Ad

Showing posts with label CARA. Show all posts
Showing posts with label CARA. Show all posts

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Assalamualaikum, pernah tak korang alami situasi tak cukup tidur dan sepanjang hari tu rasa moody je? Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena dan jadi terganggu. Badan pun rasa tak bertenaga dan muka pun tak bermaya. Stres je sepanjang hari. Pernah tak jadi macam tu?


Macam Lisa ni lagi la, kerja setiap waktu berhadapan dan berurusan dengan orang, lagi la amat terkesan kalau tak cukup tidur. Lagi-lagi kalau mengadap customer yang macam-macam perangai. Mood boleh swing wehh!


Berapa Jam Pula Sebenarnya Diperlukan Untuk Mendapat Tidur Yang Mencukupi?

 

Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggung jawab seharian. Dari apa yang Lisa tahu, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam.


 

Dulu, Lisa ada kerja hakiki. Malam balik rumah dari kerja kena siapkan job lain pula, buat artikel blog, buat video dan editing sepanjang malam. Memang tak cukup tidur! Kadang tu dapat tidur sejam je sebelum subuh.

 

Sekarang Lisa dah tak kerja dengan orang, kerja sendiri je. Jadi sekarang ni Lisa dah boleh atur jadual harian dengan lebih baik. Antara menjadi keutamaan Lisa adalah waktu tidur. Lisa akan pastikan waktu tidur Lisa adalah mencukupi kerana dengan tidur yang cukup Lisa boleh kawal emosi, mood dan lebih bertenaga serta ceria untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Takkan suami bangun pagi nak mengadap muka stres Lisa disebabkan tak cukup tidur kan? Nanti kalau ada anak lagi la. Lagi bertambah-tambah tanggungjawab Lisa.

 

Kurang tidur ni sebenarnya banyak keburukannya. Kurang tidur boleh menyebabkan moody, tak relaks dan mudah stres. Selain dari itu juga, jika kurang tidur secara berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kenaikan berat badan. Arwah mak dulu meninggal disebabkan pembuluh darah pecah akibat darah tinggi. Dulu masa arwah mak muda, mak kuat kerja dan selalu tak cukup tidur. Lisa pun bukannya muda selama-lamanya. Ni dah kahwin memang kena pandai bahagikan masa antara waktu kerja dan waktu rehat.

 

Punca Kurang Tidur


Stres di tempat kerja dan tambahan kerja-kerja sambilan lain, dengan nak kejar dateline dan nak capai target bulanan merupakan antara salah satu punca Lisa kurang tidur dan kadang-kadang tu tak dapat tidur dengan lena. Bila memikirkan nak kejar dateline tu membuatkan Lisa kurang dapat tidur yang cukup.

 

Kurang tidur umumnya sering disebabkan oleh beberapa hal berikut ini:

 

●     Stres

●     Konsumsi minuman berkafein terlalu banyak atau dekat waktu tidur

●     Tidur dalam kelaparan

●     Tidur dengan lampu bercahaya

●     Tuntutan kerja malam

●     Insomnia

 

Dulu Lisa tak begitu ambil kisah tentang kesihatan, lebih-lebih bab tidur. Fikir diri ni masih muda dan masih sihat lagi. Lagi-lagi waktu belajar dulu. Memang selalu tidur lewat sebab siapkan assignment. Kadang tu tak tidur pun semata-mata nak siapkan. Tapi, sejak arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi, Lisa mula ambil serius bab kesihatan. Dulu sendiri je tapi sekarang ni dah berdua. Mana tahu ada rezeki, jadi bertiga pula. Perjalanan hidup Lisa masih Panjang lagi. Bila umur semakin meningkat ni, Lisa perlu utamakan kesihatan.

 

Tidur Lebih Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

 


 

Sebelum ni, Lisa banyak buat review produk dari Eskayvie antaranya Eskayvie Diffenz, Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie Phytax. Baru-baru ni Eskayvie telah keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic.

 

Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Produk ini dapat membantu untuk atasi masalah sukar tidur seterusnya mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu, ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.

 

Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil.

 

Di bawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

 

Phosphatidylserine





  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 
  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

Ashwagandha KSM-66

 



●Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

●Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

●   Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

●   Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

Bacopa Monnieri

 





●  Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

●      Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

●Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

● Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

 

Magnesium

 



 

●         Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

● Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

●   Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

Selenium




●  Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

●   Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

 


 

●      100% Bahan Semula Jadi

●      Rasa Tropika Yang Enak

●      Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

●      Tanpa Gula Tambahan

●      Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Manfaat Eskayvie Mindtropic

1.    Mengatasi gejala Brain Fog

2.    Merangsang perkembangan sel otak

3.    Menguatkan memori

4.    Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5.    Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6.    Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7.    Menjadikan lebih ceria & gembira

8.    Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan

 


 

1.    Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

 

2.  Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

 

3.  Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

 

*Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 

Feedback Pengguna






Kalau korang tengok feedback-feedback pengguna diatas ni, ramai diantara mereka yang memberikan respon yang baik selepas amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Daripada yang susah tidur dan tidur tak lena, kini lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena. Selain itu, dapat deep sleep, bangun pagi pun rasa badan lebih bertenaga, cergas dan ceria.


 

Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif Covid-19 dan kesannya, beliau cepat lupa dan ada masalah brain fog.

 

Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.

 

Tidur Cukup Untuk Emosi Yang Stabil

 

Tidur dan emosi seseorang tu sangat berkait rapat. Seseorang yang tak cukup tidur memang emosinya akan terganggu. Ini adalah kerana otak tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila emosi tak stabil, itu yang terjadinya moody, cepat marah, stres dan sebagainya.

 

Lisa dah lalui semua perkara di atas sebelum ni. Bila dah kerja sendiri ni, Lisa bebas untuk atur masa sendiri. Sibuk tu memang sibuk, tapi Lisa dapat bahagikan masa tidur dengan lebih teratur. Lisa juga akan pastikan agar dapat tidur yang mencukupi setiap hari

 

Mungkin adakalanya juga Lisa akan lalui waktu susah nak tidur atau tak dapat tidur yang lena. Siapa tahu kan? Bila umur semakin meningkat ni, nak dapat tidur yang betul-betul berkualiti memang susah. Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan sukar nak tidur dan tidur tak lena. Alhamdulillah, dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu Lisa untuk mudah tidur dan tidur dengan lebih lena.

 

So, kalau korang berminat nak try Eskayvie Mindtropic ni, korang boleh layari website dan social media Eskayvie pada link dibawah.

WEBSITE

www.eskayvie.com

 

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35


CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35

Assalamualaikum ! zaman sekarang semua dihujung jari . Lebih-lebih semenjak PKP  haritu banyak kerja yang mengunakan internet . Dah jadi keperluan bukan kehendak lagi . Bagi yang belum tahu ,  celcom telah keluarkan pakej celcom terbaru 2020 menawarkan internet tanpa had atau unlimited data RM35.00 untuk sebulan . Bukan hanya Data je , tapi panggilan pun tanpa had kesemua rangkaian. Berikut Lisa akan kongsi cara langgan celcom unlimited data rm35. 



CELCOM UNLIMITED DATA RM35


celcom unlimited data rm35


Ada banyak cara untuk langgan celcom unlimited data internet serendah rm35 ini. Cara paling mudah , pergi ke kedai dan minta langgankan terus masa reload tu . Tapi jika korang tak sempat nak keluar sebab PKPB / PKPD / PKP ... dunia dihujung jari je.. korang boleh langgan sendiri sama ada guna apps Celcom Life atau guna USSD *118# untuk lebih detail  seperti berikut ini :-




CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA RM35 MENGGUNAKAN CELCOM LIFE APPS 

1.Click “Add-Ons”
2.Select “Internet” and subscribe to any Internet Pass , MONTHLY UNLIMITED RM 35
3.Confirmation page , BUY 
4.Successful Notification , DONE. 



CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED MENGGUNAKAN CELCOM LIFE APPS 2.5

1. Click “Buy More” and select “Internet Plans”
2. Subscribe to any Internet Pass , Choose MONTHLY UNLIMITED RM 35
3. Confirmation page , NEXT 
4. Successful Notification , CONFIRM



CARA LANGGAN CELCOM UNLIMITED DATA INTERNET RM35 DENGAN USSD 

Cara paling mudah dan short cut korang boleh dial :- *118*2*2*10#

1. Dial *118# and select “Internet Plans”
2. Select “Internet Pass”
3. Select "10. RM35 unlimited ( NEW )"
4. Select  "Subcribe Confirmation page
5. Successful Notification

Pelan celcom unlimited data rm35 ini datang dengan call percuma kesemua rangkaian kecuali hotline number . Korang boleh nikmati unlimited data dengan speed capped to 3 mbps  dan hotspot sebanyak 3GB High-Speed data jika korang melanggan pakej rm35 , dan hotspot 1GB untuk langganan yang RM12 untuk seminggu. Dan tiada unlimited Late Night Youtube & Iflix VIP  Access ya . 


NOTA : 
The two new Internet passes RM12 | Unlimited | 7 Days and RM35 | Unlimited | 30 Days are available to all existing and new Xpax customer for a limited time offer only



Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Cara Mudah Menyelesaikan Blacklist Telco

Assalamualaikum , kalian apa kabar ? semoga sihat selalu . Kali ni Lisa nak kongsi tips cara mudah bayar akaun yang tertunggak atau blacklist / senarai hitam nama di telco pula . Biasanya nama jadi blacklist sebab ada tunggakan bill di telco dan tak bayar , akaun dah mati tapi masih ada bayaran yang belum dijelaskan . Mungkin korang adalah salah satu dari mereka dan tak tahu bagaimana nak bayar settlekan hutang tertunggak tu ? .Lisa harap info ini berguna untuk kalian. 

Cara Menyelesaikan Blacklist Telco


STEP 1 : CALL HELPLINE TELCO.


Call nombor helpline telco dan cakap kat mereka yang korang dah kena blacklist. Kemudian minta kat dia nombor akaun dan amount bill korang yang tertunggak tu.

Kat sini Lisa bagi beberapa nombor helpline telco yang terpilih:

Maxis : 1800 821 123 , 123 ( Pengguna Maxis )
Celcom : +60 19-601 1111 , 1111 (pengguna celcom )
Digi : +016 221 1800 
Umobile : +018 388 1318 , 1318 (pengguna umobile ) 

STEP 2 : BUAT PEMBAYARAN SECARA ONLINE


Bila dah dapat nombor akaun, korang dah boleh buat pembayaran secara online. Contohnya boleh buat dengan maybank2u. pergi ke bahagian bill payment, pilih telco, masukkan nombor akaun tadi, dan terus buat pembayaran.

Setel! Tapi kena tunggu dalam masa lebih kurang 24 jam. Baru korang akan dibuang dari senarai hitam.


Kalau korang tak ada online bankin  atau perbankan online , kenalah pergi center terdekat untuk buat bayaran . Biasanya makan masa 1-24jam masa bekerja  ( yang betul-betul center je tau baru boleh , kalau celcom pergi ke BLUE CUBE ) 

Dari pengalaman Lisa kalau bayar di center  , DIGI , U Mobile dan MAXIS makan masa 1-7 hari masa bekerja untuk clearkan nama korang di telco mereka , tidak termasuk public holiday atau weekend ya . 

Sekarang hutang di telco pun dah link dengan CTOS , nak beli rumah atau kereta memang akan ada effect . Jadi sila bayar ye , tertunggal 50 sen pun boleh jadi blacklist tau . 

CARA LANGGAN UNLIMITED INTERNET CELCOM


 UNLIMITED DATA INTERNET CELCOM

Assalamualaikum ! kabar baik untuk anda pengguna celcom . Celcom kini tawarkan unlimited data  internet hanya dengan melanggan pakej  ULTRA HOUR PASS . Bermula dari RM1 anda boleh melayari internet tanpa had uiii... nak tengok apapun boleh . Ye wakk.. sebelum ni hanya tawarkan untuk youtube sahaja.. sekarang boleh guna untuk layari facebook , instagram , twitter , tonton movie buat live.. dan baca blog ciksepet.com ( nak jugakk )  . Meh baca lebih detail lagi . 



CARA MELANGGAN UNLIMITED DATA INTERNET CELCOM 

  • RM 1 Unlimited data internet sah untuk 1 jam
    Cara melanggan : *118*2*1*1#
  • RM 2  Unlimited data internet untuk 3 jam
    Cara melangan : *118*2*1*2#
  • RM5 Unlimited data internet sah untuk 12 jam
    Cara melanggan : *118*2*1*3#
  • RM8 Data Internet tanpa had , sah sehingga 24 jam
     Cara melanggan : *118*2*1*4# 

Pakej Ultra Hours Pass ini boleh dilanggan oleh semua pengguna celcom prepaid plan kecuali CELCOM FIRST PLAN . Wahh rasa nak try juga ni ..

Kelemahan Ultra Hour pass :
Pelan Ultra Hour pass ini tidak boleh digunakan untuk Tethering /  Hotspot or share dengan device atau computer lain.

Semak dan langgan pakej ni di Celcom Life Apps atau  dail * 118 * 1 * 1 * 2 # 




CARA MERAWAT SPORO KUCING

CARA MERAWAT SPORO KUCING

Assalamualaikum , sebelum ni Lisa ada tulis tentang kucing sporo . Lepas beranak , kucing Lisa kena Sporo jangkitan dari kucing luar , bermula dari hidung bengkak.. kudis di muka.. di telinga dan kemudian merebak keseluruh badan , oleh tengok di entri sebelum ni [ KUCING AKU SAKIT SPORO ]  . Alhamdulillah.. masuk bulan  April ini ,.. Ibu Meow dah mula tunjukkan tanda-tanda nak sembuh. Happy dan seronok gila weih! tak sesia pengorbanan  jaga kucing selama ni. Lisa akan kongsikan Cara Merawat Sporo Kucing yang Lisa buat selama ini. 


UBAT UNTUK SPORO KUCING

Kucing yang kena sporo biasanya memang takda harapan untuk hidup . Ramai yang sugest untuk Put To Sleep . Sebab bukan senang nak jaga penyakit Sporo pada kucing ni ., selain itu kos mahal ( Klinik VET yang bagitau ). Selain dari ubat , korang juga perlukan kesabaran yang tinggi . Kucing Sporo biasanya akan sembuh dalam 6-8 bulan . FUH bayangkan berapa banyak kos dan tenaga untuk selamatkan kucing dari kena sporo. OK lah... panjang pula mukadimah.. Nah Lisa share ubatan dan cara merawat sporo pada kucing. 




UBAT UNTUK SPORO KUCING 

1. Inox  itraconazole
2. Sporanox
3. Liv52 Himalaya
4. Antibiotik
5. Funginox
6. PS Herbs F7

CARA MERAWAT SPORO PADA KUCING. 

1. Letak kucing dalam sangkar . 
Asingkan dengan kucing yang lain untuk elak menjangkit . Jangan lupa pakai GLOVE / Sarung tangan masa jaga kucing ni .,, sporo boleh menjangkit pada manusia melalui gigitan / cakar / tangan kita luka then terkena luka kucing .
Sangkar kena cuci setiap hari tau , pakai clorox untuk matikan bakteria . Pastu bawah tu alaskan dengan surat kabar, nanti senang nak bersihkan berak and kencing. Setiap kali kencing atau berak , korang kena tukar ke surat kabar yang baru . Jangan biarkan kucing pijak2.. nanti infection pula sebab tengah kena sporo kan . Lap dan spray dengan air yang dah dicampur dengan clorok . Jangan kena kucing pula ye... spray kat sangkar tadi yang kena berak atau kencing sebelum letak newspaper baru.


2. BAGI UBAT.INOX ,  Jangan memandai lak cakap kucing tu kena sporo. Apapun kalau dah nampak tanda-tanda sporo tu korang terus je check ke VET atau klinik haiwan untuk diagnosis ya . Lepas tu doctor akan putuskan sama ada sporo ke tidak. Kalau kena sporo , nanti dia akan bagi sukatan dan jenis ubat untuk kucing. Ubat apa yang sesuai.. sukatanpun kena betul.



Lisa dapat ubat dari doctor seperti antibiotik ( 1 kali pagi selepas makan ) ., inox ( separuh makan pagi dan malam ) dan lepas makan inox terus makan LIV52 untuk ubat hati . sebab ubat inox ni effect kat hati.. tak boleh main bagi jer tanpa sukatan yang betul.. dan kena makan ubat liv52 la tu tuk seimbangkan. Sebab ubat LIV52 ni susah nak didapatkan kecuali online atau butik himalaya .. Lisa gantikan dengan SHINE HEPAVITE aritu masa beli kat farmasi .




INOX - 1/2 capsule untuk kucing 3tahun tak silap. Harga Inox capsule ni RM60-80 untuk 28 capsule (sekotak) tak silap. Kalau seminggu bagi makan inox tak nampak tanda-tanda dah nak sembuh.. Lisa naikkan 1 capsule untuk percepatkan proses penyembuhan . Yang ni lepas consult dengan yang admin Page PhatCATHAUS ( Korang boleh klik dan derma untuk kucing-kucing yang sakit ... admin ni dia rescue and jaga stray cat . Mulia sungguh dia ) . Thanks sebab bagi tips and ubat untuk penyokong proses penyembuhan SPORO.  


Kalau INOX tak berkesan juga..korang boleh tukar ke SPORANOX. yang ni mahal la dari INOX . sekotak dalam 28 capsule harga dia cecah RM 268.  


TIPS BAGI MAKAN UBAT PADA KUCING : 

Korang boleh letak sedikit wetfood , lepastu letak ubat inox tadi , then bagi dia makan habis dulu . Lepas tu ambek lagi sesudu teh wetfood , letak ubat hati pula... kemudian lepas tu baru bagi makan wetfood sesuai porsi dia . Tujuannya untuk bagi ubat tu masuk dulu. Kalau korang campur nanti kucing takut dah taknak makan lagi dan kesan ubat lambat nak meresap. 
Pakai picagari pon ok.. tapi kes lisa ni kucing liat nak makan ubat. Takut kang paksa-paksa lepas tu kena cakar.. si guna cara tadi la untuk selamat . 




FUNGINOX 
Spray di bagian luka kucing sporo tadi .. harga untuk satu botol ni dalam RM 30-35 gitu difarmasi.. 15ml. so paham paham je la kalau luka banyak macam kucing Lisa ni.. sehari dua memang dah abes haha. 


PSHERBS F7 
Lisa bagi spray habis 1 botol je ,, time srpay ni memang makin lama makin teruk .. tapi..tiba2 dah mula ok . Ha... gitula .. lepas dah nampak nk ok tu Lisa stop kan spray spray . Kalau dah bagi funginox jangan spray yang F7 lak . 

Tapi Lisa bagi inox , semua ubat diatas la.. hahaa dan berkesan .








JANGAN CUCI / BERSIHKAN LUKA KUCING SPORO. 
Memang nampak kasihan dan mesti rasa sakit kalau tengok luka-luka dan kudis sambil kuarkan darah pada si meow. Jangan korang bersihkan pula. Awal dulu Lisa bagi SPIRIT / Alcohol untuk tap tap pada luka kucing tu . Memang pedih gila tapi kucing behave je.. lisa tap tap slow slow, tujuan nak matikan bakteria memang berkesan la sebab Lisa pon cuci luka dengan spirit tu . Ni langkah awal je time sebelum bawa pergi vet.. Jangan bagi IODIN / DETOL ye .. tak sesui untuk kucing. 

Jangan lupa jaga si meow elak dari kena kerumun lalat. 

BAGI MAKANAN LEMBUT 
Lisa bagi makanan sehari tiga kali. Ya kalau dah kena SPORO ni kucing biasanya takda selera nak makan . Lebih lagi lepas makan inox .. Jika lepas sebulan si Meow dah tak nak sentuh makanan dia.. kena hati-hati tu . kemungkinan dia akan survive 50:50 je . Lisa dari awal bagi dia makan wetfood Whiskas tu .. pagi petang dan malam . Sebab Lisa kerja , tak sempat la nak masak makanan . Kalau korang ada masa yang banyak.. boleh bagi kucing LABU dan AYAM Rebus dan lumatkan . 





BAGI SUPORT MORAL.


Kucing pon ada perasaan juga. Masa tengah bagi makanan tu , cakapla dengan meow.." makanlah meow.. makan sebanyaknya pon takpa.. janji cepat sembuh " Berkesan weih.. memang makan banyak gila masa sakit haritu . Dan tiap kali makan , Lisa akan cakap macam tadi tu. 

Kalau ada anak.. sekali sekala tu bagi la anak main dengan mak dia. Mak mesti nak tengok anak-anak dia. Kucing Lisa baru beranak time ni.. dalam 3 minggu lisa dah asingkan sebab si meow kena sporo lak . Tu masa luka tak teruk lagi..Lisa ada masukkan sekali anak-anak ke sangkar si IBU untuk minum susu sekejap. Sekejap 30 minit je lepastu asingkan balik. Jangan campur lama-lama kang menjangkit si anak . 

Asingkan sangkar tapi letak bersebelahan untuk si IBU boleh tengok anak-anak tadi . 





Alhamdulillah ... lepas masuk bulan kedua si IBU masih makan banyak , Lisa teruskan jaga dia. Hampir je putus asa nak Put TO SLeep kan si IBU , luka makin banyak dan tak sembuh.. Badan pun kurus gila. nampak tulang. Badan selalu berpeluh.. ramai cakap dah tak lama dah tu hidupnya , tapi tengok anak-anak masih kecil memang sebak dan tak sampai hati . Biarla Lisa jaga sampai sembuh ..atau sampai mati . Alhamdulillah nampak perubahan sedikit demi sedikit... happy gila wakk time tu . Dan sekarang tunggu sampai betul-betul pulih . 

Dekat Telinga tu buble masih ada lagi .. kena tunggu 100% baru lepas kan kot. Sekarang tangan dan kuku pon dah gatal dok kais-kais karton dalam sangkar tu . Padahal sebelum in kuku dan kaki bengkak berdarah . Ok lah tu .. dah mula nak active semula. :D


Itu je Tips dari Lisa , Cara merawat sporo pada kucing . Semoga kalian tidak berputus asa jaga kucing sakit SPORO.








© all rights reserved
made with by templateszoo