Ad

Showing posts with label SURI HATI MR PILOT. Show all posts
Showing posts with label SURI HATI MR PILOT. Show all posts

Gambar Pernikahan Eleena Sui - Faisya


Ingat lagi tak dengan Eleena Sui pelakon dalam Suri Hati Mr. Pilot yang memainkan watak sebagai Inara , ? .. ala.. yang ala-ala muka chinese tu . Sebeluim ini Lisa ada tulis entri mengenai Biodata Eleena Sui , Alhamdulillah semalam 4 Februari 2016 , Eleena Sui atau nama sebenar Nor Eleena Hamzah telahpun selamat di ijab-kabulkan dengan pasangan, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman , 31tahun . Aloloh.. mesti ramai yang kecewa kan , hehee... artis kesayangan dah bertukar status isteri orang . Gambar Pernikahan Eleena Sui lawa-lawa weih... jom tengok . 

Gambar Pernikahan Eleena Sui 

Nah Lisa belanja gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Eleena Sui dan -Faisya petang tadi











Gambar Majlis Berinai Eleena Sui dan Faisya








Gambar Majlis Resepsi Pernikahan Eleena Sui dan Faisya 








Lawa sungguhkan Eleena Sui ni , hehehe .. kalau nak tengok lebih banyak gambar pernikahan Eleena Sui dan Faisya .. korang boleh terus tengok di instagram : @eleena.sui

Tahniah Eleena Sui dan Faisya , selamat menempuh alam perkahwinan yang baru :) 

Lirik Lagu Wanita Terakhir - Fattah Amin

Fattah Amin sebelum ni pernah nyanyi juga rupanya , so.. Wanita Terakhir ni album ke-dua la. Suara  dengar macam ada iras Irwansyah penyanyi dari Indonesia, lembut . Since dengar di rancangan MELETOP , nyanyi secara live .. suka pula Lisa dengar . Untuk Lirik Lagu Wanita Terakhir -Fattah Amin korang boleh tengok dibawah ini. Dengar cerita ni lagu untuk Neelorfa.. , ye ke ?  

Lirik Lagu Wanita Terakhir - Fattah Amin 


Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyum manismu
Kau masih belum milikku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Oh... sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu
Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayangmu di sini
Dalam pelukanku selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku

VIDEO WANITA TERAKHIR - FATTAH AMIN 




LIRIK SELAMANYA CINTA , SHILA AMZAH DAN ALIF SATAR


Lama juga tak dengar Shila Amzah bernyanyi semenjak dia sibuk di Beijing dan negara lainnya . Kali ini lagu bertajuk Selamanya Cinta  yang dinyanyikan Shila Amzah dan Alif Satar , menjadi OST Drama Suri Hati Mr. Pilot yang sedang trending di twitter . Gandingan Neelofa dan Fattah Amin , Baca selebihnya di SINOPSIS . Best juga lagu ini..nah untuk korang yang tercari lirik lagu ni, lisa dah carikan dan taip di entri ini.





LIRIK LAGU SELAMANYA CINTA - SHILA AMZAH DAN ALIF SATAR

[ OST Suri Hati Mr. Pilot ]

Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua



Senarai Lagu Latar Suri Hati Mr. Pilot

Tajuk : Redha
Penyanyi : Irfan Haris

Tajuk : Aku Cuma Punya Hati
Penyanyi : Mytha Lestari

Tajuk : Wahai Kekasih
Penyanyi : Katahati

Tajuk : Tak Akan Pernah Jauh
Penyanyi : Katahati

Biodata Eleena Sui


Ramai pula yang tercari dan nak tahu mengenai Eleena Sui yang melakonkan watak  Inara , Ex-girlfriend Ejaz dalam drama Suri Hati Mr. Pilot .  Macam melayu , macam chinese pun ada.. mybe kacukkan kot . Tak sure kacukan ke tidak.. tapi adik beradik dan mama kepada Eleena semua bermata sepet. hehehe. Stalk punya stalk , ternyata Eleena Sui ni host di HLive . Untuk yang dah selalu tengok HLive , mesti dah kenal . Nak tahu biodata lengkap Eleena Sui atau Inara ? baca bawah ini.

Biodata Eleena Sui 

Nama Sebenar : Nor Eleena Hamzah
Nama Komersial : Eleena Sui 
Umur : 24 Tahun (2016) 
Kerjaya : Freelance Model , Hlive Broadcast Journalist/Host , Actress , pelakon. 
Drama : Suri Hati Mr. Pilot .
Instagram : @eleena.sui 








Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot

Agak lama tak tengok Neelofa berlakon , sejak sibuk dengan bisnes tudung dia . Baru-baru ni dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot  , Neelofa sebagai warda dan Fattah Amin sebagai Ejaz. Lari di hari pertunangan , lepas 2 tahun bertemu lagi tanpa sengaja . Bak kata pepatah la kan.. " Kalau jodoh tak kemana " . Siti Nordiana dan Alif Sattar pun ada dalam ni , pelakon yang lain seperti Eleena Sui, Alvin Chong, Ben Amir, Azar Azmi, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren, Azhar Amir, Adriana Adnan, Nizen Ayob, Rahhim Omar, Fahad Iman, Eina Azman, Adrianna Qasmia.Drama Suri Hati Mr. Pilot ditayangkan di Astro Ria bermula 10 Oktober lepas setiap Isnin sampai Khamis jam 10 malam . 


Senarai Pelakon Suri Hati Mr. Pilot


PelakonWatak
Fattah Amin Ejaz Fakhri
Neelofa Warda Erina
Ben Amir Dr muslim
Azar Azmi Humaira
Nina Juren Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan Datin Afifah
Eleena Sui Inara
Alvin Chong Johan
Fahad Iman Rafeeq
Adriana Adnan Jannah
Azhar Amir Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan Daniel
Eina Azman Dr Khairina
Adrianna Qasmia Qisha



LAGU TEMA / OST SURI HATI MR. PILOT

Tajuk : Selamanya Cinta
Penyanyi : Shila Amzah dan Alif Satar
Lirik dan video 




SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?




Review : 
Dah tengok dua episod Suri Hati Mr. Pilot ni , best juga drama ni takla rasa bosan mana . Tak sabar pula nak tau diorang ni jadi kawen ke tidak .Korang jangan lupa tengok malam ini  di Astro Ria  :D 

Biodata Azar Azmi

Azar Azmi , pelakon yang memegang watak Humaira ,isteri Muslim dalam drama Suri Hati Mr. Pilot . Ternyata azar azmi ni merupakan pengasas butik Azarhof . Pelakon cantik ini juga merupakan bekas peserta dewi remaja.  nak tau lebih tau detail biodata Azar Azmi ? meh baca bawah ini. 

Azar azmi biodata

Biodata Azar Azmi 


Nama lengkap ; Siti Azhar A binti Azmi 
Nama glamour : Azar Azmi 
Umur : 27 tahun (2016) ,
Tarikh Lahir : 13 March 1989
Drama : Suri Hati Mr Pilot
Instagram : @azarazmi
Facebook ; azar Azmi 
Twitter : azarazmi

Gambar Azar Azmi










Azar azmi baru sahaja kehilangan ibu nya 4hari lepas , 31 oct 2016 . Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah , semoga arwah ditempatkan di golongan orang beriman. 


© all rights reserved
made with by templateszoo