Ad

Showing posts with label percuma. Show all posts
Showing posts with label percuma. Show all posts

PROMO CELCOM FIRST GOLD PLUS FREE 100GB VIDEO WALLA


PROMO CELCOM FIRST  TAWARKAN LEBIHAN DATA 30GB & 100GB VIDEO WALLA .


Assalamualaikum selamat petang ! Lisa ada berita baik untuk korang ni , terbaru terhangat ala-ala pisang goreng yang baru naik dari kuali . hehehe... Seperti yang korang tahu , sebelum ini celcom keluarkan pakej baru iaitu celcom First Supreme dan Celcom First Platinum Plus ... kali ini Lisa akan cerita PROMO terbaru dari celcom yang tawarkan lebihan data 30 Gb & 100Gb untuk Video walla untuk 12bulan . Bermula dari hari ini 20 Oktober - 31 Disember 2017 ,setiap customer yang melanggan pakej First Gold 80- 20GB  akan dapat 30GB video walla percuma setahun , dan jika pelanggan yang melanggan pekej First Gold Plus 98 - 40GB , akan dapat 100GB video walla secara percuma setahun ! Wahh boleh layan sampai lebam !








ENJOY FREE VIDEO STREAMING DURING PROMO CAMPAIGN ! 


PROMO Free streaming VIDEO WALLA ini hanya untuk pelanggan yang melanggan pakej FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS selama masa promo iaitu 20 Oktober -31 Disember 2017. Video Walla 30 & 100GB diberikan percuma selama 1 tahun / 12 bulan .  Siapa yang layak dapatkan promosi ini ?
  • Untuk customer baharu , 
  • sama ada number baru , 
  • tukar pelan dari prepaid celcom ke postpaid celcom , 
  • penukaran dari talian lain ke celcom  ( MNP , MObile NUmber Portability ) , 
  • atau.. COBP customer celcom postpaid yang sedia ada. 

CUSTOMER PENGGUNA SEDIA ADA 
Bagi korang yang dah sedia ada menggunakan pakej Celcom FIRST GOLD dan FIRST GOLD PLUS , kalian boleh dapatkan juga 30 & 100GB Video Walla ini melalui OPT-IN melalui MYCELCOM POSTPAID  apss bermula 26 Oktober 2017 . Setakat yang Lisa di t&c , kena caj seperti berikut : 
  • RM 30/bulan untuk melanggan 30GB video walla 
  • RM50/bulan  untuk melanggan 100GB video walla

Hurm.. kena langgan pulak , rasa rugi kan ? Korang boleh tunggu , lepas 26 Oktober nanti ... kalau ada perubahahan Lisa update semula . Mana tahu pengguna sedia ada boleh dapat percuma tanpa perlu tukar package. 

TIPS LISA : Korang downgrade package ke First Blue 45 kemudian tukar semula ke FIST GOLD atau ke FIRST GOLD PLUS . Ha.. baru untung dapat percuma streaming video walla tu . Tapi kena keluarkan duit untuk proses pertukaran tu . Kena bayar bill satu bulan pakej yang baru . Leceh gak . 



Apa itu VIDEO WALLA ? 

Ramai yang masih tertanya apa itu video walla , korang boleh rujuk gambar dibawah ini untuk tahu lebih detail . Tonton video secara percuma  melalui apps sepert : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 


Contoh korang langgan First Gold Plus 40GB , ... so korang boleh tonton video atau movie sebanyak 100GB selama setahun melalui apps yang tersenarai dalam VIDEO WALLA dan jika dah habis 100GB tu baru akan tolak dari internet yang 40gb . Agak-agak korang boleh habiskan ke 100gb tu ? hehehe . 




Untuk terma dan syarat  lebih detail , korang boleh baca info dari gambar di bawah ini .









Kiranya kalau korang dah langgan pakej First Gold Plus 98 Free 100Gb , then kemudian downgrade pakej ke FIRST GOLD 80 . Promo video Walla tu akan burn serta merta . Jadi korang tak akan dapat yang free video walla 30Gb walaupun langgan masih dalam tempoh promo .
layari www.celcom.com.my

See u next artikel . ! 


Kad Isi Minyak Petronas Percuma RM30

Tak silap Lisa ,, Awal tahun , bulan Januari 2016 lepas.. celcom ada bagi giftcard reload di Petronas untuk customer Celcom baca di Kad ISI Minyak Percuma dari celcom ..  Promo ini datang sampena nak raya ,, mesti ramai yang nak balik kampung kan . Kali ini reload card petronas ini diberikan untuk pendaftar package celcom First Postpaid dengan new number sahaja . 

Giftcard reload petronas senilai RM30.00 hanya terhad untuk promo ramadan ini sahaja. Tarikh akhir pendaftaran first gold pula sampai ujung bulan ni sahaja 30 June 2016. Kalau ada extend lagi pun paling last sampai raya saja . Tapi raya sapa nak kerja la kan.. hahaaha mana ada celcom buka... 

Bagaimana untuk dapatkan card reload isi minyak Petronas ini ?
Kalian hanya perlu daftar package celcom First Gold , (number baru sahaja ) , dan kemudian kalian akan dapat giftcard petronas ini secara percuma. Mudah bukan ?

Jom le pakat daftar First Gold 80 unlimited call dan sms, data internet 10GB , info selebihnya di : FIRST GOLD 80 UNLIMITED CALL 

Boleh daftar online di Kedai Sim Murah ,, 

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA || Pernah satu ketika dulu Lisa ingin jadi pengasas produk sendiri .Tengok Dato' Seri Vida  pengasas Qu Puteh , Dato' Alif terlajak laris , dan Jutawan muda Salehuddin Ilias atau dikenal safie Ilias. ..teringin juga jadi seperti mereka.  Tapi tak tahu dimana dan cari siapa untuk mula belajar semua itu . Biasanya memang kalau masuk agent atau dropship..diorang tak kan bagi atau tunjuk ajar , mungkin takut jadi pesaing kot  .

Pengasas Produk ,, dalam minda mesti dah fikir ..mana nak cari duit untuk jadi pengasas? Ye kalau menjadi .. kalau ditipu orang .. hmmm... ok ok .. usah risau .. Lisa nak bagitahu yang kini Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)  bekerja sama dengan MOHA GROUP SDN BHD , membuka peluang untuk join dan belajar bagaimana menjadi pengasas produk secara percuma dalam program  MVMAPPRENTICE .Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
 Ini peluang buat Lisa dan juga anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini.

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.


MAKLUMAT PROGRAM

» Tempat: EZAZ Wealth Management dan Consultancy
» Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR?

» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

 BERSAMA 3 PANEL MVM APPRENTICE


YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Jom daftar SEKARANG ! Caranya mudah je .. whatsapp nama penuh anda ke no 019  387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event di FB

Maklumat lanjut di:



Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

© all rights reserved
made with by templateszoo