Ad

Showing posts with label power bank. Show all posts
Showing posts with label power bank. Show all posts

Charge Wayar USB Berkualiti Dari SISTA Malaysia


Dalam zaman serba moden ni , budak kecil pun dah ada handphone kan . Ya la.. sekarang semua di hujung jari , senang dan mudah untuk berhubung antara satu sama lain . Dari banyak-banyak aksesori handphone seperti earphone , headphone , charger, casing , mesti yang paling banyak bermasalah ialah pada wayar usb charger tu kan?  .Lisa sendiri pun entah berapa banyak dah beli , tapi tak tahan.. sama ada tak detect ke Laptop , charge tak  masuk ,wayar putus dan banyak lagi la masalah lain.. sampai naik bosan . Kali ini Lisa nak cuba untuk review pakai charge and data cable dari SISTA pula. Nampak macam best je ..


SISTA MALAYSIA ,  ni syarikat yang jual barang aksesori untuk handphone seperti : Power bank, Data cable, Charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan banyak lagi . Berasal dari Hongkong nun jauh disana dan beribu pejabat di Shenzhen yang terkenal dengan bandar metropolis yang terkenal dan merupakan tempat reka dan buat barang-barang digital . So.. korang tak perlu risau dengan kualiti dan juga design yang memang dicipta khas untuk generasi muda sekarang ni diseluruh dunia.


 Charge and Data Cable SISTA , Model : ST-D02PI 


Kelebihan Wayar USB Charge dari SISTA Malaysia 


Design wayar  yang flat memudahkan untuk disimpan . Yala.. kalau wayar yang bulat tu mesti susah nak gulung lepastu takut cepat putus . Kalau flat senang dibawa dan masuk dalam beg, jimat ruang .. hehehe. Kelebihan yang lain dari charge and data cable dari SISTA ni , batrey handphone cepat penuh, tak perlu la lisa tunggu lama-lama ketika cas handphone.. jimatla masa Lisa.  Kuliti dan design memang ok !! boleh lipat lipat.. hehehe. Banyak kaler yang boleh korang pilih ... so tak bosan hanya dengan 1 kaler je seperti selama ini. Lepas ni senang..takde sapa yang akan curi atau mengaku ini wayar cas usb kepunyaan si polan ini la , itu la..


Kalau korang perasan.. di bagian bawah  kepala cucuk cas tu  ada rubber, ini untuk elak wayar  putus dan tahan lama juga selamat digunakan.

Harga Untuk EASY GO charge and data Cable SISTA MALAYSIA yang lisa guna ni hanya rm 29.00 sahaja. 


REVIEW LISA :  Setelah beberapa hari ini Lisa pakai Easy Go Charge and Data Cable wayar USB untuk cas  handphone dari SISTA MALAYSIA , wayar ni lembut dan tahan lama , senang disimpan juga tak banyak makan ruang . Ha.. lagi satu , batrey pun cepat penuh sebab cas guna wayar dari SISTA ni laju  woo.. Harga pun tak mahal sebab setanding dengan kualiti yang kita dapatkan, senang cerita Lisa puas hati dengan produk dari SISTA Malaysia. Lepas ni tak perlu susah dah nak angkut sana-sini charger dari tempat kerja bawa balik ke rumah . Hehehe.. 


Dimana Beli produk dari SISTA MALAYSIA ?

Usah risau.. dah banyak tempat yang jual barangan atau produk dari SISTA MALAYSIA antaranya di Johor , Selangor , Putrajaya , Kuala Lumpur , Perlis ,Pahang , dan  Negeri Sembilan . Untuk detail korang boleh tengok di link ini https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037

Info selebihnya layari : 

Facebook  

Website
 www.sista.hk

email : warren.wang@sista.hk 



ABS Power Bank Murah Dan Berkualiti

 Zaman semakin canggih , sekarang phone pintar pun dah merebak macam cendawan . Lebih pula ditambah dengan line internet yang berdesup laju... 4G LTE yang boleh mencapai speed puluh-puluh MBPS . Banyak apps , ditambah dengan line internet yang laju ,..laju juga HP akan cepat low batt . Lisa takpernah ada powerbank , tapi semenjak selalu kena marah sebab tak jawap call ,, Lisa putuskan tuk cari powerbank yang murah dan berkualiti  .( hp low batt macam mana nak jawap call , kena berjimat le kan )  ..  Dan Lisa pilih ABS J18G  12000mAh, satu-satunya powerbank pertama yang berikan warranty atau jaminan kerosakan selama 2 tahun,  1 -1 exchange . ABS Power Bank harga murah dan juga berkualiti  . Menarik kan.. ? Dan yaa... satu-satunya jenama pertama di malaysia yang tawarkan jaminan bila powerbank rosak maka akan diganti 1 baru . Dah macam Apple pula.. rosak  tukar baru  selain tu ada 2 tempat output .. jadi boleh cas 2 HP dalam sekali masa .


Size powerbank yang slim , mudahkan Lisa bawa ABS kemana jua. 

   Dah seminggu Lisa pakai ..dan memang puas ati guna . Almaklumlah bag perempuan ni macam peti harta karun kan.. silap-silap berat hampir 10KG.. sebab tu Lisa harus pilih powerbank yang slim dan tak berat sangat, dan boleh cas banyak kali. Selalunya powerbank tebal dan panas . ABS berukuran slim ,  boleh masuk dalam purse Lisa... lagi la senang kalau pergi makan takperlu bawa beg. 





Kapasiti powerbank ABS J18G 12000mAh , Output powerbank ini ada 2 memang sesuai untuk lisa , mudah cas handphone secara serentak tanpa menunggu lama dan juga  boleh digunakan untuk cas beberapa kali . Petak hitam tu bukan kamera ye... tu LED Torch. Mana tahu kalian nak cari barang dalam tempat gelap, ON kan je  ,, dengan cara tekan lama-lama buton bagian kanan powerbank . 



 ABS Powerbank 11 street official store kini dah dibuka.. dan yang bestnya ..sampena pembukaan tu ABS buat MERDEKA SALE .. kalian boleh dapatkan diskaun  sebanyak 20-30 % dan penghantaran percuma untuk pembelian powerbank di laman http://bit.ly/ABS_11Street . 
Promo ini sah sampai 31 OGOS 2016 sahaja . 



INFO PRODUK : 

* ABS powerbank Model J18G 
* Kapatisi 12000mAH 
* Dual USB
* LED Torch 
* Harga RM179.00 

C TWO Gadget satu-satunya pengedar tunggal ABS power bank di Malaysia , jadi pastikan beli yang original ya . 

Selain pembelian secara online ,Kalian boleh juga beli ABS powerbank ni di kedai-kedai yang terdapat disenarai : where to buy ABS Powerbank 

Instagram :

Facebook :

Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad

Larangan Pengeposan Batrey dan Powerbank Melalui Pos Malaysia Berhad | Tahukah kalian bahwa pihak Pos Malaysia Berhad  tidak akan menerima pengeposan batrey dan powerbank ke Sabah -Serawak dan Luar negara bermula dari 1 Nov 2014 . Sebarang pengeposan item yang mengandungi batrey litium akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH ) .Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut dan dikembalikan tanpa pulangan caj pengeposan.

Semalam Lisa dah call pejabat pos dan sememangnya berita ini benar, bukan hanya kabar angin. Ini semua dilakukan selaras dengan peraturan yang terkandung didalam Peraturan Barangan Berbahaya terbitan IATA , Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya didalam mel udara , bungkusan udara dan EMS. Jadi kalau kalian ingin menghantarkan barang ,pastikan tiada bateri litium atau powerbank dalam bungkusan yang akan dihantar.


"Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.
Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my
© all rights reserved
made with by templateszoo