Ad

Showing posts with label TITIAN CINTA. Show all posts
Showing posts with label TITIAN CINTA. Show all posts

Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah

Lirik SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah ost titian cinta

Lirik SUMPAH CINTAKU by Asfan Shah 

Hei ualls... yang follow episod demi episod Titian Cinta Slot Akasia TV3 mesti pernah dengar lagu ini. Sedap dengarnya dan ayat tu rasa jiwang gitu. SUMPAH CINTAKU dinyanyikan oleh Asfan Shah dijadikan lagu OST untuk TITIAN CINTA. Nah bawah ini adalah lirik sumpah cintaku dan juga video sekali . 



Lirik lagu SUMPAH CINTAKU - Asfan Shah [ OST TITIAN CINTA ]


disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

lambaian mu di dalam mimpi
bayangan senyum bidadari
indah segenap rasa tak terbagi
belah lah jasad ku
tirai kenangan ku

pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati

di syurga tetap kau ku nanti
sumpah cintaku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari

belah lah jasad ku trai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala
hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)



hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi
genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu

VIDEO SUMPAH CINTAKU-ASFAN SHAH 


BIODATA FARAH NABILAH

BIODATA FARAH NABILAH 


Lembut je kan tengok wajah dia bertudung , ramai yang tertanya siapakah nama pelakon yang memerankan watak Aishy dalam drama TITIAN CINTA , Slot Akasia di TV3 ni ? Watak Aishy dilakonkan oleh Farah Nabilah . Jom ketahui biodata Farah Nabilah lebih detail lagi .. 


BIODATA FARAH NABILAH [ watak Aishy dalam Titian Cinta ]

Nama Panggilan: Farah Nabilah
Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
Umur: 25 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Pendidikan: Jurusan Psikologi
Kerjaya: Pelakon, Model Iklan
Drama: Inikah Cinta, Papa Ricky, Titian Cinta (2017)
Laman Sosial:
Instagram: https://www.instagram.com/fawaaaa/


Gambar Farah Nabilah




Selebihnya korang skodeng la sendiri dekat IG dia hehee.. bye . ! 

BIODATA TISHA SHAMSIR



Assalamualaikum ! Drama Titian Cinta telahpun sampai ke episod 3 hari Khamis lepas . Korang kenal tak SOFIA / Sofea ,watak antagonis yang jahat sanggup tikam kawan sendiri tu. Watak sofea dilakonkan oleh Tisha Shamsir Alam yang dulu pernah juga berlakon di Gerak Khas. Eh geram je tengok Sofea dalam Titian Cinta TV3 tu . Mentang-mentang si Rayan lebih kaya dari Haris , terus sailang dari Aisy .  Ter-emo pulak wak kita ni .  Biodata Tisha Shamsir ada dibawah ini. 


Biodata Tisha Shamsir 

Nah berikut biodata penuh Tisha Shamsir yang setakat ini Lisa tahu la . Tisha Shamsir (lahir Shanorbiah binti Shamsir Alam; 20 Januari 1986) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim keenam. Tisha terkenal menerusi watak sebagai Huda dalam filem Villa Nabila dan sebagai Inspektor Tisha dalam Gerak Khas.

Nama Penuh: Sharnobiah Shamsir Alam
Nama Panggilan: Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh , Kelantan
tarikh lahir : 20 Januari 1986
Umur: 31 (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Penglibatan: Bekas Peserta Mentor 6
Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Villa Nabila, Bahagia Kasihmu, Titian Cinta (2017)

Laman Sosial:
Instagram: @tisha.shamsir.alam 
Facebook : https://www.facebook.com/tisha.shamsiralam




Senarai Pelakon Titian Cinta


Senarai Pelakon Titian Cinta

Tertunggu-tunggu juga drama TITIAN CINTA TV 3  ni , ingatkan Isnin dah ditayangkan , tapi ditunda Selasa . Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Watak Hero dan heroin gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Senarai Pelakon dalam Titian Cinta antaranya  : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd 



Pelakon Titian Cinta 

Watak pelakon dalam titian cinta ni mesti dah tak asing dalam mata korang . Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nah Lisa bagi detail senarai pelakon titian cinta yang ditayangkan di TV3 



PELAKONWATAK
Zul Ariffin sebagaiUmayr Harris
Farah Nabilah Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir AlamSofia
Daler Yusuf Ryan Smith
Shah JazleDaniel
Dian P. Ramlee Hajah Mariah
Marisa Yasmin Puan Sri Nora
Arash Mohd Tan Sri Hakim
Kuza Hajah Mariam
Rahim Jailani Haji Helmi
Dottie Sakeena
Adam Shadan Fahmi
Feiyna Taj Farah
Rais IsmailRazali
Dibi Halim Liya
Kamaliah Mat Dom Mak Siah
Qis SajatPuan Kamaliah
Kamal Ibrahim Syed Jamal
Razali GhaniPak Rusydi
FahaNafeeza
AlexandraMelissa



LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA

Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda


SINOPSIS TITIAN CINTA

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?


GAMBAR PELAKON 


Credit : myinfotaip










© all rights reserved
made with by templateszoo