Ad

Showing posts with label Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Show all posts
Showing posts with label Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Show all posts

Biodata Aprena Manrose


Biodata Aprena Manrose 

Lisa mula kenal semenjak muncul dalam drama bersiri popular Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Watak jahat dalam drama tu , tapi kali ini dia hadir dengan watak utama sebagai Afiya Alwiya dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita gandingan bersama Shukri Yahaya.  Tertanya juga siapa Aprena Manrose ini? Jika korang nak tahu, beliau sebenarnya adalah adik kepada pelakon Octavia Manrose dan juga anak kepada Iwan Raja Dangdut. Hmm.. patutla nama mereka lebih kurang je kan ada rose rose gitu . Nak tahu lebih detail tentang  Biodata Aprena Manrose .. jom baca sampai habis ! 

Biodata Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Puteri Aprena Binti Wan Syahman
Nama Komersil: Aprena Manrose / Syahera Manrose
Umur: 24 (2017)
Status: Berkahwin
Asal: Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keluarga: Anak bongsu dari tiga adik-beradik
(Adik kepada Octavia Manrose)
Pertalian: Sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose
Kerjaya: Pelakon
Instagram: @aprenamanrose

GAMBAR APRENA MANROSE 


CAMBAR APRENA MANROSE




BIODATA AMALINA ARHAM


BIODATA AMALINA ARHAM

Tak rasa , hari ini  drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dah sampai episod akhir . Anyway... dalam artikel sebelum ni di tajuk Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin , ada komen yang bertanyakan siapa nama sebenar pelakon yang melakonkan watak Kalsom , Private Investigation Datin Umairah . Ha..,, ada la dua tiga komen yang nak tahu . Watak Kalsom Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin diperankan oleh Amalina Arham . Biodata Amalina Arham korang boleh baca dibawah .

BIODATA AMALINA ARHAM .

Watak Kalsom Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Nama Penuh : Amalina Arham 
Tinggi : 165 cm 
Berat : 58kg
Pendidikan : Pelajar di Taylor's University (  2015-2018 )
Drama : Impian Lulu , Bagaikan Kelip-Kelip , Shh I Love You , Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin 
Facebook : Amalina Arham 
Twitter : 1amalina1
Instagram: Amalina Arham 

Gambar Amalina Arham 


pelakon watak kalsom drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin



Jelajah Bas Drama Sangat Di Kluang Mall

Jelajah Bas Drama Sangat di Kluang Mall 

Hi ! korang yang selalu tengok drama-drama di TV3 dan TV9 mesti tahu dengan hastag #DRAMASANGAT . Nah.. kali ini Jelajah Bas Drama Sangat 2017 untuk tahun ketiga ini bergerak ke JOHOR , Melaka dan Negeri Sembilan . Dan semalam 11 Ogos 2017 , DSBT datang Kluang Mall ! yay.. kali kedua Lisa tengok depan-depan artis kesayangan Lisa . Aahaha.. ok teruja ! 

Drama Sangat 2017 Zon Selatan 

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (DSBT) tahun 2017 kembali lagi dengan wajah baru . Destinasi zon selatan untuk lokasi keduanya ialah Johor , Melaka dan Negeri Sembilan . Antara artis yang hadir seperti : 



Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dalam DSBT ni , bermain permainan-permainan yang beraneka macam ,sesi autgrafi dan bergambar. Sapa yang bertuah dapat peluang join game dengan para artis ni mesti teruja kan.. Semua artis DSBT dan peminat pun sporting aih . Happening dan boleh tahan ramai juga yang datang ke event ini .


Meh tengok gambar dibawah ini :

Aktiviti ramah mesra artis DSBT dengan peminat 






Anas Ridzuan ( Seramedi : Jangan Ikut Aku ) 

Reen Rahim ( Iris ; Tauke Jamu )






Raysha Rizrose ( Hani : Pinggan Tak retak , Nasi Tak Dingin ) 





Mira Filzah
Idris khan







Video :




Amboih.. gelak sakan akak tu kan . Nampak tak betapa happening nya kan.. 


Untuk lebih video dan gambar korang pi singgah kat Instagram Lisa di  @Mawar_biru89  atau facebook LIVE : Lisa Nurulain Jangan lupa follow juga .. hehehee ... 


Sesi Autografi dan Bergambar 







Terlepas peluang untuk pergi Jelajah Bas Drama Sangat DSBT ZON SELATAN  ? Jangan risau ..korang boleh saksikan setiap aktiviti barisan artis ini di laman sosial facebook    @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk Instagram pula di @TV3malaysia , @TV9Malaysia dan @dramasangat . Meriahkan jelajah Bas Drama Sangat dengan hastag #DramaSangat dilaman sosial korang kayh !  Untuk saksikan program-program menarik TV3 dan Tv9 korang boleh guna portal video tonton di , www.tonton.com.my

See u next year ! 

Psstt .. Masih sempat lagi untuk korang saksikan LIVE Jelajah Bas Drama Sangat di Destinasi hari ini berlokasi di Mydin MITC , Melaka pukul 12 petang.. dan NSK TRADE CITY , Seremban pukul 4.30 petang nanti .
  • @TV3Malaysia
  • @TV9Malaysia 
  • @Dramasangat 







Biodata Raysha Rizrose

Muka dia ada iras Mawar Rashid la .. Raysha Rizrose adik dari Uqasha & Nelydia Senrose [ sama ayah lain ibu ]  , ala yang jadi heroin Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin tu . Raysha Rizrose ni berketurunan Indonesia Cina (bapa dia ) dan Thai (ibu dia) Cantik juga , pemilik nama sebenar Farza Naquraisha binti Mohd Fariz baru 21 tahun. Jeleesnya tengok kulit flawes dia , katanya tak pernah guna apa-apa pembersih atau skincare dari kecil hinggalah dewasa ini. 

Biodata Raysha Rizrose 


Nama Penuh Raysha Rizrose : Farza Naquraisha binti Mohd Fariz
Nama Komersial: Raysha Rizrose
Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
Umur: 21 tahun (2017)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Bakat: Menyanyi, berlakon, mengacara
Tinggi: 170 cm
Berat: 48 kg
Facebook: raysharizroseofficial
Twitter: twitter.com/raysharizrose
Instagram: www.instagram.com/raysharizrose
Keek : raysharizrose

Gambar Raysha Rizrose 

Untuk gambar setakat ini je la yang Lisa boleh bagi , kalau nak tengok banyak lagi .. pi skodeng Instagram dia nuh diatas dah bagi kan .. Hehehe..  
Gambar Raysha Rizrose

Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin



Uhuk.. rasa kejap je kan drama Ku Kirim Cinta , kini digantikan dengan Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin slot Akasia TV3 . Gandingan Pelakon Raysha Rizrose , Azrel Ismail, dan Idris Khan. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3. Macam mana pula ye ceritanya ? lepas baca sinopsis macam best je .. Lisa pun baru Hari ini tengok .. hehehe 

Senarai Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin


Untuk senarai pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin kali ini , ada mak airil dalam drama Andainya takdir tu .. tapi kali ini dia jadi mak yang baik gitu . Hehehee... 


PELAKONWATAK
Raysha Rizrose Yuhanis (Hani)
Idris Khan Saiful Mizan
Azrel Ismail Sharul Nizam
Zera Hariz Shila
Aprena Manrose Suraya
Zulkifli Ismail Encik Marzuki
Sheila Mambo Azimah
Zain Hamid Sharif
Daim Jailani Zul

Baca juga : Pelakon Watak Kalsom 

LAGU TEMA / OST

Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi : Dayang Nurfaizah


SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

GAMBAR PELAKON PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 


 credit gambar : myinfotaip
Gambar Pelakon Pinggan Tak Retak  Nasi Tak Dingin 
Baca juga : Jelajah Bas Drama Sangat Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin




cakkk..jangan jeles kayh ! 

© all rights reserved
made with by templateszoo