Ad

Showing posts with label REMY ISHAK .. Show all posts
Showing posts with label REMY ISHAK .. Show all posts

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Drama Seribu Rindu dah sampai penamatnya semalam , kini digantikan pula dengan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Watak hero dan heroin dalam drama ni , Remy Ishak dan Mira Filzah , wah bang REMY huuii .. mesti korang suka .Senarai Pelakon Pujaan Hati Kanda diantaranya : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor .  Ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember 2018, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

WATAK PELAKON PUJAAN HATI KANDA 



PELAKONWATAK
Remy Ishak Megat Danish (Danny)
Mira FilzahTiara
Sarah Hildebrand Nadine
Syazwan Zulkifly Pali
Elisya Sandha Reena
Mustaqim Bahadon Kashah
Azar Azmi Fatimah
Omar AbdullahDato Megat Aiyub
Dian P Ramlee Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim Suria
Taufiq Hanafi Naim
Qazem Nor Rizman

Pelakon kanak-kanak


PELAKON
WATAK
ADIK AYDEN MIKHAEL
BAYI 6 BULAN - RIZQI @BABYRIZKYOFFICIAL
ADIK ADAM AQEL
BAYI 2 BULAN
ADIK IRFAN
HADIF

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

GAMBAR PELAKON








Macam best je ! Selamat menonton ... :D

PELAKON KEKASIH PAKSA RELA


PELAKON KEKASIH PAKSA RELA


Lelaki Itu Pemilik Hatiku , si Nurin dan Mr Hot Guy pun dah berakhir semalam . Hari ini bermulalah episod drama yang baru iaitu  Kekasih Paksa Rela akan yang mengisi slot Akasia TV3. Pelakonutama kekasih Paksa Rela  utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce. Wah agak lama Lisa tak tengok Remy Ishak berlakon , mesti peminat pun dah tak sabar tunggu kan . Pelakon dalam Kekasih Paksa Rela diantaranya :   Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emeleda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Hazman Al-idrus

SENARAI PELAKON KEKASIH PAKSA RELA 


Watak pelakon yang memeriahkan dalam drama ini diantaranya : 

PELAKONWATAK
Remy IshakAdham
Intan NajuwaHanan Khaira
Ain EdruceRosnaida
Afzan A.Rahman  Firdhaus
Nynaa HarizalNonie
Dayang AreedaShiqin
Dato' Jallauddin Hassan
Dato' Azman
Aman Graseka Kamal
Emelda Rosemila Suraya
Fizz FairuzYusman
Fatin Affefa Zilla
Khaty AzizanP. Zuraida
Wan Julia @ Mak WanMak Senah
Azhar AmirDato' Idrus
Sharifah Asyikin Reena
Feyna TajudinJuju


LAGU TEMA / OST

Tajuk : Pasti
Artis : Cherpen Band


SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA

Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.

Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.

Suatu hari, Adham dan Hanan terserempak dengan Hanan di hypermarket dan...


GAMBAR PELAKON





© all rights reserved
made with by templateszoo