Ad

Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICARE


PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICARE


Assalamualaikum ! Setiap tahun hampir kebanyakan orang mempunyai azam yang sama , jaga kesihatan  , nak kurus  jaga pemakanan yang lebih sihat atau juga dengan meningkatkan kegiatan fizikal seperti exercise. Tapi selalunya terlupa pentingnya jaga kesihatan berkaitan dengan mulut ,Betul tak ? . padahal mulut tu la tempat dimana manakan dan nutrien masuk kedalam tubuh. Penting tau jaga kesihatan oral bermula pada usia muda , Jaga kesihatan mulut jangan tunggu gigi rosak dan nafas berbau . 

BIAR MULUT ANDA CERMINKAN KESIHATAN ANDA. 

Philips Sonicare , sebagai Rakan Global bagi Hari Kesihatan Oral Sedunia , berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan oral daripada usia muda. 



Pada Hari Kesihatan Oral Sedunia kali ini, Philips Sonicare , sebagai Rakan Global bagi Persekutuan Pergigian Sedunia FDI dan rakan penaja berus gigi berkuasa rasmi bagi Hari Kesihatan Oral Sedunia 2018, mahu menginingatkan bahawa mulut anda adalah cermin bagi tubuh anda, menerusi kempen ‘SayAhh: Think Mouth, Think Health’

“Kami mahu orang ramai menjadi lebih peka bahawa penjagaan kesihatan oral yang baik harus bermula daripada usia yang muda. Kita tahu bahawa tabiat memberus dan pilihan gaya hidup seperti merokok bukan saja memberi kesan kepada kesihatan mulut, gigi dan gusi, tetapi juga kesihatan keseluruhan. Walaupun peminuman minuman manis, pemakanan gula-gula dan manisan dan peminuman jus segar mungkin tampak tidak membahayakan dalam jangkamasa pendek, dalam jangkamasa panjang bertahun-tahun, ia boleh mengakibatkan plak semakin berkumpul dan gigi menjadi rosak, selain masalah kesihatan yang lebih serius,” kata En Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia. 
Kempen ini bertujuan untuk mewar-warkan atau mempromosikan permulaan awal bagi penjaagan kesihatan oral yang baik dengan bermula dari hentikan tabiat buruk seawal mungkin menerusi amalan terbaik .  Apapun seeloknya mula dari muda , nanti dah tua gigi dan teruk lagi susah nak jaga . Elak-elak gigi dah banyak yang tercabut sebab takjaga dari muda lagi .


Kesedaran pemahaman tentang cara menjaga mulut, gigi dan gusi daripada usia muda adalah penting, namun, satu pertiga ibu bapa di seluruh dunia mendapati ianya sukar untuk menggalakkan anak-anak agar rajin memberus gigi dengan kerap .  Memandangkan 60–90% kanak-kanak sekolah dan hampir semua dewasa menghadapi masalah kerosakan gigi di seluruh dunia , maka amatlah penting supaya rutin memberus gigi yang baik diterapkan dari awal dan juga memupuk pemahaman bagaimana pilihan gaya hidup boleh membawa impak buruk. 

Betul juga kan , memang agak susah lah nak ajar budak untuk berus gigi. Kalau mereka berus pun kadang masih tak bersih dan masih  tingalkan plak dan kotoran di mulut sampai gigi rosak atau kekuningan atau mungkin jadi kehitaman dan reput . 

“Situasi di Malaysia adalah serupa, di mana 70% remaja berusia 15-19 tahun mempunyai karies gigi manakala lebih daripada 90% dewasa daripada usia pertengahan 20-an hingga ke usia tua mempunyai karies gigi . Justeru, ianya penting agar amalan kesihatan pergigian yang utuh diterapkan pada kanak-kanak supaya kesihatan gigi tidak merudum bila meningkat dewasa, yang lazimnya berlaku pada masa kini,” tambah En Muhammad Ali.

Pada tunjang kerjasamanya dengan Persekutuan Pergigian Sedunia FDI, Philips Sonicare menyasar untuk meningkatkan kesedaran supaya orang ramai sentiasa mengingati maklumat yang harus diketahui mengenai kesihatan oral menerusi satu infografik “10 Fakta Utama mengenai Kesihatan Oral” . Ini bagi membantu orang ramai menggunakan informasi ini dengan mudah untuk membuat pilihan lebih baik dan membina tabiat lebih sihat bagi kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang.

“10 Fakta Utama mengenai Kesihatan Oral”


“Keadaan mulut seseorang mencerminkan apa yang sedang berlaku dalam tubuh mereka. Kesihatan mulut dan tubuh tidak wajar dianggap sebagai dua entiti berbeza dengan kadar penjagaan yang berlainan, sebaliknya, ianya satu hubungan dua hala dan kedua-duanya tidak boleh dipandang enteng dalam memastikan kesihatan umum seseorang adalah baik,” simpul En Muhammad Ali.

Rangkaian produk Philips Sonicare yang lengkap boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian di Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips Sonicare, layari www.philips.com.my.

RANGKAIAN PRODUK PHILIPS SONICARE 

Tipu la kalau Lisa cakap yang gigi takda plak kan , dah berus gigi kuat macam mana pun masih akan ada yang tertinggal dan jadinya plak . Berus gigi secara kuat , berdarah pula gusi. pernah Lisa gunakan dental floss untuk bersihkan sisa makanan yang tertinggal tu ..jadi terluka la pula gusi . Kali ini Lisa akan cuba produk dari Philips Sonicare pula , tengok di youtube ramai yang bagi feedback positif. Oh ya , doktor gigi pun sugest Philips Sonicare juga tau . Dalam satu pakej barangan ini lisa dapat : 

- Philips Series 2 Plaque Control electric toothbrush
- Philips Sonicare Airfloss
- Philips Tonguecare+ tongue cleaner

Jom baca pengalaman Lisa menggunakan rangkaian produk dari Philips Sonicare .


PHILIPS SERIES 2 PLAQUE CONTROL ELECTRIC TOOTBRUSH 


Biasanya kalau memberus gigi mesti akan keluar darah pada gusi tu , mungkin sebab terlalu kuat kot . Pastu masih ada makanan atau sisa makanan yang terselit dicelah-celah gigi. Huh.. dah la sakit, tak 100% bersih pula tu . Pertama kali Lisa gunakan berus gigi berkuasa elektrik seperti ini , rasa teruja! Berus ni mampu bersihkan plak sebanyak 6-7 kali lebih bersih dari menggunakan berus gigi biasa secara manual . Design kepala berus ini mudahkan kerja untuk bersihkan kotoran dan plak dikawasan yang mungkin susah dijangkau oleh berus gigi biasa . Philips series 2 plaque control electric tootbrush ini juga sesuai bagi korang yang memasang braces , so tak perlu risau .

Dalam kotak ini , barang yang akan korang dapat : 

Handles : 1  2 Series plaque control
Brush heads:  1 ProResults plaque control
1 Charger



Seronok weih , rajin Lisa gosok gigi pakai Philips series 2 plaque control electric tootbrush , rasa bersih macam baru lepas scalling . Pemakaian paling kurang 2 atau 3 minggu baru akan nampak perbezaannya , seperti plak-plak berkurangan dan tertanggal ye. Oh ya , gusi pun dah tak berdarah tau ! best.. rasa selamat gigi dan gusi. Lebih bersih tanpa rasa sakit .


Untuk satu kali pengecasan Philips series 2 plaque control electric tootbrush , boleh bertahan selama 2 minggu untuk digunakan memberus gigi.


Kepala berus yang bersudut dan juga nipis memudahkan akses yang lebih baik ke gigi belakang dan tempat yang sukar dicapai . Kepala berus juga dilengkapi dengan penutup sekali untuk cegah kuman masuk pada berus . Berus ini akan berbunyi Beeb selepas 30 second ,  time untuk pindahkan ke bahagian gigi yang berikutnya .Mulut terdiri dari 4 bahagian jadi tootbrush ini akan berhenti jika dah sampai masa 2 minit pemakaian. Mudah bukan ? 



HARGA 

Untuk harga Philips series 2 plaque control electric tootbrush boleh didapati dengan harga RM359.00 . Warranty 2tahun . 




Philips Sonicare Airfloss

Tak pernah terlintas dalam fikiran yang Lisa akan ada Airfloss sendiri , biasanya rasa gunakan airfloss ni kalau cuci gigi di Dentist saja. Philips Sonicare Airfloss , membantu membersihkan plak  dan tanggalkan kotoran sisa makanan yang melekat dicelah gigi. Terutama kalau makan sayur atau daging mesti akan menyelit dicelah gigi, lebih-lebih lagi selepas Lisa cabut gigi bongsu tempoh hari . Korang hanya perlukan masa 30 saat je untuk tanggalkan plak secara lebih bersih . Boleh say bye-bye pada dental floss pick la. 


Muncung penghujung Philips Sonicare airfloss yang bersudut dan kecil memudahkan penggunaan ,  masuk diantara celah gigi dan gusi. Hanya perlu  slide kebawah  sampailah jumpa di penghujung gusi  sehingga hujungnya sesuai dengan alur gigi. Senang cerita korang letakkan di  celah gigi berdekatan dengan gusi. 


POINT ,  PRESS , CLEAN ! 
Hanya dengan 3 langkah ini , gigi akan semakin bersih dan juga sihat.

Cara pengunaan Philips Sonicare Airfloss : - 
  • Sebelum menggunakan Philips sonicare airfloss ini , korang kena masukkan air atau mouthwash . 
  • Tekan button ON dibahagian bawah 
  • Pointkan airfloss di celah gigi berdekatan gusi , kemudian tekan . Tekan sekejap je , tak perlu tekan lelama. Nanti air tu akan menyembur sendiri diantara celah gigi tadi . 

Mudah je bukan ? Oh ya , untuk sekali pengisian air atau mouthwash tu , boleh bertahan sampai 2 kali penggunaan . Memberus gigi dengan perlahan-lahan melepaskan plak , Sonicare AirFloss membantu mencegah rongga daripada membentuk di dalam ruang antara gigi korang .





Handle yang slim dan ringan mudah untuk lisa pegang ketika menggunakannya . Tak berat jadi tak lenguh la tangan .

Items Included : 

  • AirFloss Handle :  1
  • AirFloss Nozzle :  1
  • Charger :  1 multi-voltage charger
  • Nozzle holder :  1


Jika ingin gunakan secara automatik tanpa menekan button setiap saat , Tekan button lama-lama sampai bergerak dari satu line ke line yang lainnya . Jadi dia akan menyembur setiap 1 saat. Senang tak perlu tekan-tekan lagi . Untuk cas Philips airfloss ini perlukan masa 24jam , dan boleh bertahan selama 3 minggu. 


Review Lisa : Awal pemakaian gusi bahagian depan berdarah , mungkin sebab sebelum ini gusi lisa ada ulser kot tu yang jadi berdarah . Dan juga bersihkan plak dalam celah gigi . Rasa lapang sungguh lepas bersihkan gigi gunakan Philips Sonicare Airfloss . Dah boleh buang dental floss pick yang beli tempoh hari , sebab sakit dan agak susah nak gunakan untuk bahagian belakang . Dengan Philips Sonicare  Airfloss , tinggal Point , Press, and Clean ! tak perlu susah-susah lagi . 

HARGA 

Harga untuk Philips Sonicare Airfloss ini , boleh didapati seharga RM755.00 .
Selepas penggunakan selama 3bulan berturut-turut , Philips Sonicare Airfloss korang dah boleh gunakan 3 atau empat kali dalam seminggu. 




Philips Tonguecare + tongue cleaner


Dengan 240 MicroBristles getah, TongueCare + berus lidah direka khusus untuk membersihkan permukaan lembut dan berpori lidah . Kontur MicroBristles yang fleksibel dan perlahan-lahan membersihkan di sekitar rabung dan alur, untuk membuang bakteria dan memacu bakteria membunuh lidah BreathRx yang lebih mendalam. Bentuk padat membolehkan korang selesa membersihkan seluruh lidah. 

Cara penggunaan , pakaikan di handle atau badan Philips series 2 plaque control electric tootbrush tadi . Jangan lupa pakai spray lidah sebelum menggunakan Philips Tonguecare + tongue cleaner untuk membersihkan lidah dari bakteria jahat yang menyebabkan mulut busuk dan nafas berbau. Bayangkan korang bersembang dengan kawan yang nafas berbau , mesti tak selesa bukan ? 


Harga 

Untuk harga Philips Tonguecare + tongue cleaner boleh didapati dengan harga RM89.00 untuk 2 pack berus lidah. 





REVIEW LISA : 

Gigi rasa lebih bersih dan terjaga lepas menggunakan rangkaian produk dari PHILIPS SONICARE ini. Bersihkan plak pun senang  , berus gigi 5x lebih bersih dan juga gusi dah tak berdarah lagi .Yang paling penting , ulser Lisa sebelum ni pun dah hilang semenjak pakai philips sonicare ini. Hebat betul kan.. Sekarang boleh senyum tanpa segan silu ! Dah tak perlu sakit , dan memberus gigi kuat-kuat untuk dapatkan gigi yang bersih. 


Jom sama-sama jaga kesihatan mulut dan kesihatan oral ,. 


SayAhh : THINK MOUTH , THINK HEALTH ! 


Rangkaian produk Philips Sonicare yang lengkap boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian di Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips Sonicare , layari 

JORDAN 180 YEARS ANNIVERSARY

ANNIVERSARY JORDAN YANG KE 180TAHUN


Assalamualaikum ! Jujurnya kalau dengar nama doktor gigi atau dentist ni mesti orang rasa seram sejuk je . Ramai yang takut nak check atau perisa gigi yang memang dah sepatutnya jadi benda wajib kena pergi setiap 6 bulan satu kali . Lepas dari cabut gigi bongsu tahun lepas , Lisa memang jaga gigi betul-betul. Takut kena cabut gigi lagi nanti huhuhu..Pastikan gosok gigi paling kurang 2 kali sehari juga selepas makan dan sebelum tidur. Pilih juga berus gigi yang sesuai dengan keadaan gigi kita ye ! Esok sambut new year, Lisa dapat precious gift dari Jordan toothbrush sampena JORDAN 180 YEARS ANNIVERSARY . Terimakasih Jordan Asia Pasific  , you make my day ! auch.. terspeaking pulak . 


JORDAN MENJAGA GIGI SELAMA 180 TAHUN 


Pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1837 sebagai perniagaan keluarga kecil Norway, Kumpulan Jordan yang berpusat di Oslo kini menjadi peeintis di Scandinavia. Seorang perintis dalam pembangunan dan pemasaran produk penjagaan mulut canggih, jenama Jordan adalah merangkul gaya hidup pilihan!


Cara Memilih Berus Gigi 

Berikut ini Lisa akan kongsikan cara memilih berus gigi yang baik. 

1. Pilih Berus GiGi yang lembut

Berus gigi yang paling sesuai ialah yang lembut, yang sesuai dengan gigi dan gusiKorang boleh baca jenis berus gigi tersebut label di bahagian kotak hadapan.Kebiasaannya ia akan ada dalam 3 kategori. Soft, hard dan normal.



Ada juga yang menggunakan soft, medium dan firm seperti di atas oleh Oral B.

Untuk memilih ia masih lagi bergantung kepada sifat sensitif gigi korang . Jika ia terlalu sensitif mungkin jenis soft yang paling sesuai yang sangat digalakkan oleh pakar pakar dentist.

Namun jika gigi sihat, dan asalkan anda tidak mengenakan tekanan yang kuat kepada gigi anda semasa memberusnya, lebih kasar berus gigi firm seperti di atas pasti tiada masalah.

Ada juga berus gigi yang berlabel “extra soft” yang kemungkinan untuk gigi yang lebih sensitif.Untuk yang normal tak perlulah gunakan “extra soft” kerana ia terlalu lembut.


2. Saiz Head Berus Yang Kecil

Saiz head yang digalakkan adalah yang lebih kecil supaya senang diselenggara di celah celah gigi anda.

Untuk handle pula pilihlah yang selesa untuk dipegang (maneuver) semasa anda gunakannya nanti. Kebiasaannya saiz yang besar adalah yang lebih sesuai.

Ada juga handle yang di bahagian neck ( antara handle dengan head ) seperti ada spring untuk memastikan yang anda hanya gunakan tekanan yang perlu sahaja. Ini juga alternative yang baik.

Walaubagaimanapun jenis bulu berus juga yang paling penting , rujuk tips yang pertama tadi .

 



3. Masa Guna Dalam tempoh 3 bulan
Masih ada yang keliru ni , ternampak kawan Lisa share yang tukar berus gigi 6 bulan sekali . Yang 6 bulan sekali tu pergi check gigi di dentist / doktor gigi ya .. untuk masa guna berus gigi ialah dalam tempoh 3 bulan . Jangan espect untuk gunakan berus gigi selama mungkin, atau pun hanya tukar sekiranya berusnya sudah kelihatan tidak elok lagi. Tetapi jika sudah lebih 3 bulan digalakkan korang tetap tukarkan yang baru juga. Mungkin cantik dan nampak sesuai lagi tapi kuman kemungkinan sudah ada di situ.


YEY ! Lisa dah ada berus gigi JORDAN ORAL B stock untuk setahun !

Berus Gigi Jordan Untuk Kanak-Kanak . 

Pernah nampak gigi kanak-kanak rosak, kehitaman  ? mesti pernah kan. Sama ada kenal atau tak , bahkan mungkin didalam family sendiri ada yang mengalaminya . Alhamdulillah setakat ni gigi si Little Boy elok dan terjaga. Salah satu cara ialah Lisa pastikan yang dia berus gigi ketika mandi dan sebelum tidur . Bagi je dengan berus gigi yang comel , nanti rajin la dia memberus gigi tu . Dengan berbagai pilihan Berus Gigi Jordan untuk Kanak-kanak , lagi senang la nak curi hari si kecil . 




Bilakah anda boleh membiarkan anak anda memberus giginya sendiri? 

Yang Lisa pernah baca , anak anda tidak pandai memberus gigi dengan betul sehingga ia mula pandai menulis dan mula bersekolah. Walau bagaimanapun, adalah baik jika korang memberi anak anda memberus giginya sendiri jika dia mahu. Tetapi setelah itu pastikan periksa dan memberuskan giginya sekali lagi jika perlu. Berikan pujian kepada anak jika dia pandai memberus gigi dan beritahu jika dia tidak memberus di beberapa bahagian gigi. Tunjukkan cara yang betul secara berterusan sehingga anak anda pandai memberus gigi dengan baik.



Berbagai pilihan berus gigi yang comel dan menarik  dari JORDAN untuk kanak-kanak , memang menarik perhatian si kecil ..  sebab tu little boy suka berus gigi sendiri . 


Dari banyak berus yang Lisa dapat , 2 berus ini menjadi pilihan Lisa . Gigi agak sensitif kebelakangan ini kalau makan makanan manis . Mungkin kena check la agaknya ... sebab tu kadang guna soft , kadang pakai yang ultrasoft. 

Korang boleh dapatkan Jordan Oral Care ini , Available at major supermarkets , pharmacy and also by online at www.shopee.com.my & www.motherhood.com.my.

Check it out - www.facebook.com/jordanasiapacific !!


Selamat menyambut anniversary ulang tahun yang ke 180 tahun JORDAN Asia Pasific , Terimakasih sebab setia menjaga gigi kami . 

Pstt... try la ;) 


#JordanAsiaPasific 
#LifeIsSweet 



Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi

Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi


Pengalaman Lisa cabut gigi bongsu  memang rasa menyesal sebab tak jaga gigi betul-betul . Mungkin pemilihan ubat gigi yang salah dan penjagaan sebabkan gigi bermasalah . Lepas dari tu memang Lisa rajin 6 bulan sekali check dan cuci gigi di klinik swasta , sebab busy kerja takde masa nak pergi klinik goverment. Bercakap tentang ubat gigi ,  Sebenarnya dah lama kan pernah terdengar atau viral  tentang tanda warna yang terdapat pada tube ubat gigi.  Tadi Lisa terbaca di twitter Dr ib shah | ayiem‏ , wahh ternyata selama ini ramai yang tertipu dengan mitos tanda warna pada tube ubat gigi . Ishh.. kalau ramai yang buang ubat gigi hanya sebab gambar viral tu , sebenarnya korang dah melakukan pembaziran . 


Periksa ubat gigi di rumah dan pastikan tiada toxic! 

Selalu dapat message macam ni di whatsapp? Dah tiba masanya untuk hapuskan terus mitos tanda warna pada tub ubat gigi. 

Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ? 

Warna pada hujung tub ubat gigi tu dinamakan “eye mark” . ia digunakan oleh machine sebagai tanda untuk lipat dan “heat stamp” . Bukan sebagai tanda kandungan ubat gigi ! Hampir semua tube yg menggunakan teknologi dan mesin memproses yang sama ada tanda eye mark ni. bukan hanya ubat gigi.  Kadang2 di tengah,kadang2 di tepi. Kan.. kalau perasan di skincare atau cosmetik dan banyak lagi , ada tanda yang sama juga. Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ?  bawah ini jawapannya 



Tapi kenapa kena ada warna yang berbeza doc? Guna satu colour je la sebagai eye mark? 

Ini jawapannya : Sebab mesin lain pengeluar pilih warna yang lain. juga banyak saiz tube dan bentuk tube. Sekali lagi bukan untuk tentukan bahan dalam ubat gigi tersebut . 

Jadi kenapa wujudnya “hoax” ni?  ianya tujuan marketing. Bila kita takutkan orang lain dengan mengatakan ubat gigi pesaing mengandungi chemical, dan ubat gigi keluaran syarikat sendiri lebih natural, jualan akan meningkat. Pada pendapat Dr. Ib Shah , ini marketing murah dan tak beretika . 



Betul juga kan , selalu je nampak iklan saling menjatuhkan pesaing . Hahaha... jenama X mengandungi bla bla bla... bukan hanya ubat gigi sahaja , banyak lagi produk lainnya yang guna marketing seperti itu .

Yang penting semasa memilih ubat gigi adalah lihat bahan2 didalam “ingredients” Pastikan mengandungi fluoride utk menguatkan gigi dan menghalang bacteria  ( bagi dewasa ) Gigi sensitif dan gusi berdarah juga ada jenis tertentu, boleh pilih ikut kesesuaian .

KESIMPULAN :
Jadi kesimpulannya janganlah buang ubat gigi dirumah semata mata kerana penipuan ini. Jadilah pengguna yang bijak.lagipun membazir itu amalan syaiton
Lisa pun baru tahu juga hari ini , hahaha.. naseb baik Lisa bukan jenis membazir dan buang ubat gigi yang ada tanda warna pada tub ubat gigi . Adeh... kan dah jadi membazir . Betul tak ..

Zaman gajet dengan tehnologi canggih sekarang ini ,mudah je berita yang belum tentu kesahihannya tersebar dengan cepat. Jadi bijak sebelum percaya dengan mitos mitos yang tersebar. 

Cuci Gigi di Klinik Pergigian Majestic


Hai korang ! selamat hari Juma'at .. Before this Lisa ada share pengalaman cabut gigi bongsu di klinik pergigian Majestic, kali ini apa pula yang Lisa buat kat sini eh , cabut gigi lagi ke ?? Hola.,, Lisa cuci gigi , scalling dan polish sekali . Agak lama tak check gigi , jadi tergerak hati nak buat rawatan . Orang cakap cuci gigi ni sakit dan ngilu, dengan mesin yang bunyi berdesing.. betul ke macam tu ? Macam seram je kan nak pergi . 

NGILU ATAU SAKIT TAK KALAU CUCI GIGI ? 



Macam selalunya , sebelum datang klinik ..Lisa akan buat appoiment dulu . Senang je , Pm kat Facebook je .. punyalah malas kan . Korang boleh guna apps " book doc " di smartphone  untuk memudahkan lagi , juga boleh pilih doctor mana satu . rujuk sini :  https://www.bookdoc.com/ .  

Sampai disana , kena tunggu doctor dulu.. lepas duduk je ada la 2 3 pesakit datang . Fuh naseb baik dah booking awal kan , mau lama juga kalau tunggu . Doctor dah sampai , then nama Lisa pun di panggil . Masuklah dalam bilik doctor tu ..kekeke perasaan  jangan ditanya la.. dap dip dup macam tu. 

Duduk di kerusi itu , then doctor yang lemah lembut tu pun tanya bila last cuci gigi , adeh.. mana nak ingat..sebab dah lama . (pemalas betul kan ) . Pastu dia tengok-tengok..kemudian buat la cuci , scalling dan polish tu . Nganga mulut dan bunyi zenggggggg zinggggggg.... macam tu . Ngilu atau sakit tak kalau cuci gigi ? ha.. tak pon. just bahagian gigi depan tu je la agak ngilu.. tapi sebenarnya tak seseram yang dibayangkan . Rasa macam ada besi melekat kat gigi  . 



Lisa memang ringan mulut tanya ini itu sebelum proses cuci gigi ni . Boleh tahu doctor kalian tu friendly ke tidak.. and boleh kurangkan nervous tau . Proses cuci-scalling- and polish ni memakan masa 20-30 minit gitu . Korang baring je dekat kerusi itu then biarkan doctor yang handle. 

Doctor ada bagitau yang akan rasa ngilu sedikit time cuci bahagian depan , so korang kena tahan la . Yela,, 2 gigi depan kan kecik je..pastu kena scalling... memang ngilu gitu . Ha.. part last Lisa suka.. iaitu polish . Rasa mint sejuk-sejuk gitu ... gigi pun bersih blinkk blinkkk !! 

Settle !
Yey ... Gigi sudah bersih dari segala khazanah !!
Uoll's bile lagi ? 😜 rase lapang je mulot ni !

***************************************

Harga Cuci Gigi Di Klinik Pergigian Majestic


Harga untuk kos cuci , scalling , dan polish gigi RM90.00  , lupa pula selit mana ntah resit tu . Mahal ?  kalau nak murah korang boleh pergi ke klinik kerajaan , tak silap sama ada RM3 gitu . Tapii... scalling , cuci , polish kena berlainan hari . Tak boleh buat dalam hari yang sama .. almaklumlah..murah .. so korang kena ikut terms diorang la. 

Bagi Lisa harga tu harga standart , sebab pergi klinik swasta check demam panas pun dah kena RM60 apalagi ni buat bersihkan gigi guna mesin selama berpuluh minit ( depends ketebalan kerak karang dekat gigi korang, lagi tebal lagi lambat la  ) , layanan yang tiptop, dan memang Lisa ni kerja balik petang kalau pergi ke klinik kerajaan pun dah tutup. Tak boleh book awal kalau kat klinik kerajaan , gitu ... so terpulang korang la nak yang mana satu . 

Korang yang ada masalah mulut busuk ke terutama perokok tegar , ha,., elok la bersihkan khazanah yang ada dalam mulut tu . Series beb.,. rasa lapang gitu . Jangan tunggu dah teruk pastu malu dah nak pergi check kat klinik gigi. IShhhh,,, bukan budak-budak dah . 

Klinik Pergigian Majestic 

No. 11 Tingkat 1 , Jalan Durian
86000 Kluang -Johor
07-7711246
email : majestiicdent@gmail.com

Facebook :

Fanpage :

WAKTU OPERASI: 
ISNIN-JUMAAT: 9AM-5PM & 8PM-10PM
JUMAAT-SABTU: 9AM-5PM

* PH & SABTU MINGGU KE2&4 CUTI



Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Di Klinik Pergigian Majestic



Finally , Lisa ucapkan selamat tinggal kepada gigi bongsu setelah 20 tahun bersama . Lama juga la menahan sakit gigi si bongsu ni , ingatkan gusi bengkak atau sebab sakit biasa je .. tu yang biarkan je la selama masih mampu bertahan . Susah sikit nak pergi klinik gigi , sebab balik kerja pun pukul 6 petang .. mana nak cari yang dekat dengan bandar lepas tu buka time malam , nasib baik ada orang yang sugest ke Klinik Pergigian Majestic . Heee duduk je kat kluang , tapi tak tahu pun ada klinik gigi dekat area bandar. Hahahaha.. 



Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Di Klinik Pergigian Majestic

26 October 2016 ,  Lisa message di Inbox Facebook Klinik Majestic , haa..senang urusan kan..serba canggih ada facebook dan fast respon . Lisa tanya la , hari tu ( Rabu ) ada buka tak , dan malam klinik buka pukul berapa . Dia respon , buka pukul 8.00 , argh CUN ! Ngam dengan lepas kerja , sempat lagi nak makan . Pukul 7.50 malam , Lisa pun dah terpacak di bawah depan klinik tu . Dengan hujan renyai-renyai angin berhembus sepoi.. aku tanya lagi . Dah buka ke ? Yala.. mana tahu nanti dah naik atas , pintu terkunci lagi . M.D.C ( Majestic Dental Clinic ) pun jawap dah boleh masuk . La.. lebih kurang macam tu la , tak kan semua benda nak ingat. Hihi .. Masuk je , ada staff cun yang duduk depan PC , bingg... (bunyi message FB ) , Lisa bagitau la.. nak check gigi sakit , lepas tu isi borang registration dan suruh duduk sekejap tunggu doctor datang .


Living room , rasa dap dip dup juga la malam tu . Pstt ada WIFI free dalam klinik tu , korang boleh minta password di counter registration dengan awek lawa tu ha.. Heheeh Lisa seorang je rasanya yang ada ,  tapi tak tahu la lepas  balik maybe ada pesakit yang lain . Tepat pukul 8 malam , doctor pun dah sampai . Then nama Lisa pun dipanggil untuk masuk dalam bilik "surgery 1 " pintu yang sebelah tepi tu .  Oh lupa , nama doctor tu , Dr Siti Zuraini Binti Momin . Atau orang panggil Dr. Zu kot tak silap.  


gambar credit facebook : Majestic Dental Clinic 
Baring la di kerusi untuk check gigi tu , lampu dihalakan ke mulut dan kemudian buka mulut.. nganga .. "  aaaaaaaa"  , doctor guna besi untuk luaskan mulut ..dia check . Dr. cakap , gusi dah bengkak , dan tanya la soalan .. sakit teruk tak gigi ? sakit sampai tak boleh nak tidur ? Lisa jawap je la memang sakit dan tak boleh tidur pun . Dr. Zu bagitau yang gigi dah reput teruk dan kena cabut , tapi kena tunggu selepas 5 hari baru boleh cabut gigi . Dia akan bagi ubat tahan sakit dan ubat antibiotik , kena habiskan selama 5hari tu sebelum proses cabut gigi . Bengkak tak boleh nak cabut gigi , nanti takut kena saraf kot . (memandai je Lisa ni ,,hahaha ) baca di encik google la ,, nak tanya doctor pun tak sempat ,, dengan tahan sakit gigi lagi . urghhhm ! Buat appoiment  , cabut gigi on 5 day's after . Lisa request hari Isnin , sebab Ahad tu masih di Desaru . 

Lisa baca pengalaman Ajeeb  cabut gigi , huh.. seram gila baca blog tu . Hahah ketar tangan juga la nak cabut gigi , betul ke sama seperti cerita kawan tu ?  Isnin , 31 Oct 2016 , 8 malam .. Lisa datang semula ke Klinik Pergigian Majestic , kali ini sampai je sana dah ada sepasang suami isteri sedang tunggu . Ok .. Aku duduk sekejap , tunggu lepas turn diorang baru la masuk untuk cabut gigi . Duduk dalam kerusi cabut gigi , cahaya di halakan ke mulut , lepas tu ... Dr. tanya sakit dah kurang tak lepas makan ubat ? hee Lisa cakap je dah kurang . Dan mula lah proses cabutan gigi tu .


Dr. Zu letak gel kaler orange di sekitar gusi bongsu , then suruh tutup mulut tunggu beberapa minit . Lepas tu , inject bius pula. 2 kali kena bius dengan jarum panjang kawww... ahaahah 5 ml kot ubat bius tu , agak-agak je sebab tak nampak mana . Mata memang dah pejam dulu la sebelum nampak jarum tu masuk dalam mulut. Seram weii... haha pastu , macam kena gigit semut ... inject la dalam pipi kot , .. atas dan bawah . Tunggu pipi kebas , lidah separuh kebas , dan mulut tak rasa pape . Selama 10 minit macam tu kot , Dr. Zu minta untuk kumur guna air dekat cawan sebelah tu . Aku kumur la sampai abes air tu , then diorang bercakap guna bahasa medic kot , tak tau la suruh ambek apebende ntah . Lisa pejam mata je , takut tengok spana (besi cabut gigi tu ha )  .

Baru nak check gigi , tarik sekali... "urghhh.. " sakit ualls gigi sampai ke rahang bawah ., doc cakap kena bius lagi sekali . maksudnya 2x  atas bawah . total kena bius 4 kali.. haah padan muka aku . Kali ni Dr. cakap.. kumur sekali je . OOo mybe sebab aku kumur banyak kali time memula tu kan . jadi bius hilang dan rasa sakit . sambil tunggu tu , sempat lagi minta tolong doctor  (walaupun aku sebenarnya segan )  untuk ambilkan phone i yang di kerusi , haha boring kot kena tunggu diam-diam macam tu , elak tertidur susah . Krak kruk krakk.... sampai lenguh tangan Dr. tu .. nampak samar-samar , tangan dia gigil penat . ehehehe susah kot cabut gigi bongsu ni sebab letak kat dalam sekali . Rileks.. bernafas macam biasa ,... jangan kaku ... jangan takut.. (antara pesanan doktor tu  ) , ikut je la biar cepat and senang proses . Agak lama juga , dalam lebih kurang 1 jam baru berjaya kuarkan gigi bongsu ku .

Keesokan harinya.. Lisa demam beb.. hahaha. mybe sebab terkejut kehilangan gigi bongsu... tapi ok la.. sebab tak perlu tahan sakit gigi tu, naya aihh. 


gigi bongsu
Two side Gigi bongsu berlubang dan reput 

Sebenarnya dah berbulan sakit , tapi time tu lubang kecik lagi  jadi Lisa nanti-nanti la pergi check di klinik gigi , sekali aritu berdenyut sampai nangis tak boleh tidur. tengok-tengok dah teruk lubang kat gigi .



Nampak tak ? reput dah gigi tu , memang rosak teruk tak boleh nak tampal . Yang berlubang tu dekat dengan Lidah .. yang hitam cendawan tu dekat dengan gigi , susah nak bersihkan nak cungkil guna pencungkil gigi yang ada benang tu . 

Terimakasih untuk Dr Siti Zuraini Momin , terimakasih juga kepada staff Klinik Pergigian Majestic  sebab memudahkan proses cabut gigi bongsu kesayangan ni  ... hihi. Memang rekomended !! staff dan doktor yang peramah , mesra dan lemah lembut juga  tak putus senyum . Rasa diperlakukan macam princess gitu . Korang boleh try la cuci gigi , putihkan gigi ,  check gigi, rawatan gigi , cabut gigi , pasang braches .. semua ada disini .  Tempat ini rekomen sangat sebab terletak di tengah bandar jadi korang senang nak datang , also malam pun ada buka , tak susah cari tempat ini.. depan-depan masjid Bandar Kluang ja ..
Psttttth : usah risau pasal harga, tak mahal weii...

Pesanan dari Lisa : 
Kalau gigi korang rasa ngilu ke sakit sampai sakit kepala , better terus pergi check di klinik pergigian terdekat . Jangan tunggu sampai dah tak boleh di selamatkan baru nak terhegeh-hegeh pergi . Boleh makan kos , dan pastinya korang akan tersiksa siang malam dengan sakit itu . Jaga kebersihan , berus gigi paling kurang 2 kali sehari .


Jadual Hari bekerja Majestic Dental Clinic :  


Klinik Pergigian Majestic 

No. 11 Tingkat 1 , Jalan Durian
86000 Kluang -Johor
07-7711246
email : majestiicdent@gmail.com

Facebook :

Fanpage :


© all rights reserved
made with by templateszoo