Ad

Biodata Azar Azmi

Azar Azmi , pelakon yang memegang watak Humaira ,isteri Muslim dalam drama Suri Hati Mr. Pilot . Ternyata azar azmi ni merupakan pengasas butik Azarhof . Pelakon cantik ini juga merupakan bekas peserta dewi remaja.  nak tau lebih tau detail biodata Azar Azmi ? meh baca bawah ini. 

Azar azmi biodata

Biodata Azar Azmi 


Nama lengkap ; Siti Azhar A binti Azmi 
Nama glamour : Azar Azmi 
Umur : 27 tahun (2016) ,
Tarikh Lahir : 13 March 1989
Drama : Suri Hati Mr Pilot
Instagram : @azarazmi
Facebook ; azar Azmi 
Twitter : azarazmi

Gambar Azar Azmi










Azar azmi baru sahaja kehilangan ibu nya 4hari lepas , 31 oct 2016 . Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah , semoga arwah ditempatkan di golongan orang beriman. 


iPhone Jatuh Dalam Jamban !

Haii dah tidur ke tu ? Terajin pulak buat entri malam-malam macam ni. Biasalah..kalau pkul 12 belom tidur.. maknanya Lisa kena makan baru la boleh tidur. Hahaha..  Jom dari burung hantu ! okayh sebenarnya nak cerita.. Handphone jatuh dalam tandas dah biasa dengar kan? Bagaimana pula kalau iPhone kesayangan korang jatuh dalam tandas ? Tepatnya lubang jamban tandas tu !!! Argh sudah.. mau tak terbeliak mata woo..

Ceritanya macam ni , si little boy (4 tahun ) ni rancak tengok youtube bangun tidur . Dah kebiasaan budak-budak memang diajar wee wee (buang air kecil ) pagi-pagi . Ha.. time tu mamai la agaknya.. little boy masuklah dalam tandas tu dengan iPhone sekali.. kepit kat leher . Time nak flush tu... haa Handphone tu jatuh masuk lubang jamban duduk. Agak-agak dalam 15 minit juga la. Time lama tanya.. mana iPhone tu.. little boy baru cakap yang HP jatuh jamban. Adesss... mungkin takut kena marah or kena pukul kot kan. Nasib baik budak tu tak Flush ,kalau tak..memang ilang terus la HP tu.. tak tau mengamuk macam mana dah .

Apa yang perlu korang buat jika handpone jatuh dalam air ? 

Angkat phone tu dari air,lap guna kain kering. Lepas tu keringkan dengan hairdryer. iPhone kan tak boleh tanggal batteri  .. so terus keringkan je . Kalau Hp jenis yang boleh buka bateri.. korang tanggalkan bateri tu.  Dah keringkan atau jemur bawah matahari.

Cara kedua : lepas keringkan Hp, ambil beras dan tuang dalam bekas .. lepas tu tanam Hp dalam beras tadi. Tunggu 2-3 hari. Insyaallah elok semula.


Cara ketiga : korang selalu jumpa  SILICA kan..buble mcm gel yang tak boleh dimakan dalam kotak beli kasut atau beg. Ala.. gel kecik2 dalam pek paper kecil tu.. ha.. korang kalau jumpa tu..jangan buang tau. Kumpul gel kecil-kecil tu masuk dalam bekas. Dan masukkan Hp korang. Tak percaya... cobalah :D

Apa dah jadi dengan iPhone tadi ? Ok dah.. masih selamat dan boleh  berfungsi macam biasa .. TAPI... air dah masuk dalam screen LCD. Nampak dalam.gambar atas tu.. kiri bawah ..hampir separuh screen.  Anyway.. bukan iPhone Lisa.. tapi phone tu milik anak boss Lisa. :p . Akan kujaga dengan baik la iPhone sekarang yang guna ni.. mahal dah kalau beli baru.. lagipun membazirr . 

Selamat berhujung minggu :*


SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat

 Rambut mahkota wanita , tak kisah la untuk yang bertudung atau yang free hair sekalipun . Wanita perlu jaga penampilan , kali ni Lisa nak cerita mengenai masalah rambut kaum hawa yang pakai tudung. Masalah rambut yang biasa dihadapi seperti rambut kusut , berminyak , rosak  dan gugur. Masalah Lisa pula .. sejak dah masuk umur 20 tahun ni , Lisa rasa semakin hari semakin banyak pula rambut gugur. Haih.. problem juga , setiap kali cuci atau sikat rambut.. pasti akan ada rambut gugur mungkin berpunca dari stress tempat kerja. Ternampak kawan Lisa pakai Safi Shayla pek Fleksi , syampu untuk kurangkan rambut yang gugur  .. teringin pula nak pakai , hehe macam best je . 




Safi Shayla , Syampu Wanita Bertudung 

Memahami keperluan wanita bertudung moden , SAFI Shayla jenama syampu yang khas untuk wanita bertudung sebab kaya dengan Habbatus Sauda . Dengan SAFI Shayla pek Fleksi ,, boleh la Lisa dapatkan syampu dengan kualiti yang baik tapi harga mampu milik. Warna dan corak reka bentuk tiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi kekal sama seperti SAFI Shayla pek pam dan botol , biar korang senang dan mudah cari syampu ni . 



Saiz untuk 1 pek SAFI Shayla Fleksi ni 480gram , mudah dibawa pergi mana-mana seperti travel , senang dan tak perlu risau tumpah merata , jimat ruang pula tu . Selain itu , pek ni juga mesra alam sebab penggunaan plastik 65% lebih kurang . Jangan lupa jaga alam sekitar kita tau , kurangkan plastik yang membazir ! 


REVIEW LISA : 

Lisa dah pakai syampu SAFI Shayla pek Fleksi ni , apa yang lisa rasakan ...  memang rambut wangi je sepanjang hari walaupun bertudung dan berpeluh . Dengan pek ini.. Lisa dah boleh jimat RM 5.00 boleh makan aiskrim ni heheehe. Yang paling Lisa suka , rambut gugur pun dah bekurang .. wangi pula tu ..rasa nak cium selalu !.. 

Jap tunggu dulu.. bukan hanya variasi kurangkan rambut gugur je , tapi ada banyak jenis syampu dari SAFI Shayla ni . 
Safi Shayla HITAM MENAWAN
SAFI Shayla SEGAR BERMAYA

SAFI Shayla ANTI KELEMUMUR

SAFI  Shayla ITCH CONTRAL 

SAFI Shayla KAWALAN MINYAK 

SAFI Shayla Pek Fleksi boleh korang dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama dengan harga RM 14.65 sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI , sila layari
 Facebook 

Instagram 

 dan Youtube 

Charge Wayar USB Berkualiti Dari SISTA Malaysia


Dalam zaman serba moden ni , budak kecil pun dah ada handphone kan . Ya la.. sekarang semua di hujung jari , senang dan mudah untuk berhubung antara satu sama lain . Dari banyak-banyak aksesori handphone seperti earphone , headphone , charger, casing , mesti yang paling banyak bermasalah ialah pada wayar usb charger tu kan?  .Lisa sendiri pun entah berapa banyak dah beli , tapi tak tahan.. sama ada tak detect ke Laptop , charge tak  masuk ,wayar putus dan banyak lagi la masalah lain.. sampai naik bosan . Kali ini Lisa nak cuba untuk review pakai charge and data cable dari SISTA pula. Nampak macam best je ..


SISTA MALAYSIA ,  ni syarikat yang jual barang aksesori untuk handphone seperti : Power bank, Data cable, Charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan banyak lagi . Berasal dari Hongkong nun jauh disana dan beribu pejabat di Shenzhen yang terkenal dengan bandar metropolis yang terkenal dan merupakan tempat reka dan buat barang-barang digital . So.. korang tak perlu risau dengan kualiti dan juga design yang memang dicipta khas untuk generasi muda sekarang ni diseluruh dunia.


 Charge and Data Cable SISTA , Model : ST-D02PI 


Kelebihan Wayar USB Charge dari SISTA Malaysia 


Design wayar  yang flat memudahkan untuk disimpan . Yala.. kalau wayar yang bulat tu mesti susah nak gulung lepastu takut cepat putus . Kalau flat senang dibawa dan masuk dalam beg, jimat ruang .. hehehe. Kelebihan yang lain dari charge and data cable dari SISTA ni , batrey handphone cepat penuh, tak perlu la lisa tunggu lama-lama ketika cas handphone.. jimatla masa Lisa.  Kuliti dan design memang ok !! boleh lipat lipat.. hehehe. Banyak kaler yang boleh korang pilih ... so tak bosan hanya dengan 1 kaler je seperti selama ini. Lepas ni senang..takde sapa yang akan curi atau mengaku ini wayar cas usb kepunyaan si polan ini la , itu la..


Kalau korang perasan.. di bagian bawah  kepala cucuk cas tu  ada rubber, ini untuk elak wayar  putus dan tahan lama juga selamat digunakan.

Harga Untuk EASY GO charge and data Cable SISTA MALAYSIA yang lisa guna ni hanya rm 29.00 sahaja. 


REVIEW LISA :  Setelah beberapa hari ini Lisa pakai Easy Go Charge and Data Cable wayar USB untuk cas  handphone dari SISTA MALAYSIA , wayar ni lembut dan tahan lama , senang disimpan juga tak banyak makan ruang . Ha.. lagi satu , batrey pun cepat penuh sebab cas guna wayar dari SISTA ni laju  woo.. Harga pun tak mahal sebab setanding dengan kualiti yang kita dapatkan, senang cerita Lisa puas hati dengan produk dari SISTA Malaysia. Lepas ni tak perlu susah dah nak angkut sana-sini charger dari tempat kerja bawa balik ke rumah . Hehehe.. 


Dimana Beli produk dari SISTA MALAYSIA ?

Usah risau.. dah banyak tempat yang jual barangan atau produk dari SISTA MALAYSIA antaranya di Johor , Selangor , Putrajaya , Kuala Lumpur , Perlis ,Pahang , dan  Negeri Sembilan . Untuk detail korang boleh tengok di link ini https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037

Info selebihnya layari : 

Facebook  

Website
 www.sista.hk

email : warren.wang@sista.hk 



Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap


Walaupun sekejap , tapi akhirnya dapat tengok juga wawa zainal berlakon . Hehe... Kali ni berlakon dengan husband dia sendiri dalam drama TV3 , Patahnya Sebelah Sayap. Dan diantara pelakon ang ada seperti Neera Azizi , Aezril Zafrel , Wawa Zainal , Izzue Islam , Ummi Nazeera dan banyak lagi . Best juga cerita ini, .  cerita tentang pengorbanan untuk seseorang yand dia cintai tapi akhirnya lelkai itu jadi lupa diri selepas berkejaya dan jadi penguam Hebat. Nak tau lebih banyak senarai pelakon dalam drama ini kan,.. nah Lisa dah buat siap-siap. Drama ini tayang setiap Isnin- Rabu , pukul 10 malam hanya di TV 3 .

Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap




PelakonWatak
Aezril ZafrelKuzairi
Ummi Nazeera Alisha
Izzue IslamAmzar
Normah Damanhuri Salbiah
Wawa ZainalTania
Aman ShahDr. Taslim
Wan nor AzlinDr. Zaleha
Syamie AidaLeen
Zinab OmarHalnah
Azhar Amir Dato' Farid
Norzila Abu SamadDatin Sofea
Iskandar Zulkarnain Edmund
Neera Azizi Mira
Noor Amisah AbdullahMidah
Faiz HakRizal
Mohd Syuk Ramli
Helvera Susanti Seri
Syamiera Farha Siti
Siti MiliBibah
Aman NazimAmin
Azlan Azman Din di
Shad ShadidSeman
Hadi Hawawi Mat Nor
Awal OsmanHarris




SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?


REVIEW LISA : 

Kasihan , Alisha dipenjara dan ibu dia meninggal . Kalaulah di Alisha terus terang dengan polis.. pasti semua tu tak kan berlaku. Aih... geram pula dengan makcik kepochi yang jadi batu api tu ... suka sebar fitnah . Hahah emo pula dah .. kalau takde masa nak tengok , boleh tengok di tonton.com.my 

LAGU TEMA / OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura

Keracunan Makanan Lagi ! Huh..

Gambar Hiasan 

Dah agak lama juga Lisa tak kena Food Poisoning atau dalam bahasa Melayu,keracunan makanan. Memang perut yang manja sangat atau mungkin memang makanan tu kotor. Ceritanya semalam beli makanan , lepas tu singgah kedai dan beli karipap inti kentang, yala.. lama tak makan..  teringin pula  . Memang perut Lisa ni takleh nak makan kari , tapi kalau karipap.. perut masih boleh terima lagi . Tapi.. petang tu ... Perut senak , apa yang Lisa makan tengah hari tadi muntah balik..minum muntah..berak-berak..,haih sampai naik pedih duduk dalam tandas. 


Bukan perut kosong time makan karipap tu , so takdenye sebab perut terkejut . Sebelum tu dah makan nasi dalam pukul 1.00 petang macam tu . Elok je .. petang time facetime dengan Ehem-ehem tu dah mula rasa nak muntah . Dekat 1 jam juga tahan.. lepas letak call je ,, terus uweek -uweek... muntah semua makanan yang Lisa makan .  

Dah muntah semua makanan tu ..Lisa lapar , try la makan buah pula and air orange. Tekak loya..memang tak selera makan . Lepas makan dan minum tu , Lisa terus buang air besar dan muntah lagi . Time ni masih tak perasan yang Lisa dah keracunan makanan. Sampai malam semalam.. Lisa dah dekat 10 kali dating dengan tandas , membuang dan muntah ..semua makanan akan muntah balik. Air pun sama ja..akan terkeluar semula. Baru la Lisa perasan yang Lisa ni keracunan makanan. Adeh .. dekat pukul 2.00 pagi juga baru boleh lelap mata. 

Dah makan ubat.. ubat herba ntah apa namanya ... kalau petang ni tak ok juga, kena bawa pergi  klinik la jawapnya . 2 hari tak makan ape-ape wei..minum pun tak...lembik je ni . Hmm... memang tubuh tak boleh masuk makanan atau minuman . 

Hmm.. tak kan nak saman kedai tu ? :( 

Blog Kedua Milik Cik Sepet


Dengan rasminya 1 Oct 2016 , domain lisa.my dah jadi milik Lisa. Yang pasti Lisa memang tak kan tukar domain sedia ada ciksepet.com , sebab dah masuk rank SEO , lagipun dah bayar domain untuk 5tahun . Kenapa buka blog baru ? Salah satunya sebab blog ni dah takleh letak adseng. hahaha kena disable dah hahahaha ..adeh .. , Kedua : sebab blog tu lisa nak buat lebih kepada niche , tak nak campur-campur , Ketiga: nama Lisa.my sinonim apa dengan nama lisa.. susah aih cari domain sama nama kita , 4char pula tu  . Dulu domain ni guna tuk majalah LISA tak silap. 


Domain ni kawan Lisa yang bagi , pemilik mister computer . Sebenarnya tak imagine yang domain lisa avaiable. Dah alang-alang ada, so ambil je la kan,, rezeki jangan ditolak ! . Bukan senang nak bina blog baru , kena mula dari bawah.. doakan Lisa sampai kemuncak gunung kinabalu.. eh silap lak..hahah doakan blog tu boleh jalan sejauh ciksepet ni ya . Mohon tunjuk ajar. 

Bagi yang sudi... hehe minta tolong letak blog lisa.my dalm bloglist korang ye. . terimakasih banyak-banyak..hehehe... 

Terimakasih juga untuk Faiz yang dah bagi domain ni kat Lisa. hehehe 

Best ke iPhone 7 ?


Seperti yang dah dinanti-nantikan.. akhirnya bulan lepas kot tak silap iPhone 7 series ni dah mula dikeluarkan . Tapi bukan di Malaysia , di negara-negara jiran seperti Singapore dan Thailand . Jack Black ,, antara yang laku keras sebab baru berapa biji je yang dijual. Best ke iPhone 7 ? well... best ke tak Lisa belum habis explore lagi ., dari segi bentuk..sama je seperti iPhone 6 atau 6S , depan sama, side tepi pun sama ..beza kat belakang tu la.. kamera lebih besar dari iPhone sebelum ini. Untuk iPhone 7 plus pula, ada 2 kamera kat belakang. 


Harga iPhone 7 

Setakat ni phone ni beli di Singapore , iPhone 7 128GB dengan harga SGD $ 1218 . Review selebihnya Lisa cerita di next entri..tunggu tauuu... tunggu habis explore :D STAY TUNE !!! 


Tukar Ke Instagram Business Untuk Elak Akaun Disable


                                                                        
Lepas Facebook ramai kena banned , sama ada facebook personal atau Fanpage sekarang Instagram pun dah mula buat pembersihan akaun . Ramai juga akaun Instagram dah kena disable tanpa sebarang notis. Dah nama pun sama bos , sama pemilik ..dan kita pula menumpang je , kena ikut terms and Co yang dia buat . Rasanya , yang disable ni akaun untuk business tapi masih guna akaun instagram personal . Contohnya , Merak HQ , Baldi Official , lebih kurang macam tu la , ala-ala fanpage juga tak boleh letak ayat terlarang . So.. hari ini Lisa akan kongsi cara agar akaun instagram tak kena disable. Jom baca !                                                                                                                    

Cara Elak Akaun Instagram Kena Disable


Lisa kongsikan beberapa cara untuk elak akaun instagram korang yang dah berpuluh ribu bahkan beratus-ratus follower tu elak kena disable selamanya :

1. Switch Akaun Ke Akaun Instagram Bisnes
2. Hentikan penggunaan Third Party Apps, Crowdfire, Onlypult.com, instagress.com etc . 
3. Hentikan aktiviti follow dan unfollow secara manual yang berlebihan.
4. Jangan komen-komen yang terlampau spamming di gambar orang lain. Lisa selalu nampak orang promote barang or produk mereka di akaun artis -artis , perfume murah bla bla bla.. 
5. Penggunaan 'username' instagram , pastikan tiada perkataan yang terlarang. Contoh, hq, official, perkataan2 sensitif..ala.. sama mcm Facebook page jugak. Owner Facebook dan Instagram kan sama orang .
6. Jaga posting anda, jangan masukkan gambar-gambar yang keterlaluan seperti gambar-gambar lucah, bom, pistol. 
7. Hentian SWAP REVIEW, REVIEW IG

Jadi , untuk yang berniaga di Instagram , sila tukar ke instagram bisnes ya , senang je bukan susah mana. Jika belum ada button atau function 'INSTAGRAM FOR BUSINES ni, jangan risau ye.. nanti akan ada dengan sendirinya . 

Cara Tukar Ke Instragram Business 



1. Pilih akaun setting  pada bagian kanan atas akaun instagram korang, tengok gambar arah anak panah diatas. 



2. Pilih Switch to Business Profile 



3. Tekan Continue 





4. Tekan OK 



5. Continue akaun instagram korang . Pastikan Facebook korang adalah admin dari page yang korang manage . 


6. Pilih mana-mana FanPage yang korang akan link kan dengan Instagram tu . 


7. Isi Detail korang . 


Tada.. dah siap ! Mudah je bukan . Dalam ni korang boleh tengok berapa banyak reach gambar yang korang dah upload , Impressions, Profile , Engagement. 

NOTA : Instagram ini tak akan link ke akaun Facebook personal , tapi akan Link ke FanPage. 






Terma dan syarat  Instagram ni dah hampir sama dengan Facebook Page. Instagram kan dah jadi hak milik Mak Jukenbeg.Yang paling penting, 'convert' akaun anda dari akaun biasa kepada akaun bisnes instagram.

Mungkin ni untuk akaun instagram personal , tapi diorang guna tukberniaga. Ha.. tu tak boleh. Sama seperti Facebook., akaun personal digunakan tuk tawarkan hadiah atau menjual barang , memang akan kena disable oleh Merrk Zuki . 





      

Cara Tukar Kad Maybank Secara Online



Baru-baru ni dapat sms viral di group whatsapp yang mengatakan penukaran kad maybank kena dibuat sebelum Oktober ni , kalau tak nanti akan dikenakan cas yang boleh tahan banyak le juga. Lisa dah double konfirm dengan pekerja bank , message berantai yang tersebar di whatsapp tu PALSU ! Lisa memang dah agak dah dari awal , sebab entri sebelum ni Lisa dah bagitau yang tempoh tukar kat ATM Maybank  ni sampai hujung tahun ni dan cas pun tak sampai la RM 200.00 , mengarut betul.. huh.   Ayat yang viral tu lebih kurang macam ni lah : 


Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up.


CARA  TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE 


Bagi yang belum tukar kad lagi , korang boleh buat secara online dan FREE tanpa bayaran juga kad itu akan dihantar sampai ke rumah korang . Menarik , tak perlu beratur , tak perlu jauh-jauh pergi bank  tapi kalau korang nak cepat, boleh pergi terus ke Maybank terdekat. 

 1. Login  www.maybank2u.com.my


2. Pilih ATM / DEBIT CARD 


 3. Pilih Replace Card 





4. Isikan detail korang .. 


5. Klik Request TAC , dan masukkan TAC pada kotak tu . Lepas tu tekan Confirm









SIAP ! Kad tu akan dihantar ke alamat yang korang dah isikan tadi . FREE of charge untuk tempoh pernukaran sampai 31 Disember 2016. 

Untuk yang dah tukar kad dengan dengan design gambar sendiri sebelum ni , mungkin ada yang dah dapat and mungkin ramai lagi yang belum dapat. Agaknya ,, bank lebih dahulukan yang apply untuk penukaran kad biasa seperti yang bank keluarkan. Sabar ya... mungkin korang boleh call ke Maybank careline dan tanya tentang kad Maybank yang baru itu . 

pautan : CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK GUNA GAMBAR SENDIRI 

Atau korang boleh tukar kad Debit  di Kiosk Maybank terdekat . Senarai lokasi boleh terjah di : Senarai Lokai Mesin Kiosk Maybank 

Cara Aktifkan kad Maybank yang baru


Cara 1: Datang ke mana-mana Cawangan Maybank dan aktifkan di kaunter Maybank.


Cara 2: Menggunakan Mesin ATM
Masukkan Kad Baru (menggunakan nombor pin yang sama)
Lain-lain Urusan
Pilih Pengaktifan Kad
Selesai.
Cara 3:  Menggunakan Maybank2u.

Ini pilihan yang aku buat untuk tukar kad ATM dan ia merupakan cara yang paling mudah, cepat dan selamat kalau korang menggunakan Maybank2u. Ikut langkah seperti dibawah :

Langkah 1: Log in seperti biasa ke akaun Maybank2u.
Langkah 2: Pilih "Card Management".
Langkah 3: Pilih "ATM/Debit Card".
Langkah 4: Paparan seperti dibawah akan keluar, pastikan 4 digit terakhir kad ATM/Debit sama dengan kad yang anda dapat tu. Kemudian, klik "Activate Now".
Langkah 5: Masukkan maklumat kad ATM/Debit baru dan request TAC Number. Kemudian, "Confirm".

Dibahagian bernombor 1 tu, masukkan 8 digit nombor Kad ATM/Debit. Boleh "View Sample" untuk melihat contoh

Langkah 6: Paparan dibawah akan keluar dan pastikan Status adalah SUCCESSFUL!



Collaboration with theCovets -- Malaysia's first beauty platform !


Makeup? Lisa ni tak berapa reti sangat nak make up bagai ni , tapi... Lisa suka cantik . Nampak cantik bukan hanya terhad pada make up je tau  . Perempuan kena la sentiasa lawa dan sihat tak kisah dirumah atau dia di pejabat. Baru-baru ni lisa dipelawa untuk Collaboration with theCovets --  Malaysia's first beauty platform ! Excited weihh.. ! Lisa join dalam senarai  dalam Beauty / Youtuber  .. 


theCovetsPLatform Kecantikan Pertama Di Malaysia

theCovets ni macam platfrom dimana info mengenai kesihatan kulit , kecantikan , rambut , semua ada . Brand brand baru dari luar negara yang akan masuk di Malaysia / Singapore. Gaya rambut , cara kesihatan kulit , perfume , tips -tips yang sangat berguna untuk korang . So... STAY TUNE untuk info seterusnya . Tak sabarnyaaa... 



Menarik bukan ...untuk info selebihnya mengenai theCovets , korang boleh layari detail bawah ini : 

WEBSITE : 

Facebook :


www.facebook.com/thecovets 

Instagram : 
www.instagram.com/the.covets

© all rights reserved
made with by templateszoo