Ad

Showing posts with label MONA ALLEN. Show all posts
Showing posts with label MONA ALLEN. Show all posts

Biodata Mona Allen

Biodata Mona Allen

“Awak Nampak Birulah”  Korang masih ingat dengan Tasha Celcom pada tahun 1999 ? Telatah manjanya dalam iklan Celcom membuatkan Muna meraih populariti yang tinggi dalam sekelip mata. Ya.. orang yang sama iaitu MONA ALLEN atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen . Pernah berlakon dalam drama Mr Donut karamel dan juga cik serba tahu , buat masa ini Mona melakonkan watak Ramona dalam MONALISA . Jom ketahui lebih lagi tentang Biodata Mona Allen



Biodata Penuh Pelakon  Mona Allen


Nama Penuh: Munna Hafiraneza Allen
Nama Panggilan: Mona Allen
Mona Allen berdarah kacukan Melayu-Inggeris 
Umur: 33 (2018 )
Kerjaya: Pelakon ,hos 
Drama: Mr. Donut Karamel, Cik Serba Tahu , Drama Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! (2017) , MONALISA 
Pernah menjadi hos program Sinaran Pasport pada tahun 2000 . 

Laman Sosial:
Twitter: https://twitter.com/monaallen_ma

Gambar Mona Allen 




PELAKON DRAMA MONALISA


Pelakon Drama MONALISA

Drama bersiri Mona Lisa adaptasi daripada drama Korea berjudul 'Two Women's Room'. Menggantikan drama Syurga Yang Kedua , yang tayang sebelum ini . Menampilkan gandingan pelakon drama MonaLisa iaitu : Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam. Drama rantaian 80 episod arahan Shahrulezad Mohameddin. Ditayangkan menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima dan Maya HD pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di saluran Astro Prima dan Maya HD.. Katanya drama version korea tu best ceritanya ...yang version malaysia tak tau pula, kena tengok juga ni ! 

Watak Pelakon MonaLisa



PELAKON 
WATAK
Zara Zya
Melissa
Ramona 
Nazim Othman
Johan 
Hafreez Adam
Adam Hakim
Amyza Aznan

Roy Azman

Shahriza Mahmud

Fatin Nur Afifah


OST MONALISA 

Tajuk : Esok Masih Ada
Penyanyi : Hannah Delisha 


SINOPSIS MONALISA

Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden. 

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam mebantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.


© all rights reserved
made with by templateszoo