan, terimalah dan perbaiki kesalahan kita tu . Tapi orang sekarang memang kalau dinasihati akn minta hadis bagai. Hehehe..

Jangan bermegah dengan sikap dan sifat biadab yang awak miliki kerana kebiadaban awak tu akan menghancurkan diri sendiri . Pesanan kepada pelajar diluar sana
Hiasilah dirimu dengan pribadi yang mulia ,sentiasa bersikap rendah diri dan menghormati orang lain andai mahu diri dihormati oleh orang lain.
© all rights reserved
made with by templateszoo