Ad

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah

Hilangkan Parut Jerawat Dan Naikkan Seri Wajah Pengantin | Bagi kalian anak gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi , Lisa ingin mengkongsikan tips atau petua untuk menaikkan seri wajah pengantin kalian, tak perlu mahal dan tak susah. Wah.. macam best je kan ,kaum hawa dengan kecantikan tak akan terpisahkan. Hehe..
Ada photographer bagitahu , walau cantik macam mana pon MUA tu solek wajah kita,kalau muka kita kering, berjeragat, photographer still tak boleh edit untuk buat muka kita nampak flawless.
 Berikut petua-petua yang Lisa ingin kongsi kan :


4 BULAN SEBELUM MAJLIS  PERNIKAHAN

Bahan yang diperlukan :
* 1@2 Buah tomato , Hiris tipis-tipis
* 1 sudu Gula
* 1 sudu madu

Caranya :
:  Lumatkan tomato dan campur dengan semua bahan sampai melekit. Sapu pada muka dan Biarkan kering . Selepas kering, basuh dan bilas. Lakukan setiap malam sebelum tidur .

Tomato : berfungsi untuk agen antioksida yang mampu membuat muka kita nampak awet muda dan macam Lisa (*ehh _ perasan ) dan hilangkan parut jerawat .
Gula : natural exfoliator , yang mampu berfungsi untuk menanggalkan semua kotoran pada muka. Dan  tak akan buat liang tersumbat dan akan balance muka kita berminyak especially utk combination skin.
Madu : berfungsi untuk menghaluskan kulit.

Kalau tak mampu buat setiap malam ,boleh amalkan 3 atau 4 kali seminggu. Dan 1 bulan sekali lakukan facial muka di mana-mana spa yang kalian rasa sesuai dengan Baget poket kalian.

2 MINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Time ni kalian dah boleh stop lakukan cara-cara diatas, dan mula start a new beauty regime . Letak Mask kat muka , agar muka kalian jadi lembab tak kering . Lepas tu guna Brightening Mask , seminggu sekali cukup la.. nanti kalau kalian guna setiap malam.. Kulit kalian berubah mengelupas dan kering. Hohoho mesti tak nak kan. Mask ni kalian boleh guna  jenama yang sesuai dengan kulit kalian. Dengan ini nanti wajah kalian akan mula naik Seri 

2 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN 

Malam sebelum tidur, cuci muka seperti biasa . Kemudian bilas dengan air batu. Kenapa ? untuk bantu liang muka mengecil dan membantu aliran darah mengalir diwajah. Kalau rajin , rendam tuala dalam air batu dan tutup wajah kalian , biarkan selama 15minute. Jangan lama-lama.. nanti tidur tak bangun pulak. hehe

THE MORNING OF THE DAY 
Bilas muka dengan air batu satu jam sebelum disolek , ini berguna untuk segarkan wajah dan juga kejutkan muka kalian sebab mamai. Pasti nerves malam sampai susah nak tidur kan ?

Oh lupa,, kalau susah nak tidur , kalian buatlah solat sunat 2 rakaat. Insyaallah tidurpon lelap dan keesokan harinya ketika bersanding nampak tenang , ayu, dan sopan gitu.

Usaha ya sayang .. U Can DO IT  .




Isu Program Makan Katak Di Sekolah


Isu Program Makan Katak Di Sekolah | Beberapa hari lepas... Malaysia dikecohkan dengan  program sentuh dan peluk Anjing,kemudian semalam dihebohkan pulak dengan gambar dan status dari seseorang yang menyatakan ade pihak sekolah yang menganjurkan cikgu dan anak murid makan katak. Haish..mana dapat berita la budak budak sekarang ni,tak selidik asal usul kebenaran dan kesahihan berita tu pastu main upload gambar dan letak caption suka hati diorang. 

Sebenarnya ia program demonstrasi iktiar hidup yang dijalankan oleh Pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. Dan tiada program makan katak disekolah,semua itu Palsu  sahaja ! Gambar itu gambar pose cikgu sahaja. Dan mohon kepada admin SSTV (Sukan Star Tv) atau semua pihak yang telah menyebarkan gambar dan berita palsu untuk remove cerita mengenai makan katak tu. 

 Jangan lah dok sebar berita yang tak tentu lagi kesahihannya. Jangan jadi keyboard warrior ya.. tak pasal -pasal nanti kena saman malu. Dan boleh menjadi sebuah fitnah. Kalau terkena ke batang hidung sendiri baru tau macam mana rasa apa yang sekolah dan pihak yang berkenaan itu rasa . 


Video Yang Akan Membuat Kalian Menangis

Video Yang Akan Membuat Kalian Menangis | Farizal , budak 10tahun yang telah kehilangan ibu dan bapanya dan kemudian terpaksa berhenti sekolah . Dia memilih bekerja untuk menyara kehidupan adiknya ,dan juga membeli nasi untuk makan adiknya. Katanya,biar dia berhenti sekolah tapi bukan adiknya. Jika dia menang audisi.. dia ingin memperbaiki makan arwah kedua ibu bapanya,yang sangat menyayanginya ketika arwah masih hidup. 

Mini Giveaway by Syira Lokman

Mini Giveaway by Syira Lokman|klik banner untuk join atau klik Disini

Headset Gaming Siberia V2 Frost Blue


Headset Gaming Siberia V2 Frost Blue | Headset untuk para peminat game yang semestinya cantik dan mempunyai kepuasan tersendiri ketika melayan game.  Siberia V2 Frost Blue produk keluaran dari SteelSeries , dengan pemprosesan audio asli yang dihubungkan dari USB 2.0, sambungan yang sama untuk pencahayaan dari 16 LED(8pada setiap earcup) yang menghasilkan cahaya "Frost Blue " .
Suara yang dihasilkan pon memang tip top audio seperti asli. Memang puas hati lah kalau main game menggunakan Headset ini .

Siberia V2 Frost Blue ,kecerahan dan pencahayaan dari LED ini dikonfigurasi oleh mesin software steelseries ,yang juga digunakan untuk mengkonfigurasikan DAC USB yang boleh mengendalikan  Headset .



.
Variasi Baru dari jenis headset yang didominasi oleh kaler putih dan lampu "frost Blue " pada earcup headset.
Juga dilengkapi dengan microphone yang memudahkan kalian untuk berinteraksi dengan team U'alls ketika sedang bermain. Best wooo. Bagi perminat game memang best dan terasa lengkap kalau ada headset ini. !
Siberia V2 juga termasuk dalam kategori TOP 5 Gaming Headset 2014 !


Headphones

- Frequency Response: 18 – 28000 Hz
- Impedance: 32 Ohm
- Cable Length: 3 m (9.8 ft)
- Jacks: 3.5 mm



.

Microphone

- Frequency Response: 50 – 16000 Hz
- Pick Up Pattern: Uni-directional
- Sensitivity: -38 dB



.

Compatible With: Windows, PS4*, PS3*, Xbox 360*
* May Require Extra Adapters Or Only Be Partially Compatible. See Our "Headset Platform Compatibility" Article In The F.A.Q. Section.
Nak tahu macam mana bunyi suara yang kita dengar melalui Headset Siberia V2 ini?  Boleh dengar dari review dibawah ini.

Kunci Kunci Meraih Kebahagiaan

Kunci Kunci Meraih Kebahagiaan | Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
Maka keesokan harinya
Akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini

 
Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya .
Kunci Rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan.
Kunci syurga ialah mengEsakan Allah swt.
Kunci Iman ialah Merenungkah Ayat-ayat Allah swt dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk -makhlukNya.
Kunci kebaikan adalah Kejujuran.
Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran ,Berdoa dimalam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.

Kunci ilmu pengetahuan ialah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik .
Kunci kemenagan dan kejayaan adalah Sabar, kunci kebahagiaan adalah takwa.
Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah ialah Berdoa. 

Ya Tuhan Kami , kurniakanlah kepada kami rahmat disisiMU.
Bersabarlah kamu terhadap musibah yang menimpamu .

Gambar Puting beliung di Pandamaran, Klang.


Gambar Puting beliung di Pandamaran, Klang |  Berikut ialah gambar puting kerosak akibat puting beliung di Padamaran ,Klang pada 21/10/2014.


Tak reti Baca Atau...?

TAK RETI BACA ATAU.. memang sengaja tak nak baca? Pintu Pagar dah tarik,pintu cermin dah kunci. Tanda closed pon dah pasang  , Lampu office pon dah tutup tinggal lampu yang menghala ke meja kerja sahaja sebab nak buat report closed balance. Hurm,tapi ada sahaja satu manusia berhati perut. Dua orang aunty cina ketuk-ketuk pintu cermin. Dah lewat jam kerja 30minute. Haish..tadi   
dok berborak borak je kat depan. Dah closed 30minute baru nak ketuk-ketuk paksa masuk. 
Lisa kat dalam tengah kira repeort memang tak leh nak tinggalkan . Dalam 18minute juga orang tu ketuk-ketuk pintu.  Dah gelap macam tu tapi still nak masuk.mOtif?? 
Demi keselamatan dan bukan nak berfikir buruk tapi sebab banyak kes berlaku..so Lisa tetap memilih  duduk diam didalam. Mana tau ada bawa geng dalam keta. Kang naya Lisa. Dah la time time ni memang dah tak ada orang 

Apabila Bakal Bertiga

Apabila Bakal Bertiga | Bertiga, bukan bermadu ye.. bukan kayu tiga juga. Bakal bertiga dalam arti , akan mendapat cahaya mata atau anak  bagi sepasang suami istri yang mengarungi alam pernikahan . Entri kali ini Lisa ingin berkongi panduan buat bakal ibu dan bapa . Bagi pasangan yang bakal menerima cahaya mata  pertama pastinya amat menguja perasaan ,waktu ini juga amat penting untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh supaya kewangan yang biasanya untuk berdua ,lagi sembilan bulan perlu menanpung bertiga.

1.Berbincang Bersama suami istri 
Tanggung jawap menimang cahaya mata sangat besar, bukan sahaja perbelanjaan m tetapi juga perancangan ibu bapa dalam gaya yang mungkin akan mengubah status kewangan . contoh , adakah kalian berdua akan bekerja sepertu sebelum ini atau salah satu akan berhenti kerja? mampukah pendapatan seorang menampung keluarga bertiga?
berbincang terlebih awal isu kewangan kini dan masa depan supaya tiada isu mengejutkan timbul disaat si kecil itu lahir.

2. Berbelanja berpada-pada. 
Yang ni,, jangan jadikan menyambut ahli keluarga yang baru sebagai alasan untuk berbelanja sakan. Perlu diingat ,membeli apa yang tak perlu diluar kemampuan akan menyulitkan kewangan lebih-lebih lagi pabila sikecil itu lahir.

3.Tabung kecemasan pertama . 
Tabung ini penting untuk semua bukan sahaja untuk kedua ibu bapa.Apabila bertiga, kebarangkalian berlaku kecemasan akan bertambah . pastikan tabung kecemasan untuk menampung ahli keluarga bertiga cukup perbelanjaan sarahidup antara t3-6 bulan sekiranya punca pendapatan terhenti. Sedia payung sebelum hujan . Berjimat cermat. Ok.

4.Dapatkan insuran hayat 
Malang tidak berbau , sekiranya anda sebagai penaja pendapatan keluarga meninggal dunia , insurans hayat dapat membantu menampung mengekalkan taraf hidup yang tersayang kelak mereka ditinggalkan.

5.Senarai permintaan 
Walaupon senarai impian sering dikaitkan dengan budaya barat kini ada juga masyarakat yang mengamalkan . Sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.Dalam senarai tersebut,terdapat barangan yang sangat diperlukan oleh ibu danbapa . Senarai ini mampu membantu ibu bapa baru dalam mendapatkan barangan yang diperlukan disamping membantu kenalan dan keluarga mengetahui apa yang diperlukan.

Menyambut cahaya mata memang suatu yang dinantikan dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Dalam pada itu ,jadikan penambahan ahli keluarga ini sebagai satu motivasi untuk memperkukuh lagi keadaan kewangan kalian. Semoga tips ini bermanfaat untuk kalian yang akan menimang cahaya mata.

Sumber : Majalah Metro ,June 2013


Monday Blue's

MOnday Blue's |
 Berdiri antara bangunan megah yang tersusun rapi ditengah bandar. 
Ku buang arah mataku memandang ke kumpulan awan yang berarak diatas langit. 
Mendung, mendung seperti hati aku. 
Dan..tak terasa airmata mengalir membasahi pipi.

Semakin hari semakin Lisa merasa ingin give up. Penat dengan kehidupan,namun Lisa masih bersyukur kerna ada ramai lagi orang diluar sana yang tak seberuntung seperti diriku.Semoga kudiberi kekuatan,ditabahkan hati. Seperti seorang pesakit barah yang sabar dan tabah melewati akhir hidup yang tersisa.

Baju Baru Untuk Si Kesayangan

Baju Baru Untuk Si Kesayangan | Siang tadi time berjalan di Mall ternampak la satu baju berkaler merah jambu. LAWA,pastu terminat pulak hati ini nak pegang. Pegang pastu try, Ngam dengan si Buah hati aku Note3. Wah.. comel.. ! 
 Ni baju dari belakang. Cantik.. dari getah. Elastik dan tak mudah pecah.  Boleh lindungi  kaler gold yang di tepi Handphone tu biar tak calar. 

Harga? Tak mahal ,rm25 sahaja. Kakak belanja, haha sebab memang tak bawa duit lebih  dan  tak ada niat nak beli apa-apa selain dari apa yang ada dalam list. 

Gambar Ulam Tenggek Burung ?

Gambar Ulam Tenggek Burung ? | seriously first time dengar. Biasa selalu reti makan je,hari ini time beli belah barang dapur nampak pulak ulam yang memang biasa Lisa makan. Ulam yang sedap dan banyak vitamin A sampai Z .  Sesampai di counter nak bayar,Lisa nampak kat monitor cashier tu tulis Ulam Tenggek Burung . OOo rupanya nama sayur yang lisa selalu makan tu Ulam Tenggek Burung . 

Ni haa..gambar Ulam Tenggek Burung . Kenapa diberi nama macam tu pon Lisa tak tahu. Sedap ulam ni, dan sememangnya Lisa ternasuk orang yang suka makan ulam. 

Antara Biadab Dan Nasihat

Antara Biadab Dan Nasihat | Biadab atau menurut kamus dewan bahasa edisi keempat muka surat 178 ,biadab membawa maksud tidak berbudi bahasa ,tidak beradab.Sekarang ini masih ada lagi orang yang berperilaku biadab, tak kira orang muda atau orang tua . Kemana pergi pendidikan dan tata budibahasa yang pernah diajarkan disekolah?

Ust Azhar Idrus #UAI
"Dalam adab-adab menuntut ilmu, Biadab bila orang nasihat kita minta hadis "
Kalau sedang menuntut ilmu , kemudian orang bagi nasihat.. kurang sopan jika meminta hadis . Tak salah meminta hadis tapi Bergantung pada keadaan juga. Kalau kita salah , kenalah harus terima yang kita salah . Dan kalau ada orang nasihatkan, terimalah dan perbaiki kesalahan kita tu . Tapi orang sekarang memang kalau dinasihati akn minta hadis bagai. Hehehe..

Jangan bermegah dengan sikap dan sifat biadab yang awak miliki kerana kebiadaban awak tu akan menghancurkan diri sendiri . Pesanan kepada pelajar diluar sana
Hiasilah dirimu dengan pribadi yang mulia ,sentiasa bersikap rendah diri dan menghormati orang lain andai mahu diri dihormati oleh orang lain.

Cara Melanggan Celcom 1Malaysia ,Terbaru |

Cara Melanggan Celcom 1Malaysia ,Terbaru |Tahukah anda ,bermula dari 16 Oct 2014 System Celcom untuk pengguna prepaid telah bertukar. Plan prepaid xpax pon telah bertukar scara automatik kepada IOX atau Internet Of X-Pax . Hanya pengguna Celcom 1 Malaysia yang pelan tak berubah . Keywords manual cara melanggan celcom 1malaysia telah bertukar dari taip sms "1MONTH" sent 28882 kepada taip "Net25" sent 28882. 

© all rights reserved
made with by templateszoo