Pertunangan Yang Dipermainkan | " Rahsiakan Pertunangan dan Hebahkan Perkawinan " itulah pepatah yang selalu kita dengar. Namun sekarang orang buat adat bertunang macam adat berkahwin dah . Siap pelamin bagai, ye tahu anda mampu. Tapi bukan ke pertunangan tu baru selangkah proses untuk mengenali satu sama lain , mengenali pasangan yang akan kita nikahi itu ? Bertunang boleh putus andai tiada keserasian . Bukan bermakna kalau dah tunang tu konfirm jadi pasangan suami istri .
Tapi ada jugak orang zaman sekarang ni , pertunangan hanya dijadikan sebuah gurauan semata-mata .Memasuk minang anak gadis orang , siap berbaju melayu bagai dengan dulang dan wakil, siap berpantun bagai . Siap wat video. Namun apa yang berlaku tak seperti yang kita lihat. Hurm , pertunangan itu hanya sebuah gurauan sahaja. Adeh. Lisa rasa tak patut kot benda ini dijadikan gurauan, tak lawak langsung . Ye tahu si gadis tu pon memang la dah tau yang akan ade PRANK pertunangan untuk dia. Hurmm , kalau nak bergurau memang tak kena la kalau gurau pasal pertunangan.
"ELEH,, rileks la, drama je pon. Bukan reality " hello... if la kalau berlaku macam tu kat family kalian , kemudian orang ingat sampai bila-bila. pastu ade si polan-polan yang akan menjadikan isue itu sebagai buah bibir bahan lawak orang like " Ooo.. keluarga si A tu, yang wat main-main majlis tunang tu . Tak nak la masuk minang orang tu " Hurm . semua ni berbalik kepada maruah. Well mungkin bagi kalian maruah tak penting ., tapi pernah fikir tak perasaan orang tua?Family,sedara.? Bagi Lisa dan family lisa , Maruah itu penting. pertunangan tak boleh dibuat main-main.. apalagi tontonan publik. Malu beb, kita sebagai anak kenalah pandai jaga air muka mak ayah kita.
Emo? Tak.. Lisa tak emo, hanya tak patut buat rancangan TV yang sebegitu. pertunangan ,pernikahan ,ajal.. jangan buat main-main .
ada ke kes tu?org mcm tu pun ada eh?
ReplyDeleteAde je.. kat tv3
Deletehurmmm apa nak buat makin lama manusia makin hilang kewarasan akalnya...
ReplyDeletejanganlah aniaya org...esok2 dr sndi plak teraniaya kan
ReplyDeleteHati dengan perasaan orang jangan buat main. Naya Allah balas balik
ReplyDeletejangan mainkan perasaan orang kan.
ReplyDelete