Ad

Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma

Assalamualaikum, dari kecil lagi matematik dan kewangan dah tak asing bagi Lisa. Mak dulu seorang peniaga jadi secara tak langsung Lisa dah belajar matematik sebab nak kira duit walaupun bermula dari asingkan beberapa not wang. Bila dah besar, Lisa baru  paham yang hidup ini tak jauh dari matematik dan kewangan. Apakata korang uji minda dengan  Permainan Money Games Mortgage Calculator secara online dan percuma !

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma.

Bila dah explore game-game yang ada di Money Games di Mortgage calculator ni, memang bagus tau korang bagi anak-anak. Sekiranya anak-anak dah diterapkan untuk suka dengan Matematik, lama-lama kelamaan mereka akan lebih enjoy dalam belajar. Bukan sekadar bermain game sahaja tapi dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan. Korang boleh mencuba pelbagai jenis money games online yang ada di Mortgage Calculator. Antara pilihan di sini ialah :-

  • - Cash Back Game
  • - Grocery Cashier Game
  • - Treze Coins Game
  • - Idle Money Tree Game
  • - Bitcoin Tap Tap Mine Game
  • - Lit Ape NFT Generator Game
  • - Stocks Game
  • - Supermarket Numbers Game



Lisa dah cuba beberapa game dalam Mortgage Calculator ni. Mencabar sungguh, tapi korang boleh je pilih yang level mudah (easy) . 


1. CASH BACK GAME


Game ni pun sangatlah senang, hanya ikut arahan sahaja, pastikan korang jawab laju sebab ia ada bar masa yang ditetapkan, kalau korang lambat maka tamatlah game ni. Ada 3 mode yang korang boleh pilih, dari mode easy, medium dan difficul. Nah selamat mencuba





2. GROCERY CASHIER GAME 



Permainan ini agak mudah tapi kena tekan harga barang dengan pantas kerana ada masa yang diperuntukkan. Setelah dimasukkan kesemua harga barang-barang dan tekan total, jururuwang akan menerima bayaran dalam betuk tunai ataupun cash voucher. Korang hanya perlu ikut je arahan yang di berikan, mula-mula masukkan nombor yang tertera kemudian tambahkan dengan nombor seterusnya, kemudian tekan total untuk bayaran penuh. Lepas tu, customer akan bagi duit so korang kena masukkan nilai yang diberikan oleh customer dan tolak sahaja. Last sekali korang tekan pada bahagian wang tu dan kembalikan baki kepada customer. 


3. IDLE MONEY TREE

Game ni lagi lah senang, hanya memerlukan tangan yang laju untuk kutip duit-duit yang ada di pokok tu je haaa, nak lagi banyak duit, korang kena lah tekan laju-laju. Kemudian, di bawah tu korang boleh beli bila wang yang korang tekan laju-laju tadi cukup.



Bila makin banyak wang korang, lagi banyak korang boleh upgrade, so ia akan buatkan wang korang lagi bertambah banyak ! Tangan kena tekan laju-laju ..lenguh weih, bagi dekat anak korang rasanya sekejap je diorang dah power 


Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

  • - Real Estate Games
  • - Food Business Simulation Games
  • - Business Simulation Games
  • - Software Development Games
  • - Office Politics Games
  • - Other Fun Games

CHOCOLATE SHOP GAME 


Selain money games Lisa cuba pula Chocolate Shop salah satu permainan dari Food Business simulation Games. Lisa failed di level dua ni , ahahaha rasa tak cekap . Nanti nak cuba lagi la . 


Cara main permainan di Chocolate Shop ini memula korang kena bawa menu pada pelanggan, lepastu sebaik saja mereka dah tau nak order apa maka akan keluar buble tu bersama-sama dengan berapa banyak kesabaran yang mereka perlu menunggu untuk korang hantar pesanan tadi. Pergi ke mesin yang sesuai untuk buat jenis coklat atau makanan lain yang ingin dibeli. Bawa pesanan mereka. Secara berkala korang akan perlahan. Apabila itu berlaku, gelembung pemikiran menunjukkan korang boleh cepatkan dengan minum kopi. Kumpul bayaran pelanggan untuk selesaikan transaksi. Capai matlamat transaksi harian korang sebelum pemasa kehabisan untuk completekan level tersebut. 

Macam mana, korang dah cuba permainan  yang ada di Mortgage Calculator? Jangan risau, permainan yang tersedia sesuai untuk anak-anak dan semua peringkat usia. Semua game percuma dan tiada iklan yang menganggu dan tak perlu nak download atau register apa-apa. Nah banyak lagi game yang korang boleh main di laman https://www.mortgagecalculator.org/money-games/#moneygames ni. Lisa nak sambung main game ni,,, bye! Enjoy your game ^^


Permainan Untuk Hilangkan Stress dan Bosan

Assalamualaikum, kerja menghadap komputer seharian memang boleh bosan dan stress. Apalagi kalau tiada rakan sekerja yang boleh diajak berbual . Lisa jadi teringat pula dengan permainan yang ada dalam komputer zaman dulu-dulu sebelum smartphone dan internet dihujung jari .  Meh Lisa list kan senarai permainan online untuk hilangkan stress dan bosan. 



SENARAI PERMAINAN UNTUK HILANGKAN STRESS DAN BOSAN. 

Salah satu game yang Lisa suka mainkan masa lenggang iaitu Solitaire. Korang mesti dah pernah dengar kan nama game yang satu ini .. Lisa sendiri suka game yang rilek rilek dan tak nak download di phone sebab boleh makan storage . Satu lagi  bukan jenis yang kena singn up or daftar kalau nak main. Solitaire ni boleh dimainkan tanpa perlu daftar dulu. Permainan online untuk hilangkan stress dan bosan korang boleh terus pilih je di solitaire.org .



1. SOLITAIRE 
 Salah satu game kegemaran Lisa ialah solitaire , ni ha yang Basic je . Nama je basic , tapi menguji minda sungguh lahai . Boleh berjam-jam untuk main ni je. Selagi tak menang , selagi tu la akan cuba banyak kali . Hahaha kadang tak sampai permainan tu berakhir , dah terus refresh mula baru .


Sambil tunggu idea nak buat content, rehat sekejap cari ilham nak menulis . 


2. CARD


Jangan risau , setiap permainan ada guideline dia . Lisa main belasah je hahaha. Card yang ini senang nak main la , lagi senang dari freecell tadi . Yang ini takdela main dengan robot .. korang ada peneman diatas tu jadi tak berapa bosan la . Rasa sangat senang je yang game card ni . 



3. MAHJONG 
Yang ni serious Lisa tak paham walaupun satu, hahaha! Tapi amoi tempat satu kerja ni dia suka sangat dengan game online Mahjong ni . Boleh lawan dengan orang lain juga . Mahjong kan memang suka dimainkan oleh chinese. Nak main guna meja mesti leceh atau kat rumah sahaja , online senang sikit sebab boleh main anytime dan boleh asah otak n trick tuk pandai main . 

4. HIDDEN OBJECT 


Bagi korang yang suka permainan teka-teki untuk uji minda korang , boleh tery game Hidden ni . Ada macam-macam jenis dalam game ini.  Dalam permainan Hidden yang Lisa main ni , perlu cari number yang tersembunyi . Boleh zoom kan gambar ketika bermain . Mencabar sungguh padahal baru level kedua , mybe sebab  Lisa jenis tak reti sabar hahaha . OK nexttttt !


5. WORD


WORD Search , mesti korang dah pernah nampak and pernah main kan ? Biasa kita panggil Teka-teki Silang Kata . Hampir semua orang pernah cuba main permainan ini. Dulu dalam sesetengah majalah dan surat kabar mesti ada. Sekarang hilang ditelan masa sebab orang nak baca berita dah melalui online sahaja . Best juga main permainan Word Search ni . Korang cubalah , free je tak perlu bayar dan tak perlu nak beli majalah dah . Rasa kembali ke zaman dulu pula , bezanya kita boleh main secara online je bila-bila saja. 

Ada banyak lagi pilihan game di solitaire.org , ikut pada minat korang la . Nak main senang je sebab tak perlu nak daftar atau nak log-in. Semuanya free sahaja tak berbayar pon . 

Korang suka main game apa untuk hilangkan stress dan bosan ? 






7 PERMAINAN TRADISI ZAMAN KANAK-KANAK

 Assalamualaikum ! Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak pada masa kini, ianya tetap  menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan ? Permainan tradisi zaman kanak-kanak diantaranya Tingting , congkak, baling selipar , lompat getah dan banyak lagi.


Antara permainan yang Lisa suka seperti  congkak , lompat tikus , lompat getah .Balik sekolah dulu atau hujung minggu memang dah pakat dengan kawan untuk main bersama. Batu Seremban sampai terbawa-bawa ke sekolah sebab boleh dimainkan masa rehat.

7  PERMAINAN TRADISI ZAMAN KANAK-KANAK

Berikut merupakan senarai 7 permainan tradisi yang mempunyai banyak manfaaatnya dan patut dimainkan bersama anak-anak atau dimainkan semula oleh mereka.


1. TINGTING

Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.  Duli Lisa main  dengar guna batu bata merah tu tuk garis atas jalan di depan laman rumah .



2. LOMPAT TIKUS

Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.


3. LOMPAT GETAH

Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.

Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.


4. BATU SEREMBAN

Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu. 


5. CONGKAK

Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain.




6. MAIN LIDI

Jika dahulu kita menggunakan lidi sate untuk bermain lidi ini, kini, anak-anak mempunyai alternatif untuk bermain lidi dengan menggunakan lidi bewarna-warni yang dijual di pasaran. Rasa seronok sungguh  masa memperoleh banyak lidi tu.


7. BALING SELIPAR . 
Yang ni rasa dah jarang nak tengok sekarang. Permainan baling selipar ni sangat senang hanya perlu kumpulkan selipar dan kemudian bentuk tegak menjadi tiga segi. Cara permainan dengan membaling selipar kearah selipar yang telah disusun tadi . Seronok wuu ! 

Game Online Banyak Pilihan Permainan Tanpa Penuhkan Storage Phone.

Seiring dengan perkembangan zaman sekarang , ramai yang lebih gemar bermain gajet seperti telefon pintar, tablet, komputer yang canggih dah menguasai dunia permainan sekarang. Tambah lagi, kita sekarang online hanya di hujung cari. Nak cari game pun dah online sekarang. Banyak permainan yang korang boleh cari di plays.org .


Lisa sendiri pon suka main game juga. Penat kerja, boleh la kurangkan sedikit stres tu sambil tunggu cari idea nak buat content. Antara game favourite seperti , tetra blocks, dulu dulu ada di gameboy ... sekarang boleh main online je . Untuk  Senarai permainan yang baru boleh tengok di  https://plays.org/games/ . Senanglah , tak perlu install di phone kalau taknak storage penuh. 



Nak main game dalam ni boleh baut online je , tak perlu login atau install dulu . Banyak pilihan yang boleh dimainkan. 



Yeay boleh dapat score 26,675 nanti nak cuba lagi agar dapat score lebih tinggi. 


Permainan education pon ada juga . Yang ini boleh uji minda korang juga la dalam susun ayat . Banyak lagi pilihan yang boleh dipilih dari yang mudah sampailah yang susah. Nah... itu je la perkongsian dari Lisa kali ini. Nak sambung main tetra blocks hihihi. 

Headset Gaming Siberia V2 Frost Blue


Headset Gaming Siberia V2 Frost Blue | Headset untuk para peminat game yang semestinya cantik dan mempunyai kepuasan tersendiri ketika melayan game.  Siberia V2 Frost Blue produk keluaran dari SteelSeries , dengan pemprosesan audio asli yang dihubungkan dari USB 2.0, sambungan yang sama untuk pencahayaan dari 16 LED(8pada setiap earcup) yang menghasilkan cahaya "Frost Blue " .
Suara yang dihasilkan pon memang tip top audio seperti asli. Memang puas hati lah kalau main game menggunakan Headset ini .

Siberia V2 Frost Blue ,kecerahan dan pencahayaan dari LED ini dikonfigurasi oleh mesin software steelseries ,yang juga digunakan untuk mengkonfigurasikan DAC USB yang boleh mengendalikan  Headset .



.
Variasi Baru dari jenis headset yang didominasi oleh kaler putih dan lampu "frost Blue " pada earcup headset.
Juga dilengkapi dengan microphone yang memudahkan kalian untuk berinteraksi dengan team U'alls ketika sedang bermain. Best wooo. Bagi perminat game memang best dan terasa lengkap kalau ada headset ini. !
Siberia V2 juga termasuk dalam kategori TOP 5 Gaming Headset 2014 !


Headphones

- Frequency Response: 18 – 28000 Hz
- Impedance: 32 Ohm
- Cable Length: 3 m (9.8 ft)
- Jacks: 3.5 mm



.

Microphone

- Frequency Response: 50 – 16000 Hz
- Pick Up Pattern: Uni-directional
- Sensitivity: -38 dB



.

Compatible With: Windows, PS4*, PS3*, Xbox 360*
* May Require Extra Adapters Or Only Be Partially Compatible. See Our "Headset Platform Compatibility" Article In The F.A.Q. Section.
Nak tahu macam mana bunyi suara yang kita dengar melalui Headset Siberia V2 ini?  Boleh dengar dari review dibawah ini.

PS4 DRIVECLUB [R3] Untuk Peminat Game Kereta

PS4 DRIVECLUB [R3]  Untuk Peminat Game Kereta | Drive Together Win Together . DRIVECLUB R3 akan  menghidupkan hati dan jiwa untuk kalian para penggemar game kereta .Pengalaman memandu yang sahih dan mendalam,Driveclub juga menjanjikan untuk kalian  merasakan kegembiraan lumba kereta yang paling kuat dan indah yang direka di dunia .
Bahagian kelajuan tinggi perlumbaan solo, atau menyertai perlumbaan Club untuk mengetahui apa semua tentang Driveclub . Diwujudkan khusus dengan peminat permainan video generasi akan datang dalam fikiran, Driveclub menghubungkan kalian  dan rakan-rakan kalian , membolehkan kamu  untuk berkongsi pengalaman , menghantar dan menerima cabaran, dan bersaing untuk mempercepatkan dengan prestasi team kalian.

DRIVECLUB  is available from 8 Oct 2014 in America and the global servers are live for online play!
Jadi bagi kalian yang suka pada game online boleh start beli DRIVECLUB Limited EDITION seperti DISINI


 Edisi Khas Yang berisi :
 - Foil treated, karya seni yang unik yang ditempatkan di dalam kad lengan yang berkualiti tinggi.
     -Akses segera kepada lima kereta prestasi tinggi, setiap dengan reka bentuk seragam eksklusif:
      *.  McLaren P1
       *  Mercedes-Benz C63 AMG Coupe Black Siri
       *  Ferrari 458 Italia
       *  Aston Martin Vantage S v12
        * Alfa Romeo 4C
  - 2 eksklusif dalam permainan seragam pek untuk menyesuaikan kereta anda.
     - 2 DRIVECLUB pelekat lambang vinil (satu putih, satu merah) - sesuai untuk laptop  atau games console.
Disajikan dalam 2 subtitle yaitu bahasa traditional chinese dan English .


© all rights reserved
made with by templateszoo