Ad

Showing posts with label keyboard warrior. Show all posts
Showing posts with label keyboard warrior. Show all posts

Isu Program Makan Katak Di Sekolah


Isu Program Makan Katak Di Sekolah | Beberapa hari lepas... Malaysia dikecohkan dengan  program sentuh dan peluk Anjing,kemudian semalam dihebohkan pulak dengan gambar dan status dari seseorang yang menyatakan ade pihak sekolah yang menganjurkan cikgu dan anak murid makan katak. Haish..mana dapat berita la budak budak sekarang ni,tak selidik asal usul kebenaran dan kesahihan berita tu pastu main upload gambar dan letak caption suka hati diorang. 

Sebenarnya ia program demonstrasi iktiar hidup yang dijalankan oleh Pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. Dan tiada program makan katak disekolah,semua itu Palsu  sahaja ! Gambar itu gambar pose cikgu sahaja. Dan mohon kepada admin SSTV (Sukan Star Tv) atau semua pihak yang telah menyebarkan gambar dan berita palsu untuk remove cerita mengenai makan katak tu. 

 Jangan lah dok sebar berita yang tak tentu lagi kesahihannya. Jangan jadi keyboard warrior ya.. tak pasal -pasal nanti kena saman malu. Dan boleh menjadi sebuah fitnah. Kalau terkena ke batang hidung sendiri baru tau macam mana rasa apa yang sekolah dan pihak yang berkenaan itu rasa . 


© all rights reserved
made with by templateszoo